The first 200 lines.
Kwangtung, Fuoshan tempat kelahiran seni mempertahankan diri China.
Banyak pusat seni bela diri didirikan di sana. Fuoshan juga dikenali sebagai Kota Seni Bela Diri.
1935 - Jalan Dojo, Fuoshan.
Ada lagi yang datang untuk rampas periuk nasi kita.
Mari berlatih.
Bersedia!
Satu.
Dua.
Satu... Dua...
Tuan muda, Guru Liu mencari kamu!
Boleh saya tahu siapa kamu?
Saya pengasas gaya Tumbukan Liu.
Baru membuka sekolah di Fuoshan.
Tahniah.
Saya dengar gaya Wing Chun kamu sangat hebat.
Saya datang ke sini untuk mendapat sedikit tunjuk ajar.
Bolehkah kita lakukan pada hari lain?
Sekarang bukan masa yang sesuai.
Terlanjur saya berada di sini,
dan kita cuma bertarung sebentar? Tak ambil masa yang lama.
Kita berlawan secara tertutup. Menang atau kalah, tak siapa tahu.
Bukan soal menang atau kalah. Saya sedang makan sekarang.
Kalau begitu, saya akan menunggu kamu.
Guru Liu.
Kamu sudah makan?
Makan bersama kami.
Kamu merokok?
Tidak, terima kasih.
Bagaimana makanannya?
Sangat sedap.
Bagus.
Sebentar.
Pakcik Wang, nanti bersihkan. Pergi tutup pintu dulu.
Guru Liu.
Silakan.
Silakan.
Kamu tak apa-apa?
Saya tak apa-apa.
Sekali lagi.
Baiklah!
Kena!
Kena!
Semua kena.
Terima kasih kerana biarkan saya menang, Guru Liu.
Terima kasih atas tunjuk ajar ini. Banyak yang dapat saya belajar.
Sama-sama.
Pertarungan hari ini...
Jangan risau, saya takkan bocorkannya.
Terima kasih.
Saya pergi dulu.
Berhati-hatilah.
Jumpa lagi.
Dengan gaya "Empat Tahil Menjadi Seribu Kati", Guru Liu tercampak di atas lantai.
Bukankah gaya itu digunakan dalam Tai Chi?
Saya dengar Guru Ip berlatih Wing Chun, betul?
Apa sajalah! Yang pasti, dia menjatuhkannya hanya dengan satu tangan.
Guru Liu masih tidak mengaku kalah.
Ip Man terus menyerang dan mengalahkannya!
Tapi Guru Liu selepas dikalahkan masih tak puas hati.
Dia menerkam Ip Man seperti anjing kelaparan.
Teh jenis ini sangat sedap. Harganya pun murah.
Terima kasih.
Saya pergi dulu.
Selamat tinggal, jumpa lagi.
Pakcik Ping, siapa letak di sini?
Adik kamu.
Mulanya saya ingat kungfu Guru Liu hebat, tapi dia tak berpeluang untuk menyerang.
Malah dikalahkan dengan teruk.
Dia jua ada bahagian dalam kedai ini. Tapi dia selalu melepak dan curi tulang.
Sesekali suruhlah dia melayan pelanggan.
Selamat pagi.
Abang Man.
Selamat pagi, Guru Ip.
Quan dah sampai?
Dia sedang tunggu di atas.
Ah Quan, sudah lama menunggu?
Kamu selalu terlambat.
Saya sibuk.
Sibuk dengan apa?
Rutin kamu sama saja. Makan, minum, dan kungfu.
Apa yang sibuk sangat?
Teh ini agak wangi.
Saya bercakap pasal kamu.
Mari pesan makanan.
Saya nak bincang sesuatu dengan kamu.
Makan dulu, kita bincang kemudian.
Ini yang terbaru. Cubalah rasa!
Saya dengar kamu berlawan dengan Guru Liu.
Dan mengalahkannya dengan cepat. Betulkah?
Siapa yang beritahu kamu?
Adik saya.
Kamu patut beritahu saya lebih awal. Saya baru minta dia jadi guru saya.
Kamu berguru dengan semua orang.
Abang Man, adakah itu perlawanan tertutup?
Kami ada hal nak dibincangkan. Tinggalkan kami seketika.
Kalau begitu saya takkan ganggu.
Bagus!
- Selamat pagi, Guru! - Selamat pagi.
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Guru.
Ada orang cakap kamu dikalahkan oleh Ip Man.
Semua orang di Fuoshan sudah mengetahuinya
Mengarut, siapa cakap?
Sha Dan Yuan dari kedai teh.
Harga barang di Fuoshan semakin naik.
Jadi?
Maksud saya, ekonomi Fuoshan sedang meningkat.
Setiap orang ada pendapatan untuk dibelanjakan.
Benarkah?
Fikirkan! Pakaian, makanan dan tempat tinggal. Semua orang memerlukan pakaian.
Permintaan terhadap pakaian akan meningkat kelak.
Sebab itu saya mahu membuka kilang kapas supaya dapat dibekalkan pada kilang pakaian.
Saya ingin kamu menjadi rakan kongsi.
Saya bukan ahli perniagaan.
Tak mengapa, saya akan uruskan.
Saya juga tak pandai menabung.
Siapa Sha Dan Yuan? Keluar!
Saya.
Kamu yang bercakap mengarut dan merosakkan nama baik saya?
Saya akan ajar kamu!
Guru.
Dia adik saya. Mari kita berbincang.
Jangan marah, Guru.
Adik kamu? Dia cakap mengarut dan merosakkan nama baik saya.
Dia kata saya dikalahkan oleh Ip Man.
Beritahu saya, bagaimana saya boleh bertahan di sini?
Bagaimana saya boleh buka sekolah dan mengambil pelajar?
Cepat minta maaf!
Saya tak bersalah. Saya cakap perkara yang benar!
- Kamu masih cakap mengarut? - Guru...
Guru Ip Man ada di atas. Jumpalah dia kalau kamu berani.
Kenapa? Pergilah!
Guru, bertenang.
Guru.
Sudahlah, Guru.
Guru Ip, saya dipersalahkan.
Guru.
Tolong beritahu mereka semua
kamu kalahkan Guru Liu dalam pertarungan.
Guru Ip...
kamu mesti bersihkan nama saya.
Masih cakap bohong!? Dan kini menyusahkan Abang Man!
Saya tak bohong.
Saya nampak mereka berlawan semasa saya mengambil layang-layang.
Kebetulan layang-layang kamu putus dan masuk ke halaman Abang Man,
dan kebetulan kamu nampak Guru Liu dan Abang Man berlawan,
kebetulan kamu melihat seluruh pertarungan? Mengapa begitu banyak kebetulan?
Memang semua itu kebetulan.
Walaupun benar, kamu tak boleh memberitahu semua orang.
Ada perkara yang perlu dirahsiakan.
Kenapa perlu rahsiakan perkara benar?
Kerana akan menjatuhkan air muka orang lain.
Menjatuhkan air muka? Saya tak faham?
Ini dipanggil menjatuhkan air muka.
Lin, tak perlu bertindak begitu.
Apa yang diketawakan? Jangan berlagak seolah saya tiada!
Tuan, cuma masalah kecil.
Masalah kecil apa?
- Semua bersurai. - Jangan pergi!
Tuan, cuma masalah kecil.
Saya nampak semuanya. Biar saya beritahu kamu semua,
siapa saja yang membuat masalah dalam kawasan saya, akan ditangkap.
Saya tak timbulkan masalah.
Seseorang telah menjatuhkan maruah saya. Saya ke sini untuk menuntut keadilan.
Keadilan apa? Saya adalah keadilan.
Kamu semua pemalas, setiap hari bergaduh.
Zaman apa sekarang?
Masih lagi berlawan dengan cara itu?
Berlawanlah dengan senjata. Pistol!
Faham?
Kamu tahu, Inspektor Lee.
Kami pengamal seni mempertahankan diri mempunyai semangat yang tinggi.
Mungkin sesekali bercakap agak kasar.
Tapi bercakap kasar tak bermakna kami tidak beradab.
Kami semua patuh pada undang-undang. Tak perlu gunakan pistol untuk perkara kecil.
Mohon hargai kami.
Lin, sediakan meja untuk Insp. Lee. Saya belanja.
Insp. Lee, arah sini.
Apa yang kamu pandang? Berambus.
Jangan pandang! Semua bersurai.
Insp. Lee, silakan.
Guru Liu
Jaga diri.
Apa yang kamu risaukan?
Saya tak pandai berniaga.
Ambil dan bukalah kilang itu. Bila dah untung baru bayar balik.
Akan ambil masa untuk saya bayar kembali.
Tak mengapa.
Satu lagi permintaan. Terimalah anak saya menjadi murid kamu.
Ada begitu ramai guru di Dojo Street. Kenapa tak minta dari mereka?
Mereka tak sehebat kamu.
Kami sama saja.
Abang Man.
Lin.
Abang Quan.
Abang Man, saya baru belajar teknik baru. Boleh tolong saya mengujinya?
Banyaknya masa lapang kamu! Dah jumpa adik kamu?
Jangan risau pasal dia.
Bila duitnya dah habis, dia akan pulang.
Mari kita cuba.
No comments yet. Be the first to leave one.