The first 200 lines.
PULAU SORNA 87 BATU ARAH BARAT DAYA PULAU NUBLAR
Terima kasih. Bagus.
Terima kasih, Geoffrey.
Sama-sama.
Tolong beri sebotol wain merah juga, terima kasih.
Baiklah.
Okey, sekarang...
- Terima kasih, Barry. - Sama-sama.
Terima kasih.
Bagusnya. Cuaca pun elok.
Sayang, kamu mahu pergi mana?
- Makan sandwic. - Nanti kamu kenyang.
Kita ada udang, kegemaran kamu.
Saya tak suka udang.
Sayang, jangan pergi terlalu jauh.
Oh, Tuhan. biarkan dia, Deirdre.
- Sayang, pergi main bola. - Ibu bisinglah!
Sayang, bagaimana kalau ada ular?
Tak ada ular di pantai ini.
Biarlah dia berseronok sendiri.
- Edward? - Ya, puan.
Helo.
Kamu spesies apa? Burung?
Kamu lapar? Makanlah. Ini daging panggang.
Sedap. Marilah. Saya takkan apa-apakan kamu.
Ibu! Ayah! Marilah tengok ini! Saya jumpa sesuatu!
Cathy, sayang! Makan tengah hari sudah sedia!
Kamu mahu ini?
Tapi saya ada sedikit saja.
Paul?
Cathy?
Boleh tolong cepat? Cepat!
Cathy! Jauhi dia!
Awaklah orang itu, bukan?
Apa?
Saintis itu? Lelaki itu? Saya pernah nampak awak dalam TV.
Saya percayakan awak.
Boleh saya tahu siapa encik?
Ian Malcolm. Encik Hammond yang panggil saya.
Dr. Malcolm!
- Oh, Tuhan. - Hei.
- Oh, Tuhan. - Helo, Dr. Malcolm.
Hai, kamu berdua.
- Sudah lama tak jumpa. - Ya, sangat lama.
Bagusnya. Kamu berdua sudah besar.
Encik datang untuk jumpa datuk?
Ya, dia hubungi saya. Kamu tahu kenapa?
Saya pun tak tahu. Rumah ini macam menyeramkan, bukan?
Semuanya okey?
Tidak juga.
Saya rasa di arah lain.
Dr. Malcolm.
Dr. Malcolm. Mahu tukar-tukar cerita dongeng dengan pak cik saya lagi?
Awak boleh tipu Washington Post dan Skeptical Inquirer
apa saja yang awak mahu.
Tapi saya ada di sana. Kita berdua tahu apa yang terjadi.
Jadi awak rasa orang yang memilih untuk tutup mulut
ada niat jahat tersembunyi? Lex dan Tim juga?
Jangan libatkan mereka. Ini bukan hal main-main.
Memang bukan. Awak tandatangani perjanjian menyimpan rahsia
sebelum awak ke pulau itu
yang melarang awak daripada bercakap tentang apa yang awak lihat.
Awak langgar perjanjian itu.
Betul. Awak juga menipu tentang kematian tiga orang.
Awak sampaikan maklumat palsu dan buat saya nampak macam orang gila.
Awak ganggu mata pencarian saya...
Kami sudah beri pampasan tinggi untuk kecederaan awak.
Hanya untuk tutup mulut dan hina saya.
Awak putar belit maklumat dan sembunyikan bukti,
ia bukan saja cemarkan reputasi saya.
- Ia juga... - Seingat saya,
universiti awak tarik balik pelantikan tetap awak
kerana menjual cerita mengarut kepada akhbar.
Saya tak jual atau dibayar. Saya hanya beritahu kebenaran.
Versi awak saja.
- Kebenaran tak ada versi! - Terima kasih.
Awak tahu? InGen tak boleh terus menipu...
InGen sudah jadi tanggungjawab saya sekarang.
Saya akan mempertahankannya sedaya upaya saya.
Tanggungjawab awak? Encik Hammond pula?
Saya hanya menjawab pada lembaga syarikat, bukan pak cik saya.
Percayalah, masalah awak akan selesai tak lama lagi.
Dalam beberapa minggu lagi, ia akan dilupakan.
Saya takkan lupakannya.
Hati-hati.
Sut ini lebih mahal daripada kos pendidikan awak.
Awak betul dan saya salah. Saya mengaku!
Awak pernah sangka saya akan cakap begitu kepada awak?
Mujurlah ada Tapak B.
Tapak B?
Pulau Nublar hanya bilik pameran, untuk tontonan pelancong.
Tapak B ialah kilang penghasilannya.
Ia terletak di Pulau Sorna, 80 batu dari Nublar.
Kami biakkan dinosaur di sana, jaga ia selama beberapa bulan
dan kemudian bebaskannya ke taman itu.
- Yakah? Saya tak tahu pun. - Sekarang,
selepas insiden di taman itu,
Taufan Clarissa memusnahkan kemudahan kami di Tapak B.
Mungkin itu kehendak Tuhan.
Kami terpaksa kosongkan tempat. Haiwan-haiwan itu dilepaskan
untuk matang dengan sendiri.
"Hidupan akan sentiasa cari jalannya," seperti yang awak pernah kata dahulu.
Sekarang sudah ada sistem ekologi yang lengkap di pulau itu
dengan berdozen spesies hidup dalam kawanan tersendiri
tanpa pagar, sempadan, atau campur tangan teknologi lain.
Selama empat tahun,
saya telah cuba lindunginya daripada gangguan manusia.
Baguslah begitu. Harap-harap awak pastikan pulau itu
dikuarantin dan dipencilkan.
Tapi saya terkejut tentang berita ini.
Adakah ia masih hidup?
Bukankah ia dibiakkan tanpa lisina?
Bukankah ia patut mati selepas tujuh hari
jika tidak diberi lisina?
Ya! Tapi sebaliknya, ia membiak dengan baik.
Itu antara seribu soalan yang saya mahu pasukan itu jawab.
Pasukan?
Ya.
Saya sudah aturkan satu ekspedisi untuk ke sana,
terima kasih, dan merekodkan haiwan ini.
Untuk menghasilkan rekod fosil hidup yang paling menakjubkan
di dunia.
Pergi sana untuk ambil rekod? Maksud awak, dengan manusia?
Ya, dinosaur itu takkan sedar akan kehadiran awak. Tiada gangguan.
Hanya buat pemerhatian dan mengambil rekod.
Data inframerah satelit kami
menunjukkan dinosaur itu berpuak mengikut kawasan.
Haiwan karnivor hanya duduk di pedalaman pulau,
jadi pasukan itu hanya perlu kekal di pinggiran pulau.
Jangan risau. Saya takkan buat kesilapan yang sama.
Betul, tetapi awak buat kesilapan baharu.
John! Jadi, sekarang ada satu lagi pulau dengan dinosaur
tanpa pagar elektrik dan awak mahu hantar orang ke sana,
segelintir orang saja, masuk ke hutan itu? Betul?
Siapa empat orang gila yang awak mahu hantar itu?
Memang susah nak yakinkan mereka tentang apa yang mereka akan lihat
jadi akhirnya saya terpaksa gunakan buku cek saya.
Ada Nick Van Owen,
seorang pakar dokumentari video.
Eddie Carr, pakar peralatan lapangan.
Ada seorang ahli paleontologi
dan saya berharap agar awak boleh jadi orang keempat.
Kami hampir terpaksa berhutang
sejak insiden di pulau itu.
Ada orang dalam syarikat saya yang mahu mengeksploitasikan Tapak B
untuk selamatkan syarikat.
Sudah bertahun-tahun mereka merancangnya
dan selama ini saya berjaya menghalang mereka.
Tapi beberapa minggu lalu, sebuah keluarga British yang sedang berlayar
terjumpa pulau itu dan anak kecil mereka tercedera.
Dia sudah pulih.
Tetapi lembaga syarikat gunakan insiden itu
untuk ambil alih InGen daripada saya.
Sekarang tunggu masa saja sebelum
dunia tersembunyi itu ditemui dan dijarah.
Saya hanya mengharapkan sokongan orang ramai
tetapi untuk dapatkannya,
saya perlukan rekod gambar lengkap
haiwan-haiwan ini dalam keadaan hidup dan dalam habitat semula jadinya.
Jadi awak berubah daripada kapitalis kepada pencinta alam dalam empat tahun.
Hebat juga.
Ini peluang terakhir untuk menebus kesilapan kita.
John,
tidak.
Sudah tentu tidak.
Saya juga akan hubungi tiga lagi ahli pasukan awak
dan halang mereka daripada pergi.
Siapa pakar paleontologinya? Jangan kata...
Awak mesti tahu, dia yang datang kepada saya.
Siapa?
Awak boleh teka, Ian, memandangkan awak ada ramai rakan, kenalan,
malah perhubungan yang hebat dalam banyak bidang.
Jangan kata awak telefon Sarah.
Kajian kelakuan paleontologi adalah bidang baharu
dan Sarah Harding ialah pelopor bidang itu.
- Tidak. - Teorinya tentang sifat penjagaan
di kalangan karnivor mematahkan segala hujah.
Apa yang awak cuba buat?
Di mana telefon awak?
Sudah terlambat.
Dia sudah ada di sana.
Yang lain akan jumpa dia dalam tiga hari.
Awak hantar teman wanita saya ke pulau itu sendirian?
Itu tak benar. Dia yang berkobar-kobar ingin pergi.
Dia sudah pun ada kerja di San Diego
membuat penyelidikan di zoo.
Dari sana, dia hanya perlu terbang selama dua jam saja.
Dia berkeras. Amat berkeras tentang... Ambil ini.
Tentang mahu pergi sendiri.
Dia fikir dia Dian Fossey.
"Pemerhatian tanpa gangguan", katanya.
Dia tak habis-habis bercakap tentangnya. Awak pun tahu.
Selepas awak tercedera di taman itu, dia cari awak.
Kemudian dia datang dari jauh ke hospital di Costa Rica
untuk tanya orang yang tak dikenali jika khabar angin itu benar.
Kalau awak mahu menempa nama, saya tak kisah.
Tapi jangan asyik tempa nama atas batu nisan orang lain, John.
Jangan begitu. Dia takkan apa-apa.
Sudah bertahun-tahun dia kaji haiwan pemangsa Afrika.
Cari arah angin dan macam-macam lagi. Dia tahu apa nak buat.
No comments yet. Be the first to leave one.