Nawaam Attacks

Nawaam Attacks

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Star Wars Visions Presents The Ninth Jedi S01E04 Nawaam Attacks 1080p DSNP WEB-DL DDP5 1 ENG ITA JAP H264-TheBlackKing
A Commentary by chargephoton88

Tags

webdl
Published on: 2026-08-16
Downloads: 0
Hearing Impaired: No
FPS: 24

Malay subtitle preview

The first 128 lines.

STAR WARS - VISIONS MEMPERSEMBAHKAN

Episod 4: NAWAAM MENYERANG

Baiklah, Kwana, awak dah sedia?

Saya sedia bila-bila masa saja.

Mari pergi sekarang.

Mereka dah nampak kita!

Mereka sampai sebelum kita.

Kamu hidup lagi rupanya.

Agak mengagumkan.

Tapi kami dah sediakan satu kejutan balas,

khas untuk kamu.

Semua kapal, ambil formasi menyerang.

Sasaran kita, armada musuh.

Jangan! Berhenti! Itu bukan kapal perang. Kapal itu bawa orang awam!

Tidak! Bawa kita ke hadapan armada pelarian itu!

Kita akan jadi perisai mereka.

Cepat!

Tak guna, Nawaam.

Taktik kotor dan pengecut betul.

Awak serang kapal awam untuk paksa kami keluar.

Semua kapal, bentuk perisai pelindung di sekeliling konvoi pelarian

dan teruskan pemindahan.

Pergi dari sini.

Gunakan hyperdrive kamu. Tak kisah ke mana saja.

Kapal besar itu pasti kapal induk mereka.

Semua unit, kepung kapal meteor musuh.

Kita serang mereka sekarang.

Boleh saya bantu?

Saya datang nak selamatkan awak.

Awak Lah Zhima, bukan?

Four-Nines!

Awak siapa?

Nama saya Ethan, saya bukan musuh.

Saya berlatih dengan Master Juro.

Begitu.

Nampaknya Kara berjaya bawa semua lightsaber itu kepada Juro.

Saya dapat rasakan sesuatu.

Mungkinkah itu orang Margrave?

Kita akan terhempas!

Bersiap-sedia untuk pelanggaran!

Amaran!

Musuh dah tembus benteng luar dan memasuki aras dua, lorong tujuh.

Semua orang, bersedia untuk bertempur.

Jangan biar mereka sampai ke anjungan.

Saya dapat rasakan sesuatu.

Apa? Adakah ia Sith?

Sith dari Makoma Ko itu?

Tidak.

Apa?

Maafkan saya.

Tapi, nampaknya, saya tak boleh tinggalkan tempat ini.

Belum lagi buat masa ini.

Tapi sekaranglah peluang kita.

Nawaam kerahkan kebanyakan tenteranya, jadi kapal ini hampir kosong sekarang.

Tapi itu bermakna dia merancang untuk hancurkan Bibin.

- Ya. - Baiklah.

Awak kata nama awak Ethan? Tolong ke tepi.

Ikut saya.

Alamak. Musuh sedang menuju ke bilik enjin.

Mereka nak serang di tempat yang mereka fikir kita paling lemah.

Awak salah. Saya rasa bukan itu sebabnya.

Fikir apa akan berlaku jika mereka letupkan hyperdrive atau tangki minyak.

Seluruh kapal akan meletup berkecai nanti.

Nampaknya mereka dah fikirkan segalanya.

Kita patut halang mereka.

Saya nak awak tunggu di sini. Awak ketua sekarang.

Juro.

Homen, Kwana, kita akan keluar ke sana dan sertai pertempuran.

Kamu dah sedia?

Ya.

Sudah tentu.

Bertenang semua!

Sasaran kita ada di hadapan.

Ini mengecewakan.

Saya harap sangat awak boleh bagi tentangan hebat.

Apa pun, bersedialah.

Jadi, inilah tentera Nawaam.

Mari lihat kemampuan kamu.

Tunggu sekejap. Ada orang serang dari laluan lain.

Maklumkan kepada bilik enjin.

Tak, tunggu sekejap!

Laluan yang mereka ambil akan bawa mereka terus ke sini.

Anjungan itu.

Awak nak ke mana?

Saya tak bercadang nak lawan dia di sini.

Awak nak keluar dan lawan mereka seorang diri?

Juro mahu saya lindungi anjungan, jadi itu yang saya akan buat.

Jangan risau.

Nawaam!

Maaf, selebihnya saya serahkan kepada kamu berdua.

- Pergi! - Kenapa? Apa yang berlaku?

Tunggu. Awak… seorang Jedi?

Jedi?

Jedi… Sith…

Itu perkataan kuno untuk orang semuda awak.

Jedi adalah abadi.

Tiada apa yang kuno tentang mereka.

Begitu rupanya.

Awak pasti anak Lah Zhima.

Orang yang mengejutkan si tua Gennoh itu.

Awak pula?

Bagaimana awak kenal ayah saya?

Biar saya perkenalkan diri.

Nama saya Nawaam.

Lord Lah Zhima ialah Master saya.

Apa yang awak cakapkan ini?

Ayah saya pasti beritahu saya tentang perantisnya.

Awak nak lihat sendiri?

Jangan mengarut.

Saya satu-satunya Padawan ayah saya.

Tiada yang lain.

Saya tak tahu kenapa awak nak tipu saya, tapi awak harus pulangkan dia.

Lord Zhima takkan kembali kepada awak.

Mengagumkan.

Saya patut jangkakannya daripada anak Master saya.

Masih nak teruskan penipuan awak?

Kalau begitu, bila?

Bila ayah saya ambil awak jadi perantisnya?

Sebab ini kali pertama saya mendengarnya.

Saya tak pernah cakap saya belajar daripada ajarannya.

Dia beri pengajaran yang sangat berharga

apabila saya nampak dia bunuh Masternya sendiri, Reno Tsutara.

Ketika itulah saya memutuskan untuk mengikuti Lord Zhima sebagai Master saya.

Saya masih ingat… ketika itu,

niat membunuh, keinginan untuk bertarung,

malah segala rasa belas kasihan untuk Reno terus hilang.

Segala emosinya terus hilang,

yang tinggal hanya kekosongan yang tak berkesudahan.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left