The first 200 lines.
6 NOVEMBER 1983 HAWKINS, INDIANA
MAKMAL KEBANGSAAN HAWKINS JABATAN TENAGA AS
Sesuatu akan datang. Sesuatu yang dahagakan darah.
Bayang muncul di belakang dan menelan awak dalam kegelapan.
- Ia hampir tiba. - Apa itu?
Jika ia Demogorgon?
- Habislah kita jika ia Demogorgon. - Ia bukan Demogorgon.
Segerombolan penghuni gua masuk ke dalam kamar.
- Penghuni gua? - Saya dah cakap.
Tunggu sekejap.
Awak dengar tak?
Bunyi itu?
Ia bukan dari penghuni gua. Ia datang dari benda lain.
- Demogorgon! - Tak guna!
- Matilah. - Will, awak pula!
- Tak tahu! - Guna Bola Api!
- Perlu dapat 13 ke atas. - Berisiko. Guna jampi pelindung.
- Jangan jadi penakut. Guna Bola Api! - Guna pelindung.
Demogorgon sudah penat dengar manusia bergaduh.
- Ia menuju ke arah awak. - Guna Bola Api!
- Selangkah lagi! - Guna Pelindung.
Ia menempik!
Bola Api!
- Alamak! - Ke mana ia pergi?
- Di mana ia? - Saya tak tahu!
- Dapat 13? - Saya tak tahu!
- Di mana ia? - Ya Tuhan!
- Mike! - Ya Tuhan!
Awak sudah jumpa?
- Saya tak jumpa! - Mike!
- Ya Tuhan! - Mak, kami sedang bermain!
Maksud awak dah tamat? Sudah lebih 15 minit.
- Ya Tuhan! Bodohnya! - Kenapa kita perlu pergi?
- Mak, 20 minit lagi! - Ini malam sekolah.
Holly baru tidur. Sambung minggu depan.
- Tapi tak sama! - Michael
Saya serius, Mak.
Kempen ini dirancang selama dua minggu.
Mana saya tahu jadi sepuluh jam.
Awak main selama sepuluh jam?
- Ayah, awak rasa lagi 20 minit… - Dengar cakap mak awak.
Tak guna betul sampah ini.
Saya dah jumpa!
- Tujuh dikira? - Tujuh?
Mike nampak? Kalau tak, ia tak dikira.
Hei.
- Ada sesiapa nak? - Tak nak.
Ya.
Tak, saya tak rasa…
Ya, rupa dia boleh tahan.
Barb, saya tak rasa begitu.
- Barb, awak… - Nancy.
Ada sekeping lagi.
- Sosej dan peperoni. - Tunggu sekejap.
- Sesuatu tak kena dengan kakak awak. - Apa maksud awak?
- Dia sombong. - Ya.
Sebab dia keluar dengan Steve Harrington.
Ya, dia semakin berlagak.
Memang dia berlagak.
Tak. Dulu dia baik.
- Dia pernah jadi orang bunian untuk kita. - Empat tahun lalu!
- Contoh saja. - Jumpa nanti.
Dapat tujuh.
Balingan dadu. Dapat tujuh.
Demogorgon berjaya tangkap saya.
Jumpa awak esok.
- Selamat malam. - Kirim salam kepada mak awak.
Nak lumba ke rumah saya? Pemenang dapat komik.
- Mana-mana komik? - Ya.
Hei!
Saya belum kata mula!
Datang sini balik!
Saya akan pukul awak!
Saya akan ambil buku komik
Tak guna.
MAKMAL KEBANGSAAN HAWKINS JABATAN TENAGA AS
KAWASAN LARANGAN JANGAN CEROBOH HAK KERAJAAN AS
Mak?
Jonathan? Mak?
Helo?
SIRI ASLI NETFLIX
LENYAPNYA WILL BYERS
Itu saja berita pagi ini. Terima kasih kerana bersama kami.
Kembali kepada Liz di meja berita.
Terima kasih, Donna. Kini ke berita tempatan,
kami mendapat laporan gangguan bekalan elektrik di seluruh daerah.
Malam semalam, beratus rumah di Hawkins Timur terkesan
ramai penduduk terputus bekalan elektrik.
Puncanya masih belum diketahui.
Kami hubungi Jabatan Air dan Elektrik Daerah Roane
dan jurucakap mereka berkata
mereka yakin bekalan elektrik akan dipulihkan ke rumah-rumah
dalam jam berikutnya.
KETUA POLIS HAWKINS
Berita lain pula, tinggal di rumah atau bawa payung.
Beralih kepada pegawai kaji cuaca, Charles.
Di mana ia?
- Jonathan? - Cari di sofa.
Saya sudah cari.
Dah jumpa.
Baiklah, sayang, jumpa malam nanti.
- Jumpa nanti. - Di mana Will?
Saya belum kejut. Mungkin dia tidur.
- Awak perlu pastikan dia bangun. - Saya sedang buat sarapan.
Banyak kali saya beritahu.
Will! Cepat, sayang. Masa untuk bangun.
- Dia balik malam tadi, kan? - Dia tiada dalam bilik?
- Dia balik atau tak? - Saya tak tahu.
- Awak tak tahu? - Ya. Saya balik lambat. Saya bekerja.
Awak bekerja?
Eric suruh saya ganti dan saya setuju. Kita perlukan duit.
- Kita pernah bincang tentang ini. - Saya tahu.
Awak tak boleh kerja semasa saya kerja.
Ini bukan masalah besar. Dia di rumah Wheeler sepanjang hari.
- Pasti dia bermalam. - Awak tak periksa?
Saya tak sangka awak tak periksa.
Jijiknya.
- Awak yang jijik. - Helo?
Hai, Karen. Ini Joyce.
- Joyce, hai. - Mike!
- Hei! - Senyap!
- Cakap elok sikit. - Ayah!
Adakah itu suara Will?
Will? Tidak, itu Mike.
Will tidak bermalam?
Tak. Dia balik dalam pukul lapan lebih.
Kenapa? Dia tiada di rumah?
Mungkin dia pergi awal ke sekolah.
- Terima kasih. Okey. - Baiklah.
SEKOLAH MENENGAH HAWKINS TEMPAT TURUNKAN PELAJAR
Peliknya. Saya tak nampak dia.
Mungkin betul cakap ibunya. Dia pergi awal ke sekolah.
Dia selalu paranoid Gursky akan buat ujian mengejut.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Mari beli tiket ke pertunjukan orang aneh.
Siapa akan buat lebih banyak duit?
Hitam Legam, Muka Katak atau Gigi Rongak?
Gigi Rongak.
Saya beritahu awak banyak kali. Gigi saya akan tumbuh.
Ia dipanggil cleidocranial dysplasia.
"Saya beritahu awak banyak kali."
Buat aksi tangan.
Buatlah!
Saya rasa geli setiap kali.
- Tak guna. - Saya rasa ia menarik.
Ia seperti awak ada kuasa hebat.
Seperti
Cuma tak boleh lawan orang jahat dengannya.
SEKOLAH TINGGI HAWKINS
Jadi, dia telefon?
Cakap perlahan sikit.
- Telefon atau tidak? - Saya dah kata, ia bukan begitu.
Baiklah, dia suka saya tapi bukan begitu.
Kami cuma…
cium beberapa kali.
"Kami cuma cium beberapa kali."
Nance, saya serius
awak akan menjadi sangat popular.
Tidak.
Jangan tinggalkan saya, itu saja.
Jika awak berkawan dengan Tommy H. atau Carol…
Tak adalah. Dengar sini, ia cuma terjadi sekali…
Dua kali.
JUMPA DI TANDAS. -STEVE
Apa awak cakap tadi?
Steve.
- Saya perlu pergi. - Seminit lagi.
Steve. Saya perlu…
Saya perlu pergi.
Tunggu. Mari…
Mari buat sesuatu malam ini.
Tak. Harus belajar untuk ujian Kaminsky.
Berapa gred purata awak? 3.999…
Ujian Kaminsky susah.
- Biar saya tolong. - Awak gagal subjek kimia.
- Saya dapat C tolak. - Kalau begitu…
Saya akan datang, sekitar, jam lapan?
- Awak gila? Mak saya takkan… - Saya akan panjat tingkap awak.
Dia takkan tahu. Saya senyap seperti ninja.
Awak memang gila.
Tunggu. Baiklah, lupakan itu. Kita boleh…
Kita lepak di dalam kereta saya.
Kita letak kereta di tempat sunyi…
Steve, saya harus belajar.
Saya tak bergurau.
Awak rasa kenapa saya pilih tempat sunyi?
Mengada-ada, Steve Harrington.
Jumpa di Dearborn dan Maple pukul lapan malam.
Untuk belajar.
JABATAN POLIS HAWKINS
POLIS
Awak datang hari ini.
Selamat pagi, Flo. Selamat pagi, semua.
- Hai, Ketua. - Wah! Teruknya rupa awak, Ketua.
- Yakah? - Ya.
Saya lebih cantik daripada isteri awak masa saya keluar rumah.
Semasa awak minum, tidur atau apa saja aktiviti awak pada pagi Isnin
Phil Larson telefon. Dia kata ada orang curi gnome kebunnya lagi.
Gnome kebun itu lagi. Saya akan selesaikannya.
Ada perkara yang lebih penting, Joyce Byers tak jumpa anaknya pagi tadi.
No comments yet. Be the first to leave one.