The first 189 lines.
Mereka ada di sini ya?
Betul. Manusia dan anak-anak mereka
telah ditangkap dan diperhambakan oleh Raja Iblis.
Raja Iblis terkenal dengan kekejaman dan ketidakmanusiaannya.
Saya tidak tahu layanan buruk apa yang mereka terima!
Kalau begitu,
saya tidak boleh tinggalkan mereka.
Awak boleh harapkan Melina!
Hei!
Dou!
Semua, mari main!
Kami tengah tunggu awak.
Hari ini kita mahu main apa?
Main apa ya?
Mari kita main di taman yang pakcik binakan?
Baiklah!
Santa beri terlalu banyak hadiah!
Santa?
Ya,
pada malam Krismas dia akan datang lepas semua orang tidur.
Dia akan letakkan hadiah yang disukai oleh budak-budak baik pada bantal mereka.
Hebatnya!
Krismas itu bila?
Hari ini.
Jadi, Santa akan datang?
Tidak datang?
Seperti yang semua tahu,
kita perlu tulis nama dan barang yang kita mahu pada kertas.
Tapi
di sini tiada kertas, jadi kita tidak boleh tulis barang yang kita mahu
Saya faham. Serahkan pada Dou.
Jadi Cik datang untuk pinjam kertas dan pen?
Ya, itu betul.
Apa pendapat Raja Iblis?
Beri pada dia, Jahi.
Tidak salah untuk memberi kertas dan pen kepada hamba-hamba itu.
- Terlalu lembut. - Huh?
Ia bukan hanya sekadar pen dan kertas,
mereka mungkin boleh gunakannya untuk...
menjadi senjata seperti ini.
Saya faham.
DOU
Kamu boleh gunakan yang ini. Sebab ini lembut.
Baik!
Raja Iblis!
Saya terpaksa.
Encik Santa, Encik Santa.
Dia nampak terlalu seronok.
Saya tidak boleh cakap tidak pada dia.
Awak tidak perlu risau sangat.
Saya pernah dengar tentang Santa.
Jika lagenda itu betul, dia
mempunyai keupayaan untuk menjadikan sebarang hajat menjadi kenyataan.
Tapi mustahil orang hebat macam itu wujud.
Jika dia ada di sini, kita para iblis pasti sudah lama dihapuskan.
Betul apa yang Raja cakapkan.
Betul, bukan?
Jika perkara sedemikian wujud,
dia akan menjadi aset yang tidak ternilai.
Cik Dou, mari tangkap Santa dan kalahkan Raja Iblis.
Masa untuk "Latihan tangkap Santa"!
Jadi saya akan mula terangkan strategi kita.
Baik, cikgu!
Mengikut maklumat, Santa keluar waktu malam.
Dia datang selepas semua orang tidur.
Ya, betul.
Mula-mula kita pergi ke kawasan perlombongan
dan bersembunyi di dalam bayang-bayang.
Kemudian, ketika semua orang tidur
Gunakan sihir sepuluh hari,
kita akan sembunyikan diri sepenuhnya dan tunggu Santa.
Santa yang masuk dan tidak mengetahui apa-apa
akan disumpah dengan sumpahan halangan Raja Iblis dan tidak dapat lari.
Baginda juga terlibat?
Cik Dou akan cepat-cepat memerangkapnya dengan sihir ais,
dan misi selesai.
Selesai!
Apa pendapat Raja dengan strategi ini?
Tidak, pendapat saya...
Menarik, mengujakan.
Menarik, mengujakan.
Itu idea yang bagus!
- Terima kasih! Raja Iblis! - Betul!
Cik Dou, tolong suruh anak-anak manusia tulis permintaan mereka dengan segera.
Mari panggil Santa!
Baik!
Tidak mungkin Santa itu wujud.
Comel sangat, jadi mari kita terus lihat apa yang berlaku.
Dou, terima kasih!
Agaknya Santa akan datang atau tidak, ya?
Ya, dia mesti datang!
Saya mahu minta kek!
Saya, mainan!
Banyak betul permintaan awak semua.
Dou mahu minta apa?
Dou sudah buat keputusan!
Gurauan berjaya.
Mana semua kanak-kanak?
Antara semua tempat, kenapa awak boleh sesat di Istana Raja Iblis?
Tonto yang cakap tempatnya di sini.
Mari cari cepat. Kalau iblis ini bangun, habis kita!
Tidak mengapa.
Lepas mereka dengar loceng Santa, mereka tidak akan dapat buka mata mereka.
Awak cakap begitu, tapi dada hadapan awak sedang bergetar.
Adakah awak mahu disumbat ke dalam tekak syaitan?
Saya dapat tangkap Santa!
Kanak-kanak?
Semua orang sudah tidur, jadi saya datang seorang!
Awak siapa?
Saya Dou!
Saya iblis bernama Dou!
Iblis?
Makhluk selain Santa akan tidur selepas dengar bunyi ini, bukan?
Kenapa awak masih terjaga?
Saya berjaga lewat malam!
Alamak, awak budak nakal ya.
Ya, Dou budak nakal!
Santa telah dilembutkan oleh iblis kecil ini!
Kakak memang betul-betul Santa?
Saya memang Santa.
Ini pula Tonto si pari-pari.
Tonto?
Betul, Dou.
Kami perlu pergi serahkan hadiah.
Awak tahu di mana semua kanak-kanak?
Sekejap!
Tahu!
Dou juga mahu bantu beri hadiah!
Ini memang tidak boleh.
Boleh bantu saya beri ini?
Ya!
Saya tidak percaya Iblis boleh tolong agihkan hadiah!
- Senyap. - Senyap.
Dou juga budak baik.
Budak ini adalah iblis.
Bila kita leka, tiba-tiba mereka akan tunjukkan taring mereka!
Tonto juga berasal dari iblis.
Itu juga betul.
Tonto adalah iblis?
Betul. Tonto ada ramai. Itu adalah nama untuk pembantu.
Ada ramai?
Ya.
Tonto dan rakan-rakannya ialah iblis
yang mencipta mainan dan memperdaya manusia dari loteng.
Namun,
pernah sekali, Tonto telah ditangkap oleh seorang kanak-kanak
ketika cuba mencuri makanan pada suatu malam yang sangat dingin.
Dia melarikan diri ke loteng,
tetapi dia tidak dapat bergerak kerana kelaparan dan kesejukan.
Ketika itu,
kanak-kanak yang menemui Tonto membawakannya susu suam dan gula-gula.
Mereka berdua tidur bersama di dalam futon,
walaupun malam itu dingin, mereka dapat tidur dengan sangat selesa.
Tonto berubah hati dan
tertanya-tanya jika ada apa-apa yang boleh dia lakukan
untuk kanak-kanak yang baik seperti ini.
Kemudian dia berjumpa dengan Santa Claus.
Tonto sudah jadi besar!
Maksudnya, kalau Tonto besar nanti...
Tonto akan jadi begini!
Wah!
Kalau jadi Santa, kita boleh hasilkan apa saja.
Hebatnya!
Jadi, Santa juga ada ramai?
Betul.
Kalau begitu, Santa begini juga wujud?
Cantiknya lukisan awak!
Ini sama macam abang saya.
Nanti dia akan marah kakak.
Semuanya lukisan Dou?
Tidak. Dou lukis yang ini.
Ini Den lukis, ini pula Sana lukis.
Kenapa Iblis seperti Dou boleh buat begitu dengan manusia?
Sebab kami berkawan!
Kawan?
Ya!
Begitu rupanya.
Satu lagi...
Ada apa?
Melina dan Tonto juga kawan saya!
Betul?
Santa rasa gembira!
Jadi, kalau Dou jumpa Santa atau Tonto lain,
tolong berkawan dengan mereka juga.
Baik!
Baik!
Cuma tiga hadiah saja tinggal.
Mari kita lumba siapa dapat hantar hadiah paling cepat!
Baik, mula!
No comments yet. Be the first to leave one.