The first 200 lines.
Ia rasa seperti mimpi.
Dia jadi orang penting dalam hidup saya dalam masa kurang dua bulan.
Hari ini kami akan berkahwin. Ada banyak dipertaruhkan.
Sayang, ia pasti okey.
Ia cinta dan saya tak rasa cinta wujud untuk saya.
Kami berdua rasa ini insan yang kami idamkan.
Ia terasa ajaib.
- Ya! - Ya!
Eksperimen ini yang terbaik saya pernah lakukan seumur hidup.
Aduhai.
Bagus!
Kita berbual dengan seseorang di sebalik dinding
dan sedar insan yang duduk di sana itu jodoh kita.
Awak yang terbaik dan saya sangat bersyukur.
Ini gila.
Saya cuma nak cinta awak.
- Saya melutut sebelah kaki di depan awak. - Tak!
Sudi kahwin dengan saya?
Ya, saya sudi.
Ayuh!
Ini mungkin kesilapan terbesar.
- Lepaskan. Saya undur diri. - Saya tak faham. Saya dah selesai.
Kenapa perlu bukti saya mudah disayangi?
Tuhanku!
Saya tak tahan, ini tingkah laku toksik.
Jangan ganggu saya!
- Rasanya awak tak faham. - Ya, awak betul.
Perkara terburuk yang mungkin berlaku dah berlaku.
Semua orang berdepan kesukaran dalam hubungan mereka.
Tapi selagi saya ucap "saya sudi," saya akan jadi gadis paling gembira.
SWEDEN
Selamat, semua!
Untuk cinta!
- Selamat! - Selamat, semua.
Semoga berjaya.
Apa kamu semua rasa? Kamu kerap keluar janji temu sebelum ini?
Tiada siapa boleh cakap saya tak cuba.
Saya selalu dinilai melalui penampilan, jadi ini pasti menarik.
Saya selalu berakhir dalam banyak situasi pelik.
Saya inginkan seseorang dengan sedikit kesedaran diri.
- Helo! - Helo!
Mari berkumpul.
Gembira bertemu kamu semua.
Saya Jessica Almenäs dan saya berbesar hati
mengalu-alukan kamu ke eksperimen cinta terbesar Sweden.
Love is Blind: Sweden.
Apa yang bawa kamu ke sini?
Saya tak pandai pilih lelaki sendiri. Jadi tentu bagus dapat bantuan seseorang.
- Kita perlu bantuan. - Betul.
Itu yang hebat tentang eksperimen ini. Kamu tahu yang…
Harapnya semua orang di sini komited.
Tepat sekali.
Saya inginkan tiang sokongan untuk saya rasa selamat.
Ia terbukti berhasil. Ramai pasangan dan ibu bapa bahagia di luar sana
bukti kepada perkara itu.
Ia benar-benar hebat. Kadangkala kita perlu berani.
Bayangkan yang kita akan berkahwin.
Air mata mengalir lagi.
Apa awak rasa? Awak tersentuh?
Ya, ia tentang penantian itu. Ia mengujakan.
Ibu telefon saya setiap hari bertanya, "Kamu dah jumpa seseorang?"
Kini saya cakap akan jumpa seseorang.
Ibu kata, "Jangan pergi. Tiada siapa inginkan kamu di sana, Daniel."
Bunyi macam saya jenis pakai baju flanel dan but Wellington.
Loghat saya kurang menarik dan tak boleh hilangkannya.
Saya harap ada benda lain saya boleh tawarkan. Itu caranya.
Di sini di pod ini kamu akan luang masa 10 hari berjanji temu
tanpa melihat satu sama lain.
Harapnya, jodoh kamu akan berada di sebalik dinding itu.
Jika itu berlaku dan kamu bertunang,
kamu akan bertemu untuk kali pertama.
Adakah cinta itu buta?
Pengembaraan bermula sekarang.
Pod kini dibuka!
Kita akan berkahwin.
Ia sedang berlaku.
Ayuh, semua. Mari pergi!
Tuhanku!
Awak teruja?
Semoga berjaya, kawan.
Tuhanku!
Semoga berjaya.
- Semoga berjaya, semua. - Ayuh lakukan.
- Semoga berjaya. - Ayuh, semoga berjaya.
- Helo. - Helo!
Tuhanku!
Hai! Saya tersedar saya menjerit.
Memang beri kesan.
Apa makna cinta bagi awak?
Tuhanku. Saya benar-benar tertekan.
Kadangkala saya bangun dengan satu atau dua gadis di sebelah.
Saya maksudkan kucing saya.
- Kreativiti satu tanda amaran. - Maksud awak tanda positif?
Ya! Tepat sekali.
Saya peminat sejarah, saya suka ada pengetahuan tentang
raja-raja rawak dan orang Mongolia.
- Awak tahu saya boleh buat kula? - Apa maksud awak? Apa itu kula?
- Apa kerja saya? - Ya.
Saya ada perniagaan bola keranjang. Dulu saya pernah bermain.
Jadi rasanya awak tinggi.
- Agak tinggi, ya. - Seperti 190 sentimeter?
- Ya. Tinggi lagi. - Tinggi lagi?
Dua meter? 197 atau 198?
- Tinggi lagi. - Tuhanku.
- Awak nak tahu? - Tak.
Tinggi saya 206 sentimeter.
PERUNDING SUKAN
Saya di sini sebab dari segi janji temu ia tak menjadi bagi saya.
Saya sering dianggap sebagai kaki perempuan atau sesuatu.
Saya tinggi. Mungkin rupa saya agak kacak.
Saya pemain bola keranjang dan orang anggap itu
bukan kerja yang serius tapi untuk berseronok.
Semoga berjaya, kawan.
Kebanyakan orang tak kenal saya seadanya.
Saya rasa Aron disalah anggap dan selalu disalah anggap.
- Siapa di sana? - Angelica.
- Hai, Angelica. - Aduhai, ini mendebarkan.
Nama saya Aron.
- Saya tak tanya. - Tak.
- Saya cakap, "Helo." Helo, Aron. - Awak seperti, "Apa-apalah!"
Tuhanku. Okey, Aron. Jelaskan diri awak dalam tiga perkataan.
Bersemangat…
Hati besar dan…
Boleh dikatakan saya jatuh cinta dengan hidup.
Awak bersemangat? Ada sesuatu awak suka dalam hidup?
Itu sukar. Keluarga dan kawan-kawan saya.
Saya dah lama nak berkeluarga.
- Betul? - Ya. Awak?
Saya nak anak. Saya suka budak-budak.
Bagus.
Apa lagi yang penting bagi awak selain…
- Dalam hubungan? - Ya, dalam hubungan.
Saya nak seseorang yang yakin dengan diri sendiri dan stabil.
Apa maksud awak stabil?
Orang yang tahu keinginannya.
Saya tak stabil. Jika awak pasang filem Disney, saya mungkin menangis.
Lelaki menangis tengok filem… itu saya suka.
- Betul? - Ya.
Saya rasa nak jumpa awak lagi.
Hei, hentikan. Saya dah teruja.
- Dari mana awak datang? - Ya, siapa awak?
- Tuhanku, ini hebat. Baiklah. - Jumpa lagi.
Jumpa lagi, Angelica.
Tuhanku!
Apa yang kita dah buat, kawan?
Saya sangat cemas.
PEMBANTU KEJURURAWATAN
Saya tak pasti jika itu sangat macho, maskulin orang Latin, tapi…
Saya cakap jujur. Saya cemas dan…
Harap itu tak beri kesan.
Aduhai!
Saya nak bertemu jodoh saya dan berkahwin.
Jika saya bertemu seseorang di sebelah sana yang serasi
cuma itu saya inginkan.
Ada kemungkinan saya takkan sendirian untuk seumur hidup saya.
Itu dah cukup.
Aduhai.
- Helo? - Apa khabar?
- Hai. - Siapa di sana?
- Fabian. Siapa nama awak? - Saya Ellen.
Saya agak cemas. Awak tak kisah?
- Cemas? Awak okey sekarang? - Ya.
Saya fikir saya tak mampu nak buka pintu.
Aduhai.
Saya beritahu mereka, "Saya tak boleh buat."
Apa kita buat ini pelik, memang patut awak cemas. Saya pun cemas.
Tapi beritahu saya awak dari mana?
Ya, Tuhanku. Terus terang. Itu hebat.
- Saya dari Argentina. - Ya.
Saya belajar perubatan di sana dua tahun.
Kemudian saya mula mengembara. Saya ke Chile, Peru…
Akhirnya saya sampai ke London.
Kemudian saya ke Sweden melawat kawan dan sedar nak tinggal di sini.
- Okey. - Ya.
- Saya pernah tinggal di London sekejap. - Okey, menarik.
Ya, saya baru pindah balik ke sini dari Amerika Syarikat.
Okey.
- Sebelum itu saya tinggal di Australia. - Amboi.
Saya tinggal di banyak tempat berbeza
- berpindah-randah. Mengembara. - Hebat.
Ya, tapi bagaimana dalam hubungan?
Saya mungkin agak kolot. Tradisional.
Pergi makan malam, awak pakai gaun cantik
dan saya boleh bangga dengan awak.
Beri hadiah, bunga dan sebagainya.
Tapi saya tak nak ia berlebihan juga.
- Tak. - Apa pendapat awak?
Saya pun agak bergelut dengan melebih-lebih.
- Saya tak suka "sekadar cukup." - Tak, okey.
Saya takkan menolak jika dimanjakan serta diambil berat.
Saya mungkin terlalu fokus pastikan pasangan saya sukakan saya.
- Harap kita bertemu lagi. - Ya, sudah tentu.
- Jumpa lagi. - Jumpa lagi.
Kali ini, saya berfikir untuk fokus tentang perasaan saya.
Tapi saya tak percaya kata hati saya.
PENGGAYA
Sebelum ini ia tak menjadi.
Tuhanku.
Saya selalu cakap saya keliru antara tanda amaran dan positif.
Saya seperti, "Itu agak pelik, tapi ia cuma tanda, ia seronok."
No comments yet. Be the first to leave one.