The first 175 lines.
Wah! Seronoknya!
Oh! Boleh tahan!
Apa? Jangan seronok sangat!
Hari ni aku takkan bagi muka!
Cikgu, marilah sini!
Dah datang jauh-jauh,
rugilah kalau tak main sekali!
Aku tak nak.
Aku dah puas main.
Oh ya, cincin tu jangan sampai hilang, tau!
Cincin permata milik Pengarah ni ada empat.
Kalau murid keluar dari pelindung sekolah, wujud mereka akan kembali asal
dan tak boleh masuk ke dalam pelindung lagi.
Tapi, kalau pakai cincin ni,
mereka boleh keluar dari pelindung tanpa berubah wujud.
Kalau cincin ni hilang,
hukumannya sangat berat.
Berat mana hukumannya?
Pengarah yang tentukan ikut situasi.
Maknanya ikut angin dialah.
Kalau cincin hilang, korang tak boleh balik.
Ya!
Cikgu tak nak berenang?
Jomlah main sekali.
Aku ni jenis duduk rumah, kalau main dengan korang yang liar,
lusa nanti badan aku mesti sakit-sakit.
Aku bukan budak liar.
Aku sentiasa hidup dengan manusia.
Jadi kau bukan arnab liar?
Binatang peliharaan?
Bukan urusan kau.
Jangan sibuk.
Sekarang aku marah!
Tengoklah skil menembak hasil main "game" FPS aku!
Aku akan balas serangan kau!
Semua, kalahkan Hitoma!
Baik!
Rasakan!
PEMBENCI MANUSIA DAN KOMET SANG MALAIKAT
Ada hal penting aku nak bincang dengan Usami-san dan Hitoma-kun.
Hal penting?
Sebenarnya, ini pasal Kizaki Seiko-san.
Ada apa-apa jadi pada Seiko-chan ke?
Beberapa hari lepas, masa pemeriksaan, Kizaki-san hidap penyakit serius
dan nampaknya kena rawat di hospital.
Macam mana keadaan Seiko-chan?
Keadaan dia tak baik.
Anu, Pengetua.
Kizaki Seiko-san tu, jangan-jangan...
Betul.
Dialah sebab Usami-san nak jadi manusia.
Kizaki Seiko-san, umur 76 tahun.
Dia tuan Usami-san.
Lepas bincang dengan Pengarah,
Usami-san akan dapat layanan khas
dan dapat izin keluar selama 24 jam.
Aku boleh jumpa Seiko-chan?
Tapi, bukan dengan wujud kau sekarang,
kau keluar dengan wujud sebelum datang sini.
Sebaik saja kau beritahu keinginan kau,
aku akan hantar kau ke tempat Kizaki-san.
Untuk Hitoma-kun,
sebagai guru kelas, tolong perhatikan hal ni.
Baik.
Usami-san, apa keputusan kau?
Bagi aku masa.
Usami, kau tak balik lagi?
Hitoma.
Maaf ya.
Aku tak tahu situasi, jadi bingung nak jelaskan.
Pokoknya, layanan khas kau boleh
tarik balik bila-bila masa kalau cakap kat Pengetua.
Sia-sia.
Kalau wujud asal, jumpa Seiko-chan tu sia-sia.
Perasaan aku takkan tersampai.
Mana ada.
Walaupun tak boleh cakap, kau masih boleh bergerak.
Dengan jumpa dia, sekurang-kurangnya perasaan kau sampai.
Kau tak tahu apa-apa.
Aku...
Aku tak boleh jadi macam arnab sebenar.
Wujud sebenar aku
bukan arnab,
tapi patung arnab!
Usami-chan, dengar ni!
Macam ni, aku ada orang yang aku suka.
Ken-chan yang duduk sebelah aku!
Kami pergi minum Calpis sama-sama.
Sebab gementar sangat, aku sampai tak rasa apa-apa.
Usami-chan, Kenichi-san melamar aku.
Dia ajak aku kahwin.
Tapi, aku ragu-ragu.
Layak ke aku jadi isteri keluarga Kenichi?
Memang aku layak ke?
Kalaulah aku boleh luah kat kau.
Tapi, aku cuma patung.
Aku tak boleh cakap dengan Seiko.
Jadi, kalau suatu hari keinginan aku tercapai,
banyak benda aku nak sampaikan kat Seiko-chan.
Hitoma.
Aku nak jumpa Seiko-chan dengan wujud sekarang.
Tapi, Pengarah dan Pengetua tak izinkan.
Jadi, aku nak minta tolong kau.
Minta tolong aku?
Aku perlukan cincin permata Pengarah.
Mustahil tu.
Cincin tu simpan ketat dalam peti besi Pejabat Pengetua.
Kalau macam tu, pinjam cincin kau!
Tak boleh.
Langgar peraturan akan tolak markah lulus kau.
Kelulusan kau akan dipersulit.
Tujuan aku kat sekolah ni bukan nak lulus.
Aku nak jadi manusia dan ada kat sisi Seiko-chan!
Orang yang boleh aku harap
cuma kau.
Kalau kau izinkan, aku sanggup buat apa saja.
Jadi, tolonglah aku!
Hitoma?
Aku faham!
Kalau macam tu, kau pun ikut!
Kira macam ditemani penjagalah.
Kalau berdua, aku takkan takut!
Takut?
Ah, takut...
Aku takut buat murid aku sedih lagi.
Sebab salah aku, aku takut orang lain sedih lagi.
Aku takut dikhianati.
Hitoma?
Aku merayu.
Tolonglah aku.
Kau dah sedia tanggung risiko?
Mestilah.
Maaf buat kau menunggu.
Kat asrama okey tak?
Tak ada masalah.
Tak ada siapa nampak.
Pelindung sampai pokok sakura ni.
Untuk keluar dari sini dalam wujud manusia kau,
kau perlu kuasa cincin ni.
Dari pengalaman aku setakat ni pakai cincin ni,
apa saja aku sentuh, boleh tembus pelindung ni.
Senang cerita, selagi kau sentuh aku,
kesan cincin ni pun berkesan.
Mula dari sini, kita kena terus pegang tangan...
Nanti, janganlah buat muka tak suka!
Tadi dalam kelas pun kita pegang tangan, kan?
Cara pegang tu lain.
Apa boleh buat.
Baiklah, jom pergi.
Waktu melawat hospital sampai pukul 19:00.
Tengok pada masa sampai,
dia ada masa sejam untuk jumpa Kizaki-san.
Rasanya tempatnya kat sini.
Usami, kau okey tak?
Aku okey.
Usami.
Apa?
Kau boleh pergi sendiri?
Tanpa aku, kau boleh cakap dengan Kizaki-san tanpa beban, kan?
Habis tu cincin macam mana?
Dah sampai sini kau suruh aku jadi patung balik?
Aku akan titipkan cincin ni kat kau.
Kalau cincin ni buka, ingatan aku pasal sekolah akan hilang.
Tapi kalau sentuh cincin ni balik, aku akan ingat semua.
Tapi, kau takkan ingat, kan?
Maksud kau, aku kena jumpa dia seorang diri?
Yalah.
Macam ni, semalam aku main "game" sampai pagi,
sekarang aku mengantuk gila.
Lagipun, tiba-tiba kena heret sampai jauh macam ni,
wajarlah aku nak rehat.
Aku nak tidur sekejap,
sementara aku tidur, pergilah sapa orang yang kau kenal.
Ah, tapi aku susah tidur,
mungkin aku perlu ubat tidur?
No comments yet. Be the first to leave one.