The first 200 lines.
Tidak, berundur!
Cepatlah!
Hei, berhenti!
Tidak!
Ciri!
Kau siapa?
Aku Cirilla dari Cintra.
Kau bukan anak aku!
Mana dia?
Mana dia?
Dia tiada di sini.
Kau akan buat kita terbunuh.
Vilgefortz bawa kau ke sini. Kau murid Aretuza.
- Ikut aku. Kau akan selamat. - Tiada tempat selamat!
Kau akan bersama ahli sihir. Mereka sahabat kau.
Vilgefortz seksa tubuh badan aku.
Fikiran aku!
Mereka di mana pada waktu itu?
Aku bukan bahan uji kaji di sini.
Aku puteri.
Aku enggan pergi.
Penceroboh di kamar diraja! Bunyikan penggera.
Apabila Emhyr jumpa Cirilla, dia akan bunuh kau.
Tolong bantu kami cari dia.
Turun! Di sini!
Penceroboh! Cepat!
Baru sekarang kami tahu seteruk mana bahaya yang menanti Ciri.
Kami takkan biar ia berlaku.
Kamu tahu kawasan ini. Bagaimanakah cara untuk ke istana Emhyr?
Tanah paya ini berlanjutan hingga ke timur.
- Genting Aldiss ini merentasi hutan. - Ia boleh beri perlindungan.
Pokoknya ditebang untuk kegunaan perang
dan dikawal oleh tentera utara.
Ya. Aku tak mahu lawan sesiapa
selagi Serigala masih usung lidinya itu dan enggan guna senjata betul.
Pedang Nilfgaard pun guna logam kukuh.
Pedang Mahakam terbaik.
Aku dah penat ulang, aku bukan orang Nilfgaard.
Buang masa saja kau lawan cakap mereka, percayalah.
Kalau tak bertempur, bermakna kita cuma ada satu pilihan.
Merentasi tanah paya.
Semua orang setuju?
Ya.
Baiklah.
- Milva? - Aku perlu beritahu sesuatu.
Aku ingat aku tak perlu beritahu,
apatah lagi dengan kamu semua.
Aku ingat ia akan selesai sendiri, tapi aku silap.
Tak apa.
Beritahu sajalah.
- Kami kawan kau. - Ya.
Aku ada cerita tentang Scoia'tael.
Tentang malam aku sertai pesta mereka.
Alkisahnya, aku kandungkan anak mereka.
Tak patut, ya?
Aku dah lama tunggu kau beritahu mereka sendiri.
Baguslah kau beritahu akhirnya.
- Kau tahu? - Degupan jantung kedua itu, ya.
Aku juga tentu hidu darah haid kalau kau datang bulan.
Aku takkan sertai kamu, tapi takkan ucap selamat tinggal.
Siallah!
Aku pernah rawat ramai wanita hamil. Ada yang tak boleh tunggang kuda langsung.
Dia perlukan rehat dan makanan berkhasiat secara berkala.
Ya. Macamlah makanan kita melimpah-ruah.
- Mungkin ada desa yang selamat untuknya. - Yang tak terbakar?
Ratu Garla menyusukan anaknya
sambil bertempur dengan syaitan berkuda Caerbannog.
Kita perlu pertimbangkan kesan…
Cukup!
Aku tak minta pendapat.
Aku cuma nak beritahu.
Itu saja.
Jadi, laluan mana tadi yang kau kata menghala ke Nilfgaard?
Takkanlah ia teruk sangat, bukan?
Paya Ysgith.
- Ia tak mudah. - Kita tak tahu apa ada di sini.
Pelbagai makhluk merayap yang menjalar.
Ular. Belut.
- Lintah. Aku benci penghisap darah. - Ya.
Maaf.
Aku benci air.
Aku tak apa-apa.
Redah sajalah.
Perjalanan ini terasa jauh,
tapi syukurlah matlamat kita sama.
Mimpi Ciri itu, apa lagi yang kau nampak?
Imejnya samar-samar, tapi menakutkan.
Dia bunuh orang.
Sambil tersenyum dengan darah di bibir. Kejahatan terpancar di matanya.
Kau risaukah, Geralt,
kalau dia bukan lagi anak yang kau mahu lindungi?
Aku risau kalau hatinya dah gelap.
Tumbuhan di sini sangat menakjubkan.
Amat langka. Aku boleh buat banyak ubat dengannya.
- Ia cantik, tapi jangan tunggu lama. - Setakat yang perlu saja.
Milva, aku ada satu soalan.
Ya, tempohnya sembilan bulan dan ia tak berjangkit.
- Itu soalannya? - Tak, aku…
Aku cuma nak tanya, kalau ada apa-apa aku boleh bantu.
Tidak.
Terima kasih.
Jangan sampai ketinggalan.
Geralt.
Dengarlah.
Itu bunyi apa?
Apa?
Geralt.
Ada suara.
Tak ada apa-apa pun.
Geralt.
Tapi jika kita tak bersendirian,
aku dah mula rasa kecut perut.
Jangan berpecah. Ada sesuatu yang tak kena.
"Nah, Jaskier. Sepasang kasut but baru.
Sekarang, jom jalan dalam paya."
Semua orang dah lepas?
Cepatlah sikit.
Hati-hati ketika melangkah.
Jangan pula…
- Zoltan! - Alamak.
- Zoltan? - Zoltan!
Apa yang berlaku?
- Kau nampak dia? - Tak. Aku tak nampak apa-apa!
- Zoltan! - Zoltan!
Di mana mereka?
- Zoltan! - Yarpen?
- Apa yang berlaku, Geralt? - Yarpen! Zoltan!
- Zoltan! - Percival?
- Zoltan! Percival! - Mereka tiada di sini.
- Itu mustahil! - Melainkan sesuatu culik mereka.
"Sesuatu" apa?
Anehnya kehilangan mereka ini.
Aneh? Ini menggerunkan! Yarpen?
- Tidak! - Aku dengar suara mereka.
- Aku tak dengar pun. - Ya, aku pun.
Apa…
Kamu nampak tak benda itu?
Dengarlah.
Paya ini bernyawa.
Carilah aku.
- Ia suara perempuan. Kamu dengar tak? - Tak.
- Dia tak apa-apakah? - Ia hanya berbicara dengannya.
"Ia" itu apa sebenarnya?
- Tolong! Tidak! - Entahlah.
Tolong!
Ia dah culik mereka. Kita perlu kejar.
Seronoknya hari cuti begini.
Tiada risiko, hanya habuan.
Aku resah. Rasa macam bala akan menimpa.
Masa silam kau dahsyat. Cubalah lupakannya.
Tengok kuda itu. Ia tak patut diikat pada pedati.
Ia seanggun kelpie.
Dia dah sampai, akhirnya.
Kau lambat.
Pembawa utusan tak pernah lewat. Penerimanya saja yang awal.
- Kau patut bawa duit. - Dia ada di pesta itu.
Kita mula dengan berita.
Baron Casadei mahu lihat kamu digantung di sangga istananya.
Tapi rasanya, kecuali Cik Falka.
Kau siapa?
Aku Hotspurn,
dan kaulah yang dia nak siat.
Suruhlah dia cuba.
Jangan terlalu berani.
Jika khabar angin itu benar, Leo Bonhart pun mahukan ganjaran itu.
Orang kata dia dah bunuh ramai orang.
Kami kenal dan dah lawan Bonhart.
Mungkin kami patut buru dia.
Aku ada cadangan yang boleh menjamin keselamatan kamu.
Angin maharaja baik
sejak dia umumkan pertunangannya dengan Anak Singa Cintra.
Apa?
Khidmat setia kamu telah membantunya.
Kalau aku bawa kamu menghadap tuanku,
dia boleh perintahkan pemburu supaya tak buru kamu lagi.
Dia tak boleh kahwini Anak Singa Cintra. Ia mustahil.
Kau pakar diplomasi antarabangsa, ya?
Yalah.
Serah diri kami untuk dipakaikan baju baja sebagai jentera perangnya.
Aku dah berkorban untuk tenteranya.
Jangan haraplah.
Kami tak mahu.
Kalau begitu, Api Putih mahu berterima kasih atas khidmat kamu.
Aku juga pasti dia mahu kau berkongsi ganjarannya.
Hidup Tikus.
Ya. Hidup Tikus.
Oh, aku ada nasihat sikit.
Bonhart di Jealousy.
Di rumah tumpangan Kepala Kimera.
Jangan buat benda bodoh.
Apa halnya itu?
Bak duit. Aku nak bayar hutang syisya.
Kau kata kau tak kenal dia semasa di pesta.
Kita culik budak itu dari rumahnya hanya…
- Kita balaci Emhyr? - Kau guna nama pertama?
- Kita kerja untuk diri sendiri. - Tuan kita ramai.
Kita letak harga, ambil upah. Tak kisahlah dia siapa.
- Dia bunuh orang aku. - Kami orang kau.
Kamu semua penipu.
Penipu keji yang hina.
No comments yet. Be the first to leave one.