Season 2

Release info

The Angel Next Door Spoils Me Rotten S02E08 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Otonari no Tenshi-sama ni Itsunomanika Dame Ningen ni Sareteita Ken 2 - 08
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-05-22
Downloads: 12
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Hei, ada kesalahan pada risalah.

Ia belum dicetak lagi, tolong betulkan dulu.

Adakah kamu nampak alas meja?

Saya dengar ada orang yang sudah membelinya,

tapi saya tak jumpa di mana-mana.

Lagipun, kosnya memang begitu.

Walaupun mengurangkan keuntungan,

harganya lebih kurang begini juga.

Fujimiya-kun.

Senyumlah.

Senyum?

Terlalu kaku!

Awak cuma perlu senyum macam biasa.

Agak pelik atau kekok jika awak senyum secara sengaja.

Awak cuma perlu bayangkan pelanggan sebagai ubi kentang.

Ubi kentang?

Kalau Amane, bayangkan telur lebih sesuai untuknya.

Namun ramai orang kata, daripada memaksa Amane senyum,

lebih baik bersikap seperti biasa saja.

Siapa yang awak maksudkan?

Perempuan dalam kelas?

Khabarnya, ini pendapat mereka apabila nampak awak bersama Shiina-san.

Kalau bersama Shiina-san,

Fujimiya-kun akan menjadi mempesona?

Apa yang mempesona?

Aura awak kadangkala akan membuat orang berdebar-debar.

Shiina-san, jangan risau.

Saya dah ada teman lelaki.

Saya bukan risau tentang itu.

Dia bukan lelaki berotot,

saya langsung tak berminat.

Fujimiya-kun terlalu kurus, saya takkan pertimbangkannya.

Rasanya awak kata saya kurus macam tauge.

Amane tak macam tauge.

Warna kulitnya memang cerah,

tapi…

Selepas dia tanggalkan bajunya,

ototnya agak kekar.

Awak sungguh kekar selepas tanggalkan baju?

Tak.

Namun, badan awak memang tegap.

Jangan cakap lagi.

Nanti awak sendiri yang malu.

Bagusnya.

Lihat, inilah baju yang dihantar.

Tunggu sebentar.

Saya dah pinjam kelas untuk cuba baju.

Fujimiya-kun, jangan lupa pergi sendiri.

Kenapa?

Langkah khas?

Ini permintaan daripada Shiina-san.

Saya nak tolong dia memenuhi hasratnya.

Sebab dia nak tunjukkan kepada awak dulu selepas memakainya.

Rasa agak gementar.

Awak dah boleh masuk.

Macam mana?

Ia lebih sesuai daripada yang saya bayangkan.

Yakah? Baiklah kalau begitu.

Sebab ini kali pertama saya pakai kostum macam ini.

Amane?

Maaf.

Sebab awak terlalu cantik,

saya tak nak orang lain tengok agar tak kehabisan tenaga.

Apa yang akan dihabiskan?

Tenaga saya?

Saya akan mengusap kepala awak nanti.

Awak bersabar dulu.

Saya pun sama.

Saya tak nak orang lain tengok awak pakai uniform butler.

Lagipun, tiada orang akan menyukai saya, jangan risau.

Saya tak boleh tak risau!

Maaf.

Saya yang patut minta maaf.

Sejak imej awak berubah,

awak bukan saja lebih mudah didekati,

malah saya juga…

Saya dengar perempuan lain puji awak juga.

Saya tak pernah dengar sebarang pujian.

Sebab tiada orang akan puji di depan awak.

Ini cuma sembang sesama perempuan.

Jadi, saya selalu rasa risau.

Secara tepatnya, saya runsing sangat.

Apa yang mereka katakan tentang saya?

Mereka kata awak bersikap lembut dan bersopan santun.

Mereka juga kata awak hanya ambil berat tentang orang yang disukai.

Memang betul.

Lagipun, saya hanya mementingkan awak.

Bukankah awak pun sama?

Adakah awak main mata dengan lelaki lain?

Mustahil!

Jadi, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Awaklah satu-satunya orang yang saya kasihi.

Saya cuma akan memandang awak.

Dalam hal ini, kita berdua perlu bersabar.

Selain semua itu,

saya tetap nak memonopoli awak.

Saya pun sama.

Biarpun mereka baru menyedari kelebihan awak sekarang,

saya pun takkan menyerahkan awak kepada mereka.

Saya juga nak tengok awak pakai uniform butler secepat mungkin.

Sebentar lagi giliran lelaki untuk tukar baju dalam bilik.

Tunggulah sebentar lagi.

Itsuki, kacaknya awak semasa pakai baju ini!

Walaupun nampak berfoya-foya.

Adakah saya kelihatan berfoya-foya?

Adakah kostum ini sesuai dengan saya?

Mestilah sesuai.

Sebab awak cantik tak kira apa-apa yang dipakai.

Fujimiya-kun juga nampak bergaya.

Awak nampak segak sekali.

Sebab Mahiru sangat nantikannya.

Awak ini teman lelaki yang bagus.

Lihatlah, Shiina-san.

Teman lelaki awak sudah memakai uniform butler.

Dia tak dapat bertenang sejak tadi.

Mungkin sebab penampilan awak di luar jangkaannya.

Baiklah, Shiina-san.

Sayang sekali kalau tak lihat dekat-dekat.

Lagipun, kamu akan bertugas bersama pada hari itu.

Awak perlu biasakan diri dengan pakaiannya sekarang.

Pakaian ini tak sesuai dengan saya?

Taklah.

Sangat tampan, tak kelihatan seperti awak.

Bagaimana rupa saya sebenarnya?

Patutkah saya kata awak lebih seksi?

Namun, saya pakai lebih banyak daripada biasa.

Kadangkala makin banyak yang dipakai, makin seksi.

Selamat datang.

Latihan melayan pelanggan tak dapat diteruskan macam ini.

Maaf.

Tak.

Ini bukan salah awak atau Shiina-san.

Namun, keadaan akan jadi rumit jika dia teruskan begini.

Betul, makin ramai orang akan menjadi mangsa.

Ini juga salah satu sebabnya.

Yang penting, saya tak rasa sedap hati.

Walaupun hanya senyuman profesional, saya rasa tak selesa apabila teman wanita

senyum kepada lelaki lain.

Kamu boleh kata saya sempit hati.

Disebabkan itu?

Dia sangat memanjakan awak.

Boleh tak awak jangan cakap begitu di depan kami?

Apabila nampak awak cemburu,

saya dapat rasakan bahawa awak memang lelaki.

Selain itu, awak sangat menyayangi Shiina-san.

Saya cuma rasa gembira atas sebab itu.

Saya rasa bagus macam itu.

Saya tak suka awak, jangan risau.

Kenapa awak tiba-tiba sebut pasal ini?

Taklah.

Sebab pandangan Shiina-san.

Awak juga disayanginya.

Saya ingin jadi pelanggan Kadowaki-kun.

Tak adil, saya pun nak!

Jangan buat keputusan sendiri!

Jika begitu, saya nak juga.

Sejak bila pilihan boleh dibuat?

Hebatnya.

Kido, awak ada teman lelaki, kan?

Ya, tapi dia dalam kelas lain.

Dia kawan baik saya sejak kecil.

Ototnya sangat hebat.

Peliknya cara perkenalan awak.

Sebab dia lelaki idaman saya.

Baiklah.

Mari kita jadi sasaran latihan Kadowaki-kun mengikut giliran.

Saya akan sediakan senarai.

Kamu semua bincang urutannya.

Saya nak jadi pelanggan pertama awak.

Selamat datang.

Izinkan saya bawa anda ke tempat duduk.

Cik, ada apa?

Tak, tiada apa-apa.

Sila duduk di sini dan tunggu sebentar.

Layanan pelanggan awak dah lulus.

Awak telah diiktiraf.

Namun, Mahiru dah jadi macam itu.

Mungkin sebab awak terlalu kacak.

Awak mempunyai gaya pelayan.

Nak buat kerja sambilan di kafe kami?

Pengurus kedai kami pasti gembira.

Saya akan pertimbangkan apabila perlukan duit.

Baiklah, saya pergi tengok latihan pelayan orang lain.

Awak nak pergi jumpa Shiina-san?

Baiklah.

Jangan lupa ucapkan kata-kata cinta kepadanya.

Saya tak nak.

Mahiru.

Amane.

Dalang yang menawan hati Mahiru dah datang.

Amane, awak ada ciri pembunuh Mahiru.

Jangan buli dia secara keterlaluan.

Apa ciri itu?

Ciri serangan khas terhadap Mahiru saja?

Rasanya sasaran Amane bukan saya saja sekarang.

Benarkah saya begitu kacak.

Ya.

Ini perkara paling membanggakan saya sebagai teman lelaki awak.

Adakah ini serangan khas terhadap Mahiru

atau keupayaan pemusnahan berskala besar?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left