The first 180 lines.
Hoshimiya.
Natsuki-kun.
Maaf kerana tiba-tiba datang begini.
Awak beritahu awak lari dari rumah... Itu benarkah?
Saya baru ada masalah dengan ayah saya.
Saya rasa sudah tidak sanggup.
Maaf, ya. Saya...
Tidak apa-apa, Hoshimiya.
Jangan risau.
Tapi sekarang perlu bagaimana?
Kereta api terakhir akan berlepas sebentar lagi.
Walaupun naik, mahu pergi ke mana...
Mahu singgah ke rumah saya dahulu?
Minta izin masuk.
KAITAN ANTARA IMPIAN DAN RAHSIA AWAK
Baru kali ini saya masuk ke bilik lelaki.
Ternyata agak kemas, ya.
Ya, bukan?
Dia bersendirian pada tengah malam di bilik saya.
Berduaan dengan perempuan yang saya suka...
Adakah saya ini watak utama novel ringan?
Melihat rak buku orang lain sangat seronok, ya.
Jadi boleh tahu hobinya...
Jika diteliti sebegitu, saya jadi malu.
Jadi awak memang otaku, ya.
Baru sekarang saya betul-betul sedar.
Abang!
Pinjam sambungan manga ini...
Selamat malam.
Anu...
Maaf kerana mengganggu.
Dia siapa? Teman wanita awak?
Bukan begitu!
Dia sedang ada masalah.
Mungkin malam ini dia akan bermalam di sini.
Jika bukan teman wanita, itu lebih bahaya, bukan?
Pokoknya, masalah ini rumit!
Dia rakan sekolah saya.
Tidak sangka awak bawa perempuan ke sini.
Selain itu, dia sangat comel...
Adakah awak watak utama novel ringan?
Patutkah saya lapor kepada Ibu?
Tidak perlu.
Untuk menjelaskannya juga menyusahkan, lebih baik jangan.
Ibu beritahu tidak akan pulang sehingga esok kerana kerja, bukan?
Baiklah.
Serahkan kepada saya, Abang!
Ayah juga sedang bekerja.
Selagi budak ini tidak berbuat pelik-pelik...
Abang.
Begini, malam ini saya boleh tidur di ruang tamu?
Kerana, jika nanti kedengaran ada suara...
Sudah saya beritahu dia bukan teman wanita saya!
Jadi, hubungan awak berdua cuma untuk perkara itu?
Adakah awak watak permainan erotik?
Awak memang adik saya, ya.
Adik awak sudah berjaya dipujuk?
Ya, sudah.
Terasa panas, ya.
Kita berjalan kaki dari stesen tadi.
Awak pasti mahu mandi, bukan?
Tuala dan pakaian ganti nanti saya sediakan.
Saya ada bawa pakaian ganti.
Apabila lari dari rumah, niat saya mahu menginap di hotel.
Niat saya mahu pergi jauh menaiki kereta api,
tapi saya malah teringat akan awak...
Bergantung kepada saya bukan satu masalah.
Kawan saya sedang dalam kesusahan.
Wajar jika dibantu, bukan?
Tuala mandi saya letak di sini, ya.
Terima kasih banyak-banyak.
Besar!
Hoshimiya sekarang sedang rapuh.
Oleh itu, dia bergantung kepada saya.
Jangan memikirkan perkara yang pelik-pelik.
Saya perlu menjadi tempat dia bersandar.
Terima kasih kerana meminjamkan bilik mandinya.
Oh, tidak apa-apa...
Futon untuk tetamu sudah saya siapkan, mahu dihamparkan di mana?
Di bilik ibu saya atau di sini juga tidak apa-apa.
Saya ingin tetap bersama awak.
Teh Barli.
Terima kasih.
AWAK DI MANA SEKARANG? JAWAB PANGGILAN INI
Panggilan daripada Ayah sangat banyak.
Tapi, jangan risau.
Saya sudah hantar mesej kepada Ibu, saya sedang di rumah kawan
dan tidak perlu risau.
Begitu rupanya...
Hari ini, selepas saya pulang ke rumah.
Saya sampai tepat sebelum waktu perintah berkurung.
Kemudian Ayah marah dan bertanya baru pulang dari mana...
Saya beritahunya baru selesai menulis novel di kafe
dan juga bersama kawan.
Kemudian...
Berhenti menulis novel.
Awak sepatutnya melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.
Jauhi kawan-kawan awak sekarang.
Ditambah pula hal pergi bercuti juga.
Mungkin dia berasa saya mendapat pengaruh buruk daripada kawan-kawan.
Tentu sahaja saya melawan.
Kemudian dia suruh pilih salah satu...
Jika saya yang dahulu,
mungkin akan pilih menjauh daripada kawan-kawan saya.
Tapi sekarang, kedua-duanya sama penting bagi saya.
Kerana Yuino-chan sentiasa di sisi saya,
saya dapat bertemu dengan awak, Uta-chan, Reita-kun, dan Tatsuya-kun.
Tanpa sedar, kita semua menjadi rapat,
dan jadi sayang pada awak semua.
Mustahil saya perlu menjauh sekarang.
Saya juga ingin terus bersama awak semua.
Tapi Sei-san tidak mahu mengubah pendiriannya.
Saya takut...
Sudah lama saya tidak melawan Ayah.
Semasa kecil, setiap kali saya membantah, pasti dimarahi dengan teruk.
Sejak detik itu, saya sentiasa hidup menurut kehendak Ayah.
Selama ini, saya cuma patung Ayah.
Dahulu saya anak yang pendiam dan murung.
Cuma perempuan biasa yang tidak menonjol.
Tapi, kerana dia tidak suka saya begitu,
saya perlu berpura-pura menjadi anak perempuan idamannya.
Jika ada kehendak, saya perlu mengalah.
Saya menjadi orang yang dia idamkan...
Sentiasa ceria, bersemangat dan comel.
Pelajar perempuan popular yang sentiasa tersenyum kepada semua orang.
Kemudian saya jadikan itu sebagai diri saya.
Mungkin itu kerana dari dahulu saya suka menulis novel, ya?
Membawakan watak yang saya reka sendiri ternyata tidak begitu menyeksakan.
Kerana saya jadi watak idaman Ayah,
saya jadi tidak dimarahi lagi.
Lihatlah, ini agak memalukan.
Jangan-jangan, ini awak?
Ini diri saya yang sebenar.
Waktu itu, tiada seorang kawan pun saya punya.
Dunia novel menjadi tempat pelarian saya.
Tanpa sedar saya jadi suka membaca novel.
Kemudian mula berkhayal dan mula menulis.
Kemudian jadi suka menulis.
Ingin membuatkan orang yang membaca karya saya gembira.
Ingin karya saya sampai kepada ramai orang.
Kemudian saya mula bermimpi menjadi penulis novel.
Natsuki-kun.
Masih bangun?
Apa?
Saya suka akan awak.
Apa?
Apa yang sebenarnya berlaku?
Baru tadi dia beritahu suka!
Dia cakap begitu, bukan? Saya tidak salah dengar, bukan?
Hoshimiya.
Awak juga sangat sayang akan semuanya.
Betul juga.
Maksudnya sebagai kawan, ya?
Mula-mula, saya kurang suka akan awak.
Begitu rupanya.
Awak nampaknya tidak mahu berusaha,
tapi muka awak beritahu "Saya boleh buat semuanya."
Itu membuatkan saya menyampah.
Tunggu dahulu, boleh berhenti di situ sahaja?
Mental saya ini rapuh.
Tapi semasa di bumbung sekolah,
semasa saya melihat awak berdebat dengan Tatsuya-kun,
saya jadi berasa bahawa kita berdua mungkin sama.
Natsuki-kun.
Terima kasih kerana menolong saya.
Sudah bangun? Pagi.
Malah tidur semula.
Pagi.
Muka tidur awak comel, ya.
Kenapa? Muka awak merah.
Awak juga, hari ini comel.
Abang.
Kita sarapan apa?
- Selamat menjamu selera! - Selamat menjamu selera!
Oh ya, adakah awak berdua bercinta?
Saya sarankan jangan.
- Natsuki-kun orangnya baik. - Saya gembira Hoshimiya ada di sini.
Tidak, sebenarnya...
Tapi, dia tidak boleh terus berada di sini...
Penyelesaiannya perlu dicari.
No comments yet. Be the first to leave one.