Season 1

Release info

Kunon The Sorcerer Can See S01E04 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Majutsushi Kunon wa Miete Iru - 04
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-01-19
Downloads: 11
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 183 lines.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup, kan?

Betul itu.

Ayahanda hairan kita dibenarkan melawat,

tapi kalau berjalan lancar, cadangan guru sihir itu akan dipertimbangkan.

Hebat betul kuasa nepotisme ini, ya!

Bukan begitu.

Nampaknya ahli sihir diraja berminat dengan kamu.

Sihir apa yang kamu pelajari kebelakangan ini?

A-ori.

Wah, kucing! Itu kucing, kan?

Mulanya ia lutsinar,

tapi sekarang saya boleh jadikan ia putih atau tiga warna.

Ini betul-betul airkah?

Ya.

Sihir memang misteri, ya.

Tapi pergerakannya masih kaku.

Saya nak kajinya lagi sampai ia boleh mengiau.

Oh, bagus, bagus.

Ayahanda suka kucingkah?

Taklah...

Kenapa tak bela yang betul saja?

Tak boleh!

Ayahanda tak boleh kerja kalau ada kucing!

Dengan kekayaan dan kuasa keluarga Gurion,

kita boleh kumpulkan semua kucing comel dari seluruh dunia.

Kita ada peraturan "dilarang membela haiwan".

Bahaya kalau kamu tersadung nanti.

Tapi saya dah tak apa-apa sekarang.

Lagipun, bonda kamu pencinta anjing.

Begitu rupanya.

Ayahanda betul-betul fikirkan pasal keluarga, ya.

Terima kasih, ayahanda.

Tentulah.

Kalau begitu, macam mana kalau bela kucing di luar?

Iko beritahu saya.

Membela kucing di luar itu satu simbol status.

Tapi tak bergaya kalau dibawa balik ke rumah.

Kita betul-betul bercakap pasal kucingkah?

Pembantu rumah itu memang...

Puteri Mirika pun cakap begitu juga.

- Puteri pun? - Ya.

- Jadi ini memang pasal kucinglah... - Kucing!

Membela kucing di luar...

Idea yang bagus juga.

MENUJU KE ISTANA DIRAJA

Selamat sejahtera, Tuan Gurion.

Wah, Puteri Resha.

Terima kasih kerana menyambut kami.

Selamat berkenalan. Saya Kunon Gurion.

Ini satu penghormatan, Cik.

Dia ini Puteri Kedua, Puteri Resha.

Sapa dia dengan betul.

Awak bakal kakak ipar saya, ya!

Gembira dapat berjumpa awak!

Selamat berkenalan, Kunon.

Saya Resha Huglia.

Saya dah dengar macam-macam pasal awak dari Mirika.

Oh ya, awak bawa kucingkah?

Comelnya!

Ini...

Saya tak perasan langsung.

Itu sihirlah.

Ia telah tiada...

Lagi hebat daripada khabar angin.

Lemahnya...

Baiklah, saya akan hantar Kunon ke Menara Hitam.

Silakan.

Ayahanda akan menghadap Tuanku.

Kamu nak balik naik apa?

Saya akan balik sendiri.

Saya nak jumpa Puteri juga.

Begitu, ya. Ayahanda akan sediakan kereta kuda,

- jadi berseronoklah. - Baik.

Sebenarnya, saya dah tempah restoran

tempat ayahanda memikat bonda dulu.

Ya, sudahlah! Berseronok saja!

Amboi...

Menara Hitam ada di seberang istana.

Awak boleh berjalankah?

Ya, tak ada masalah.

Kalau begitu, dengar sambil berjalan, ya.

Pasal inti pati ahli sihirkah?

Saya masih orang baharu, jadi bukan itu...

Kalau begitu, tafsiran baharu Sihir Berlapis?

Jangan-jangan pasal menerapkan teori lama ke yang baharu?

Ataupun teori baharu Bulatan Sihir 3D dan Miring?

Tunggu, tunggu!

Saya tak boleh bincang hal rumit sambil berjalan!

Oh, baiklah.

Kerabat Diraja Huglia

ada tujuh orang putera dan sepuluh orang puteri.

Mirika dah beritahu, kan?

Nisbah perempuan tinggi. Baguslah.

Biasanya,

putera pertama yang mewarisi takhta

tapi Huglia ini meritokrasi.

Kedudukan berubah berdasarkan pencapaian.

Saya dengar ia rumit.

Memang pun.

Saya nak jadi ahli sihir, jadi saya lepaskan hak pewarisan saya.

Jumlah mana yang hebat...

Ahli sihir apa yang ada di dalam itu?

Mirika risau awak akan terlibat dalam perebutan takhta.

Apa itu? Apa yang awak buat itu?

Saya bekukan lapisan air nipis di tapak kaki saya.

Bekukan lapisan air nipis?

Macam kasut luncur ais.

Lagi laju daripada berjalan.

Nak cubakah?

Nak!

Tak, tunggu dulu! Saya kena beritahu awak benda ini!

Mengenakan beban akan hasilkan geseran...

Kalau begitu, saya ringkaskan saja!

Jangan sembarangan masuk mana-mana pihak!

Jangan biarkan diri direkod atau tanda tangan apa-apa!

Baik, dah habis!

Sekarang biarkan saya meluncur juga!

Baiklah.

Saya pun nak meluncur dengan awak, si cantik.

Bahaya!

Hebatnya!

Caranya ialah dengan terapung sedikit.

Apa itu?

Berhenti, Puteri Resha!

Bahayalah!

Tak dapat. Laju sangat!

Apa yang bising-bising ini?

- Tuan Dario! - Tuan Dario!

Kamu berdua!

Tolong berhenti!

- Dia kata berhenti! - Jangan!

Laju lagi! Laju lagi!

Berhentilah!

- Kami minta maaf. - Kami minta maaf.

Kenapa bising-bising ini?

Ahli sihir budak itu buat hal dan dah ditangkap.

Selamat datang, Kunon Gurion.

Saya Rondimond Actard, Ketua Ahli Sihir Diraja.

Saya Kunon Gurion.

Hebatnya...

Mana Puteri Resha memang hebat,

tapi dia ini di tahap lain.

Kamu ada Lambang Air, kan?

Ya, di bahu kiri saya.

Bintang dua, ya?

Bintang dua?

Ada tujuh jenis lambang sihir iaitu, Api, Air, Tanah, Angin, Cahaya, Kegelapan,

dan juga Iblis.

Setiap satu mempunyai lima peringkat bintang.

Lima peringkat...

Jadi saya peringkat kedua dari bawah air, ya?

Ya. Secara statistik, bintang dua paling biasa.

Saya pun Angin Bintang Dua.

Betulkah?

Tapi Ketua lain, kan?

Kenapa kamu fikir begitu?

Kepekatan mana yang dirasai jauh berbeza.

Ungkapan yang menarik.

Ya.

Kalau saya dan Resha keju biasa...

Ketua pula macam keju biru buatan khas.

Perumpamaan yang teruk.

Tapi ia sedap dengan wain, jadi saya tak kisah.

Ketua Keju Biru bintang tigakah?

Kalau panggil saya begitu lagi, saya marah, ya.

Saya ini begini.

Bintang empat...

Kamu tak terkejut, ya?

Ini kali pertama saya dengar pasal lambang.

Sejujurnya, saya belum faham lagi.

Betul juga. Nanti kamu akan faham juga.

Ketua.

Kalau peringkatnya berbeza

adakah sihir yang digunakan pun jauh berbeza?

Tak ada apa-apa yang khusus.

Yang jelas cuma jumlah keseluruhan mana saja.

Yang penting ialah apa yang kamu pelajari

dan betapa gigihnya usaha kamu.

Begitu rupanya.

Baiklah. Cukuplah setakat ini, ya?

Ya. Terima kasih banyak.

Kalau begitu, mari kita mula berseronok!

Saya sangat berminat dengan kamu.

More Malay subtitles for Kunon the Sorcerer Can See

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left