The first 196 lines.
Bilik di mana semua boleh sarapan.
Eh?
Teruk betul dewan besar ni dibuatnya.
Nak saya pulihkan semula?
Terima kasih.
Banyaknya nak kena betulkan.
Dah hilang.
Jadi putih…
Sekarang kita dah boleh sarapan.
Dia pulih kepada asal…?
Macam mana buat ni??
Ini hantu saya, Hitam-Putih.
Selamat berkenalan.
Ini nama dia White.
Yang ni, Beta.
Kalau saya nak pulihkan sesuatu, saya guna White.
Kemudian saya lukis semula dengan Beta.
Sebab ia perlukan daya pemerhatian dan imaginasi,
jadi keserasian Encik Hagure dan Hitam-Putih sangat tinggi.
Maksudnya?
Saya ni pelukis komik.
Hikaru Hagure.
Oh ya, mereka meludah macam tu
sebagai tanda keakraban.
Pelukis komik tu… apa?
Saya macam pernah nampak nama Hagure tu,
tak silap penulis filem!
Disebabkan filem itulah,
saya berjaya mencari makan dalam industri ini.
Hagure tu nama pena saya.
Nama saya Hikaru Kagemori.
Nama pena?
Nama penulis.
Kami kan…
ada terlibat dengan benda gelap sikit,
jadi saya guna nama pena untuk elak dari dikenali dan jadi skandal.
Encik ni orang Kagemori rupanya.
Kami ni tiga beradik.
Saya abang sulung, Hikaru.
Saya yang tengah, Asuma.
Saya yang bongsu.
Jin.
Bong… su?
Yang paling… muda sekali?
Kenapa?
Tapi kami ni,
sebenarnya adik-beradik tiri.
Tak serupa langsung, kan?
Sebab Hagure abang sulung,
jadi dia akan warisi keluarga ni.
Tak rugi kalau kamu berbaik dengan dia.
Abang taknaklah!
Abang tak nak ambil alih keluarga bahaya ni!
Abang tak mampu!
Abang nak hidup dengan aman dan lukis komik!
Abang tak nak disamakan dengan orang yang moralnya dah lari macam kamu semua.
Saya dengar pencipta tu,
lagi pelik orangnya lagi menarik karya yang dihasilkannya…
Itu prasangka saja.
Kejap. Encik Pelukis.
Bahagian yang encik pulihkan ni, tak ada warna pun,
tak apa ke ni?
Tak apa, jangan risau.
Nanti warna sekeliling dia akan meresap.
Dan dia akan jadi kembali kepada warna asal.
Tiang ni kurang teliti pula.
Saya lukisnya terlalu cantik…
Kalau ikut tahun bangunan ni dibina…
saya kena bulatkan lagi bucunya…
Bucunya terlalu tajam…
Tatami pun sama!
Tempat yang kerap dilalui orang ni,
tatami dia kena lebih lusuh lagi.
Tak nampak macam di pakai langsung.
Tak ada rasa kehidupan…
Saya nak lukis semula!
Mari kita sarapan dulu.
Maaf kami lambat.
Aturan tempat duduk tu…
Tak kisahlah.
Duduklah mana-mana kamu suka.
Kami bukan bangsawan.
Aturan tempat duduk, tradisi, adab tu semua,
kamu tak perlu peduli di sini.
Silakan.
Terima kasih.
Apa ni?
Kamu beri tempat duduk untuk kami juga?
Tapi kami tak makan makanan manusia.
Tapi kamu tetap tetamu.
Semua dilayan sama rata di sini.
Jadi?
Macam mana awak tahu si abang ni,
ada di sini?
Rahsia.
Malam semalam, kami diserang
oleh ramai hantu-hantu.
Adakah mereka di hantar oleh awak, orang-orang kampung Higashi?
Mana saya tahu.
Waktu makan yang menyeronokkan tiba-tiba bertukar suram!
Kenapa saya,
kena serang pangkalan utama keluarga Kagemori pun?
Masa serangan tu terlalu tepat,
dengan kedatangan si abang ni ke mari.
Sedapnya!
Abang tengah sarapan…
Menurut maklumat yang kami terima,
keluarga Tadera ada kebolehan untuk lepasi pendinding.
Tapi saya tak tahu macam mana nak lepasi pendinding rumah orang.
Abang…
tengah minum sup miso…
Sedapnya!
Lebih penting lagi, Asa.
Kagemori ni layan kamu dengan baik ke?
Encik tak perlu risau.
Mereka berikan saya makanan dan pembelajaran yang mencukupi.
Selagi saya di sini,
saya tak perlu risau pembunuh datang menyerang.
Walaupun mereka berjaya selinap masuk kali ni.
Itulah, dekat luar pula penuh dengan musuh, kan.
Kalau boleh saya tak nak dia keluar tapi,
bila berlaku sesuatu yang di luar kemampuan saya,
kami terpaksa kejarkannya ke hospital biasa juga…
Masa-masa macam tu,
pasukan keselamatan akan berkurangan.
Masa saya ditangkap pembunuh dari kampung Higashi pun,
saya sedang dirawat di hospital biasa.
Asa,
kamu ada penyakit kronik ke?
Ulser perut.
Disebabkan saya terlalu kerap diburu
oleh orang kampung Higashi, sampai berlubang perut saya akibat tekanan.
Kenapa kamu cakap dekat saya…
Bukan saya yang bagi arahan pun.
Satu lagi.
Hospital biasa tu ada orang awam, kan menyusahkan mereka juga nanti!
Tolong jangan buru saya lagi!
Kan saya dah cakap, bukan salah saya…
Tapi, saya minta maaf…
atas perbuatan mereka semua…
Oh ya!
Asa, macam mana kamu daftar keluarga kamu?
Kalau kamu pergi hospital biasa,
tanpa insurans kesihatan mesti susah, kan…
Saya terfikir nak buat satu untuk Yuru.
Saya masih tak ada daftar keluarga lagi di sini.
Mesti susah, kan.
Ibu asalnya memang orang sini.
Jadi saya ingat nak gunakan tu sebagai daftar keluarga, tapi…
Ada orang serang dia,
dan dia hilang bersama-sama dengan ayah.
Ayah dan ibu kamu hilang?
Katanya.
Hmm, macam yang kamu tahu,
pakcik ni orang kampung Higashi tapi…
Pakcik tak tahu pun yang ayah dan ibu kamu hilang.
Setidaknya,
saya rasa itu bukan perbuatan orang kampung Higashi yang saya kenal lah.
Kamu mahu kami semua percaya kata-kata kamu sepenuhnya?
Walaupun saya akan bunuh orang yang masuk ke kawasan saya,
tapi saya takkan serang orang.
Pendirian saya tak sama dengan orang-orang radikal kampung Higashi.
Tengok sekarang,
saya datang secara aman untuk jemput Yuru, tak bawa senjata pun…
Jangan-jangan, itu perbuatan pihak radikal dari keluarga Kagemori tak?
Saya pun tahu yang awak semua ni,
bukanlah bersatu sangat pun.
Tuan sebagai ketua Kagemori,
mahukan apa akhirnya,
dari kembar ini?
Setiap kali kembar takdir dilahirkan, dunia akan huru-hara…
jadi lebih baik "Pelepasan" dan "Penyegelan" itu tidak wujud langsung.
Saya mahu Asa dan Yuru menjadi kembar yang terakhir.
Dan Kampung Higashi yang melahirkan kembar seperti itu pun patut lenyap juga.
Itu cuma kampung menyedihkan yang masih terikat
dengan nilai lapuk dan mimpi menakluki dunia.
Zaman sudah berubah.
Setidaknya kami, sebagai waris kampung Higashi,
mesti menghentikan mereka…
Saya pula berbeza.
Orang yang ditakdirkan itu,
mesti gunakan kuasanya untuk mentadbir dunia dengan aman.
Saya percaya itu tanggungjawab mereka.
Dengan kata lain, ia adalah kuasa kurniaan Tuhan.
Dan kuasa itu,
mampu dikawal oleh keluarga Kagemori, begitu?
Ya.
"Pelepasan" dan "Penyegelan",
malah kampung Higashi yang lahirkan mereka boleh terus wujud.
Kewujudan mereka bukan untuk dihalang.
Cuma mereka mestilah berada di bawah organisasi yang selayaknya.
Itu pendapat saya.
Tuan Kiri-Kanan.
Apa?
Masa saya tanya adakah kami ni kembar yang disumpah untuk menghuru-harakan dunia dulu,
Tuan terus jawab tidak, kan?
No comments yet. Be the first to leave one.