The first 143 lines.
Saya masih hanya seorang adik sekarang?
Mizuho…
Bukan.
Teman lelaki.
Mulai sekarang, awak teman lelaki saya.
Awak penuh dengan kegembiraan yang tak dapat disembunyikan.
Sebab Mizuho sentiasa pandang saya.
Sebab itu saya amat gembira kerana dapat bersama Mizuho.
Saya tiba-tiba nak jumpa Mizuho...
Orang yang sentiasa memandang awak
bukan saja Mizuho.
PANGGILAN DARIPADA AIRU
Helo.
Mizuho?
Adakah Shin belanja awak makanan sedap?
Maaf sangat.
Saya biar awak hadir festival bunga api sendiri.
Saya akan cuba ganti balik.
Tak perlu, tak apa-apa.
Mizuho, adakah sesuatu berlaku?
Suara awak kedengaran seperti memaksa diri.
Saya telah jumpa Kizuki semasa festival bunga api.
Awak tak apa-apa?
Ya.
Pelik, kan? Dah lama hubungan kami putus.
Saya sekarang di tempat rahsia kita.
Eh?
Saya dah kata, kan?
Tak kira apa-apa pilihan awak,
saya akan sentiasa menyokong awak.
Saya akan berada di sisi awak.
Eh, saya terlalu bertimbang rasa hingga awak menangis?
Saya tak menangis!
Namun, terima kasih.
Semua ini kata-kata yang awak yang pernah selamatkan saya.
Orang yang sentiasa memandang awak
bukan saja Mizuho.
Saya sedar tentang perkara ini.
Semasa perjalanan tamat pelajaran sekolah rendah.
Airu pun fikir macam itu, kan?
Apa?
Awak tak rasa Kobayashi dari Kelas 3 sangat comel?
Betul.
Dia paling comel antara semua perempuan darjah enam, kan?
Kalau nak bercinta, mesti pilih Kobayashi.
Tak, sepatutnya Miyamoto dari Kelas 2.
Ya.
Hei, dah sampai waktu padam lampu!
Habislah.
- Cepat pura-pura tidur! - Sorok!
Aduhai, cepatlah tidur.
Sangat sesak.
Tidurlah di sana, Kizuki.
Semua orang suka perempuan,
tapi yang saya ambil kisah ialah...
Mak suka ayah, kan?
Eh?
Kenapa ayah?
Apa?
Betul juga, kenapa ayah ya?
Lemah dalam berkelahi, bercakap pun membosankan.
Dia lelaki baik yang kolot, sungguh menjengkelkan.
Namun...
Dia tak berprasangka buruk terhadap ibu hanya kerana gaya seksi ibu.
Airu, kenapa awak tanya ini?
Awak nak bincang sesuatu?
Tiada apa-apa.
Saya tak dapat beritahu sesiapa
bahawa saya kisahkan Kizuki.
MAJLIS TAMAT PELAJARAN SEKOLAH RENDAH KOIGAHAMA
Kizuki, awak tak lupa bawa barang, kan?
Saya tak tahu.
- Saya tahu Kizuki selalu memandang Mizuho - Ada bawa baju sukan?
- Saya tahu Kizuki selalu memandang Mizuho - Tolong periksa untuk saya.
Saya memang tak tahan dengan awak.
Airu? Tak tahu.
Dia sudah tiada sejak kelas pertama.
Begitu rupanya, terima kasih.
Dia ponteng lagi?
Dia macam pelik belakangan ini.
Dia tak pergi ke rumah Mizuho juga.
Di mana Airu melepak?
Dah tamat begitu cepat?
Padahal kamu yang menyinggung saya dulu.
Mainlah sebentar lagi dengan saya, abang.
Habislah, orang ini tak normal.
Mungkin begitu.
Saya tak normal.
Siapa saya sebenarnya?
PUSAT PERMAINAN
Membosankan betul.
Hai, sungguh kebetulan.
Bukankah ini ketua kelas, Amon-kun?
Awak nak pergi tuisyen sekarang?
Izumi-kun...
Awak ponteng juga hari ini, apa yang awak lakukan?
Menjengkelkan betul.
Boleh tak pinjam saya sikit duit?
Saya dah habiskan semuanya.
Tak nak, lepaskan saya.
Apa masalahnya? Pinjam sikit saja.
Airu.
Maaf.
Airu.
Amon-kun.
Awak tahu ke mana Airu pergi?
Dia…
Hazawa-kun sudah beredar.
Bolehkah saya cakap sesuatu?
Kita berasal dari dunia yang berbeza.
Hidup kita takkan ada sebarang kaitan lagi selepas ini.
Namun, saya dapat lihat awak sedang menahan diri awak yang sebenar.
Bisinglah, Amon.
Kenapa awak cakap sesuatu yang tak masuk akal ini?
Maaf.
Namun...
Saya juga menahan diri sama seperti awak sekarang.
PINTU HADIAH
Namun, saya dapat lihat awak sedang menahan diri awak yang sebenar.
Bisinglah!
Bisinglah!
Siapa yang peduli pasal diri sebenar?
Hilanglah kesemuanya!
Pulang.
Touya-san.
Tempat ini bukan tempat permainan untuk pelajar sekolah menengah seperti awak.
Budak tak guna!
Apa yang awak lakukan terhadap Touya-san?
Saya tak nak pulang.
Saya juga tiada tempat untuk pulang.
Saya nak tinggalkan sini, pergi ke tempat lain.
Tanggalkan baju, duduk di situ.
KAIN KASA STERIL, UBAT DEMAM DAN TAHAN SAKIT, PLASTER KECEMASAN, KOYOK ANTIRADANG
Awak pelajar sekolah menengah?
Ya.
Awak tinggal seorang di rumah besar ini?
Ibu saya lari dengan lelaki yang tak dikenali.
Ayah saya cuma pesan pada saya, "Awak mesti tamat pelajaran".
Dia tak balik lagi sebab kerja.
Awak bodoh?
Orang biasa takkan benarkan orang yang baru kenal masuk rumah.
Awak malah tolong balut luka saya.
Saya mungkin curi duit awak dan lari.
No comments yet. Be the first to leave one.