Swiped

Swiped

Download Malay Subtitle

Release info

Swiped (2025)
A Commentary by KakifilemBot

Tags

webdl
Published on: 2025-09-26
Downloads: 76
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Diilhamkan kisah benar.

Watak, garis masa, situasi, hubungan

dan dialog direka untuk tujuan lakonan.

PELANCARAN extract

Awak perlukan saya di sana? Okey.

Maaf. Saya dalam perjalanan.

Hei, cik.

Tak guna.

Saya nak lancarkan syarikat yang memanfaatkan teknologi mudah alih

untuk hubungkan sukarelawan dengan anak yatim…

Cukup.

Kami dah melabur untuk tenaga boleh diperbaharui.

Namun, saya nak nombor awak.

Tak guna.

- Anak-anak yatim ini… - Ya.

Saya ibarat pendukung kebebasan anarki,

jadi saya suka biarkan pasaran bebas

uruskan usaha awak.

- Okey. Terima kasih. - Awak guna dadah?

- Hai, saya… - Jangan berdiri situ.

Mari ubah cara dunia minum jus!

Kami ada perisa baharu! Beri sorakan untuk Mountain Berry Blast!

Untuk hubungkan sukarelawan dengan anak yatim…

Maaf, saya sangka…

Alamak. Kenapa?

Selalunya, di acara rintisan begini,

mereka jemput orang industri. Lebih kurang 500 lelaki, tiga wanita.

Jadi, mereka upah gadis cantik untuk samakan jumlahnya.

Puan.

Ya, tolong bawa saya pergi.

- Hai. - Tiket?

Dua puluh dolar?

- Awak bukan… - Angin saya tak baik.

Awak bukan Megan Conway.

Kad awak.

Ya. Megan lebih rendah

dan akan berseronok minum di bar.

Tertangkap.

Saya Sean Rad.

- Hai. - Nama awak dah tertulis,

tapi kita tahu lanyard itu tak boleh dipercayai.

Jika awak guna nama lain,

awak patut pilih nama yang lebih meyakinkan daripada Sean Rad.

Bunyinya macam pengintip Rollerblade.

Apa awak buat di sini? Mencari jus percuma?

Bukan. Saya nak buat rangkaian sosial untuk kerja,

tapi saya baru pindah ke LA.

Saya tak biasa dengan orang industri teknologi.

Mereka lambat ambil kereta

dan CEO syarikat rintisan terbaharu dalam industri

bersama awak. Apa kata awak perkenalkan diri?

- Awak? - Ya.

Okey, baiklah.

Nama saya Whitney Wolfe.

Macam nama palsu, tapi teruskan.

Anak jati Salt Lake City.

Pelajar jurusan kajian antarabangsa di SMU

dan terima kepujian tertinggi.

Saya takkan akuinya di sini.

Orang di sini

lebih suka mitos pelajar kolej genius yang tak tamat pengajian.

Cakap awak asaskan syarikat rintisan di bilik asrama.

Saya asaskan syarikat rintisan di bilik asrama.

Tahun ketiga.

Selepas tumpahan minyak BP, saya bina syarikat menjual beg jinjing buluh

untuk kumpul wang pembersihan.

Selepas tamat pengajian,

saya habiskan enam bulan jadi sukarelawan di rumah anak yatim di Thailand.

Namun, saya sedar sistem boleh berjalan lebih efisien.

Saya cari modal, buat aplikasi yang hubungkan rumah anak yatim dan…

Awak nak dedikasikan hidup awak untuknya?

Mungkin.

Seluruh hidup? Saya tak pasti.

- Saya ada banyak idea. - Okey.

Sejujurnya, awak perlukan jawapan yang lebih baik.

Saya belum ada matlamat.

Saya tak nak jual sesuatu yang tak diperlukan.

Saya tak nak kerja yang memerlukan saya pura-pura ia menarik

apabila diceritakan.

Saya tak nak buat sesuatu yang saya perlu yakinkan diri ia bernilai

sedangkan ia tak begitu.

Okey. Datang ke Hatch Labs.

Inkubator saya. Bila-bila masa.

Saya ada ramai kenalan dan boleh kenalkan awak kepada pelabur.

Tak apa.

Hai, pintu hanya boleh dibuka dari luar.

Ia pernah mendorongku

Ayuh, Kia.

Orang lain tak seunik yang disangka

Sejak kebelakangan ini aku…

- Hai. - Hai.

- Awak kata bila-bila masa. - Ya, betul.

Kurang dari 12 jam kemudian boleh dianggap bila-bila masa.

Saya boleh datang balik jika awak nak.

Maaf. Saya dah lewat untuk berurusan dengan Outback Steakhouse.

Mereka agak penting.

Sebab itu saya sanggup pergi ke Burbank.

Marilah ikut supaya saya tak keseorangan.

Saya tak tahu tentang Cardify.

Tak apa. Awak cuma perlu senyum dan buat macam pembentangan saya hebat.

Pasti mudah sebab ia memang hebat.

Jadi, 75 peratus daripada pelanggan awak

tak datang semula? Aduhai.

Ini satu masalah. Cardify ialah penyelesaiannya.

Cardify ialah aplikasi ganjaran kesetiaan yang mentakrifkan semula kesetiaan.

Ganjaran dipindahkan serta-merta ke akaun awak.

Program jadi permainan

yang buat pelanggan kembali untuk bermain.

Okey.

- Mungkin mereka… - Terima kasih.

…nak 20 mata kesetiaan untuk makanan percuma.

Mungkin mereka nak 10,000 mata

untuk kongsi stik Outback dengan Jay Leno.

Saya suka Leno. Kita boleh dapatkan Jay Leno?

Bolehkah kita…

Whitney, boleh dapatkan Leno?

Saya ada nombor telefon dia.

Saya lebih sukakan Kate Upton.

Bertenang, Ed.

Apa? Dia amat berbakat.

Jika begitu, mari dapatkan Upton.

Pokoknya, apabila awak boleh jejak mata kesetiaan,

awak boleh jadi kreatif dengan ganjaran besar.

Entahlah.

Ya. Bunyi macam banyak kerja perlu dibuat.

Ed.

Anggap saja begini. Bayangkan awak nak bawa saya keluar makan malam…

Itu satu pilihan?

Apabila cek diberikan,

awak nak keluarkan kad tebuk yang lama dan koyak-rabak?

Tidak.

- Dengan Cardify… - Cardify.

…semuanya tak kelihatan.

Awak yakin dan sofistikated.

Awak dapat ganjaran dan janji temu kedua.

Saya sukakannya.

Baiklah. Mari cuba dalam beberapa pasaran dan lihat jika ia diterima.

Awak diambil bekerja.

Saya serius. Saya nak awak sertai pasukan.

Saya berbesar hati. Namun, saya tak boleh lupakan…

Sebab awak cuba mengubah dunia?

Saya nak tanya tentang projek tumpahan minyak BP.

Berapa hasil jualan beg jinjing buluh itu?

Agak baik untuk syarikat…

Rumah anak yatim di Thailand?

Awak buat perubahan kekal di kawasan itu?

- Tidak. Sebab itu… - Dengar sini.

Saya tahu awak nak jadikan dunia ini lebih baik.

Namun, orang yang benar-benar buat perubahan

lakukannya melalui kuasa dan pengaruh.

Bill Gates sembuhkan polio atau malaria, tapi awak tahu apa dia buat dulu?

Dia dapatkan 100 bilion dolar.

Industri teknologi dikuasai oleh lelaki.

Jadi, peluang Bill lebih tinggi daripada saya.

Separuh daripada CEO pertubuhan bukan kerajaan ialah wanita.

Saya lebih suka begitu walaupun perlu bermula dari bawah.

Okey. Di Cardify, awak akan bermula dari atas.

Awak akan jadi pengarah pemasaran kami.

Awak juga mula kerja esok.

Pengarah Pemasaran

Awak tahu Cardify dah tiada harapan, bukan?

Nanti. Apa?

Petua asas. Syarikat rintisan perlu ada sejuta pengguna dalam tahun pertama

untuk dianggap berjaya.

Kami dah sepuluh bulan, tapi baru dapat 18,000 pengguna.

Aduhai. Saya baru tandatangan dokumen bekerja.

Cardify salah satu usaha kita. Kita bekerja untuk Hatch Labs.

- Baiklah. - Tisha dan Whitney.

Masa untuk mesyuarat.

Baiklah. Kita semua usahakan beberapa syarikat rintisan

dengan harapan salah satu berjaya.

Jadi, kita ada lelongan dalam talian yang buat lelongan rasa macam permainan.

Aplikasi sewa kereta yang buat menyewa kereta macam permainan.

Aplikasi cari jodoh dalam talian

- yang buat pencarian jodoh… - Macam permainan.

Kami kira jumlah Sean sebut "permainan" dalam seminggu.

Hari Jumaat, kami letak jumlah minuman sama pada kad syarikat.

Baiklah, semua. Hari ini sekejap saja.

Saya nak kenalkan

pengarah pemasaran rasmi kita, Whitney Wolfe.

Hai, apa khabar?

Tak sabar untuk kenal kamu semua.

Harap nanti awak masih nak kerja di sini.

Kamu boleh lihat jumlah Cardify terkini.

Sean, mari cakap tentang Match Box.

- Sekarang Cardify fokus kita. - Tengoklah.

Kami buat logo.

Saya suka ia satu permainan.

Saya belum yakin dengan nama Match Box.

Okey. Ada beberapa pilihan lain.

Kami gunakan perkataan Court.

Seperti memikat seseorang. Perasmaraan.

Perasmaraan? Kita dalam novel Jane Austen?

Tolonglah. Namanya perlu seksi.

- Pada hujung minggu… - Kami suka Hook.

Seperti hubungan seksual, tapi kita juga mencari pasangan

dan cuba memikat mereka.

Itu untuk pembunuh bersiri.

Saya masih suka Canoodle.

- Ada Flirt… - Ada Match Stick.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left