Season 1

Release info

Sentenced To Be A Hero S01E10 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Yuusha-kei ni Shosu Choubatsu Yuusha 9004 Tai Keimu Kiroku - 10
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-03-12
Downloads: 23
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ini saja yang kita berjaya selamatkan.

Ia ditinggalkan di dalam relau persatuan.

Tapi kebanyakannya dah hangus dibakar.

Ini…

Mungkin sejenis token pengenalan?

Mahaeyzel Zelkoff!

Kalau kita boleh cari jalan untuk tangkap lelaki itu…

Saya rasa itu agak mustahil.

Dia mungkin dah lari dari kota ini.

Atau mungkin…

Permohonan ditolak.

Saya tak boleh lepaskan dia.

Ya, saya faham sepenuhnya.

Tapi situasi dah berubah.

Ini kes istimewa dan awak mesti lepaskan dia.

Adakah ini tulen?

Sudah tentu.

Cap mohor Galtuile pun ada di sini.

Pihak atasan tentera sangat memahami.

Awak boleh periksa surat ini sepuas hati awak.

Tapi saya tak rasa mengurung seorang wira

boleh dipanggil hukuman.

Itu tak ubah seperti membiarkan dia tidur dengan tenang,

bukan?

Tunggu sekejap. Saya akan pergi sahkannya.

Silakan.

Saya nak keluar berjalan-jalan, kesateria saya.

Awak tak pernah rasa begitu?

Awak terlalu suka mentega zeff.

Saya dah tak tahan dengan larangan keluar ini.

Saya nak keluar!

Tiada gunanya awak beritahu saya…

Kalau begitu, dewi.

Saya cadangkan awak pergi ke Muzium Seni Dujin.

Di sana ada pelbagai artifak klasik pertengahan abad.

Bangunannya sendiri juga dibina dengan teknik Nashida moden.

Banyak yang boleh dilihat di sana.

Kota Ioff ialah hab perkapalan utama.

- Apa yang seronok tentang muzium seni? - Ia penuh dengan khazanah.

Kalau nak berjalan-jalan, pergilah ke pantai.

Pemandangannya dari udara cantik.

Terbang ke dalam hutan untuk memburu pun boleh tahan.

Awak fikir kami boleh terbang?

Jangan cadangkan semuanya berdasarkan naga.

Apa? Awak ada masalah dengan itu?

Mana-mana pun saya suka.

Apa pun, mari kita pergi ke pekan.

- Itu mustahil. - Apa?

Awak dah lupa kita diserang di pekan sebelum ini?

Pihak atasan takkan beri kebenaran.

Apa? Tak mungkin…

Tidak.

Kita mungkin boleh dapatkan kebenaran.

Yakah?

Tiada masalah kalau kita pergi ke Kuil.

Ia dekat dengan kem ini,

jadi tentera boleh sediakan perlindungan.

Kivia, kadangkala awak cakap perkara yang menggembirakan.

Ada apa-apa berlakukah?

Ya, ini luar biasa.

Tiada apa-apa…

Saya cuma nak ceriakan Dewi Teoritta.

Betul.

Xylo, awak patut ceriakan saya juga.

Awak minta sendiri?

Xylo.

Pergilah menyapa Paderi Besar Marlen juga.

Saya akan kumpulkan askar yang boleh dipercayai.

Awak tak ikut?

Saya…

sibuk.

Baiklah.

Saya akan jaga Teoritta.

Dewi!

Dewi Pedang, Dewi Teoritta!

Tolong tandatangan buku saya!

Saya juga!

Serahkan kepada saya!

Dewi Teoritta yang hebat ini akan merahmati kamu semua!

Hore!

- Saya nak juga! - Saya juga, Dewi Teoritta!

- Orang kata autograf dewi - Dewi Teoritta,

- boleh mencegah bencana. - untuk adik saya juga.

- Tak sangka orang masih mempercayainya. - Untuk mak saya juga!

Kalau dah siap nanti, mari kita pergi.

Dewi,

sila nikmatinya.

Awak sekecil cucu saya,

tapi awak melawan Hawar Syaitan.

Ya, tepat sekali.

Saya hebat.

Bagaimana, kesateria saya?

Inilah hajat besar seorang dewi.

Tentu awak juga rasa bangga.

Saya akan kongsi snek saya dengan awak.

Terima kasih.

Saya memang perlu rasa kalau ada racun.

- Maafkan saya, nenek. - Adakah itu Kilat Terbang?

- Saya akan ambil dulu. - Pembunuh Raja Syaitan itu?

Itu Xylo Forbartz si Helang Petir.

- Apa? - Bolehkah kita minta autograf dia?

Mereka tahu tentang saya juga?

Awak juga agak popular.

Paderi Besar Marlen.

Nampaknya awak mendapat ikutan besar

selepas kemenangan awak di Kubu Mureed dan aksi hebat awak di Cangkerang Sodrick.

Saya wira hukuman.

- Itu Yang Mulia! - Kanak-kanak

mungkin belum faham maksudnya.

Maafkan kami.

Saya juga

- dah ubah pendapat saya tentang awak. - Mari kita pergi.

Okey.

Banyak yang saya dengar tentang awak daripada anak saudara saya.

Patausche ada tabiat menghargai maruah lebih daripada nyawanya sendiri.

Mungkin kita boleh kata dia nak menjadi wira.

Hajat yang menyusahkan, awak setuju?

Entahlah…

Ada ramai orang yang begitu.

Terutamanya dalam kalangan mereka yang melawan Hawar Syaitan.

Sebagai pak cik dia, biasalah kalau awak risau.

Ya…

Saya anggap Patausche macam anak saya sendiri.

Saya takkan maafkan sesiapa yang mengkhianati dia

atau buat dia sedih.

Dengar sini, Xylo Forbartz.

Saya dengar awak ada tunang, tapi…

- Apa yang berlaku? - Loceng ini…

Cis.

Xylo, apa yang berlaku?

Serangan musuh.

Musuh menyerang Kota Ioff ini.

Kita sedang diserang.

Kebetulan pula.

Apa awak buat di sini?

Saya baru sedar yang ada kesilapan dalam laporan yang saya hantar,

jadi saya nak betulkannya dengan segera.

Banyak dokumen penting tentera dan Kuil disimpan di sini.

Hanya pegawai dibenarkan masuk.

Begitukah?

Saya minta maaf kerana masuk sesuka hati.

Kita sedang bertempur.

Keluar dari sini!

Baiklah.

Saya akan kumpulkan unit wira sekarang juga.

Kalau boleh, tolong rahsiakan yang kita berjumpa di sini…

Tolonglah fikirkan perasaan saya yang perlu buat permit palsu setiap kali…

Cis.

Xylo.

Hei, Komrad Xylo.

Saya gembira melihat awak bertenaga.

Nampaknya awak sibuk semasa saya tiada.

Walaupun di bilik hukuman, hati saya sakit untuk awak.

Nampaknya awak masih suka beri senyuman palsu.

Adakah ini dewi yang diperkatakan itu?

Selamat berkenalan, Dewi Teoritta.

Saya Rhyno,

pembidik meriam Unit Wira Hukuman 9004.

Kita boleh kata saya ialah gandingan Komrad Xylo.

Cis.

Jangan mengarut.

- Hei, Venetim! - Alamak.

Mungkin kita lepaskan dia terlalu awal.

Melihat muka dia pun dah buat saya rasa jengkel!

Apa? Bukankah awak yang suruh saya keluarkan dia?

Awak sukarela jadi wira hukuman, tapi awak dikurung di bilik hukuman…

Apa sebenarnya yang awak nak buat?

Saya cuma nak berbakti kepada rakyat lemah yang dizalimi oleh pari-pari.

Insiden dalam misi sebelum ini tak dapat dielakkan.

Awak kata menembak meriam ke rumah orang awam tak dapat dielakkan?

Mengarut betul.

Tak mengapalah.

Apa pun, sekarang mari kita berganding bahu

untuk mengatasi cabaran ini.

Kalau begitu…

Ioff Cheg di Daerah Pelabuhan.

Pari-pari dilaporkan muncul di sini.

Kemudian, kumpulan pari-pari itu bergerak…

ke Tui Jia

dan menawan menara batu karang ini.

Bukankah itu titik utama pertahanan pantai?

Ada Raja Syaitan dalam kumpulan pari-pari itu.

Ada kemungkinan Tui Jia telah ditukar menjadi pari-pari.

- Itu umpan. - Itu umpan.

Cis.

Musuh juga ada meriam, bukan?

Berdasarkan arah dan kelajuan angin semasa,

mereka boleh membedil seluruh Ioff Cheg dari Tui Jia.

Maknanya seluruh kawasan itu dijadikan tebusan?

Apa arahan Galtuile?

Tentang itu…

Orde ke-13 Kesateria Suci dan Angkatan Pertahanan Ioff

dikerahkan ke Daerah Tengah.

Daerah Pelabuhan pula hanya akan dipertahankan oleh unit wira.

Apa?

Mereka nak kita bertahan sehingga bantuan tiba

sebelum melancarkan serangan balas.

Bertahan sampai bantuan tiba?

Mereka nak abaikan rakyat di Daerah Pelabuhan?

Perikatan Bangsawan mungkin nak utamakan pertahanan Daerah Tengah.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left