Season 1

Release info

An Observation Log Of My Fiancee Who Calls Herself A Villainess S01E08 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Jishou Akuyaku Reijou na Kon`yakusha no Kansatsu Kiroku - 08
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-05-22
Downloads: 9
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 160 lines.

Sebagai tunang aku dan antagonis perasan,

matlamat Cik Bertia ialah…

Dikalahkan di majlis pengijazahan!

…begitulah.

Dalam hayat lampaunya,

dunia ini latar sesuatu yang dia panggil permainan "otome".

Dia percaya

aku akan menemukan kebahagiaan hakiki dengan mengahwini heroin

seperti dalam senario asal.

Sambil mengelakkan muslihat dia,

aku cuba merapatkan dia kepada aku walaupun dia cuba menjauh

sehingga menjadikan kami sibuk di sekolah.

Sekarang, hari majlis pengijazahan akhirnya sudah tiba.

Kata Tia,

aku akan mendedahkan perbuatan jahat dia kepada seluruh sekolah,

lalu "mengalahkan" dia.

Aku akan bersama heroin sehingga akhir hayat.

Majlis pengijazahan Akademi Halm akan bermula sekarang.

Sebelum itu, mari dengar ucapan daripada Yang Teramat Mulia Raja.

Hadirin sekalian,

tahniah atas pengijazahan kamu.

Manfaatkanlah segala ilmu kamu,

dan tunjukkan kebolehan baru kamu dengan bangga.

Beta meletakkan harapan tinggi.

Sekarang, bagi mewakili para graduan,

dipersilakan Yang Amat Mulia Putera Mahkota Cecil Glo Alphasta.

Bagi pihak diri saya dan para graduan, terima kasih kerana hadir ke majlis ini.

Kami takkan mampu mencapai kejayaan ini

tanpa bimbingan dan sokongan daripada Yang Teramat Mulia

serta para profesor dan keluarga kami.

Kami akan berbakti setia kepada kerajaan kami,

dan saya, sebagai Putera Mahkota, akan menerajui negara kita ke hadapan.

Hidup Akademi Halm!

Hidup Kerajaan Alphasta!

Hidup Akademi Halm!

Hidup Kerajaan Alphasta!

AN OBSERVATION LOG OF MY FIANCÉE WHO CALLS HERSELF A VILLAINESS

LOG PEMERHATIAN ANTAGONIS PERASAN DAN KEKALAHAN

Anak kita dah betul-betul matang, ya?

Ya, betul.

Tapi kalaulah dia lebih berterus terang.

Tak sangka dinda rasa resah begini

apabila hadir ke majlis pengijazahan dia.

Kanda pun terkejut dengan rancangan Cecil,

tapi kanda yakin dia mampu kawal semuanya.

Mungkin betul cakap kanda, tapi…

Dinda risau tentang Bertia. Dia tak tahu apa akan jadi.

Beritahulah Putera, tuanku!

Bertia kesayangan saya sebenarnya sensitif.

Tapi saya betul-betul risau!

Bertenang, Douglas.

Kamu dah setuju buat masa ini, bukan?

Yang penting, gadis yang dia sebut itu…

Itu orangnya, ya?

Kenapa tak ada orang sudi mengiringi aku?

Aku terpaksa suruh NPC pula.

Seterusnya,

sesi penyerahan kuasa bagi badan wakil pelajar.

Presiden sekarang, Yang Amat Mulia Cecil Glo Alphasta,

dan bakal presiden, Courtgain Deles Vladir, sila tampil.

Baik.

Saya, Cecil Glo Alphasta,

sebagai presiden badan wakil pelajar,

mengisytiharkan kamu, Courtgain Deles Vladir,

sebagai presiden seterusnya.

Saya terima jawatan ini.

Putera Cecil, terima kasih atas bakti tuanku.

Sebagai wajah baru badan wakil pelajar, saya akan mengikuti contoh tuanku.

Terima kasih.

-Rancangannya? -Berjalan lancar.

Baiklah, saya ada satu lagi pengumuman.

Mesti dia salah sangka kalau mata dia bersinar begitu.

Cik Bertia Ibil Noches, boleh awak tampil ke depan?

Lady Bertia!

Saya tak apa-apa!

Mesti dia bersungguh-sungguh cuba kawal emosi

sampai terpijak kelepet gaun dia.

Bertia Ibil Noches, sedia berkhidmat.

Kalau nak buat, buat cepat!

Biar aku tanggung!

Mesti itu yang dia fikir.

Aku tiba-tiba gementar pula.

Ini mungkin saat paling penting dalam hidup aku.

Cik Bertia Ibil Noches.

-Awak telah melakukan jenayah berat… -Apa semua ini?

Tia, janganlah mencelah.

Saya tak buat apa-apa kesalahan pun…

Tak, awak dah buat salah satu jenayah paling besar.

Sebab awak lahir dua tahun selepas saya.

Saya terpaksa tunggu dua tahun untuk awak tamat belajar,

maknanya kita perlu berjauhan.

Ini satu kesalahan berat.

Jadi, sebagai hukuman,

awak mesti jadi isteri saya selepas tamat belajar.

Inilah bukti janji kita.

Apa ini?

Hulurkan tangan awak.

Jangan malu.

Kekalahan saya. Saya mesti dikalahkan.

-Ini dikira "kekalahan". -Awak kena kalahkan saya.

-Boleh anggap matlamat dia tercapai? -Kalahkan saya!

Ini kekalahan saya…

Kepada semua yang melihat kami sepanjang kamu berada di sekolah,

saya ingin isytihar.

Dalam masa dua tahun, kami berdua akan berkahwin

dan menjadikan kerajaan ini lebih baik!

Saya bantah!

Kau dah bertindak.

Tindakan yang bodoh, Baroness Heronia Inderon.

Apa maksud kamu?

Tuanku telah diperdayakan oleh perempuan durjana itu, Bertia!

Dia mendiskriminasikan dan membuli saya serta ramai orang lain!

Baru semalam, dia cuba tolak saya di tangga!

Semalam? Kamu kata semalam?

Ya.

Sebagai tunang Putera Mahkota,

terlalu banyak mata memerhatikan dia untuk dia menyelinap.

Petang semalam, dia bersama saya.

Selepas makan malam, dia tak sihat, jadi saya hantar dia balik ke biliknya.

Saya minta penjaga asrama untuk selalu jenguk dia.

Dia kata Bertia berehat di bilik sepanjang malam.

Mesti dia suruh orang lain tolak saya…

Maknanya, bukan dia yang tolak kamu?

Ini melibatkan maruah Bertia, jadi saya akan siasat dengan teliti.

Boleh beritahu siapa yang tolak kamu?

Saya tak tahu lagi…

Kamu tak tahu?

Jadi, kenapa kamu sebut nama Bertia?

Alang-alang, saya nak tanya kamu tentang isu membuli.

Kamu ada bukti?

Ada orang lain yang dianiaya macam saya!

Kamu semua, mari!

Tak ada sesiapa pun?

Tak mungkin!

Mereka selalu cerita macam-macam!

Kau ingat apa?

Kalau mereka kutuk tunang Putera Mahkota secara terbuka,

darjat mereka akan terjejas.

Beberapa wanita mengalih pandangan kerana mereka tak selesa,

tapi mungkin mereka meluahkan rasa tak puas hati semasa berbual.

Kenapa? Kamu semua ada cerita yang dia buat kamu rasa tak senang…

Cik.

Boleh saya anggap yang "bantahan" kamu dah ditarik balik?

Tidak!

Saya nak beritahu tuanku secara peribadi, tapi…

Dia keluarkannya daripada skirt?

Walaupun tak ada tempat nak letak, janganlah jadi bodoh sangat.

Tuanku, ambillah.

Aku tak nak sentuh.

Biar saya ambil.

Nah.

Ini rupanya.

-Zeno. -Ya, tuanku.

Macam yang aku sangka, itu laporan tentang Lord Noches.

Aku tahu dia upah seseorang untuk kumpul maklumat.

Ayah…

Inilah yang Tia nak sejak dulu.

Tapi…

Mesti dia takut kehilangan sesuatu yang berharga

walaupun dia dah bersedia sepenuhnya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left