The first 195 lines.
Helo.
Hei, saya Field! Field Noko! Semua orang panggil saya Field!
Dulu saya pelajar biasa di Jepun,
tapi saya dilahirkan semula di dunia lain tanpa saya sedari!
Namun, dalam banyak-banyak benda, saya dilahirkan semula sebagai ladang!
Saya berukuran 100 meter di keempat-empat sisi dan sepuluh meter dalam.
Seterusnya, biar saya perkenalkan keluarga kesayangan saya!
Dengan pelepah hitam berkilau, tiga mata dan tiga kaki.
Ini Kuroyata, pemerintah langit!
Raksasa keras kepala dengan tanduk comel tumbuh dari kepalanya.
Ini Botan!
Dengan pendengaran yang tajam dan penampilan yang comel
ini Usatter, ayah kepada keluarga Usatter!
Si ibu, Ussarina,
anak lelaki sulung, Usalion dan anak perempuan sulung, Usappy!
Ini keluarga saya! Tunggu, bukan itu sahaja.
Saya juga ada beberapa orang kawan baik!
Ini Kikoyu, anak salji yang membesar dengan cepat baru-baru ini.
Boleh dikatakan kami rapat macam keluarga.
Saya bergantung pada dia untuk tafsiran!
Saya hampir jatuh cinta pada dia sebaik saja kami bertentang mata
dan itu taklah teruk sangat!
Ini Jessica, si perawan yang juga pemilik bandar berkubu
yang menawan hati semua pada pandangan pertama!
Dia nampak macam butler yang dihormati, tapi sebenarnya dia amat bijak! Ini Steck!
Dia mungkin nampak dingin dan bermulut tajam,
tapi dia sebenarnya pencinta haiwan!
Namun, cara dia tunjukkan kasih sayang kepada haiwan agak menyeramkan!
Ini Mauder!
Dia mungkin nampak macam kesateria wanita, tapi dia sebenarnya puteri.
Jangan tertipu dengan kehebatannya pada pandangan pertama!
Kadangkala dia agak mengecewakan. Ini Hayachi!
Seorang tsundere, puntianak, ahli sihir dan Jeneral Kaki Kiri.
Dia Quecotec dan namanya sukar diingati!
Saya jalani kehidupan yang aman dan membosankan sebagai ladang
yang disokong oleh keluarga dan kawan-kawan,
tapi saya pernah berlawan dengan tentera Raja Syaitan.
Saya tak sedarkan diri selepas bertarung
dengan bekas Jeneral Kaki Kiri Raja Syaitan
dan tak sedarkan diri buat seketika.
Hari-hari berlalu ketika saya hanyut dalam kegelapan.
Pada suatu hari, ketika saya rasa nak hilang akal sebab kesunyian,
cahaya menyinari hidup saya sekali lagi.
Di dunia yang kegelapannya telah lenyap,
ada keluarga dan kawan-kawan saya.
Itulah yang berlaku beberapa minggu lalu.
Semasa saya tak sedarkan diri,
Quecotec berkongsi benih-benih sayur dan anak benih daripada saya,
menyelesaikan masalah bekalan makanan di Kerajaan Raja Syaitan
yang menderita akibat kebuluran.
Disebabkan itu, Raja Syaitan mengiktiraf saya
dan menjemput saya ke istana Raja Syaitan
untuk rundingan damai antara tentera Raja Syaitan dengan bandar berkubu itu.
Itu dia.
Field? Kenapa awak bercakap seperti sedang memberi penjelasan?
Apa maksudnya?
Kikoyu…
Apabila saya tengok semula, dia betul-betul cantik!
Terima kasih banyak. Saya rasa segan dengar pujian awak, Field.
Saya lupa yang Kikoyu boleh baca fikiran dalaman saya.
Kenapa kamu berdua bermain cinta? Ada apa-apa yang kamu nak beritahu saya?
Quecotec.
Walaupun selepas mengakhiri kebuluran di Kerajaan Raja Syaitan
dan menempa nama dengan menjadi Jeneral Kaki Kiri yang baru,
dia terus membantu di ladang saya setiap hari.
Apa-apa pun…
Awak semakin pandai bergerak.
Saya tak rasa tanah bergegar pun sekarang.
Saya setuju.
Betul. Saya sedang menuju ke istana Raja Syaitan!
Kotak keluli segi empat tepat di luar, dengan jiwa manusia tersembunyi di dalam!
Di dalam dunia yang dipenuhi keajaiban, dibawa di belakang rakan saya, Lammis,
kami mengembara ke pelbagai tempat.
Saya Boxxo. Apabila saya kata "Helo," ia bermakna "Ya"!
REBORN AS A VENDING MACHINE, I NOW WANDER THE DUNGEON
SAYA TERLALU KUAT DI LADANG
Istana Raja Syaitan, ya? Saya tak sabar.
Raja Syaitan seorang yang baik
dan selepas berbual beberapa kali, kami jadi rapat
dan sekarang dia kawan baik saya.
Kerajaan Raja Syaitan ialah tanah tandus
yang mana cahaya matahari tak sampai, jadi tanaman tak dapat tumbuh.
Namun, sayur-sayuran yang saya tanam tahan lasak,
dibiak dan diubah suai supaya tahan kemarau.
Selepas menanam sayur-sayuran saya di kerajaan ini,
masalah kebuluran Kerajaan Raja Syaitan akhirnya selesai
dan tidak perlu menyerang negara lain, jadi mereka menghentikan serangan.
Sejak itu, saya dipuji sebagai wira oleh semua orang di Kerajaan Raja Syaitan.
Betul. Saya, sebuah ladang!
Kenapa awak selalu merendah diri?
Field, awak cipta sayur-sayuran yang tahan lasak ini
dan itu pencapaian awak!
Terima kasih, Kikoyu!
Saya baru teringat. Saya nak awak ceritakan
tentang seorang lagi orang Jepun yang awak jumpa
yang dilahirkan semula ke dunia ini semasa saya tidur.
Baik, boleh.
Tak sangka ada orang Jepun lain
yang dilahirkan semula ke dunia ini.
Lebih mengejutkan lagi, dia jadi mesin layan diri.
Saya tak boleh cakap,
"Tak sangka ada orang jadi mesin layan diri!"
sebagai seseorang yang dilahirkan semula sebagai ladang.
Dia kata dia mesin layan diri.
Kita boleh keluarkan produk di dalam mesin layan diri
dan dia juga boleh berubah menjadi bentuk yang berbeza.
Nampaknya dia dah bantu Kikoyu dan yang lain,
selepas saya selesaikan masalah di sebelah kami,
saya bercadang untuk bantu dia.
Apa-apa pun, saya tak sangka Jeneral Tangan Kiri
yang menjadi dalang di sebalik kurungan bawah tanah.
Tak kira apa-apa pun yang berlaku, saya akan bersama awak, Field.
Namun, kalau awak buat begitu,
Quecotec akan diwajibkan untuk membantu tentera Raja Syaitan
sebagai Jeneral Kaki Kiri yang baharu, berdasarkan kedudukannya.
Mungkin saya patut tanya dia dulu.
Ya. Saya akan ikut awak. Raja Syaitan hanyalah orang atasan saya.
Awak yang selamatkan kerajaan dan kampung saya.
Jangan salah faham.
Saya tak kata saya suka awak.
Saya cuma nak balas budi, itu saja.
Dia tsundere yang sempurna!
Walaupun saya nak usik dia tentang itu, saya akan percaya bulat-bulat.
Dengan dia di pihak saya, saya tidak perlu risau.
Kebolehan Quecotec mengawal orang mati sangat hebat
dan keserasian dia dengan saya juga boleh tahan.
Keserasian saya dengan awak juga boleh tahan, bukan?
Ya, betul…
Jadi, itulah istana Raja Syaitan?
Itu Raja Syaitan. Dia masih kacak seperti biasa.
Dia kuat, kacak dan berkarisma.
Biasanya, saya akan mengaku kalah kepada orang macam dia, tapi…
Sayangnya awak tak mampu hasilkan sayur yang sedap!
Sebab itulah saya rasa setanding dengan awak!
Okey, cukuplah setakat ini.
Itu Jeneral Tangan Kanan, bukan?
Dari segi rupa, dia nampak macam lelaki budiman berusia 50-an.
Kalau saya jadi tua dengan rupa manusia saya,
adakah saya akan kelihatan begitu juga?
Maafkan saya. Saya tak boleh jadi begitu tak kira apa-apa pun yang saya buat.
Lompat!
Maafkan saya kerana mendarat di atas badan awak.
Baiklah, masa untuk berbincang.
Harap-harap kita boleh tamatkan rundingan damai tanpa masalah.
Lama tak jumpa, Field.
Awak juga, Jeneral Kaki Kiri Quecotec.
Lama tak jumpa, tuan.
Lama tak jumpa!
Ya, lama tak jumpa.
Awak tak perlu terlalu formal dengan saya, Quecotec.
Betul, Jeneral Tangan Kanan?
Tuan Field berjasa kepada kerajaan ini, jadi dia terkecuali.
Jadi…
Saya haus. Saya nak hilangkan dahaga.
Jelas sekali dia merayu saya untuk bawa benda itu ke sini secepat mungkin.
Maaf kerana buat awak menunggu.
Jus buah hari ini ialah jus Luwaga yang baru diperah.
Baiklah, saya minum dulu.
Apa?
Tuan? Adakah ia beracun?
Tunggu…
Saya pengsan sebentar tadi sebab ia terlalu sedap.
Awak patut cuba minum juga.
Ini dia.
Syabas kerana bertahan. Awak boleh ambil ini sebagai ganjaran!
- Ini… - Ini…
Cuba tahan serangan ini, Raja Syaitan!
Nampaknya awak sedang berseronok, Field.
Ya, saya sangat seronok!
Ini terlalu sedap…
Mungkin saya dah buat ia terlalu berkhasiat dan sedap…
Patutkah kita tangguhkan rundingan damai sehingga esok?
Tidak, mari lakukannya hari ini.
Baiklah. Dengan ini, secara rasminya tentera Raja Syaitan
takkan menyerang kota berkubu itu.
Usappy, Usalion. Ada sesuatu di dalamnya?
Bukankah keluarga Usatter sepatutnya menyiasat kawasan sekitar
Hutan Niat Membunuh dengan Hayachi?
Mari kita lihat. "Jeneral Tangan Kiri…"
Apa? Apa yang dia buat di tengah-tengah rundingan damai kita?
Ada masalah?
Apa?
Jadi, dia curi kuasa kurungan bawah tanah dan mara ke arah kota berkubu.
Hei.
Aduhai. Adakah Tangan Kiri tersilap langkah kali ini?
Adakah ini arahan awak, Raja Syaitan?
Sudah tentu tidak.
Jeneral Tangan Kiri bertindak sendiri.
Saya dah lama tahu yang dia berniat untuk mengkhianati saya,
tapi nampaknya dia lupa diri selepas dapat kuasa dari kurungan bawah tanah.
Jadi, kami boleh kalahkan Jeneral Tangan Kiri?
Ya, sudah tentu. Malah, saya akan berikan bantuan.
Boleh serahkan misi itu kepada saya?
Itulah yang saya nak buat. Saya serahkan kepada awak.
Ya, tuan! Serahkan kepada saya!
No comments yet. Be the first to leave one.