Season 1

Release info

Love is Blind Poland S01E05 may
A Commentary by dappeloe

Tags

webdl
Published on: 2026-05-09
Downloads: 6
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Awak tahu saya sangat emosi.

Di parti itu, ada jarak antara kita.

Bukan saya tak nak awak bahagia. Ia bukan satu pertandingan.

Waktu itu saya anggap awak tak beri sokongan.

- Awak tak cakap pun. Cuma sekarang. - Saya tak nak cakap…

Sekarang saya cakap. Saya tak nak berbual dengan semua orang di sekeliling.

Saya agak tertekan tentang kita berempat bertemu.

Saya teringin nak tahu apa akan jadi, yang saya…

Saya lihat betapa gembiranya awak dan saya tak nak jadi…

penghalang awak.

Awak tak perlu cakap apa saya nak dengar, bukan itu maksud saya.

Saya tak begitu emosi macam awak.

Apa yang berlaku adalah hasil topeng dan perisai ini

yang selalu saya kena pakai.

Kita patut sokong satu sama lain, dalam cinta dan persahabatan.

Persahabatan buruk ajar saya supaya memilih kawan.

Saya masih perlu belajar beberapa perkara.

Saya minta maaf.

Awak cakap, "Saya perlu belajar."

Bagi saya, cukuplah.

Tak guna.

LOVE IS BLIND POLAND

Saya perlu tukar koleksi pakaian saya.

Tiada apa yang dia suka. Dia sangat cerewet.

Awak pula? Nampak macam awak pilih pakaian sendiri.

Betul kata awak.

- Apa khabar? - Bagus, saya sihat.

- Awak nampak cantik. - Terima kasih.

Saya tak bosan, saya gelak terbahak-bahak dengan dia, sebab itulah Damian.

Saya seronok kenal dia, tapi kemudian dia cakap sesuatu

dan saya fikir, "Dia ketawakan saya, dia bergurau, dia serius?"

- Itu yang sukar. - Sangat.

Apabila dengan dia, saya tahu dia boleh beremosi

dia boleh berbual serius dengan saya.

Damian si pelawak berseluar pendek itu satu bonus.

Ya. Satu lagi, kamu ada matlamat hidup yang sama.

Ya. Kami terikat keinginan yang kuat untuk menjadi ibu bapa.

- Saya sokong kamu. Jangan menangis. - Terima kasih banyak.

- Awak insan yang sangat berharga. - Awak cinta hati kita.

Kulit saya akan terbakar di sini.

- Kepala awak? - Kita sepatutnya bawa topi.

Awak tiada selendang?

Saya tak bawa. Awak cakap tak perlu bawa.

- Siapa cakap? - Awaklah.

- Saya suruh awak ambil selendang. - Awak kata lebih baik tanpa selendang.

Awak rasa okey tak jika saya tanggalkan ini?

Ia akan jadi lebih daripada baik.

Saya tak mahu, tapi okey.

Awak okey hari ini?

- Ini patut letak di sini? - Di sini. Bertenang.

Saya nak makan sesuatu.

Saya nak M&Ms.

Awak nak makan sesuatu?

Awak tahu awak tak kena matahari?

- Saya tahu. - Baiklah.

Itu masalahnya, kaki saya cerah tapi bahagian atas sawo matang.

Aduhai, ia agak hebat. Parti tertutup…

- Ya. - …kolam.

Saya terfikir berapa kosnya.

Apa?

Parti hari ini tunjukkan kepada saya…

sisi romantik seorang wanita penting bagi saya.

Saya perlu tahu pasangan saya itu merasakan sesuatu.

Saya fikir cara terbaik meluahkannya dengan kata-kata atau isyarat.

Saya tak tahu apa yang berlaku.

Malika mungkin rasa saya ambil berat. Saya langsung tak merasainya.

- Jangan pergi lagi. - Belum lagi?

Duduk dengan saya.

- Awak seronok? - Ya.

- Lebih seronok dengan saya? - Ya.

Saya nak sertai peserta lelaki.

Kami akan…

Nak minum?

- Bukan sekarang. - Tak?

Okey, pergilah.

Kamil!

Nak tukar cermin mata hitam?

Sebentar saja, okey?

Awak pergi untuk cium dia? Tengah hari, masa untuk cium?

- Saya nak beri dia cermin mata hitam. - Pergilah!

- Kami kongsi cermin mata. - Pergi ke tunang awak!

Uno, awak ada jadual ciuman?

Julia, kamu benar-benar lebih tenang.

- Mereka saling melengkapi. - Ya.

Kamu ada rasa humor yang berbeza, dia agak kasar, tapi awak sempurna.

- Seperti kita. - Saya lebih santai.

Kamil buat saya agak tenang. Dengan mereka dia lucu dan bertenaga.

Saya nak terima tenaga itu sama seperti dia beri kepada yang lain.

Ia berfungsi kedua-dua cara.

PAKAR KAKI

Awak risau tentang Warsaw?

Saya agak risau.

Saya banyak terbang. Saya jarang di rumah. Saya mungkin kerja sepanjang minggu.

Serius?

Sekarang bagus, tapi nanti saya tiada masa untuk dia.

Kamu juga rasa seperti… ia bagus,

saya nikmatinya, saya sayang tunang saya. Tapi ini terlalu indah.

- Saya rasa sama. - Semalam saya kata,

"Dia terlalu manis dan peramah." Seperti, ia bagus dan saya sudah…

- Itu bukan kehidupan sebenar. - Ya! Saya dah biasa…

melihat dia, seperti kami dah kenal berbulan-bulan.

Kami mengusik satu sama lain, ada gurauan dan ciuman ini,

- semuanya berkesan untuk saya. - Ya.

Sesuatu rasa tak kena. Selepas semua ini.

Saya dah biasa tak menjadi. Apa yang berlaku?

- Saya pun rasa begitu. - Sama.

Baik, ayuh pergi ke tunang kita

- minta satu ciuman… - Kemudian kembali.

- Kemudian kembali. - Mereka akan buat? Ini satu ujian.

Hai, cantik. Boleh tambah minuman saya?

Boleh saya nak cium?

- Boleh tambah prosecco saya? - Tak terlalu manis?

- Bir pun ada, bukan? - Bir selepas prosecco?

Baik, terpulang awak.

Saya rasa agak janggal. Saya tak biasa dengan perkara seperti ini.

Saya dibebani dengan emosi.

Hari ini saya sedar Malika seperti sedang bina dinding antara kami.

Saya tak perlukan pujian daripadanya.

Bagi saya, pujian itu apabila dia senyum apabila saya puji dia

atau dia cari saya di khalayak ramai.

Awak nak balik?

Saya bimbang tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

Hubungan perlu berkembang secara emosi. Jika tak, kami cuma di tempat sama.

- Ada apa? - Tiada apa-apa.

Apa yang tak kena?

- Okey, saya takkan… - Tiada apa, ia cuma…

keadaan yang janggal.

Okey, jika awak tak nak cakap, saya takkan ganggu awak.

Apa yang boleh saya… Saya akan pergi jika awak tak nak cakap.

Okey.

Serius?

Okey, saya akan pergi.

Tak, saya akan pergi. Saya tak suka keadaan ini.

Saya pun tak faham. Kita nak bercakap tentang cuaca?

Okey, saya akan pergi.

Saya betul-betul tak faham apa yang berlaku.

Bagi saya, komunikasi bukan sekadar berkongsi perasaan kita.

Saya perlu dengar yang dia ambil berat.

Dia boleh terbuka dan tunjuk sisi sensitif dia.

Ada sesuatu yang kurang. Saya tak pasti apa sebenarnya.

Mungkin perbualan mendalam tentang perasaan.

Ketika ini, saya ada terfikir

saya buat kesilapan memilih pasangan.

Jadi…

Ya.

Awak nak pemanis mulut sekarang?

Saya dah lupa.

Sedap.

- Awak ada alahan? - Dengan kebodohan.

Bagaimana hidup dengan diri sendiri?

- Awak berbeza di pod. - Itu tempoh percubaan.

Saya perlu buat aduan.

Setakat ini kami belum sampai batas gurauan kita.

Masih belum melampaui batas.

Saya harap kami tak melampau dan kami tahu batasnya.

Saya beritahu mereka awak kata, saya ada muka sombong.

Memang betul. Tapi apabila awak tahu awak tak sombong…

- Jadi? - Jadi ia lebih comel.

Okey, hebat.

- Itu hakikatnya, orang tua. - Kita dah tua?

- Awak tua, saya tak. - Bergurau atau tak.

Awak akan terima balasannya. Apa cara sekalipun.

- Awak teruja lihat saya pakai gaun? - Ya, saya akan menangis.

- Serius? - Ya.

Lagu apa awak akan pilih untuk tarian pertama kita?

- Boleh saya buat rutin tarian? - Saya dah boleh nampak.

Apa?

- Kita boleh mula dengan lagu 50 Cent. - Itu dia.

Sekejap lagi saya tunjuk langkahnya.

- Tak. - Jadi, ya…

Tak?

- Awak tak nak? - Tak. Saya akan rasa janggal.

Kita menari seronok-seronok.

- Ayuh. - Apa?

- Tak. - Tak?

- Serius? - Ya.

Mungkin awak terlalu tenang untuk saya sebenarnya.

- Sebab saya tak nak menari? - Saya tak tahu.

Mana senyuman itu?

- Awak yakin boleh ikut rentak saya? - Awak terlalu risau.

Bagaimana awak nak menari dengan saya jika ia buat awak kekok?

Takkan.

Awak tahu saya agak…

Mungkin ia akan membebankan awak.

PAKAR KAKI

Entahlah, saya cuma bimbang jika saya cukup tenang,

jika dia nak berbincang dengan saya atau jika dia akan rasa cukup dengan saya.

- Apa yang berlaku? - Tiada apa-apa.

Saya tahu banyak perkara buat awak janggal dan saya tak pasti jika kita banyak beza.

Saya tak nak nanti awak kata, "Saya tak selesa dengan ini atau itu,"

dan ia menahan saya.

Mungkin saya akan mula kurang jadi diri saya sendiri,

saya akan mula jadi pendiam dan saya… Saya tak nak begitu.

- Awak comel apabila marah. - Okey.

Baiklah.

Saya akan buat tebaran pasangan

tapi andaikan awak cari perkhidmatan saya.

- Awak bayar untuk perkhidmatan. - Serius?

Ia boleh jadi apa saja, awak boleh buatkan saya teh, urut saya.

Urut lagi? Baiklah.

More Malay subtitles for Love Is Blind: Poland

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left