Season 1

Release info

Wash It All Away S01E08 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Kirei ni Shite Moraemasu ka - 08
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-02-23
Downloads: 19
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 135 lines.

SANGAT MENGAGUMKAN

OYU

Dalam lebih kurang seminggu, pesanan dari internet reda macam itu saja.

Agaknya ia cuma trend sekejap saja, ya?

Sejuknya.

Manisnya.

Dan ruang rehatnya pun luas.

Sesekali pergi ke mandian awam lain pun seronok juga.

Maaf, saya terlambat.

Aduhai, padahal saya dah beritahu tinjauan lokasi pagi-pagi tadi.

Kami kena sampai di Shikoku pagi esoklah.

Ini disebabkan kesilapan saya.

Saya betul-betul minta maaf.

Waktu operasi akan tamat sekejap lagi.

Jadi, tolong tunggu... sekejap.

Pegawai bandar raya sebelum ini lebih cekap daripada awak.

Maafkan saya.

Agaknya sempat tak?

- Kita cubalah dulu. - Air panasnya bagus betul.

Terima kasih.

Hei, kena baju sayalah!

Maafkan saya! Em, saya tak pandang depan tadi.

Saya akan lapkan untuk kamu.

Em, jangan digosok begitu!

Tunggu sekejap, saya akan sediakan alatnya!

Siapa dia?

Kalau tertumpah kopi,

jangan panik, guna tisu yang dibasahkan dengan air dan sabun,

lembapkan kotoran itu, kemudian...

Letak tuala atau sapu tangan di belakang kain.

Dari bahagian depan, guna tisu kering atau sejenisnya,

tekap kotoran itu untuk serap airnya.

Nanti ia akan hilang dan bersih.

Kalau panik dan gosok waktu ini,

ia akan jadi kotoran degil, jadi kena hati-hati, ya.

Baik.

Baiklah, sekarang baju kamu dah elok.

Terima kasih!

Er...

Nama saya Kinme, saya menguruskan kedai dobi di kawasan ini.

Saya dah biasa uruskan hal begini.

Sangat mengagumkan!

Saya pun nak contohi kecekapan awak itu!

Er...

Maaf saya lambat perkenalkan diri.

Saya ditugaskan di Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Dewan Bandaraya.

Nama saya Hatsuayu Uika.

- Sokongan lokasi penggambaran... - Ya.

Tugas saya ialah menyediakan maklumat tentang kemudahan lokasi untuk

TV dan filem serta membuat penyelarasan.

Orang kedai kata dah boleh masuk, jadi jomlah pergi.

Baik.

Terima kasih banyak.

Saya minta diri.

Sampai lewat malam begini... Susah juga kerja dia, ya.

OYU, NIKKOTEI

DOBI KINME

Ya, bahan ini kami boleh terima.

Begitu, baguslah.

Kalau begitu, tolong, ya.

Ya, serahkan pada Kinme.

Terima kasih sebab membantu.

KEDAI CENDERAMATA KEDAI IKAN KERING ATSUEI

Oh, ya,

saya dah pergi ke mandian di sana itu.

Jauh sedikit tapi seronok.

Yakah?

Lain kali, agaknya mak cik nak pergi dengan Nairo.

Baiklah. Kalau begitu, saya minta diri dulu.

Ada urusan apa hari ini, Hatsuayu-san?

Terima kasih untuk tempoh hari.

Maafkan saya.

Saya betul-betul

nak lihat cara awak layan pelanggan dan bekerja dari dekat.

Sejak dulu lagi, saya sangat lemah dalam berkomunikasi dengan orang dan sebagainya.

Sebab itulah, saya bekerja di Dewan Bandaraya

dengan niat nak jadi staf pentadbiran di belakang tabir.

Tapi saya ditempatkan di jawatan...

"Promosi dan Sokongan Lokasi Penggambaran" di Bahagian Pelancongan dan Ekonomi.

Satu bidang yang sangat memerlukan kecekapan dan kemahiran berkomunikasi.

Tolong uruskan kebenaran penggambaran di hotel.

Boleh pesankan makanan untuk lokasi ini?

Saya nak tukar tempat penginapan pelakon.

Tolong mohon kebenaran guna jalan raya.

Ada cerita pasal Atami yang menarik tak?

Saya cari kedai untuk rancangan makanan.

Tolong kenalkan pelakon tambahan.

Saya selalu risaukan hal itu.

Masa itulah saya nampak kecekapan dan kemahiran komunikasi awak yang hebat itu.

Jadi saya nak tanya secara terus pada awak.

Apa petua dalam kerja dan melayan pelanggan?

Petua, ya?

Kalau awak tak keberatan,

apa kata malam ini kita pergi ke mandian awam bersama?

SEDANG BEROPERASI

Baiklah Kinme-san, saya pergi dulu!

Selamat malam.

Selamat malam, Kinme-san.

Hari ini panas juga, ya. Saya letih betul.

Selamat malam.

Saya pun berpeluh banyak hari ini.

Kinme-san selalu datang ke mandian awamkah?

Ya, pada dasarnya setiap malam.

Yang selalu saya pergi ialah mandian depan stesen ini dan satu lagi,

tempat bernama Mandian Yamada.

Agaknya kali terakhir saya ke mandian awam masa tadika.

Tapi kalau untuk pandu arah lokasi penggambaran saya pergi juga.

Kalau dah mula selalu ke mandian awam,

secara semula jadi kita akan berbual dengan pelanggan,

dan saling bertegur sapa.

Begitu rupanya.

Tengoklah, uban saya bertambah lagi.

Mama janganlah risau sangat.

Betul itu.

Oh, ya, katanya Yacchan dah dapat anak kedua.

Wah!

Jadi, tempoh hari saya pergi tengok dengan anak saya.

Entah kenapa, walaupun ramai orang

dan banyak suara perbualan kedengaran,

tapi pelik sebab saya rasa tenang.

Begitu, ya? Baguslah.

Saya tak berapa tahu tentang petua kerja.

Mestilah pengetahuan dan teknik dobi itu penting, tapi...

Macam mana nak cakap, ya.

Saya suka lihat pelanggan gembira,

sebab itulah saya buat kerja ini.

Atau lebih tepat lagi, mungkin sebab saya suka bandar ini dan orang-orangnya.

Saya rasa begitulah.

Suka bandar ini...

Untuk buatkan mereka gembira...

Saya tak pandai nak jelaskan.

Tapi bagi saya, kerja itu lebih kurang macam itulah.

Begitu rupanya.

Awak dah pening kepanasan!

Sangat... bermanfaat.

More Malay subtitles for Wash It All Away

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left