Season 1

Release info

Sentenced To Be A Hero S01E07 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Yuusha-kei ni Shosu Choubatsu Yuusha 9004 Tai Keimu Kiroku - 07
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-02-19
Downloads: 27
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 199 lines.

Syabas, Xylo.

Saya juga akan memuji awak.

Xylo Forbartz.

Biar saya beritahu awak apa yang berlaku selepas kamu kalahkan Raja Syaitan Iblis.

Saya tiada angin untuk dengar cerita yang leceh.

Tak, awak perlu dengar.

Ia penting.

Letak kotak itu di sini!

Ada lebih banyak kargo akan datang.

Ikan-ikan ini baru ditangkap.

Cepat alihkannya.

Atas sebab itu,

awak dan Dewi Teoritta

dipinjamkan buat sementara kepada kami, Orde Ke-13 Kesateria Suci.

Dipinjamkan?

Kami ini alat ganti?

Berkenaan kedudukan Dewi Teoritta yang membimbangkan,

pihak tentera dan Kuil masih berbalah tentangnya,

tapi selepas kamu mencapai kemenangan besar di kubu itu,

situasi dah mula berubah.

Xylo, awak mesti terus melindungi Dewi Teoritta.

Kalau saya perlu melindungi dia…

Saya tak pernah dapat cuti sehari pun.

Pindahkan kami daripada barisan hadapan.

Itu memang niat saya dari awal lagi.

Apa?

Tugas unit wira awak adalah melindungi Dewi Teoritta

di bandar pelabuhan Ioff ini.

Awak nak kata bandar ini lebih berbahaya daripada medan perang?

Betul sangkaan awak.

Sesetengah pembidaah yang diusir dari kuil

tak mengakui kewujudan dewi baru.

Mereka mungkin berpakat dengan orde pembunuh

untuk mengapa-apakan Dewi Teoritta.

Cukuplah. Saya akan dengar nanti.

Xylo.

Awak akan melindungi saya.

Awak dan wira-wira lain

akan pergi bercuti, Xylo!

Apa?

Saya dengar awak ada menangani sedikit Hawar Syaitan,

Xylo.

Apa ini? Awak rupanya, Jayce.

Saya dengar awak kalahkan tiga Raja Syaitan.

Namun saya pasti kebanyakannya perbuatan Dotta dan Norgalle.

Untuk Iblis pula…

Saya boleh anggap itu kejayaan awak.

Saya sendiri dah bunuh dua Raja Syaitan.

Awak serius?

Bukankah Rhyno ada di Medan Perang Barat juga?

Dia mengabaikan arahan lagi.

Dia akan dikurung buat sementara waktu.

Wira hukuman dikurung?

Apa pun,

skor kita dua berbalas satu, jadi saya menang.

Nampaknya awak taklah hebat sangat.

Tunggu sekejap!

Xylo ialah kesateria saya.

Saya takkan benarkan awak memperkecilkan dia.

Adakah awak dewi itu?

Saya dengar Dotta kutip awak.

Tentu bagus, bukan? Dilindungi oleh budak seperti ini.

Berani awak bercakap dengan biadab begitu?

Ini kali pertama saya rasa tak dihormati begini!

Sudahlah. Tak guna awak marah dia.

Dotta bukan kutip dia, tapi culik dia.

Daripada Kesateria Suci.

Tiada bezanya pun.

Saya tak peduli tentang peraturan manusia.

Cepat serahkannya.

Neely akan marah kalau saya lewat.

Cis.

Sampaikan salam saya kepada Neely.

Xylo! Siapa dia?

Nama dia Jayce.

Dia kesateria naga dalam unit kami.

Dia si dungu yang menanam tumbuhan haram untuk naga,

kemudian menjualnya.

Dia dijadikan wira kerana itu?

Jenayah keduanya ialah pemberontakan.

Dia menentang tentera untuk cuba membebaskan naga.

Dalam kes biasa, dia pasti ditangkap dalam masa sehari.

Namun dia seorang bangsawan tinggi dan naga-naga sangat sukakan dia.

Ini membawa kepada pemberontakan

yang kemudiannya dikenali sebagai "Pemberontakan Jayce".

Wira memang pelik-pelik semuanya…

Maafkan saya.

Tolong bertenang, Xylo.

Okey?

Aduhai!

Tolong tunggu sekejap!

Kalau keluarga Mastibolt tak hantar bantuan ketika itu,

kerosakannya pasti lebih teruk, bukan?

Ya, jadi saya akan lepaskan awak selepas dua tumbukan.

Xylo! Jangan gunakan kekerasan!

Tak apa.

Dia masih merahsiakan sesuatu.

Itu tak benar.

Baru saya ingat,

Frenci suruh saya pastikan awak jumpa dia atau dia akan bunuh saya esok.

Aduhai.

Frenci?

Siapa dia?

Bekas tunang saya.

Apa?

Awak nampak teruk, Xylo.

Apa yang awak buat? Cepat duduk.

Nampaknya awak langsung tiada kemajuan.

Dulu awak macam lalat, tapi sekarang awak ulat beluncas.

Menyedihkan.

Boleh awak jangan bandingkan manusia dengan benda-benda pelik?

Adakah itu dianggap penghinaan dalam kalangan Orang Dataran?

Saya cuma tak nak awak cemarkan imej menantu keluarga Mastibolt.

Itulah perbezaan kita.

Kalau begitu, biar saya mula semula.

Saya tak berniat nak buat awak marah.

Jadi inilah dewi itu?

Jangan menjegil dia. Awak menakutkan dia.

Saya tak takut!

Saya seorang dewi.

Ya, dan saya tak menjegil dia pun.

Awak Frenci, bukan?

Apa hubungan awak dengan kesateria saya, Xylo?

Saya dah cakap tadi, dia bekas tunang saya.

Bukan "bekas".

Ikrar kita masih sah, Xylo.

Jangan mengarut. Saya seorang wira.

Saya tiada hak untuk berkahwin.

Dari segi undang-undang, saya bukan manusia pun.

"Frenci", bukan?

Lelaki ini ialah wira dan kesateria saya.

Ia tugas seumur hidup dia

untuk melayan saya dengan baik dan memuji saya.

Malang sekali bagi awak,

dia tak boleh berkahwin!

Xylo, nampaknya awak disukai oleh seseorang yang pelik lagi.

Ia mengingatkan saya yang armadilo telinga panjang ayah saya juga pernah suka awak.

Ya, dan ia mencakar awak.

Itu pedagang dari Barat…

Tunggu sekejap!

Mengungkit kisah silam adalah main kotor!

Malah awak bandingkan seorang dewi dengan haiwan pelik itu.

Awak terlalu biadab!

Apa pun,

saya sedang berusaha untuk dapatkan pengampunan untuk awak.

Tunggu, saya…

Saya akan tinggal di bandar ini buat sementara waktu.

Lagipun…

Saya perlu mengejar Hawar Syaitan.

Apa maksud awak?

Sama macam yang saya cakap.

Sejak kira-kira sebulan lalu,

saya menentang Hawar Syaitan bersama ketua-ketua puaka malam.

Namun beberapa hari lalu,

tentera Raja Syaitan itu hilang di sekitar bandar ini.

Hilang?

Ya, Hawar Syaitan Nombor 59,

Spriggan.

Saya rasa benda itu…

telah menjelma menjadi manusia.

Raja Syaitan yang menyamar menjadi manusia,

Spriggan…

Kuasa itu jarang ada walaupun antara Raja Syaitan.

Tak guna, leceh betul.

Ada kemungkinan ia dah masuk ke bandar ini.

Tolong berhati-hati.

Ia telah memusnahkan sebuah bandar di kawasan kami.

Baiklah, sampai sini saja lawatan saya.

Siapa yang mencuri dengar di sana?

Tak, saya bukan mencuri dengar…

Ia peraturan.

Penyelia mesti hadir setiap kali wira menerima pelawat.

Begitu. Saya minta diri dulu.

Fikirkan alasan yang lebih baik lain kali.

Saya nak pergi tak kira apa pun!

Saya dengar daripada Venetim dan Dotta.

Pekan ini penuh dengan barang yang jarang ada dari Barat dan Utara

dan kita boleh makan apa-apa saja sepuas-puasnya.

Dotta yang bertangan panjang itu saja yang boleh makan sepuas-puasnya.

Lagipun, kita bukan datang untuk berseronok.

Pembidaah Kuil…

Kita akan umpan mereka yang nak bunuh awak dan tangkap mereka.

Ya, saya tahulah.

Tentulah saya tahu.

Aduhai, biar saya jelaskan dulu.

Jangan beritahu sesiapa tentang Pedang Suci itu.

Kalau Galtuile dapat tahu, keadaan akan jadi lebih leceh.

Tiada masalah.

Saya seorang dewi.

Awak tak perlu risau!

Aduhai…

Saya akan masuk ke pekan dengan kamu.

Kalau keadaan mendesak, saya boleh jadi perisai dan pedang dewi.

Apa?

Seterusnya…

kita perlu tentukan nak bawa siapa lagi.

Venetim tak boleh jadi pengawal peribadi.

Kita juga tak boleh biarkan Dotta berjalan di pekan tanpa gari.

Raja akan merungut yang dia juga nak pengawal peribadinya sendiri.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left