The first 190 lines.
Hoshimiya Hikari suka akan Haibara Natsuki.
Saya tidak boleh menafikannya lagi.
Itu cinta pertama saya...
Saya mahu sentiasa bersamanya. Mahu menjadi teman wanitanya.
Saya mahu dia memeluk saya.
Semakin kerap difikirkan, semakin terasa berat hati ini...
Kerana yang suka akan Natsuki-kun, bukan saya sahaja.
Saya juga sayang akan Uta-chan.
Tapi...
Saya sudah membuat keputusan.
Saya tidak akan kalah kepada Uta-chan.
Saya tidak akan membohongi perasaan saya lagi.
Mesti kuatkan tekad.
Supaya boleh berbincang dengan Uta-chan...
RUPA SEMATA-MATA
Mahu tubuhkan kugiran bersama saya?
Apa?
Saya serius.
Mari kita ubah dunia in dengan muzik kita.
Ini terlalu mendadak...
Terlalu buntu, saya tidak tahu perlu cakap apa.
Kenapa boleh jadi begini?
Sementara itu, mari kita kembali ke detik selepas cuti musim panas.
Saya Shinohara.
Mohon tunjuk ajar.
Saya Haibara Natsuki.
Ini pertama kali kita dapat syif bersama, ya?
Oh, tidak.
Sebenarnya, kita sudah beberapa kali bekerja pada syif yang sama...
Oh, begitu rupanya?
Waktu itu, kita belum sempat berkenalan dengan baik...
Haibara-kun, tolong buatkan satu bahagian Napolitan...
Shinohara-kun, awak rupanya di sini.
Maaf.
Saya seorang yang tidak menonjol...
Bermakna, kita dari sekolah menengah yang sama?
Ya, saya di kelas 1-4 Sekolah Menengah Ryomei.
Tingkatan yang sama juga, ya.
Jika begitu, bolehkah saya memanggil awak Shinohara-kun?
Boleh.
Saya juga, boleh saya memanggil awak Haibara-kun?
Terima kasih.
Tidak perlu terlalu formal.
Maaf.
Saya lebih selesa bersikap formal.
Perasaan yang biasa ini,
mirip dengan saya yang dahulu auranya pendiam dan tidak menonjol.
TERIMA KASIH HARI INI AWAK LAPANG?
Natsu, ke sini!
Maaf, awak semua sudah lama menunggu?
Ya, agak lama.
Hei, Seri.
Natsu selesai kerja sambilan dan terus ke sini!
KARAOKE MANEKINEKO
Selesai kokurikulum, saya berjumpa Serika.
Akhirnya, kami bertiga bersetuju pergi ke pusat karaoke.
Seri beritahu dia mahu mendengar Natsu menyanyi.
Ayuh, saya sudah tidak sabar mahu berkaraoke.
Seri...
Dia nampak kurang selesa.
Bagaimana nyanyian Natsu, Seri?
Saya mungkin suka akan Natsuki.
Aduh, tersalah cakap.
Saya mungkin suka nyanyian Natsuki.
Begitu rupanya, syukurlah...
Kita menyanyi banyak lagu, ya.
Suara saya sampai serak.
Sudah lama tidak menyanyi banyak lagu sebegini.
Meskipun begitu, awak terlalu hebat, Serika.
Saya terkejut.
Saya tidaklah sehebat itu.
Tadi sangat seronok, ya, Natsu.
Jika perasaan saya membuatkan awak tidak selesa, cuma perlu beritahu, ya.
Saya memberitahu yang saya akan buatkan awak membalas perasaan saya,
tapi saya tidak mahu menghalang kegembiraan awak.
Uta...
BILIK MUZIK KEDUA
Natsuki? Ada apa?
Oh, begini.
Saya cuma kagum melihat awak hebat memainkannya...
Begitu, ya?
BILIK MUZIK KEDUA
Kenapa bersendirian?
Sebab saya tidak menyertai mana-mana kugiran.
Matlamat dan motivasi saya berbeza dengan ahli kokurikulum yang lain...
Saya cuma ahli kokurikulum yang menjadi pelengkap.
Saya suka lihat awak bermain gitar.
Awak suka akan Serika?
Saya tidak akan tersilap cakap seperti itu.
Oh, awak memang membosankan.
Tapi, terima kasih.
Kenapa awak mula bermain gitar?
Ayah saya dahulu ahli kugiran.
Tanpa sedar, saya mula bermain gitar yang ada di rumah.
Pada mulanya agak sukar dan sudah berkali-kali saya mahu berputus asa.
Tapi perlahan-lahan saya mula boleh memainkannya.
Saya gembira kerana perlahan-lahan boleh menghasilkan nada yang saya mahukan.
Menarik.
Sebab itu saya teruskan.
Jika saya, saya sudah berputus asa sebelum sempat merasakan hal itu...
Mahu cuba main?
Kord F awak masih belum betul.
Jari telunjuk awak kurang kuat!
Saya sudah lama tidak bermain.
Memang wajar jika masih kesukaran.
Menyeronokkan, ya.
Saya juga berasa seronok.
Baru kali ini saya lihat awak senyum seperti itu.
Jika membincangkan muzik, saya pasti bersemangat.
Sejak dahulu, saya kurang pandai meluahkan perasaan saya.
Tapi, saya mahu semua orang memahami perasaan saya ini...
Bunyi gitar ialah satu-satunya cara saya meluahkan isi hati...
Melalui muzik, saya rasa perasaan saya boleh sampai kepada semua orang.
Hei, Natsuki.
Iwano-senpai, ada urusan apa?
Tiada apa-apa, saya ingatkan awak sedang berlatih.
Rupa-rupanya sedang bersama teman lelaki awak.
Maaf mengganggu, ya.
Dia ahli kokurikulum muzik?
Ya, dia pelajar tingkatan dua.
Oh ya, awak pasti tidak mahu memperbetulkan salah faham itu?
Dia salah faham menyangka kita berpacaran dan sedang bermesraan.
Bagi saya ia bukan satu masalah.
Tunggu, bagi saya itu satu masalah...
Oh ya, baru sebentar tadi awak mahu bincangkan sesuatu?
Ya, ada.
Natsuki, boleh bercakap sebentar?
Mahu tubuhkan kugiran bersama saya?
Apa?
Saya serius.
Mari kita ubah dunia ini dengan muzik kita.
Selepas itu, kami akhirnya sampai di detik ini.
Ini terlalu mendadak...
Terlalu buntu, saya tidak tahu perlu cakap apa.
Mata pelajaran seterusnya apa?
Bukan pendidikan seni, ya?
Kenapa mengajak saya?
Kerana saya mahu melakukannya dengan awak.
Saya suka nyanyian awak.
Saya mahu awak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya.
Maksud awak saya menjadi vokalis?
Saya suka nyanyian awak, Serika.
Suara saya tidak sesuai.
Suara saya tidak akan sampai ke hati orang ramai.
Oleh itu, saya mahu awak yang bernyanyi.
Tidak, saya tidak sanggup.
Kenapa?
Kenapa?
Ada alasan tidak mahu melakukannya?
Bukan begitu, saya ada kerja sambilan, perlu belajar juga.
Masuk kokurikulum pada penggal kedua juga kurang sesuai...
Tidak, tunggu dahulu.
Kenapa saya mencari alasan untuk menolak?
Sebenarnya saya tiada alasan...
Kerana sejak dahulu, saya teringin buat kugiran.
Sepatutnya saya sudah lama menantikan ajakan seperti ini.
Saya rasa awak boleh dipercayai.
Jika saya serius melakukannya,
saya rasa awak boleh mengikuti saya.
Natsuki, sebenarnya awak mahu bermain muzik, bukan?
Serika betul.
Mungkin saya sekadar berasa takut.
Jika saya menolak ajakan Serika,
adakah itu boleh dianggap mengejar masa muda terbaik yang saya mahukan?
Bukankah saya sudah berjanji akan menjalani masa muda tanpa kekesalan?
Mari kita lakukannya, Natsuki.
Saya mahu melakukannya bersama awak.
Bersama Serika, saya mahu...
bermain muzik!
Sebelum berkolaborasi, ada cabaran yang perlu kita atasi.
Cari ahli kugiran, bukan?
Saya akan menjadi pemain gitar utama.
Natsuki menjadi vokalis dan juga pemain gitar irama.
Bermakna kita perlukan pemain bes dan pemain dram.
Sebenarnya ada seorang dari kokurikulum muzik yang mahu saya ajak.
Iwano-senpai dari tingkatan dua.
Semalam awak juga ada bertemu dengannya.
Dia sangat handal bermain dram...
Masalahnya, dia sudah pernah menolak saya.
Bermakna gagal.
Namun, saya akan ajaknya sekali lagi.
Ada awak juga, mungkin kali ini berjaya.
Ada saya pun, tidak akan beri kesan.
Tidak mengapa, yang penting mencuba.
Keberanian yang besar mampu mengubah dunia.
Saya akan memujuk Iwano-senpai.
Oleh itu, tugas awak mencari pemain bes.
Awak tiada calon pemain bes di sini?
Saya hanya kenal dengan mereka yang sudah ada kugiran.
Pinjam mereka sebenarnya boleh.
No comments yet. Be the first to leave one.