The first 148 lines.
Hai.
Kami dah balik!
Hajime, Rirui! Selamat pulang!
Kami ada belikan buah tangan!
Terima kasih.
Apa ni?
Apa benda ni?
Ini Sachihoko Walker!
Kalau tak silap dari Yanago.
Awak tahu banyak, ya.
Taklah, saya cuma meniru gaya penyelidik.
Rirui yang kalahkan raksasa ni!
Hebatnya.
Kamu berdua mesti pengembara yang handal.
Mestilah!
Baik, kalau macam tu...
Sebenarnya, saya sedang mengumpul data raksasa.
Boleh tak kamu temankan saya
masuk ke Dungeon?
EPISOD TUJUH, RIRUI DAN COCKO
Mohon tunjuk ajar hari ni.
Sama-sama.
Budak tu ikut sekali?
Tadi saya dah suruh dia tunggu...
Apa?
Dungeon bahaya untuk budak kecil.
Kau pun budak kecillah!
Lagipun, ramai pengembara yang buat kerja sambil lewa.
Papa takkan berani tegur mereka!
Sebab tu aku ikut!
Cocko, tak sopan cakap macam tu.
Hajime buat kerja dengan betullah!
Tengoklah nanti!
Padahal Hajime hebat.
Dasar budak menjengkelkan!
Padan muka kalau dia pijak perangkap.
PERANGKAP
PERANGKAP
Ada perangkap di situ, hati-hati.
Aku tahulah.
Ini cermin mata pengesan perangkap.
Boleh kesan perangkap lantai dasar dengan jelas.
Tak payah nak buat-buat risau.
Yah, aku naikkan tahap percaya pada kau satu mata.
Tiada perubahan dari maklumat asal.
Raksasa yang senang jumpa pun dicatat?
Hei, kalau pasal Dungeon,
tanya saja pada Kakak di guild.
Kenapa perlu siasat semula?
Soalan bagus.
Dungeon tu penuh misteri.
Jenis raksasa boleh tiba-tiba berubah,
atau saiz raksasa yang sama boleh jadi berbeza.
Perubahan tu boleh menyusahkan pengembara.
Tapi ada tanda-tanda yang boleh dilihat.
Pernah nampak slime diam di penjuru bilik dan tak mahu bergerak?
Tak pernah.
Kalau nampak, jangan bunuh. Periksa lagi esoknya.
Bola matanya mesti dah jadi permata.
Apa? Slime Permata?
Betulkah?
Betul.
Untuk sedar tanda macam tu,
kena rajin buat pemerhatian.
Apa?
Macam tu pun tak tahu?
Itu pengetahuan am, tahu.
Patutlah pengembara ni bodoh semua.
Masih banyak contoh lain...
Aduh, terlepas cakap pula.
Tak guna! Bukan itu maksud "terlepas cakap"!
Aduh, janganlah bising sangat dalam Dungeon.
Jangan gaduhlah, budak-budak bodoh!
Nak rehat sekejap?
Ya.
Dia tengah melukis ke?
Kalau buruk, siaplah aku ejek dia!
Apa?
Tak ada apalah!
Dah lama buat kerja ni?
Tak, biasanya saya bercucuk tanam.
Bila ada simpanan sikit, baru jadi penyelidik.
Kalau data ni terjual,
keluarga saya boleh hidup lebih senang.
Isteri dan anak saya dah selalu susah.
Boleh saya tengok sikit?
Silakan.
Saya memang nak benda ni berguna untuk pengembara!
Hebat betul.
Maklumat sebanyak ni sangat membantu pengembara.
Saya teringin nak tengok data penuhnya.
Begitu, ya.
Guild mesti akan terbantu.
Anu...
Alang-alang tu, Encik Shinonome.
Hari tu awak baru saja pergi, 'kan? Ke Yanago.
Banyak permintaan bertimbun, ya.
Peruntukan lima hari.
Padahal dah dapat buah tangan menarik, saya jadi rasa bersalah pula.
Begitu, ya.
Tak apa, saya buat macam biasa saja.
Baik, tolong ya!
Baiklah.
Anu...
Ayah tengah bekerja,
saya nak hantar makanan ke biliknya.
Boleh, tunggu sekejap ya.
Tapi hebatlah!
Ayah awak seorang penyelidik, 'kan?
Bergaya betul.
Tak adalah...
Penyelidik?
Kau Beaster Ayam tu, 'kan?
Maknanya bapak kau pun bodohlah!
Nama pun otak burung!
Orang bodoh mengaku jadi penyelidik?
Lawak apa tu!
Apa hal ni?
Kamu tak tahu apa-apa pasal Papa!
Papa tak bodohlah!
Yang bodoh tu kamu, pengembara.
Hari ni menyampah betul!
Si otak burung tu,
masuk Dungeon pun tak boleh tapi sombong!
Budak tu memang menyakitkan hati!
Si Cocko tu!
Kau pun budak juga.
Berani dia ejek Rirui!
Menyampah betul dengan dia!
Ayahnya memang pintar dan hebat,
tapi anaknya teruk!
Mentang-mentang Ayahnya pintar, dia pula yang besar kepala!
Perut saya lapar...
Dengar tak, Hajime?
Saya dengar.
Mesti tak dengar punya! Padahal Rirui tengah marah ni!
Dengarlah!
Bodoh betul.
Rirui, hari ni awak...
Encik Shinonome!
Pihak guild dah tengok datanya dan mereka membelinya!
Kalau saya boleh jaga kualitinya, mereka nak melanggan!
Terima kasih banyak!
Syukurlah kalau macam tu.
Mesti sibuk lepas ni!
Jadi...
Sebab kami akan tinggal di sini,
aku sudi berkawan dengan kau.
No comments yet. Be the first to leave one.