Season 1

Release info

Wash It All Away S01E04 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Kirei ni Shite Moraemasu ka - 04
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-01-26
Downloads: 21
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 185 lines.

KINME CLEANING

SELAMAT DATANG

PERMINTAAN DARIPADA KINME

Laman rumah Honma-san nampak cantik macam biasa, ya.

Dah lama aku tak naik kereta api.

Pintu akan ditutup. Sila berhati-hati.

Terkejut aku.

Budak-budak zaman sekarang pakai skirt pendek betul.

Boleh nampak nanti.

KESAN SELAMA 48 JAM!

Tunggu!

Di dada juga?

Kalau ditarik begitu...

Dah agak.

Teruklah.

Aduh, macam mana ini?

Lepas ini, biarkan begini sajalah.

Eh, jangan!

Seterusnya, stesen Kinomiya.

Oh ya, ini percumakah?

Sudah tentu, tak perlu bayar.

Saya memang tak boleh biarkan saja hal begini.

Saya pemilik kedai dobi berdekatan stesen ini.

Nama saya Kinme Wakana.

Nama awak pula?

Wakasagi.

Wakasagi Kuriru.

Oh ya, kenapa awak ada di luar?

Eh? Di luar?

Bukankah kedai dobi

kerjanya di dalam kedai?

Ya, kerja utamanya memang begitu.

Tapi disebabkan ramai pelanggan warga emas,

kami sering ambil dan hantar pakaian ke rumah mereka.

Kedai kami ini kecil dan milik persendirian,

jadi moto kami ialah "perkhidmatan mesra masyarakat",

supaya lebih dekat dengan pelanggan.

Awak tengah promosikah?

Eh? Ah, bukan begitu.

Nah, dah siap dibaiki.

Hebatnya! Cepat betul.

Wanita idaman sungguh!

Mesti awak ramai peminat.

Taklah. Langsung tak.

Lain kali, tolong jaga pakaian awak elok-elok, ya.

Tapi saya tak pandai sangat pasal pakaian ini.

Saya tinggal berdua dengan adik lelaki saya,

jadi tak ada orang yang boleh buatkan.

Di rumah saya banyak baju yang butangnya dah tertanggal.

Kalau awak tak keberatan,

saya boleh datang ke rumah awak

untuk periksa keadaan pakaian awak?

Kalau awak tak selesa, tak mengapalah.

Boleh saja, tapi...

Tapi?

Rumah saya sekarang...

Abaikan saja.

Ada pengecas telefon di situ.

Jadi hati-hati.

Sakit itu kalau terpijak.

Pakaian awak bersepah betul.

Berapa hari sekali awak basuh pakaian?

Sepatutnya kami basuh pakaian sendiri,

tapi sebab malas...

Saya kumpulkan dan basuh tiga kali sebulan.

Aduhai...

Nampaknya aku kena tolong kemaskan bilik dia juga.

Jangan!

Jangan sembur sesuka hati!

Di dalam kereta api tadi pun,

awak sembur banyak pada baju seragam, kan?

Yalah, sebab saya tak suka bau peluh.

Dengar sini, ya...

Ramai orang yang salah guna penyembur itu.

Apa yang salahnya?

Memang ia barang yang mudah dan berguna untuk hilangkan bau,

tapi kalau disembur pada kain yang masih ada kotoran seperti peluh,

air daripada penyembur itu akan sebarkan kotoran

dan tinggalkan kotoran berbentuk cincin. Boleh jadi ada kesan nanti.

Baunya mungkin hilang,

tapi kotorannya akan terkumpul dan tak hilang.

Orang yang selalu sembur macam itu, tolonglah...

Tolonglah berhati-hati.

Ini permintaan daripada Kinme!

Untuk penjagaan harian baju seragam,

gantung pada penyangkut khas untuk skirt dan berus.

Kelebihan memberus ialah

dapat membuang habuk yang terperangkap dalam gentian kain.

Selain itu,

ia dapat melicinkan permukaan kain yang tak nampak dengan mata kasar.

Kalau tak ada berus,

guna penggelek habuk atau pita pelekat pun boleh.

Pita pelekat pun boleh, ya?

Tapi saya tetap sarankan untuk basuh secara berkala.

Tengok label basuhan,

dan basuhlah yang mana boleh dibasuh di rumah.

Boleh, ya?

Oh ya, label basuhan itu apa?

Inilah.

Cakap pasal itu...

SIMBOL BAHARU

Kalau ada tanda ini,

pada dasarnya tak boleh dibasuh di rumah.

Sila hantar ke kedai dobi, ya.

Ada juga simbol lama sebelum ia ditukar.

SIMBOL LAMA

Ini simbol lama, ya.

POLIESTER 80 PERATUS, RAYON 20 PERATUS

TIADA PELUNTUR KLORIN SETERIKA PADA SUHU SEDERHANA

Agak lainlah.

Tak pernah nampak pun sebelum ini.

Oh ya, tak apakah awak beritahu saya semua ini?

Eh? Kenapa?

Bukankah ini macam rahsia syarikat?

Kalau semua orang pandai jaga pakaian,

nanti kuranglah orang hantar ke kedai, kan?

Dan awak akan rugi, kan?

Tak juga.

Apa yang paling penting ialah semua orang menghargai pakaian mereka.

Kemahiran membasuh awak dah tahap maksimum.

Daya tarikan pun bukan biasa-biasa.

Boleh saya tengok baju yang butangnya tertanggal?

Yang ini agaknya.

Ini empat butang tertanggal sekali gus.

Yalah.

Baju musim sejuk pula itu.

Rasanya lebih baik kalau baju ini dibasuh juga.

Mungkin juga.

Em...

Kalau awak tak keberatan,

kita kemas bilik ini dululah?

STESEN KINOMIYA

Dia itu...

Pagi-pagi, bukannya ucap selamat pagi, tapi suruh buka baju tidur.

Dia layan adik dia macam orang gaji.

Teruk, kan?

Habis itu, awak bukakah?

Saya buka juga.

Awak buka, ya.

Dulu giliran memasak pun kami ganti-ganti.

Tapi kebelakangan ini, asyik saya saja yang kena masak.

Jadi, malam ini macam mana?

Sayalah yang masak.

Awak masak, ya.

Tapi kakak awak popular dalam kalangan budak lelaki di sekolah, kan?

Itu sebab semua orang cuma nampak luaran dia saja.

Kami ini kembar, jadi tak banyak beza pun,

tapi dia berlagak macam kakak.

Itu saya dah dengarlah.

Saya tak kisah pun dia jadi kakak,

tapi yang saya perlukan, setidaknya "sifat seorang kakak."

Sifat seorang kakak, ya.

Kakak yang baik, boleh diharap, dan sayangkan adik.

Itu cuma ada dalam fantasi, kan?

Saya tahulah.

Dah balikkah?

Saya dah pulang.

Selamat pulang, Moruda-kun.

Eh?

Cucuk dari sinikah?

Ya, dari situ.

Ya, betul itu. Cuba buat perlahan-lahan, ya.

Nama saya Kinme Wakana.

Saya berkenalan dengan kakak awak di stesen tadi,

jadi saya singgah sekejap.

Oh, baik.

Sekarang, em...

Saya tengah basuh baju awak sekali dengan baju kakak awak,

tak mengapakah?

Tak mengapa.

Eh, Kyusho-kun pun ada.

Awak berdua kawankah?

Em, apa yang awak buat di sini, Kinme-san?

Hei, tunggu dulu.

Kenapa kau kenal kakak aku yang sebenar dulu?

Nampaknya susah nak jelaskan pada awak sekarang,

jadi nanti sajalah.

Sebenar?

Biarkan saja dia.

Hai!

Eh, Nairo-chan.

Selamat datang.

Tolong basuhkan baju ini.

Baiklah.

Em...

More Malay subtitles for Wash It All Away

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left