The first 156 lines.
SETAHUN YANG LALU
Itu Putera Aquasteed.
Demi pengajiannya,
baginda mengembara ke pelbagai negara sejak beberapa tahun lalu.
Dengar cerita baginda pindah ke akademi
Kerajaan Lapis Lazuli untuk tamatkan pengajiannya.
Baginda sangat rajin.
Kemahiran berpedangnya juga hebat.
Hari ini pun,
Tuanku sangat popular, Putera Aquasteed.
Elliot.
Kelab peminat Putera Aquasteed dah ditubuhkan
dan ahli makin bertambah setiap hari.
Sebab putera negara lain jarang berkunjung, kan?
Apa pun, mana buku yang saya minta?
Ya, ada di perpustakaan.
Ada beberapa buah buku...
Mari kita ke sana.
Rajin belajar tu bagus,
tapi tak teringin ke tengok benda lain sekali-sekala?
Benda lain?
Ramai anak bangsawan jemput Tuanku,
tapi Tuanku tolak semuanya.
Tak salah kalau terima sekali-sekala.
Banyak buku saya nak baca.
Banyak buku menarik yang tiada di Marinforest.
Sebagai Putera Mahkota Kerajaan Marinforest,
aku nak jadi pemerintah yang layak.
Hanya itu keinginan aku.
Tiada lain yang aku mahukan.
Jantung aku berdegup kencang
sebab senyuman dia.
LAMARAN SEMANIS MADU
Aku bertemu dengannya setahun yang lalu.
Itu pesta malam yang diadakan untuk sambut aku.
Lama tak jumpa, Putera Aquasteed. Seronok jumpa kamu lagi.
Saya juga, Putera Hartknights.
Mohon tunjuk ajar sepanjang saya belajar di sini.
Baik. Mari saya kenalkan tunang saya.
Selamat berkenalan, Putera Aquasteed.
Saya Tiararose Lapis Clementille.
Satu kehormatan dapat bertemu kamu.
Tutur kata sopan dan cara cakap yang lembut.
Tata tertib yang sempurna.
Gerak-geri yang anggun.
Jelas terpancar usaha kerasnya.
Aquasteed Marinforest.
Cik Tiararose, selamat berkenalan.
Dia sentiasa nampak tabah.
Tak pernah sambil lewa dalam berusaha.
Jika nampak orang susah,
dia akan tegur dan hulurkan bantuan.
Dia takkan pernah buat-buat tak nampak.
Aku yang berusaha jadi Putera Mahkota yang layak,
dan dia yang bersikap tabah sebagai anak bangsawan
yang berkhidmat untuk kerajaan.
Sikap disiplinnya rasa macam sama dengan aku.
Terasa mirip.
Tapi, bila dia makan kek manis,
perbezaannya sangat seronok dilihat.
Putera Aquasteed.
Tuanku tengok apa tu?
Kalau tak silap itu
tunang Putera Hartknights.
Cik Tiararose.
Saya nampak dia di sana hampir setiap hari.
Setiap hari?
Sebab nampak dia setiap hari,
aku mula tertarik.
Buku apa dia baca?
Apa yang dia borakkan?
Debaran di dada ni...
Nampak seronok, ya.
Kebelakangan ni Tuanku ke sini bukan untuk baca buku,
tapi untuk kagumi bunga, ya.
Bunga, ya? Betul juga.
Hati aku tenang bila tengok dia.
Hujan?
Putera Aquasteed?
Wahai angin, usirlah awan itu.
Putera Aquasteed.
Kenapa guna sihir? Padahal biasanya Tuanku jarang gunakannya.
Sebab nanti buku tu basah.
Sebenarnya aku tahu.
Aku buat-buat tak perasan,
tapi aku dah jatuh cinta pada dia.
Sebab tu, aku nak beri sesuatu pada dia.
Kebahagiaan kecil.
Senyuman.
Kalau aku tegur dia...
Kalau aku hulur tangan, dia masih boleh aku capai.
Tapi, aku tak boleh buat. Aku tak patut lakukannya.
Putera Aquasteed, apa kata Tuanku tegur dia?
Jangan fikir bukan-bukan.
Dia tunang Putera Hartknights.
Saya tahu tu.
Cinta pertama yang samar
ni takkan kesampaian.
Apa yang aku boleh buat
cuma harapkan kebahagiaan dia.
Cik Tiararose?
Cik Tiararose!
Bilik Rawatan!
Kenapa dengan dia?
Dia yang tabah tiba-tiba pengsan.
Puncanya perempuan tu ke?
Pelajar yang tiba-tiba pindah sini
dan nampak rapat dengan Putera Hartknights.
Sampai ada khabar angin dia buang Cik Tiararose
dan pilih budak tu.
Kalau betul, aku...
Putera Hartknights.
Maaf, Putera Aquasteed.
Tiara dah susahkan kamu.
Tak, tak susah pun.
Biar saya uruskan selebihnya.
Berada di sisinya adalah tugas tunangannya.
Buat pertama kali, aku sentuh wanita yang aku cinta.
Kehidupan sekolah ni juga
akan berakhir dengan graduasi esok.
Perasaan yang meluap ni
sepatutnya akan reda.
Tiararose, beta batalkan
pertunangan dengan kamu sekarang!
Masa tu juga
ribut bergelora dalam diri aku.
Tak ada ragu-ragu lagi!
Ikut kata hati aku
untuk berada di sisi kamu.
Cukup sampai situ.
Bunga yang selama ni aku pandang jauh
kini dalam dakapan aku.
Kamu okey ke, Cik Tiararose?
Putera Aquasteed?
Tuanku panggil saya?
Ya. Hantar ni pada Ayahanda.
Baik, Tuanku.
Kembangkan sayap, tembuslah awan, dan terbanglah.
Dalam surat tu, aku tulis aku akan balik ke Marinforest
bersama Cik Tiararose sebagai tunang aku.
Agar Cik Tiararose boleh hidup senang di Marinforest.
Baru saja keadaan reda,
laju betul Tuanku bertindak.
Rasa bodoh pula saya risau tadi.
Betul. Aku sendiri pun terkejut.
Harapan yang lahir di dada ni.
Aku nak Cik Tiararose ada di sisi.
Akhirnya surat restu perkahwinan tiba dan harapan aku tercapai.
Tiara?
Ya. Walau mengejut, tapi katanya Ayahanda nak jumpa hari ni.
Boleh saya hantar?
Mestilah. Sekarang juga...
Tak boleh.
Lepas Tuanku siapkan timbunan dokumen tu.
Aku nak cepat jumpa dia.
Dia nak apa sekarang?
No comments yet. Be the first to leave one.