The first 145 lines.
STAR WARS - VISIONS MEMPERSEMBAHKAN
Jangan risau, okey?
Kita akan terus ke Bibin seperti arahan Margrave.
Saya tak bimbang dengan segala pengalaman yang awak ada, droid veteran.
Cukup.
Otak awak dah melayang ke tempat lain.
Fokus dan hayati saat ini.
Ada sesuatu yang mengganggu awak. Beritahu saya.
Semasa kita di Makoma Ko,
lelaki yang kita jumpa…
Orang yang bernama Gennoh itu…
ada lightsaber merah.
Saya tertanya-tanya jika ayah saya
yang buat lightsaber merah itu.
Ada satu kisah Jedi lama…
Sudah tentu, awak tak pernah dengar tentangnya.
Dahulu, bekas Master kita pernah cuba menghidupkan semula Jedi Order
untuk membawa keamanan kepada galaksi.
Sepertimana kegelapan lahir di mana sahaja ada cahaya,
lahirlah mereka yang menggunakan Force demi kepentingan diri dan ketamakan.
Mereka dipanggil Sith.
Lightsaber yang dia gunakan
mungkin telah diwarisi sejak sekian lama.
Jadi, mungkin itu bukan hasil kerja ayah saya.
Satu perkara yang saya tahu tentang Zhima ialah dia seseorang
yang takkan terlibat dengan Sith walaupun nyawanya terancam.
Saya percayakan awak, tapi ada sesuatu yang tak kena, Juro.
Saya rasa tak sedap hati.
Juro, saya perlu jumpa ayah saya.
Kita perlu cari dia secepat mungkin.
Percayalah, saya faham perasaan awak.
Namun, berdepan Nawaam sendirian bukan satu keputusan yang bijak.
Kita perlukan lebih Jedi.
Kita perlukan askar yang sanggup berjuang bersama kita.
Kara, awak ada hubungan yang kuat dengan Force.
Percayakan Force dan dengar kata hati awak.
Apabila tiba masanya, kita akan tahu.
Juro, pergi ke jambatan.
Kami akan keluar hyperspace sebentar lagi.
Episod 2: SENJATA YANG TERSEMBUNYI
Besarnya…
Itu pun dia.
Saya dah lama teringin nak ke Bibin.
Kenapa?
Boleh dikatakan yang tempat ini istimewa buat kami.
Dulu, ada seorang Jedi yang secara sendirian
menubuhkan satu Order kecil di sana.
Di Bibinlah saya belajar tentang Force.
Sepertimana ayah awak.
Di situlah dia menjadi Jedi.
Boleh cepat sikit?
Tunggu, apa?
Awak fikir saya takut selepas melihat lightsaber Nawaam?
Mana ada. Langsung tak.
Kristal Kyber?
Apa yang mereka buat dengan begitu banyak kristal?
Apa yang mereka rancangkan?
Maafkan saya, Jeneral Nawaam.
Saya gagal tangkap Juro.
Saya sedia terima hukuman.
Saya takkan hukum Sith yang terakhir.
Awak akan dapat peluang lain untuk lawan Juro dan halang dia.
Maafkan saya, tapi… bukan dia.
Anak Lah Zhima yang halang saya.
Saya dapat rasa Force yang kuat bersama dia.
Lebih cepat kita kalahkan dia, lebih baik.
Tak sangka mereka boleh digunakan dengan cara ini.
Saya rasa tiada cara yang lebih baik daripada guna simbol ini
untuk tunjukkan kuasa kita kepada galaksi.
Mereka guna kristal itu untuk buat senjata?
Maaf, Jeneral Nawaam,
tapi kami masih gagal untuk buat kristal…
Bawa Lord Zhima ke sini.
Ini satu kejutan.
Saya tak sangka ada Jedi akan kembali ke planet ini, Margrave Juro.
Terima kasih kerana sudi jumpa saya, Lady Tafflah.
Kami bersyukur awak…
Tak perlu berbasa-basi.
Saya agak sibuk sekarang, jadi beritahu saja urusan awak.
Kenapa awak datang ke sini?
Ada seorang jeneral bernama Nawaam yang ingin menguasai galaksi
dan pengaruhnya sedang berkembang dengan pesat.
Saya rasa ini akan membawa kita kepada kehancuran.
Sebagai Jedi, saya tak boleh duduk diam tanpa buat apa-apa.
Jadi, saya dibimbing ke sini.
Awak dibimbing ke sini? Maksud awak, dibimbing oleh Force?
Maaf, tapi dari sudut pandangan saya,
Jedi seperti kamu hanyalah pembawa kekacauan.
Takkan awak dah lupa
tentang kejadian itu, Margrave Juro?
Saya tak boleh tekankan betapa bahayanya Nawaam ini.
Dia perlu dihalang.
Baiklah.
Apa pun, saya tak mahu terus memikirkan tragedi masa lalu.
Tapi seperti yang kamu tahu,
tiada lagi Jedi yang tinggal di planet ini.
Apa yang kami cari ialah sekutu
yang akan berganding bahu bersama kami demi galaksi ini.
Awak bebas menjalankan carian awak.
Namun, harus diingatkan yang planet kami
mengiktiraf kedaulatan setiap orang.
Kita akan mendarat di kawasan perlombongan.
Baiklah.
Hei, Homen, awak tahu kenapa Jedi Order di planet ini dibubarkan?
Apa kejadian yang dia sebutkan?
Dikatakan yang Master yang menyelia Jedi Order di sini telah dibunuh
oleh Padawannya sendiri.
Apa ini? Ada asteroid
- menuju ke arah kita. - Jangan risau. Kita takkan apa-apa.
Tapi…
Saya boleh uruskannya dari sini.
Awak pasti ini selamat?
Percayalah. Pergi ikut mereka.
Adakah ini askar yang kita cari?
Tapi mereka pelombong biasa, bukan?
Pada zahirnya, nampak begitu.
Hunus pedang awak!
Juro!
Itulah kepakaran Jedi sebenar yang saya pernah lihat.
Awak juga boleh tahan.
Baguslah tengok awak tak berkarat lagi, Kwana.
Dah lama kita tak berjumpa. Awak nampak sihat.
Hei! Semua, Master Juro dah kembali ke Bibin!
Maaf tentang mereka.
Mereka tak ada niat buruk terhadap awak pun.
Tak mengapa. Itu reaksi biasa.
Sejak kejadian itu, pandangan orang terhadap Jedi dah berubah.
Mesti berat untuk awak hadapi semua itu.
Awak mengagumi Master Reno lebih daripada orang lain yang saya kenal.
Impian saya menjadi Jedi sudah berlalu.
Bercakap tentang itu,
boleh tunjukkan lightsaber awak, Juro?
Saya tahu saya tak patut tanya,
tapi saya bangga yang kawan lama saya kini seorang Jedi Master sebenar.
Kamu berdua saling mengenali?
Lebih daripada itu.
Kami habiskan masa muda kami bersama.
Kami macam adik-beradik.
Kwana, saudara saya.
Saya perlukan bantuan awak.
Ia bukan saja melibatkan awak, tapi semua pelombong ini juga.
Saya tak tahu bantuan apa yang seorang Jedi perlukan.
Saya perlukan bantuan untuk hentikan perang.
Dan saya perlukan pertolongan awak.
Awak bercakap tentang Nawaam.
No comments yet. Be the first to leave one.