Secret in Their Eyes

Secret in Their Eyes

Download Malay Subtitle

Release info

Secret in Their Eyes (2015) Semua Bluray
A Commentary by din1705
[Malaysia Subbers Crew]

Tags

BluRay
Published on: 2016-03-05
Downloads: 50
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew-

Silakan.

Terima kasih, Tuan.

Itu awak, Angel?

Ya, ini saya.

Kenapa awak kembali ke sini?

Saya hanya... Saya tak boleh jauh dari awak.

Sudahlah.

Saya akan jumpa mereka di atas.

Ray Kasten. Dia menunggu saya.

Silakan.

Lihat siapa yang kembali.

Boleh awak minta Jessica Cobb masuk?

Seperti ruam.

Wow. Tiga belas tahun.

Dua kenaikan pangkat. Masih tetap menyusahkan.

Tiga kali naik pangkat. Terima kasih kerana masih mengikuti.

Nak macamana lagi? Saya seorang peminat.

Boleh lalu?

Semoga berjaya.

Saya terlambat?

Sedikit.

Gembira berjumpa dengan awak, Ray.

Ya, ini...

Saya lihat sistem pemfailan awak tak banyak berubah.

Roda keadilan berputar perlahan, tetapi ia tetap berputar.

Dan lihat diri awak.

Di sini di tingkat 5.

13 TAHUN SEBELUM ITU - 2002 PEJABAT PENDAKWARAYA LOS ANGELES

JAWATANKUASA GABUNGAN MEMBANTERAS PENGGANAS

Faks rosak lagi.

Hello, Al Fawid.

Sekarang jadilah pengganas yang baik

dan serahkanlah beberapa bekas uranium.

Di siang hari, dan kita semua akan siap.

Amin.

Talian mati Pucuk. Apa yang boleh saya bantu?

Tak apa. Selamat sejahtera.

Bagus, Bumpy. Kenakan mereka.

Awak bangang, Bumpy, awak tahu itu?

Seifert, awak terus menyebut istilah itu di sini,

tapi saya tak yakin awak tahu apa ertinya.

Itu istilah perubatan. Awak tahu itu?

Betulkah?

Ertinya seseorang dengan IQ antara 50 dan 69.

"Bahlol" pula, seseorang dengan IQ antara 49 dan 20.

Dan "bangang", saya rasa adalah perkataan yang awak maksudkan.

Untuk orang yang ber-IQ di bawah19.

Apa yang awak sebut seseorang yang lebih bodoh dari itu?

Leftenan.

Awak nak pergi mana?

Mereka tunggu saya di bahagian foto.

Naikkan dagu. Bahu ke belakang.

Taliban Pakistan semakin meningkatkan perjuangan mereka di sempadan.

Ini adalah salah satu video propaganda terbaru mereka diambil di Afghanistan.

Secara kejam, mereka membunuh seorang lelaki

yang mereka dakwa adalah perisik Afghanistan.

Yang bekerja untuk NATO. Channel 4 tak boleh mengesahkan...

Saya Ray. Ray Kasten.

- Claire. Claire Sloane. - Baik.

Gembira berjumpa dengan awak.

Ya. Gembira berjumpa dengan awak.

Saya rasa kita, "pelajar baru di sekolah."

Ya. Hari ini hari berfoto.

Ya.

Tiba-tiba saya merasa seperti mak saya yang memilih pakaian untuk saya.

Oh.

Semoga hari awak menyeronokkan.

Terima kasih.

- Awak FBI? - Ya.

Pejabat lapangan, di Lower Manhattan.

Saya dipindahkan ke sini untuk mengawasi masjid dengan pejabat pendakwa raya.

Awak?

Saya baru dipindahkan ke pejabat Pendakwa Raya, dari Philly.

Saya pembantu di Unit Pembunuhan.

Itu jabatan yang cukup hebat.

Awak pasti seorang bintang.

Bukanlah.

Apakah ini tugas sementara untuk awak?

Saya tak tahu.

Saya rasa itu tergantung pada orang-orang di dalam masjid itu.

Kaunselor?

Oh. Ya. Terima kasih.

Gembira berjumpa dengan awak.

Ya.

- Claire. Ya? - Ya.

Saya Ray. Saya sudah cakap tadi. Baiklah.

Kasten. Ray Kasten.

Ray Kasten, ya.

FBI.

- Sila duduk. - Terima kasih.

Sebentar. Saya set cahayanya.

Ya.

Foto untuk selamanya, kan?

Ray Kasten.

Awak suka Los Angeles?

Saya masih melihat-lihat.

Sekarang, kolar kanan awak. Bagus.

Senyum.

Pendakwa Raya Daerah. Amboi.

Hanya peguam.

Sama seperti sebelum ni, hanya lebih sibuk.

Awak ingin duduk?

Dan dari sini, apa lagi? Jadi Datuk Bandar?

Tidak ada lagi kempen untuk sementara waktu.

Saya di sini, saya bahagia.

Oh, awak juga berniat jadi gabenor? Wow!

Saya ingin menjadi ketua keselamatan untuk Mets, tapi posisi itu sudah ada orang.

Dan, apa khabar Ellis?

Baik. Ya. Sama, juga sibuk.

Ada anak?/ Anak? Tidak.

Tidak. Tak pernah ada waktu yang sesuai.

Bagaimana dengan awak?/ Oh, tidak. Sama.

Boleh saya tutup pintu?

- Ray? - Jess.

Ya Tuhan! Apa khabar awak?

Apa khabar awak?

Baik. Baik. Awak?

Oh, saya baik.

Saya baru saja ucapkan tahniah pada Claire.

Awak sekarang Ketua Siasatan, kan?

Bererti, saya sekarang melihat bos-bos di sini.

Awak masih tinggal di Moorpark?

Ya.

Di sana tenang. Saya suka suasana tenang.

- Awak masih di FBI? - Tidak.

Tidak, saya di sektor swasta.

Saya dah kurang minat kerja kerajaan.

- Saya akan tinggalkan awak berdua... - Tidak, tidak, tidak. Tinggallah.

Ini tentang awak.

Saya dah jumpa dia, Jess.

Saya dah jumpa Marzin.

Baiklah. Ini dia.

Terima kasih.

Psst!

Awak sepatutnya ajak dia keluar.

Siapa kata saya nak ajak dia keluar?

Oh Tuhan. Cinta pejabat yang bertepuk sebelah tangan.

Ungkapan klise itu tak mengganggu awak?

Jess.

Hormatlah sedikit. Dia sudah bertunang.

Awak tahu? Ini...

Ini tak sopan.

Si cantik lepasan ijazah perundangan Harvard

Dan pekerja kerajaan biasa dari Brooklyn.

- Menyedihkan. - Jangan cari pasal, Jess.

Terima kasih, Ray.

Orang lain akan memanggil saya gelaran berbeza.

Kenapa? Awak sungguh menyusahkan.

Bangunlah. Jom cepat.

Di mana kes nya?

LAPD baru saja menemui mayat wanita tak dikenali di tempat pembuangan sampah.

Jadi, apa kaitannya dengan kita?

Tempat itu di sebelah masjid kita, Al-Ankara.

Ini tak baik. Masjid berubah menjadi tempat kes.

Al Fawid akan menutup semuanya dan menghilangkan diri.

Berfikir positiflah, Ray.

Mungkin Al Fawid yang membunuh.

Kita boleh menahan dia tanpa menunggu dia meletupkan sesuatu terlebih dahulu.

Saya akan cakap dengan pemberi maklumat saya.

Dia tahu segala-gala yang terjadi di masjid itu.

Ugh! Siefert, bila awak akan menyebut nama orang itu?

Rasa nak tahu ini membunuh saya.

Maaf, Cobb.

Syarat utama untuk pembanterasan pengganas, ingat?

Lindungi pemberi maklumat.

4 bulan setelah kejadian 9/11,

Bangunan pencakar langit dan hospital di L.A. masih belum bersedia.

Untuk menangani serangan pengganas,

berdasarkan sebuah kajian yang disiarkan hari ini oleh RAND Corporation.

Salah satu masalah besar.. Komunikasi di antara...

Agensi risikan semakin khuatir.

Tentang maklumat komunikasi yang mereka terima.

Pihak atasan beranggapan kemungkinan bahawa sel-sel pengganas di USA.

Yang akan beroperasi.

Para pengganas mungkin merancang serangan lain di bandar besar USA.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah

meningkatkan kelas ancaman pengganas ke tahap "merah".

Dalam menangani keadaan yang disebut,

"maklumat risikan untuk serangan pengganas. "

Whoa! Bahagian Pendakwaraya di tempat kejadian.

Tak ada benda seronok hari ni kah?

Tak ada surat subpoena untuk dihantar?

Awak memang seorang bahlol, Fierro. Istilah perubatan.

Kagum tak?

Dia di jabatan pembunuhan sebelum memasuki FBI.

Jadilah bolanya, Ray.

Tunjukkan kepakaran awak, Ray.

Tidak ada dompet, tidak ada kad pengenalan.

Mayatnya telah dicuci dari dalam dan luar.

Catat nota, kawan. Ini pengumpulan bukti.

Pekerja melaporkan melihat seorang pemuda, kemungkinan orang Arab,

meninggalkan tempat kejadian sekitar pukul 10:30, membawa barang-barangnya.

Nampak seperti orang gelandangan.

Adakah dia berlari atau berjalan?

Tak dinyatakan.

Maksud awak, awak tidak bertanya.

Bukan saya yang menyoal.

Hanya kerana mereka Muslim bukan bererti mereka semua pengganas.

Kita tak boleh stereotaip kan sesiapa, kan?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left