The first 200 lines.
BERDASARKAN NOVEL FIRE & BLOOD
KARYA GEORGE R. R. MARTIN
Saya perlu jumpa permaisuri.
Tuanku.
Dia dah bangkit.
- Siapa? - Aegon.
Sunfyre masih hidup.
Keluar.
Sunfyre dah mati, mereput di tanah tandus.
Duduk.
Aegon bakar tentera Mooton di Rook's Rest.
Kemudian terbang
entah ke mana.
Penyokongnya telah menghantar gagak ke seluruh kerajaan
mengumumkan kepulangan raja.
Rakyat jelata menganggap ini petanda daripada dewa
yang Aegon ditakdirkan memerintah.
Dia dan naganya dihidupkan semula untuk menuntut semula takhta.
Pada masa ini, rakyat saya sendiri berkumpul di luar Grand Sept
memohon kepada dewa-dewa agar tentukan siapa yang patut memerintah
selepas apa yang saya dah perjuangkan dan menderita.
Rhaenyra.
Dewa-dewa bawahan tak boleh tentukan apa yang akan berlaku.
Kita darah Old Valyria.
Awak ada kuasa mutlak dalam genggaman awak.
Awak hanya perlu gunakannya.
Viserys tak guna.
Dia letak saya di sini.
Ramalannya telah menguji saya berkali-kali
dan saya hadapi setiap cabarannya.
Ini ujian awak.
Sekarang.
Sebaik saja awak bangkit.
Kerajaan ini tunduk pada kekuatan.
Awak dah lama tahu.
Letakkan pengawal
untuk mengawasi naga-naga Aegon
dan suruh Hugh berjaga di luar
Lohong Naga bersama Vermithor.
Awak akan teruskan
serangan ke atas Tumbleton.
Pergi dari rumah ke rumah
keluarkan setiap penyokong Hightower
dan bunuh mereka semua.
Kerajaan sedang memerhati.
Jangan burukkan nama saya.
Saya berbesar hati, tuanku.
Selepas Ormund dan Daeron mati
saya akan cari Aegon
yang tak setia itu
dan bunuh dia sendiri.
Tuanku, ada rancangan untuk menyelamatkan Sea Snake?
Ada misi menyelamat?
Ayah awak akan cari Sea Snake di Tumbleton
sebaik saja bandar ini ditebus semula.
Dia pasti dah lama mati ketika itu.
Hantar saya sekarang.
Awak dan Addam diperlukan di sini untuk mengawal bandar
jika khabar angin ini benar dan Sunfyre dibiarkan hidup.
Corlys ialah Penasihat awak, sekutu awak yang paling lama.
Saya tiada dendam dengan datuk awak, tapi dia dah buat pilihan
dan kita perlu tanggung akibatnya.
Ini salah awak.
Apa?
Awak menyebabkan Lord Corlys berada di luar sana
sehingga mudah ditawan.
Jangan berani.
Begitulah cara awak layan orang yang berkhidmat untuk awak.
Saya dan Addam bekerja tanpa henti
berulang kali dikerahkan dalam misi mencari musuh
tapi hanya dibalas dengan kemarahan awak.
Ya, kerana misi itu tak membuahkan hasil
sementara musuh-musuh saya terus mengumpul kekuatan.
Jika seseorang itu berguna bagi awak, awak gunakan mereka.
Jika tak, awak tinggalkan mereka
seperti awak buat terhadap Rhaena.
Sekarang dia dah hilang arah, seperti datuk saya.
Saya ada alasan untuk tinggalkan awak selepas Pertempuran Gullet
tapi saya tak buat begitu.
Mungkin.
Tapi awak perlukan naga saya.
Budak biadab.
Tapi bukan salah awak. Keturunan awak memang biadab.
Seperti yang adik awak tunjukkan kebelakangan ini.
Selamat pagi, tuan-tuan.
Selamat pagi, konon.
Kami berlayar sepanjang malam dari Driftmark
selepas dapat tahu tuan laksamana ditawan oleh Hightower.
Permaisuri mengarahkan awak untuk mengawal King's Landing.
Memenuhi permintaannya boleh menyebabkan kematian tuan laksamana.
Lord Corlys tahu risiko pengembaraannya.
Dia pasti mahu kehormatan Velaryon didahulukan daripada nyawanya.
Siapa awak untuk bercakap tentang keinginan pembesar kami?
Saya anak sulungnya yang masih hidup.
Serta penggantinya.
Bakal Lord of the Tides kamu.
Buka pintu!
Pandang depan.
Ke depan, jalan.
Itu...
Semua itu
untuk awak.
Hebat, bukan?
Tapi
awak perlu jadi kesateria
sebelum awak boleh ditabalkan menjadi raja.
Melutut.
Daeron Targaryen
awak bersumpah di depan dewa-dewa dan manusia
untuk pertahankan mereka yang tak mampu pertahankan diri?
Masuk!
Untuk melindungi semua wanita dan kanak-kanak.
Untuk mematuhi kapten-kapten dan tuan pemerintah.
Tutup pintu!
Untuk berlawan dengan berani apabila diperlukan.
Untuk melakukan tugas-tugas lain yang diamanahkan kepada awak...
- Sedia. - ...tak kira betapa sukar...
- Angkat. - ...betapa sederhana atau berbahaya?
Berhenti!
Saya bersumpah.
Kalau begitu, bangkitlah sebagai seorang kesateria.
Ser Daeron Si Berani.
Terangi jalan.
Tentera Permaisuri Anak Luar Nikah sudah tiba di pintu.
Bapa saudaranya akan mengetuai mereka ke medan penyembelihan.
Bukan, kekasihnya.
Bukan, suaminya.
Daemon Targaryen.
- Serta naganya. - Sudah tentu dia ada naga.
Tapi dia takkan gunakannya.
Bagaimana awak tahu?
Sebab isterinya, permaisuri, takkan benarkannya.
Rhaenyra mengawal Daemon dengan ketat
seperti anjing yang dirantai di dalam kandang.
Satu lagi ale untuk tuan naga.
Putera pemberontak akan ketakutan
di hadapan Lord Ulf Si Putih yang kuat dan kejam!
Tuanku.
- Tuanku, ada apa-apa yang tak kena? - Ada apa?
Puteri Helaena.
Dia masih belum makan.
Maester risaukan kesihatannya
terutamanya anak dalam kandungannya.
Panggil Ser Alyn.
Saya perlukan pengiring penuh ke Grand Sept.
Di sana, hari ini, septon tinggi akan menabalkan saya
dan memberkati pemerintahan saya
di hadapan seluruh warga King's Landing.
Tiada siapa lagi akan meragui
dewa-dewa memilih saya untuk memerintah.
Baiklah, tuanku.
Itu saja?
Tidak.
Apa ini?
Ser?
Ser!
Cik puan, maaf kerana mengganggu.
- Kita tiada banyak masa. - Masa untuk apa?
Perjalanan awak telah diaturkan menaiki kapal Mermaid's Kiss.
Awak akan belayar ke Pentos pada waktu senja.
Saya perlu beritahu awak perkhidmatan awak di sini dah tamat.
Awak telah berkhidmat untuk permaisuri
dan kerajaan dengan setia
dan Yang Mulia ingin mengucapkan terima kasih.
Awak akan dibekalkan dengan emas yang mencukupi
untuk memiliki kediaman serta para pelayan sendiri.
Uruskan cepat.
Saya pun tak faham, cik puan.
Sejam sudah berlalu, cik puan.
Saya perlu bawa awak ke kamar awak.
Ikut sini, tuan puteri.
Jangan percayakan permaisuri.
Aegon sudah kembali. Naganya masih hidup.
Anak dalam kandungan awak adalah tebusan
ganjaran yang membolehkan dia memegang kuasa...
- Teruskan bergerak. - ...ke atas musuh-musuhnya.
- Dia takkan lepaskan awak. - Cukup.
Awak ingat?
Tidak!
Ingat?
Tolong saya.
Jangan risau.
Awak masih hidup.
Nah. Minum ini.
Ada satu lagi dalam masa sejam.
Dia meracuni saya.
Awak sedar awak keseorangan di dunia ini.
Nasib kita sama.
Tapi saya tak nak lagi menanggungnya.
Awak pula?
Kenapa awak peduli jika saya keseorangan?
Jika saya hidup atau mati?
Saya pembunuh, Alys.
Abang saya sendiri mati di tangan saya.
Saya dilaknat kerana kesalahan saya dan disumpah untuk menderita.
Awak patut tinggalkan saya.
Kalau tak, awak pun akan dapat nasib begini.
Naga Balerion membakar tempat ini
untuk menamatkan keturunan Lord Harren.
Tapi keturunannya tak berakhir dengan mudah.
No comments yet. Be the first to leave one.