The first 200 lines.
Saya tidak perlukan awak.
Apabila difikirkan,
saya yang buat kesilapan terbesar.
Awak satu-satunya...
kesilapan saya.
Nombor 88.
Nombor 88.
Ayah juga tahu tentang Nombor 88.
(Kumpulan Saehan FT Dan, Rumah Anak Yatim Hansol)
(Lee Sang Pil, Kim Jong Koo, Yoo Dae Heon, Seo Won Seok)
Suspek yang awak lihat...
mungkin kawan subahat Ko Hyeon Woo.
Contohnya, dia mungkin salah seorang mangsa rumah anak yatim.
- Detektif Lee, ada video yang lain? - Saya sedang mencari.
Tapi, rakaman beberapa hari telah hilang, jadi saya perlu pulihkannya.
Tumpukan pada hari-hari di mana Yoon Ji Hye tidak bekerja.
Saya akan berada di sana.
Kenapa awak pergi ke rumah Hong Jung Hee?
Kenapa ini?
Tiada apa-apa.
Ibu saya kata dia akan pergi.
Saya patut hantar dia keluar.
Helo? Ada apa?
Di mana awak?
Awak yakin mahu suruh Phillip pergi?
Apa yang dia kata? Dia mahu saya tinggal di sini?
Tidak. Dia suruh saya untuk tidak pedulikan awak.
Apa yang awak buat hingga dia sangat marah?
- Saya tidak melakukan apa-apa. - Minta maaf sahajalah.
Dia mungkin bersikap dingin,
tapi ada masanya dia berlembut hati.
Itu kerana ia tentang awak.
Awak betul-betul mahu pergi?
Apa lagi yang boleh saya lakukan?
Saya akan pergi dan tinggal di sauna awam.
Berikan semula lukisan saya.
Apa yang awak cakapkan? Lukisan apa?
Peliknya. Saya yakin awak juga tahu mengenainya.
Awak yang koyakkan dari buku lakaran saya.
Saya tidak tahu apa yang awak cakapkan.
Awak tidak patut mengambilnya seperti itu.
- Ia untuk seseorang. Pulangkan. - Apa sahajalah.
Saya tidak tahu maksud awak. Saya pergi dahulu.
Pulangkannya semula!
Sudahlah! Pulangkannya, pencuri!
Pencuri?
Awak tahu, awak sememangnya pandai berkata-kata.
Dan, awak sememangnya pandai buat Su Hyeon marah.
Saya bersetuju dengan itu.
Rasanya awak tahu tempat awak.
Pulangkan lukisan dia dan ikut saya.
Saya perlu bercakap dengan awak.
Hei, kawanku.
- Itu bermakna awak maafkan saya? - Bagaimana dengan lukisan saya?
- Lukisan saya! - Berhenti ikut kami.
- Hei, awak! - Berhenti.
- Ini saya. - Tuan.
Saya sudah jumpa Nombor 88.
Nampaknya...
dia tinggal di bangunan yang sama dengan Hyeon Jin.
Itu menarik.
Alumni untuk Rumah Anak Yatim Hansol tinggal di bangunan yang sama?
Tae Soo.
Menyerang terlebih dahulu...
merupakan satu pilihan.
Jadi,
patutkah saya melepaskan awak?
Orang selalu meminta saya untuk melepaskan mereka.
Saya cukup yakin yang saya telah beri Ko Hyeon Woo dan Nombor 88...
masa yang mencukupi untuk datang dan selamatkan awak.
Melihatkan tiada seorang pun di sini,
awak mesti rasa dikhianati.
Ini tempat awak mengambil organ...
kanak-kanak itu?
Kenapa awak tidak ikut sahaja arahan saya?
Jika begitu, awak akan hidup lebih lama.
Awak si tidak guna.
Awak akan...
menerima balasan untuk dosa awak suatu hari nanti.
Saya hanya menyesal kerana tidak dapat melihatnya sendiri.
Ji Hye.
Perkataan "dosa"...
tidak sesuai dengan saya.
Saya...
memiliki kuasa untuk menukar dosa kepada kebaikan.
Saya tidak perlukan awak lagi.
Awak satu-satunya...
kesilapan saya.
Nombor 88.
Suspek memiliki tindakan refleks yang sangat cepat...
dan kenal Kim Jong Sik dari Makanan Ibu Sentiasa.
Anak perempuannya hubungi. Tapi, dia tamatkan panggilan dengan cepat.
- Ya? - Nama restoran tempat pertemuan...
Pengerusi Do dan Cik Yoon dirakam oleh kamera papan pemuka.
jadi saya sedang menuju ke sana. Saya akan hantar alamat pada awak.
Bedah siasat Cik Yoon menunjukkan yang dia mati pada 14 April.
Jadi, kami anggap yang dia diculik pada hari yang sama.
- Apa ini? - Periksa penaja ini.
Apa sebenarnya yang saya patut periksa?
Jika mereka masih hidup.
Atau rekod perubatan mereka.
Untuk apa?
Untuk tahu sama ada mereka ada sebarang penyakit.
Atau jika mereka pernah jalani pembedahan, apa tujuannya...
dan bila pembedahan dijalankan.
Ia mungkin dijalankan di Hospital Saehan Mirae.
Awak boleh menggodamnya, bukan?
Sudah tentu.
Kawan awak ini ialah sebahagian...
dari kumpulan penggodam yang terkenal di dunia.
Apa tujuan semua ini?
Saya perlu tahu apa tujuannya untuk godam dengan tepat.
Kanak-kanak yang bernombor di Rumah Anak Yatim Hansol.
Rasanya saya sudah tahu punca...
kenapa mereka terpaksa mati.
Dia cakap sesuatu tentang memindahkan Nombor-Nombor itu.
Ia adalah kanak-kanak dalam video itu.
Kita perlu cari mereka.
Awak harus kekal di situ.
Dan, sila selesaikan tugasan ini.
Itu janji kita.
Saya langsung tidak boleh maafkan orang-orang ini.
Saya sudah berada di sini jadi mari bercakap secara berdepan.
Ini sahaja yang saya ada.
Mari tamatkan di sini.
Apa yang saya perlukan adalah nyawa sasaran.
Su Hyeon sudah tidak perlukan awak lagi.
Dia tahu identiti bapa yang cuba bunuh dia.
Dia tahu sebab kenapa kanak-kanak bernombor itu perlu mati.
Dia tidak perlu dengar apa yang awak mahu cakap lagi sekarang.
Awak benar-benar fikir begitu?
Jika dia tidak bunuh sasarannya,
saya sudah beri amaran akan bunuh...
orang di sekeliling dia satu demi satu.
Awak rasa dia hanya akan diamkan diri dan lihat mereka semua dibunuh?
Awak akan mati akhirnya.
Dia seorang pembunuh yang membunuh orang.
Awak akan berubah fikiran apabila awak lihat ini.
Pergi suruh Nombor 88 buat kerja dia.
Jika awak lakukan sesuatu terhadap dia,
saya sendiri yang akan bunuh awak.
Arah sini.
Kami lupuskan rakaman CCTV setiap tiga bulan.
Jadi, jika untuk tarikh 14 April,
ia masih belum capai tiga bulan. Jadi, rakaman belum dilupuskan.
Tapi, nampaknya ramai orang yang cari rakaman hari itu.
Ada orang lain yang datang?
Ya, seseorang dari Kumpulan Saehan FT datang.
Tunggu sebentar, saya ada kad perniagaannya.
Ini dia.
Awak kenal dia?
Ya.
Dia dan Yoon Ji Hye tidak sehaluan.
Pengerusi Do selalu datang ke sini?
Dia datang dari semasa ke semasa.
Tapi, dia selalu datang dengan wanita yang sama.
- Awak lihatlah sendiri. - Okey.
Ia Yoon Ji Hye.
Tunggu sebentar.
Itu lelaki sama yang langgar kereta Pengerusi Do, bukan?
Dia tahu.
Kita perlu cari Yoon Ji Hye.
Pengerusi Do sedang muncul.
Salin ini...
dan teruskan semak sehingga habis.
Saya akan kembali kepada awak.
Awak mahu pergi ke mana?
- Helo. - Hyeon Jin,
saya baru mahu hubungi awak.
Masih ingat tentang lesen veterinar...
Kolej Cell yang awak hantar kepada saya?
Di antara semua graduan, tiada sesiapa yang bernama Kim Su Hyeon.
Tapi, lesen veterinar tahun 2005 yang awak hantar kepada saya,
seseorang bernama Kim Su Hyeon memang ambil ujian itu.
Tapi, ada sesuatu yang tidak kena.
Kim Su Hyeon ini dilahirkan pada tahun 1986, bukan pada tahun 1990.
Saya tidak tahu siapa yang palsukan tapi dia buat kerja yang hebat.
Saya hampir tertipu.
Awak dengar apa yang saya cakap? Hyeon...
Kim Su Hyeon ini dilahirkan pada tahun 1986, bukan pada tahun 1990.
Jangan bergerak.
Hai.
Saya minta maaf kerana terlewat.
Ini dia.
Apa ini?
Awak nampak sangat hebat.
- Tahniah. - Terima kasih.
Apa pula itu?
Universiti Polis.
Hai.
Awak sedang buat apa? Awak langsung tidak dengar saya datang.
- Bagaimana awak masuk? - Saya ada tahu jalan.
- Saya yakin awak belum makan. - Saya kelaparan.
Jangan makan di sini, tapi mari pergi ke tempat lain.
Jin Young.
Awak datang daripada mana, Su Hyeon?
Saya ada urusan yang perlu diselesaikan.
Awak selamatkan seekor lagi anjing yang ditinggalkan?
Tiada anjing yang ditinggalkan pada hari itu.
Awak datang untuk bertemu dengan Yoon Ji Hye sama seperti saya.
No comments yet. Be the first to leave one.