The first 196 lines.
(Kepulangan Ekspedisi Penyucian, 3 hari kemudian)
Kondou-san!
Shiraishi-san…
Syabas atas usaha dalam ekspedisi penyucian selama tiga hari.
Terima kasih.
Puan Saint, terima kasih atas usaha
menyucikan miasma kali ini.
Kami amat menghargainya.
Err, Shiraishi-san,
boleh ceritakan bagaimana ekspedisi itu?
Kalau begitu, apa kata kita pergi makan tengah hari?
Saya nak berbincang tentang kelas persendirian juga!
Siegvold-san pun ikutlah sekali.
Elok juga.
Saya juga perlu pantau Tuan Hawari makan.
Boleh jangan panggil saya "hawari" lagi?
Nama saya Seiichirou Kondou.
Seorang hawari tetap hawari.
Tapi ada orang lain yang memerhati.
Terpaksalah...
Apa kata kita bertolak ansur?
Tuan Seiichiro.
Baiklah, Tuan Paderi.
Saya sudah bertolak ansur.
Jadi panggillah saya dengan nama hadapan.
Baiklah, Siegvold-sama.
Cantiknya tempat ini, kan!
Ini taman bunga yang dibuat oleh puan saint terdahulu.
Tak sangka ada tempat macam ini!
Kau tak makankah?
Ya.
Kondou-san kalau makan sembarangan,
boleh keracunan nanti.
Tuan Seiichiro tiada ketahanan pada sari sihir.
Sebab itu beliau perlu berhati-hati
tentang pemakanan dan cara hidup.
Sari sihir boleh jadi kekuatan selagi tak terlalu banyak,
dan ia ada di mana-mana seperti udara, kan?
Beliau dari dunia lain yang berbeza daripada ini.
Makanan dan udara di situ pun berbeza.
P-Puan Saint pula?
Saya ada perlindungan suci,
jadi saya baik-baik saja.
Tuan Seiichiro diberikan ujian
dan sedang berkhidmat demi negara ini.
Layanilah beliau dengan berhemah.
Janganlah sebarkan imej yang aneh-aneh.
Selio-san, tak perlu risau.
Saya perlahan-lahan bina ketahanan,
dan selagi tak terima dos melampau, saya takkan mati.
Boleh matikah?!
Shiraishi-san, tentang ekspedisi penyucian pula?
Ya...
Tiada perubahan antara
penyucian pertama dan kedua.
Tetapi semasa miasma menghilang,
cahaya melimpah masuk dan
putik bercambah dari beberapa pokok.
"Putik" itu...
menunjukkan bukti penyucian telah sempurna.
Saya juga dengar pengukur tenaga sihir penyihir
adalah lebih rendah daripada biasa.
Tapi, semasa kami periksa kawasan sekitar,
tapak kaki raksasa dipanggil Nepolic ditemui.
Aresh-san kata perlu hapuskannya segera...
Ia perjalanan tiga hari dari ibu kota ke Hutan Iblis.
Lebih efisien jika tinggal di sana daripada pulang.
Aku pun akan buat yang sama.
Tapi...
Kondou-sama,
surat dari Aresh-sama.
Kerana kawasan Nepolic adalah luas,
penyiasatan akan mengambil sedikit masa.
Kau tak perlu risau apa-apa,
dan tumpukan pada menjaga badan sendiri.
Bijaksana dan serba boleh,
dengan wajah indah dan dingin
serta pertuturan yang seperti dewasa dari luaran,
tapi di rumah dia keanak-anakan pula.
dan cepat merajuk kalau tak dilayan.
Kalau Valtom-san memarahinya,
wajahnya kekok dan pemalu.
Jika ada tugas menyusahkan,
mungkin untuk menahan keengganannya untuk pergi,
dia makan berpaut pada aku lagi...
Maka pembasmian mengejut kali ini...
adalah kerana dia inginkan pujian...
Memikirkan kau semasa berjauhan,
aku asyik terfikirkan akan masa silam
ketika kita tak pernah bertemu.
Kini kita berjauhan,
barulah aku sedar semula
perasaan aku sebelum kita bertemu...
Cik Abang! Lama tak jumpa.
Sigma.
Lain rupa kamu?
Oh, sebenarnya kan...
tuan aku tercederakan tangan,
jadi baru-baru ini, aku tak boleh pergi berlatih.
Dia cuba carikan tempat baharu untuk aku,
tapi disebabkan aku masih budak,
aku akhirnya ditolak ke belakang saja.
Sesuailah kalau macam tu.
Sempoa yang kamu buat tempoh hari,
boleh buatkannya lagi?
Betulkah?
Baguslah kalau Cik Abang nak beli lagi!
Berapa banyak?
30 buah.
30?!
Kemudian, Sigma.
Kamu nak belajar di kelas persendirian?
Ah, Kondulah.
Eh, macam lain.
Lain?
Kuasa sihir kau lain daripada biasa...
Oh, aku faham.
Sekarang, Kesateria Ketiga tak ada.
Oh ya, Kondu!
Ada bawa alat keramat?
Awak memang tak lupa pasal tu, kan?
Kan bagus kalau awak ingat yang
saya dah kata benda tu mustahil.
Kenapa awak mahukannya sangat?
Eh? Yalah, cuma...
ia mengandungi banyak kuasa sihir.
Dengan itu, aku boleh buat ujikaji sebanyak mungkin.
Ia mengumpul kuasa sihir?
Itu kan alat sihir...?
Ist-san, pernahkah nampak alat keramat?
Pernahlah.
Aku berdoa dengannya ketika pembaptisan pada umur enam tahun.
Lagipun, aku ada banyak kuasa sihir.
Menurut Perdana Menteri,
ada latihan untuk kurangkan kuasa sihir.
Kemudian alat keramat yang menyimpan kuasa sihir.
Di mana kuasa sihir tersimpan itu pergi?
Perasaan tak sedap hati ini,
dari mana aku patut siasat?
Sei-san, dah selesai urusan dengan Jabatan Sihir?
Nor, tepat pada masanya.
- Aku ada soalan. - Kondu.
Tuanku.
Kami ada soalan.
Ikut kami.
Baiklah, minta diri dulu.
Tak perlu.
Kamu pun ikut sekali.
Eh?
Engkau,
dengar kata, kau dan Yua berborak rapat tempoh hari.
Ya, kami berbincang pasal kerja Puan Saint.
Beritahu lagi.
Kalau begitu, mohon periksa dokumen ini.
Ya!
Sekolah swasta untuk kanak-kanak
di rumah kebajikan dan kanak-kanak miskin di bandar...
Memang betulkah Puan Saint yang cadangkan itu?
Nampak sangat masuk akal dan sempurna,
macam Encik Sei yang fikir—
Yua memang mantap.
Idea yang bernas!
Tapi kenapa dia tak beritahu...?
Mungkin beliau bercadang maklumkan pada Tuanku
selepas cadangan itu diputuskan.
Tapi hati bijaksana Tuanku yang perasan dahulu
lalu menunaikan hasrat Puan Saint tersebut.
Aku pun fikirkan benda sama!
Memang betullah!
Aku pun fikirkan benda sama!
Aku dan Yua memang serasilah!
Dalam keterujaannya, dia gunakan kata ganti diri pertama "aku".
Benar.
Jika Tuanku menyokong dengan sumber peribadi Tuanku
dan bukan dari sumber kerajaan,
itu akan lebih menunjukkan ini idea peribadi Tuanku sendiri
dan dianggap lebih dipercayai.
Begitulah caranya di dunia patik.
Oh, macam itukah?!
Aku pun fikir macam itu juga!
Mari beritahu Yua cepat!
Sei-san,
awak bercadang teruskan rancangan ini dengan sumber peribadi Tuankukah?
Belanjawan negara sekarang agak ketat.
Lagipun,
memang benar bahawa tempat asal saya menghargai pengorbanan diri.
Wah...
Sebab itulah orang gila kerja
macam Sei-san boleh wujud.
Ha?
Kondu.
Ini untuk santapan semua ahli Jabatan Perakaunan.
Tuan Putera tahukah?
Ini perintah dari Tuan Putera sendiri.
Wah...
Engkau tak percaya...?
No comments yet. Be the first to leave one.