The first 147 lines.
Boleh awak tolong gilap tugu Wira?
Apa ganjarannya?
"Sihir garu belakang badan yang gatal."
(29 tahun selepas pemergian Himmel. Di kawasan utara, Kampung Fabel)
Tugasan begini lagi.
Tugu Himmel berada di mana-mana saja.
Tapi tugasan yang terperinci begini pun seronok juga.
Mari gilapnya.
Jika ia tugu gangsa,
kami akan gilapnya dengan sihir.
Awak tak perlu lakukan apa-apa.
Siapa pakcik ini?
Ini kali pertama awak berdua tengok dia.
Inilah Wira Selatan.
Walaupun Himmel yang tewaskan Raja Setan,
Wira bukanlah seorang.
Ramai Wira cuba untuk menewaskan Raja Setan.
Antaranya adalah Wira Selatan,
juga digelar sebagai manusia terkuat.
Macam agak keterlaluan.
Tidak juga.
Itu gelaran yang sesuai untuknya.
Ancaman terbesar manusia ketika itu adalah
7 Sej Kemusnahan yang
menguasai dataran tertumpu pada kawasan utara.
Sebenarkan kami
hanya tewaskan 2 antara 7 Sej Kemusnahan saja.
Lagi 2 daripada baki 5 pula
melarikan diri dan menghilang.
Begitu juga Aura the Guilotine.
Kesemua 3 lagi ditewaskan oleh Wira Selatan.
Kemajuan serangan Wira Selatan sangat hebat.
Hanya dalam masa setahun dia tewaskan barisan hadapan tentera Raja Setan.
Dia berjaya memusnahkan laluan utama sumber ketenteraan Raja Setan,
iaitu di bahagian paling utara Dataran Utara
Di sana dia diserang oleh
orang kanan Raja Setan yang dikatakan mampu melihat 1000 tahun ke hadapan
Schlacht Si serba tahu dan
dan kesemua 7 Sej Kemusnahan.
Akhirnya dia terkorban di sana.
Kesemua 7 Sej Kemusnahan.
Itu sangat teruk.
Walaupun begitu, Wira Selatan
berjaya menewaskan 3 Sej Kemusnahan,
dan gugur bersama Schlacht si Serba Tahu.
Ramai penduduk di sini terselamat daripada penguasa
7 Sej Kemusnahan disebabkan pertarungan itu.
Jadi kepercayaan kepada Wira Selatan sangat kuat di sini.
Kerana jasad Wira Selatan tidak pernah ditemui pada akhirnya,
malah tersebar legenda bahawa Wira Selatan hingga ke hari ini
masih bertarung dengan Schlacht si Serba Tahu.
Namun dia berlawan dengan bangsa Setan pemakan manusia.
Saya rasa pasti dia sudah dimakan.
Mari bersihkannya.
Saya tak nak.
Saya tidak boleh tewaskan Raja Setan.
Saya sudah agak tidak akan berjaya.
Saya tiada kata-kata yang boleh memujuk awak.
Awak bercakap seperti sudah tahu keputusan saya.
Saya memang sudah tahu.
Tak mengapa kalau saya beritahu awak.
Walaupun awak tahu rahsia saya,
awak takkan beritahu sesiapa pun sepanjang hidup ini.
Jadi saya hanya akan beritahu pada awak.
Sebab saya menjadi manusia terkuat.
Kerana saya boleh melihat masa hadapan.
Hebatnya.
Nampak seperti awak tidak percaya.
Bukan begitu.
Saya hanya tidak berminat.
Jika begitu mari saya beritahu satu perkara yang mungkin awak akan berminat.
Awak pasti tahu tentang 7 Sej Kemusnahan.
Setahun di masa hadapan,
saya akan diserang di Dataran Utara oleh Schlacht si Serba Tahu
dan 7 Sej Kemusnahan dan terbunuh.
Saya gugur sebelum cita-cita tercapai.
Awak tak perlu ambil peduli.
Sekalipun awak ikut saya,
masa depan di mana saya mati tetap tidak berubah.
Tak lama lagi,
akan ada seorang wira muda datang kepada awak.
Dialah yang akan menyelamatkan dunia.
Walaupun itu bukan niat asalnya.
Awak akan keluar mengembara bersama dia dan menewaskan Raja Setan.
Saya tidak rasa itu akan terjadi.
Awak akan tahu apabila jumpa dia.
Dia akan mengubah hidup awak.
Baiklah. Saya minta diri dulu.
Boleh saya minta satu perkara?
Apa?
Apabila awak jumpa dia, tolong sampaikan kepada dia.
Saya pasti akan
membuka satu jalan.
Sebagai Wira Selatan terkuat dalam kalangan manusia,
sekalipun pencapaian saya dilupakan dan ditelan zaman.
Tunggu!
Jangan lari.
Nampak masa depan konon.
Penduduk di sini tetap ingat awak.
Nama awak benar-benar terpahat dalam sejarah.
(29 tahun selepas pemergian Himmel. Negara-negara Utara, Wilayah Graf Dach)
Sudah lama tidak sampai ke bandar yang besar.
Kita akan keluar segera selepas tambah bekalan.
Kenapa ini?
Awak tak nak bersantai?
Ada kedai sihir juga.
Stark, awak tidak tahu?
Masa itu terhad.
Saya tahu itu.
Ini sudah cukup.
Alang-alang kita sudah di sini, mari makan snek dulu.
Stark.
Awak pun tahu, bukan.
Kita tiada duit perbelanjaan lebih.
Saya pun tahu itu.
Mari pergi.
Entah kenapa dia berkelakuan pelik.
Biasanya awak tiada masalah untuk menetap di bandar besar berbulan-bulan.
Kita terlambat nampaknya.
Frieren-sama, bukan?
Tuan saya menjemput awak ke jamuan malamnya.
Kami sedang bersegera.
Frieren adalah
salah seorang ahli parti yang telah menyelamatkan kawasan ini.
Tuan saya ingin memberikan penghargaan.
Sedapnya.
Terima kasih kerana menjemput kami, Graf Dach.
Mukanya nampak tidak suka.
Frieren-sama.
Terima kasih kerana bantu moyang saya.
Apa urusan awak?
Syukur awak mudah faham.
Sebenarnya Pedang Pusaka Berharga Dach telah dicuri oleh Setan.
Dicuri lagikah?
Lagi?
Ia dicuri juga semasa zaman moyangnya.
Kerapnya dicuri.
Baiklah saya faham.
Ganjarannya adalah buku sihir.
Saya harapkan awak.
Aduhai.
Bangsawan di kawasan utara memang suka mendesak,
tapi keluarga Graf terutamanya
suka beri tugasan yang yang tak masuk akal.
Saya akan penjarakan awak jika tidak dapatkan pedang itu.
Tidakkah itu terlalu kejam?
Tapi kali ini kita sudah tahu ke arah mana Setan itu larikan diri.
No comments yet. Be the first to leave one.