The first 164 lines.
Maaf!
Rupanya awak.
Lama tidak jumpa, Maki.
Ayah...
Ada urusan apa awak ke sini?
Awak ke sini untuk berjalan-jalan.
Awak pun dah sekolah menengah sekarang.
Bukan, saya ke sini untuk membeli-belah sahaja...
Kali terakhir kita bertemu ialah sebelum cuti musim panas, bukan?
Maafkan saya.
Sepatutnya saya luangkan lebih banyak masa dengan awak.
Kerja menjadi amat sibuk semula selepas itu.
Jadi, hari ini juga begitu?
Ya.
Tempat ini kebetulan menjadi lokasi kerja saya seterusnya.
Sekarang saya hendak pulang.
Nampaknya berat. Awak baik-baik sahaja?
Jangan risau.
Saya masih bertenaga.
Pengarah Maehara.
Maaf kerana mengganggu.
Awak agak lama untuk kembali.
Maaf kerana membuatkan awak menunggu.
Minato, ini anak lelaki saya, Maki.
Anak pengarah...
Salam kenal. Saya Minato Kyoka.
Saya Maehara Maki, selamat malam.
BELUM LAGI? - MAKI, DAGING ITU
Kawan yang temani awak?
Awak nampak sibuk dengan kerja,
jadi saya pergi dahulu.
Jumpa lagi.
SIJIL PERCERAIAN
Mengapa awak selalu begini?
Mengapa awak tak mahu berkata apa-apa?
Ayah...
Maaf, Maki.
Maki, awak agak lama. Sesat?
Lebih kurang begitulah.
Umi tak senang duduk sepanjang masa menunggu awak kembali.
Sudahlah itu, jom kita pergi sekarang.
Jom, Maki, kita pergi.
YAKINIKU QUEEN MAKAN PUAS DUA JAM
Maki, awak dengar, tidak?
Maki!
- Hei! - Aduh!
Amboi, saya sedang tanya apa yang awak mahu pesan,
tetapi awak hanya jawab lewa sahaja.
Tak mengapa kalau awak bersendirian,
tapi melamun depan orang lain tak sopan.
Maaf.
Saya rasa sedikit penat.
Awak baik-baik sahaja?
Jangan paksa diri jika tak sihat.
Tidak, saya baik-baik sahaja.
Saya hanya melamun, mungkin masih lapar.
Kalau begitu, saya pilih "Lidah Lembu Tebal."
Bagus.
Kalau begitu, saya ambil "Daging Rusuk Premium."
Awak pula, Yuu?
Tentu, "Rusuk Pendek Bertulang".
Jom tambah sosej dan set panggang makanan laut sekali!
Hei, Yuu, awak sudah ambil aiskrim?
Walaupun makan sepuasnya, tidakkah itu terlalu banyak?
Awak pula mencampurkan kola dan soda krim seperti kanak-kanak!
Perut untuk pencuci mulut berlainan, jadi ia tidak dikira.
Bukan begitu, Maki-kun? Awak bersetuju?
Sejujurnya, awak berdua sama sahaja.
Umi, dia cakap tentang awak juga.
Kalau ada yang kebudak-budakan, itu awak, Yuu!
Saya hanya buat lebih kurang satu cawan sahaja!
Baiklah, awak berdua, makan sayur-sayuran sekali.
Dengan kehadiran Umi dan Amami-san,
tahun ini pasti akan penuh dengan kenangan indah.
Jadi, saya akan tinggalkan tahun lalu...
dan menumpukan perhatian kepada masa hadapan.
Rasanya cukuplah begitu.
Hai.
Cuaca sejuk, saya amat berterima kasih jika awak benarkan saya masuk.
Silakan masuk.
Terima kasih.
Awak tadi perhatikan kaki saya, bukan?
Awak nampak kedinginan.
Memang saya kedinginan.
Sejujurnya, saya agak menyesal dalam perjalanan ke sini tadi.
Kalau begitu, awak tak perlu memaksa diri begitu.
Benar juga kata awak.
Tetapi saya mahu awak melihat saya dalam keadaan comel.
Maksud saya...
di hadapan lelaki yang paling rapat dengan saya.
Jadi sebab itu awak datang ke rumah, bukannya berjumpa di luar...
Mungkin menyusahkan,
tapi saya mahu awak melihat saya lebih awal.
Hei, Maki, bagaimana pandangan awak tentang saya hari ini?
Pandangan saya...
- Maksud saya... - Perkara begini,
malu diucapkan secara berhadapan...
Awak cantik, Umi.
Tak mampu saya alihkan pandangan...
Begitukah? Terima kasih.
Kalau begitu, semua usaha itu berbaloi.
Hei, memandangkan temu janji istimewa kita hari ini.
Jom pergi begini.
Memang sejuk hari ini.
Kalau begitu, mengapa tangan awak begitu berpeluh?
Baiklah, saya lepaskan.
Tidak boleh!
Pasangan pelajar sekolah menengah yang cuba kelihatan sedikit dewasa,
dan semuanya berkat usaha Umi yang mengubah penampilan saya sepenuhnya.
Saya tak mampu ubah rupa paras saya dan tak kisah diejek kerananya...
Tapi saya tak sanggup membayangkan dia yang menyayangi saya seadanya,
atau pun ditertawakan olehnya.
Ada apa?
Saya harap awak terus ajar saya pelbagai hal selepas ini.
Maksud saya...
Demi awak...
Apa?
Saya cuma rasa Maki hari ini amat comel dan bersungguh-sungguh.
Patut saya anggap itu sebagai pujian?
Dalam keadaan biasa, saya rasa tidak.
Tetapi kalau dari saya untuk awak? Silakan berasa gembira.
PAWAGAM JOTO
Hei, Umi.
Bukankah ini tempat duduk pasangan kekasih?
Ini temu janji kita, jadi saya fikir tak mengapa.
Betul juga kata awak....
Maaf, Umi-san.
Apa?
Mengapa awak terus mendakap lengan saya?
Ini tempat duduk pasangan kekasih.
Lihat, hampir semua orang di sini melakukan perkara yang sama.
Awak tidak mahu berbuat begini dengan saya?
Bukan saya tidak mahu.
Awak memang pemalu, Maki.
Jom, filem hampir bermula.
Baiklah.
Hei, Maki.
Ada apa lagi?
Apa yang akan berlaku jika ada kawan sekelas yang melihat kita di sini?
Tidur yang nyenyak.
Tertidur 30 minit selepas bermula.
Filem itu memang amat membosankan!
Saya tonton tanpa ketahui sebarang spoiler pun.
Kenapa saya pilih filem bosan hari ini?
Itu nasib biasa memilih filem.
Betul, tak?
Saya patut pilih yang selamat.
Jerung Pemangsa Mutan Gergasi lawan Gustave Hebat lawan Kraken Lautan Dalam
lawan Android Pembunuh: Pertarungan Agung Merentas Masa!
Itu yang patut saya pilih!
Barisan bintang apa pula itu?
Saya sudah kembali.
- Wah! - Wah!
Maki, bagaimana tadi?
Semuanya lazat, termasuk pencuci mulut.
Tetapi saya ada satu aduan.
Saya juga sebenarnya.
Mahu kita sebut serentak?
Pada kiraan tiga.
- Porsinya kecil sangat! - Porsinya kecil sangat!
Betul, tak?
Ya.
Saya tahu kita baru makan.
Jom kita pergi makan burger?
No comments yet. Be the first to leave one.