The first 184 lines.
HARI AHAD
BANDAR DUNIA IBLIS
Selamat pagi, Tuan Raja Iblis.
Selamat pagi, Kanadge.
Memandangkan kita kerja lebih masa hari ini,
saya akan terus memandu ke tempat acara nanti.
Baik.
Kerusi sudah diturunkan.
Kanadge, awak sangat prihatin.
Terima kasih.
Semasa menaiki kereta,
kerusi Raja Iblis mesti diturunkan.
Jika tidak,
hal ini akan berlaku.
Oh ya, ini ialah kereta syarikat Tentera Raja Iblis.
UCAPAN MAJLIS ANUGERAH TENTERA RAJA IBLIS, TERIMA KASIH KERANA HADIR MAJLIS ANUGERAH TENTERA RAJA IBLIS
JANGAN LUPA SENYUM YA
Teks ucapan untuk Majlis Anugerah Tentera Raja Iblis,
tuan sudah menghafalnya?
Ya.
Saya cuba menghafalnya.
Namun, tiba-tiba saya rasa gugup.
Sila berusaha.
HAMBURGER MARK DRAGON, PANDU LALU Ada Mark Burger, nak singgah dan beli?
HAMBURGER MARK DRAGON, PANDU LALU
Bukankah tuan pernah kata nak makan burger promosi terhad?
Tak perlu, terima kasih.
Saya terlalu gugup untuk makan sekarang.
Makanan yang saya nak
BURGER KROKET GRATIN BERKRIM dijual pada waktu tengah hari.
Begitu rupanya, sekarang masih waktu sarapan.
Namun, menu sarapan pun sedap.
Betul juga.
Bukankah ada set penkek dengan daging burger?
Ya, itu kegemaran saya.
Saya paling suka makan sekali dengan lempeng kentang percuma yang ada dalam set.
Rasa manis dan masin itu,
ditambah dengan tekstur rangup lempeng kentang,
memang sedap sekali.
TEKS UCAPAN, JANGAN LUPA SENYUM YA
Awak ini.
Kenapa cakap benda ini selepas kita melaluinya?
Maaf.
Sekarang tiba-tiba saya teringin nak makan.
Nak patah balik?
Tak perlu, bukankah dah hampir sampai ke tempat acara?
Teruskan ke tempat acara saja.
Maaf.
PUSAT KEBUDAYAAN DUNIA IBLIS, TEMPAT LETAK KERETA BARAT
Nampaknya ada kedai serbaneka berdekatan.
Nak saya bantu beli makanan?
Tuan Raja Iblis?
Cuma lebih kurang satu kilometer dari Burger Mark tadi.
Pergi balik cuma dua kilometer?
Tubuh saya sepatutnya dapat tahan dengan jarak ini.
Eh?
MOD KELAJUAN RAJA IBLIS Mod Kelajuan Raja Iblis!
Saya akan pergi ke Burger Mark.
HAMBURGER MARK DRAGON, PANDU LALU
Nak bawa pulang atau makan di sini?
Baik, satu burger keju.
Nak kentang goreng?
Letak lempeng kentang di antara daging burger dengan telur.
Sekarang…
Sedapnya!
Mula-mula rasa penkek yang lembut,
kemudian daging burger yang kenyal.
Selepas itu, rasa rangup lempeng kentang.
Ini memang kejutan yang menyenangkan.
Gigi saya pun rasa gembira.
Keju yang cair itu pekat lagi wangi.
Telur yang digoreng sebelah sisi pun sedap.
Kalau gigit, saya akan makan putih telur atau kuning telur?
Cita rasa setiap orang berbeza, tapi kalau dapat kuning telur, saya agak gembira.
Setiap bahan bergabung
dan membentuk kombo kelazatan.
Ia sempurna sekali.
AYAH
Sungguh hebat.
Baguslah.
Cara makan ini memang sedap.
Saya asalnya terlalu gugup hingga tiada selera untuk bersarapan.
Berkat awak, selera makan saya dah pulih.
Saya juga tak begitu gugup sekarang.
Kanadge, terima kasih.
UCAPAN MAJLIS ANUGERAH TENTERA RAJA IBLIS
JANGAN LUPA TARIK NAFAS, BERTENANG Saya akan berusaha.
SELAIN MOD KELAJUAN RAJA IBLIS, ADA JUGA MOD SERANGAN
DAN MOD PERTAHANAN SERTA PELBAGAI MOD LAIN
PADA HARI YANG SAMA, PUSAT BOLING MASAGAYA
Hari ini hari Ahad, penyeksaan juga dihentikan sehari.
Jadi, semua orang datang bermain di pusat boling.
Kenapa?
Tuan puteri, berusaha!
Baling dengan santai saja.
Boling.
Saya tahu peraturannya.
Perlu baling bola ke sana
dan lihat siapa yang dapat markah tertinggi, kan?
Ya.
Tuan puteri?
Pergilah!
PUTERI PUTERI, BINTANG BERTUAH VANILLA
Baguslah, saya dapat mata!
G bermaksud "bola alur".
Ini kali pertama saya nampak bola jatuh ke alur macam ini.
Sebenarnya, tuan puteri tak tahu peraturan boling, kan?
Tuan puteri, awak dah salah.
Boling bukan untuk dibuang.
Ia sejenis permainan yang gunakan bola untuk jatuhkan pin.
Begitu rupanya.
Biar saya tunjukkan.
Biar saya gunakan bola kedua awak.
Bola kedua?
Pertama sekali, masukkan jari ke tiga lubang bola boling.
Ambil posisi.
-Permainan pun tak boleh sambil lewa. -Pada asasnya, gunakan empat langkah.
Senior memang hebat, saya belajar sesuatu lagi.
Mula ayunkan lengan daripada langkah kedua.
Jangan terlalu kuat pada masa ini.
Ikut berat bola boling sendiri.
Bayangkan bahu sebagai titik tumpu untuk gerakan.
Apabila sampai langkah ketiga,
lengan akan capai titik tertinggi.
Pada langkah keempat,
bengkokkan kaki kiri dan pijak tanah dengan kukuh.
Bayangkan untuk alih pusat graviti dari kaki kanan ke kiri.
Kemudian, balingkan bola mengikut gerakan.
Pin tak jatuh, tak apakah?
Bukankah pin perlu dijatuhkan dalam permainan ini?
Hei, dengar tak?
Tolong diam!
Eh?
Kenapa saya dimarahi?
Tuan puteri yang salah tadi.
Betul.
Ini salah tuan puteri.
PUTERI PUTERI, BINTANG BERTUAH VANILLA
Saya memang tak berdaya dengan kamu.
Kalau nak tunjuk caranya,
biar anak keluarga bangsawan Peschutz tunjukkan cara yang betul.
Dia bukan saja ada bola boling sendiri, malah ada sarung tangan juga.
Adakah awak sebenarnya seorang pakar?
Tak, saya baru belinya tadi.
Jadi, awak cuma beli semua peralatan lebih awal?
PUTERI PUTERI, BINTANG BERTUAH VANILLA
Asalnya saya nak tunjuk kekuatan saya pada tuan puteri.
Senior Vanilla, jangan patah hati.
Baik.
Pada masa ini, biarlah saya yang pernah menyertai kelab bola keranjang
pada zaman persekolahan untuk tunjukkan caranya.
Boling tiada kaitan dengan bola keranjang, kan?
Tak.
Saya ahli kelab bola keranjang, jadi sangat mahir boling!
Restoran keluarga,
karaoke,
pusat boling.
Inilah tempat aktiviti utama untuk kelab bola keranjang di seluruh dunia!
Awak akan dimarahi oleh kelab bola keranjang di seluruh dunia.
Saya akan mulakan.
Biar saya tunjukkan kekuatan kelab bola keranjang!
Rasanya agak bagus.
Sekarang, sasarkan bahagian kiri untuk jatuhkannya.
YOUKI
Bagus.
Macam mana?
Tiada apa-apa yang istimewa.
Sekarang giliran saya.
Hei.
Inki baling dengan kedua-dua tangan.
Boleh juga macam itu?
Pada asasnya, awak boleh baling dengan segala cara.
Namun, jika tak baling dengan postur yang betul,
biasanya bola takkan kena pin.
ORANG DENGAN POSTUR YANG SEMPURNA SAJA
Baguslah, strike!
Pertandingan baru saja nak bermula!
TAWANAN Lihat betul-betul!
STRIKE
Semua orang main dengan gembira.
Apa yang berlaku?
FARMASI RAJA IBLIS, PRESKRIPSI TERSEDIA
PERMAINAN CARI PERBEZAAN PENYEKSAAN
Macam mana, awak jumpa perbezaan?
No comments yet. Be the first to leave one.