The first 200 lines.
Pesanan siap!
Berdasarkan kisah benar
Saya tahu apa awak fikir.
Kenapa perlukan lima spindel sedangkan mesin...
...satu spindel sudah cukup untuk jualan susu kocak?
Betul? Tidak.
Awak faham konsep telur atau ayam, En. Griffith?
Konsep itu sesuai digunakan di sini.
Adakah awak tak perlukan mesin ini kerana kurang jual susu kocak?
Mungkinkah kurang jual susu kocak kerana tiada mesin ini?
Saya yakin itulah yang benar.
Pelanggan tahu jika pesan susu kocak, pasti kena tunggu lama.
Dia pernah melaluinya dan pasti takkan pesan lagi.
Jika awak ada mesin lima spindel Prince Castle dengan...
...motor elektrik langsung yang sudah dipaten...
...pasti mudah awak hasilkan susu kocak yang sejuk dan sedap.
Percayalah, ini saya cakap jujur.
Pasti bertambah laris jualan susu kocak nanti.
Naikkan penawaran, permintaan akan ikut naik.
Itulah ayam dan telur. Awak faham?
Saya tahu awak faham kerana awak cerdik dan berdaya maju.
Awak pasti tahu ini idea yang baik.
Jadi, bagaimana?
Tidak, terima kasih.
1954 St. Louis, Missouri
- Cik, lama lagi? - Beberapa minit lagi.
- Awak kata begitu 20 minit lalu. - Maaflah, kami sibuk hari ini.
Ini jelas sekali.
Jika penawaran naik, permintaan akan ikut naik.
Ayam dan telur. Awak faham?
Awak faham kerana awak cerdik dan berdaya maju.
Awak pasti tahu ini idea yang baik.
Jadi, bagaimana?
- Dah sampai. - Nikmatilah.
Saya pesan daging barbeku.
Ada banyak peluang yang baik.
- Kenapa? - Baguslah begitu.
- Ramai yang berminat. - Ya, saya pasti.
- Awak tak percaya saya. - Saya percaya, Ray.
Saya ada banyak kerja kertas. Saya telefon awak esok.
Okey, selamat malam.
Ketekunan.
Tiada sifat lain dapat menggantikan ketekunan.
Bakat tidak boleh menggantinya.
Ramai yang berbakat tapi tidak berjaya.
Genius tidak boleh menggantinya.
Ramai yang genius tapi gagal mencapai kepuasan.
Pendidikan tidak boleh menggantinya.
Dunia penuh dengan orang bodoh yang berpendidikan.
Ketekunan dan kecekalan, itulah yang paling kuat.
Itu bererti kita tidak mudah tewas.
Anda boleh rasa tenang, sihat dan bersemangat.
Jika anda berusaha mencapainya setiap hari, anda pasti...
...akan dapat lihat hasilnya.
Bunyinya memang ajaib tapi anda mampu mencipta...
...masa depan sendiri.
Penemuan terbesar generasi ini adalah bahawa manusia...
...mampu mengubah hidup dengan mengubah sikap dan pemikiran.
Seperti kata Ralph Waldo Emerson, "Kita menjadi apa yang...
...kita fikirkan setiap hari."
Bahagian Jualan, Prince Castle, boleh saya bantu?
- Helo, June. - Ray, apa khabar?
- Baik, ramai orang suka. - Biar saya lihat mesej awak.
Gene Rafferty dari United Aluminum ubah janji temu Jumaat.
Ed Nance telefon minta wang kembali.
Sloan & Sons telefon lagi, bayaran tertunggak 60 hari.
Ada satu pesanan. Enam mesin.
Enam?
Sebuah restoran pandu masuk di California.
- Mereka nak beli enam? Mustahil. - Ada slip pesanan.
Tidak, awak tersilap agaknya. Berikan saya nombor mereka.
- Ada pen? - Ya.
Helo, McDonald's.
Helo, selamat tengah hari. Boleh cakap dengan pemilik?
- Mana satu? - Apa?
- Dick atau Mac? - Sesiapa yang senang.
Ini Dick.
Helo, Dick. Saya Ray Kroc dari Bahagian Jualan, Prince Castle.
- Ada orang buat pesanan. - Ya, betul. Bila boleh sampai sini?
Saya telefon kerana mungkin ada salah faham.
Peti sejuk, rak sebelah kiri! Maaf.
Tidak mengapa. Setiausaha saya kata awak mahu enam mesin.
Ya, kami tersilap.
Saya dah agak. Tiada restoran perlu 30 susu kocak sekali pesan.
Kami mahu lapan mesin.
Apa, Al? Ada kotak baru di sana.
- Maaf, kami tengah sibuk. - Ya, saya faham. Saya masih...
Tahu alamat kami? San Bernardino, California.
Ya, sebentar. Serahkan kepada siapa?
Datang saja ke restoran kami. McDonald's. Terima kasih.
- Jangan risau, takkan lama. - Betul?
Selamat datang ke McDonald's. Nak pesan apa?
Saya nak burger, kentang goreng dan Cola-Cola.
Harganya 35 sen.
15 sen, baki awak.
Ini dia.
- Ini apa? - Makanan awak.
- Saya baru saja pesan. - Dah siap.
Awak pasti?
Mana pinggan, sudu dan garpu?
Ia dibungkus. Lepas makan, buang kertas balut.
Baiklah.
Okey.
- Nak makan di mana? - Dalam kereta, di taman.
Makan di rumah pun boleh, ikut suka hati awak.
Okey, terima kasih.
- Boleh kami duduk? - Ya, boleh.
Terima kasih.
Buang saja, biar saya sapu.
Awak suka?
Ini burger paling sedap pernah saya rasa.
Itulah harapan kami. Saya Mac McDonald.
Bagus. Saya Ray Kroc.
Jurujual mesin susu kocak. Awak cakap dengan Dick, adik saya.
Ya, betul.
Apa awak buat di sini?
Ada mesyuarat di Los Angeles. Jadi, saya singgah tegur.
Baguslah begitu.
- Ini operasi yang hebat. - Nak masuk tengok?
Ya, sudah tentu.
- Makanlah dulu, nanti saya datang. - Terima kasih.
Segalanya pantas.
Langkah pertama, gril. Dia tukang masak.
Kerja mereka, bakar daging dengan sempurna.
Sementara itu, roti disiapkan.
Jaga-jaga, burger lalu.
- Burger lalu. - Burger lalu.
Setiap burger McDonald's ada dua keping jeruk.
Secubit bawang, sos tomato dan sos biji sawi...
...pada sukatan tertentu.
- Mana awak beli alat itu? - Kami buat sendiri.
Seluruh dapur ini kami bina khas.
Ini stesen terakhir di mana segalanya digabungkan.
Dan...
Ini hasilnya. Burger, masih panas dan sedap dari gril...
...ke kaunter dalam masa 30 saat.
Bagaimana awak buat semua ini?
Bukan saya seorang. Saya dan Dick McDonald, adik saya.
Hai, ini restoran yang hebat.
Gembira bertemu.
- Kentang goreng. - Kenapa?
5% terlalu garing.
- Cukup sempurna. - Perlu tetapkan pada...
...waktu 2 minit 50 saat.
Sebelum ini, bukan?
400, bukan 375. Naikkan suhu, kurangkan masa.
Ini cukup sempurna.
Bukan urusan saya tapi saya setuju dengan pendapat dia.
Saya suka garing di luar, lembut di dalam.
Tidak terlalu berminyak atau masin atau garing.
Awak siapa?
Itu Ray Kroc, jurujual mesin susu kocak.
- Bila boleh sampai? - Kiriman pantas melalui udara.
- Bagus. - Tunggu.
Saya nak belanja kamu makan malam.
- Saya tak suka lelaki. - Kamu berdua.
Kenapa?
Ini restoran terhebat pernah saya lihat dalam industri makanan.
Macam-macam saya pernah lihat. Saya nak tahu kisah kamu.
Kami muda dan bersemangat.
Tiada kerja kosong di New Hampshire.
Jadi, kami pindah ke barat.
Pergi Hollywood, saya nak masuk bidang filem.
- Dick pula lain. - Nak cari kerja.
Kami bekerja untuk Columbia Pictures, pemandu trak.
Selepas kerja beberapa tahun, kami simpan cukup wang...
...untuk beli pawagam di Glendora.
Segalanya elok, cuma masa kurang tepat.
September tahun 1929.
Mulanya tayangkan filem, kemudian zaman meleset.
Betul.
Semua orang rugi kecuali Wylie Reid.
Dia ada gerai hot dog dan rutbir. Orang tetap perlu makan.
Kami pun buka gerai hot dog dan jus oren di Arcadia.
Perniagaan boleh tahan, taklah meletup.
Penduduk di Arcadia tak ramai.
Jadi, kami nak pindah ke bandar jiran iaitu San Bernardino.
Tapi kami tak ada wang untuk bina gerai baru.
Adik saya dapat idea hebat. Ceritalah, Dick.
Dia kata pindahkan gerai. Letak atas lori.
Genius, bukan? Tapi ada satu masalah.
Jalan ke bandar itu ada laluan atas. Gerai kami tak lepas.
Saya dah putus asa. Dick kata potong saja gerai itu.
Potong bumbung.
Betul?
Kami pindahkan restoran dan buka semula.
Kami nak ubah sedikit kerana dah tahun 1940.
Orang suka restoran pandu masuk. Jadi, saya kata nak ikut.
Dick kata okey.
Dua bulan kemudian, kami buka Barbeku McDonald's.
Menu 27 jenis makanan.
Pelayan berseragam bawa makanan ke kereta anda.
Perniagaan laris meletup.
Kemudian jualan jadi mendatar.
Model pandu masuk ada beberapa masalah.
Betul.
Masalahnya, restoran pandu masuk biasanya...
...menarik pelanggan yang kurang elok.
- Remaja. - Mat rempit, budak jahat.
Macam-macam budak jahat dalam seluar jeans biru.
No comments yet. Be the first to leave one.