The first 175 lines.
Papa, ini dia.
Mana? Hamba Yunyun dan Puding Ahli Sihir.
Dou sangat suka buku ini, bukan?
Ya!
Dou tidak tahu kenapa tetapi kalau orang bacakan buku ini pada Dou,
Dou akan tidur lena.
Kalau begitu, baguslah.
Jadi papa akan bacakan untuk awak. Tidurlah dengan lena ya.
Bagusnya!
Raja Iblis!
Kenapa Raja ponteng kerja dan menidurkan Cik Dou pula?
Sekarang masih tengah hari!
Janganlah marah sangat.
Setakat saya datang berjumpa Dou pada waktu tidurnya, apa salahnya?
Tidak boleh.
Kerja yang Raja perlu buat masih menggunung!
Maaf ya, Dou.
Bunyi ini!
Dou!
Saya sangat mahu berjumpa dengan awak, Dou.
Awak sudah jadi sebesar ini!
Kenapa tiba-tiba datang ke sini?
Nama saya Jahi!
Adakah awak sudah kembali dari menakluki dunia, Tahaka?
Sayang!
Orang ini ialah... Azi Dahaka?
Naga bencana pembawa malapetaka yang memusnahkan dewa,
dan sekarang, terus menyerang dunia sendirian. Dia ialah naga yang penakluk.
Orang itu ialah
ibu Cik Dou.
Isteri Raja Iblis terlalu sayangkan anak perempuannya!
Dahaka.
Apa sudah jadi dengan penaklukan dunia?
Perkara itu akhirnya tidak berjaya.
Walaupun berjauhan, kasih sayang saya sebagai ibu semakin kuat.
Lama-kelamaan, saya mula rasa sayang kepada anak manusia.
Jadi ini bukan masanya untuk menakluki dunia!
Saya faham. Saya sangat faham!
Ada dua orang ibu bapa yang memanjakan anak.
Cik Dou!
Dou! Kamu ada di situ rupanya!
Mama sudah balik! Mari sini, Dou! Ini Mama!
Selamat petang.
Dou.
Kenapa...
seperti ini kali pertama kita berjumpa?
Saya sudah agak.
Apa maksud Raja?
Dou tidak ingat apa-apa tentang Dahaka.
Hal itu tidak menghairankan,
kerana dia mula menyerang dunia sebelum Dou cukup dewasa untuk memahami.
Kenapa tiba-tiba?
Teruk. Ini kebolehan Dahaka.
Dahaka boleh menyeru semua jenis malapetaka melalui turun naik emosinya!
Mengapa ribut tiba-tiba muncul?
Lari!
Tidak mengapa Cik Dahaka.
Tidak lama lagi pasti Cik Dou akan ingat semula.
Betul apa yang Jahi katakan.
Ah, betul juga.
Bagaimana kalau awak main bersama Dou seperti masa lalu?
Ia mungkin dapat mengembalikan kenangan!
Itu idea yang bagus!
Mari pergi, Cik Dahaka!
Betul juga.
Kamu mesti akan ingat Mama kalau kita main bersama.
- Bahaya betul. - Bahaya betul.
Tapi, dari cara dia, nampaknya Dou tidak tahu bagaimana untuk melayan ibunya.
Saya harap bermain bersama akan membantu dia ingat sesuatu.
Ini mengimbau kenangan
Dulu kita selalu berjalan-jalan di tepi pantai begini.
Dou masih ingat atau tidak?
Betulkah?
Alamak.
Dahaka!
Dia mungkin akan ingat jika awak bermain kejar-kejar bersamanya.
Betul juga.
Dou sudah boleh berjalan sendiri, bukan?
Baiklah.
Mari kita berlumba hingga ke batu itu!
Saya terlupa.
Dia...
tidak tahu cara untuk mengawal diri.
Saya sudah masak banyak, makanlah.
Dou juga suka gula-gula ini, jadi Mama sering membuatnya untuk kamu.
Kamu tidak ingat?
Tapi... ini sangat sedap!
Begitu rupanya.
Dia kata mahu bersendirian sebentar.
Betulkah?
Mesti dia sangat terkejut kerana Dou tidak ingat apa-apa.
Tidak. Dia lebih berasa menyesal daripada terkejut.
Apa maksud Raja?
Dahaka pernah menjadi seekor naga dengan cita-cita untuk menguasai dunia.
Namun, walaupun dia mempunyai sifat jahat untuk menyerang dunia,
dia juga mempunyai sisi lembut yang membawa rahmat dan penyembuhan
kepada dunia.
Pada ketika itu, beta memerlukan sifat jahatnya,
menggunakan gelang yang dipanggil "Gegelung Syurga Jahat"
lalu membahagikan dia kepada dua entiti "jahat" dan "baik".
Sebab itulah, adanya Dou dan Dahaka.
Ini kali pertama saya mendengar tentang hal itu.
Awak terkejut, bukan?
Itulah sebabnya, pada hakikatnya,
hubungan mereka sebenarnya tidak boleh dipanggil ibu dan anak.
Tapi...
Terima kasih, Ahriman.
Sekarang saya boleh fokus pada penaklukan dunia tanpa terganggu oleh apa-apa lagi.
Itu benar. Saya tidak perlukan hati yang "baik"!
Mama.
Papa.
Perkataan pertama Dou membuatkan kami menjadi ibu bapa dan anak.
Rupanya Cik Dou ada rahsia sebegitu.
Kemudian, beta
telah membuat keputusan untuk membesarkan Dou menjadi iblis yang hebat.
Tapi Dahaka pula
percaya cintanya kepada Dou akan menghalang cita-citanya
untuk menyerang dunia.
Jadi dia memulakan perjalanan penaklukan dunia seorang diri.
Dia pasti sangat menyesal.
Tapi, bagaimana dengan Cik Dou?
Dou.
Awak tidak apa-apa?
Saya tidak apa-apa.
Saya cuma agak susah untuk tidur.
Jadi biar Dou bacakan buku ini untuk awak.
Saya ada bawa buku bergambar.
Kalau awak baca buku ini, awak akan rasa tenang.
Mana ya.
"Pada suatu masa dahulu
Ada seorang Yunyun yang hanya sebesar nasi dan
Puding yang kacak?
Puding selalu..."
Tunjuk pada saya. Mari saya bacakan sama-sama.
Betul?
Yang mana?
"Pada zaman dahulu, ada seorang hamba bernama Yunyun.
Dan seorang ahli sihir bernama Puding.
Puding selalu membuat nakal, dan Yunyun selalu menangis.
Walaupun begitu, hubungan mereka berdua tetap baik.
Pada suatu hari..."
Buku ini...
Buku ini... kalau dibacakan kepada Dou oleh Papa,
selepas itu, mesti ada orang lain yang akan membacakannya semula
untuk Dou dalam mimpi.
Sebelum ini Dou tidak tahu siapa orang itu,
tapi Dou sudah ingat semula.
Jadi mari Mama baca sambungan cerita ini.
Bagus!
Salin baju dan tukar ke baju tidur.
Baik!
"Kemudian ahli sihir puding, hilang di langit malam.
Tamat."
Selamat pulang, Mama.
Mama sudah pulang.
Dou.
Upacara Pengenalan akan berlangsung tidak lama lagi!
Ahriman!
Upacara Pengenalan
adalah merupakan ritual kuno yang diwarisi secara turun-temurun dalam kalangan iblis.
Mereka yang mewarisi darah Raja Iblis mempunyai adat
untuk menunjukkan wajah kepada semua penduduk Istana Iblis
sekali ketika zaman kanak-kanak mereka.
Dou juga akan terlibat dalam upacara itu tidak lama lagi.
Saya pergi dulu.
Jangan lupa pulang sebelum makan tengah hari.
Baik!
Cik Dahaka!
Ada nampak Cik Dou di mana-mana? Saya mencarinya dari tadi.
Dou sedang keluar berjalan kaki.
Ini bukan masanya untuk dia pergi berjalan!
Upacara Pengenalan semakin hampir,
dan kita perlukan Cik Dou
untuk mempelajari tingkah laku dan cara bercakap yang sesuai
sebagai anak Raja Iblis secepat mungkin!
No comments yet. Be the first to leave one.