The first 200 lines.
Abah?
Abah?
Abah?
Abah?
Abah?
Abah!
Abah!
Hei!
Abah?
Abah?
Abah?
Abah?
12 JAM SEBELUM ABAH MULYA MENINGGAL
Percaya kepada saya.
Rin!
Rin!
Katanya awak sakti, dengan belati pun takut.
Sudah? Cukup.
Ini.
Jangan main-main! Nanti awak jadi betul-betul musyrik.
Mana ada musyrik.
Kami belajar untuk menghalau hantu, seperti Abah Mulya.
Ainun, jika awak nak menghalau syaitan, awak kena solat,
bukan macam ini.
Beri belatinya kepada saya.
Bersihkan muka awak juga.
Nun.
Saya balik dulu.
Saya ada urusan penting.
- Kenapa tergesa-gesa? - Kita jumpa nanti. Assalamualaikum.
Walaikumussalam.
Assalamualaikum.
PONDOK WARUGENI LELAKI-PEREMPUAN
Laporan eklusif hari ini bersiaran di Padepokan Abah Mulya.
Padepokan Abah Mulia telah berdiri hampir 15 tahun
di Kampung Bumi Suwung,
didirikan dan dipimpin oleh Mulyono Satya, atau dikenali sebagai "Abah."
Seperti yang anda lihat, di belakang saya, sudah ramai yang beratur
untuk mendapatkan rawatan alternatif daripada Abah Mulya.
Di sebelah saya pula, anda boleh lihat
ada air jampi yang dibuat oleh Abah Mulya…
ORANG PERCAYA ABAH MULYA UTUSAN DARI SYURGA
KUASANYA MEMBERI MANFAAT PADA ORANG. PESAKITNYA DARI PELBAGAI PERINGKAT.
KAEDAH SAKTI ABAH MULYA
Abah! Abah!
Percaya kepada saya.
"Percaya kepada saya."
Mengejutkan seperti dentuman kilat.
Semangat pari-pari selalu mengikuti jejakku.
Sudah waktu solat.
Kenapa menonton benda yang tak berfaedah?
Alah, Wak.
Ia berfaedah.
Abah Mulya sedang sembuhkan orang.
Saya nak tengok sekejap saja.
Jika nak sembuh, pergi jumpa doktor,
bukan Abah.
Tapi ini penyakit yang doktor tak dapat tangani.
Wak dari dulu memang tak suka jika saya tengok Abah Mulya.
Baiklah, Wak pergi dulu.
Jangan lewat ke surau.
- Assalamualaikum. - Walaikumussalam.
SURAU
"Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata: Kaabah adalah Baitullah,"
yang menjadi kiblat, wajah dan badan seorang hamba,
sedangkan Rabbul Bait Tabarakallah wa Ta'ala
"adalah kiblat bagi hati dan rohnya."
Maka sejauh mana seorang hamba…
- …menghadap Allah di dalam solatnya? - Tak ramai orang.
Sejauh itu pula Allah menghadap kepadanya.
Dah ramai yang dijemput balik. Esok dah cuti.
Takkanlah mereka nak habiskan masa di sini.
Anggota badan kita…
Tapi saya tak ke mana-mana. Saya tak jadi balik.
Kita cuma ada satu tujuan. Iaitu menghadap Allah.
Kenapa pula?
Tak ada apa-apa!
Saya di sini dengan awak. Di rumah sunyi.
Tak seronok.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Ayah.
Ayah!
Ya, nak?
Kenapa kita ke sini?
Bukankah ayah kata nak pergi mencari wang?
Ya, nak.
Cuma di sini ayah boleh mencari duit.
Ayah nak dapat daripada siapa?
Sudah faham?
Ya. Terima kasih.
Ayuh, Encik.
Tunggu sini.
Ayah takkan lama.
Selepas ini kita akan menjadi kaya-raya.
Hong.
Mengejutkan seperti dentuman kilat.
Semangat pari-pari selalu mengikuti jejakku.
Seperti segala perbuatan burukku,
aku membawa mereka ke pagoda.
Hong.
Boleh saya minta lebih lagi, Bah?
Saya merayu, saya sangat memerlukannya!
Mestilah boleh.
Awak sudah sediakan korbannya?
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
Maha Mendengar Allah...
Nun, sekejap.
Ya Allah, saya terlupa beli pad.
Tiba-tiba saya datang bulan tadi.
Baiklah, jom beli.
Tak apa! Saya boleh pergi sendiri.
Awak tunggu sini.
- Awak pasti? - Ya.
Tunggu sini. Saya akan cepat!
Ainun.
Encik?
Abah Mulya?
Kamu akan menghadap saya.
Kepala dibalas dengan kepala.
Nun, apa yang berlaku?
Ada apa?
- Nun? - Tadi ada…
Bertenang, ada apa?
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.
Berita sedih baru datang dari Padepokan Abah Mulya.
Pemimpin kepada Padepokan, Abah, telah dilaporkan meninggal dunia.
Ya, saya akan beritahu dia.
Orang ramai telah berpusu-pusu ke lokasi di mana kejadian itu berlaku.
Pihak polis dan forensik sedang berusaha
untuk mengungkapkan kematian misteri ini.
Ia diketahui dan disaksikan oleh penduduk setempat.
Jadi, Abah Mulya itu ayah saya yang Wak cakap dah meninggal?
Kenapa Wak tipu saya?
Maafkan Wak, Nun.
Wak cuma buat apa yang mak kamu pesan.
Sebelum mak kamu meninggal dunia,
mak kamu bawa kamu kepada Wak.
Dia berpesan dengan Wak
supaya menjauhkan kamu dengan dia.
Setiap kali saya menonton dia,
Wak selalu kata yang dia penipu.
Pembohong.
Sekarang siapa yang pembohong?
Sepatutnya Wak terus terang saja kepada saya.
Supaya saya tahu bagaimana rasanya memiliki ibu bapa.
Selama ini, hidup saya tak bermakna.
Dipandang rendah oleh semua orang.
Seorang anak yatim yang dijaga oleh penjaga pondok.
Sampai hati Wak?
Wak cuma ikut wasiat mak kamu.
Wak tak sentuh apa-apa barang pemberian dari Abah kamu.
Mak.
Abah.
Saya minta maaf.
Saya tak pernah mengenali awak berdua.
Kita nak menziarah siapa?
Siapa yang meninggal dunia?
- Ayah saya. - Hah?
Sesungguhnya kami milik Allah.
Meninggal lagi?
Nun, apa cerita ini?
Astaghfirullah Al-azim. Ya Allah.
Ai, Rin, sekejap. Awak nak pergi mana?
Ainun nak pergi...
Nun, awak memang tak tahu apa-apa tentang Abah?
Ada firasat ke?
Awak selalu tonton dia di TV.
Wak pun tak pernah beritahu saya.
Takkanlah dia tak cuba mencari tahu
yang dia ada anak perempuan cantik macam awak?
Wak saja berbohong dan kata ayah saya dah meninggal dunia.
Mungkin dia cakap dengan abah yang saya tak nak jumpa dia.
Atau sengaja menghalang kami untuk berjumpa.
Ainun.
Awak nampak tak?
Apa?
Nampak apa?
MINYAK 2,500 PER LITER
Terima kasih.
Anak pertama dia datang.
Awak yang panggil dia?
Kita perlukan dia.
Saya turut bersimpati, Ainun.
Saya Lingga, murid Abah.
Assalamualaikum, En. Lingga.
Awak boleh tengok jenazah dia buat kali terakhir
dan siramkan air padanya sebagai tanda berbakti.
Bagas, kenapa Ainun boleh ikut mandikan Abah?
Entahlah. Mungkin mazhab mereka berbeza.
Abah!
Rohku bersama rohmu,
nyawaku bersama nyawamu,
sukmaku bersama sukmamu,
badanku bersama badanmu,
sebelum mati,
belum mati,
kami masih…
No comments yet. Be the first to leave one.