The first 154 lines.
Kenapa kamu benci Cik Tiararose?
Aishira sedih.
Kami pun ikut sedih.
Jom kita kenakan dia.
Tiararose yang rampas orang yang Aishira cinta.
Ya!
Sebab saya ada perasaan pada Putera Aquasteed?
Kamu...
Jangan berlagak hanya sebab kamu boleh datang sini
lepas dapat berkat pari-pari!
Maafkan saya.
Alang-alang tu, Aishira.
Kamu tahu pasal orang sekeliling Tiararose tak?
Lebih kurang.
Kalau macam tu, kamu tahu keadaan Crail?
Tuan Crail?
Maaf. Saya tak kenal.
Apa?
Padahal aku dah susah payah buka jalan ke sini.
Sudahlah. Balik sana.
Padahal dia cakap nak datang minum teh dengan aku.
Kalau guna ni...
BISIKKAN KATA CINTA
Jadi, kamu berjaya jumpa Raja Pari-pari Laut, tapi terus dihalau?
Ya.
Tapi saya tak mengalah dan menyelam banyak kali.
Tapi,
saya tak dibenarkan sampai ke istana Raja Pari-pari.
Jangan fikirkan sangat.
Kes biskut tu hal kecil je.
Terima kasih.
Berkaitan hal ni, saya pun akan bertindak...
Crail?
Aku datang nak main.
Tuan Crail.
Tuan Crail?
Apa? Kau palau aku?
Keith!
Dengar cerita kau minum teh dengan Crail kebelakangan ni.
Lama tak jumpa, Tiara.
Hari ni aku bawa buah tangan istimewa.
Teh hitam karang.
Teh hitam dari karang?
Padahal kamu Raja Pari-pari Langit, tapi suka teh hitam karang?
Ya.
Ni kegemaran aku.
Walaupun begitu,
ni pemberian Pearl.
Rasanya sedap, jadi aku kongsi.
Pearl?
Bau laut dan bau manis macam bunga.
Wangi, kan?
Tiara tu isteri aku!
Jangan dekat dengan dia!
Aduh, Aquasteed dinginnya.
Kalau tak jaga elok-elok, nanti aku rampas tau.
Keith, saya cuma setia pada Putera Aqua!
Saya pun.
Korang memang asyik berkepit je ya.
Buat orang cemburu je.
Dia...
Aku ingat boleh jumpa kau kalau guna teh hitam karang ni.
Tuan Crail, dia...
Ya. Ni kali pertama korang jumpa dia, kan.
Raja Pari-pari Laut, Pearl.
Pearl, kenapa kau marah sangat ni?
Janganlah macam tu. Kau kena beri salam dengan betul.
Jangan arah-arahkan aku!
Padahal kau lelaki, tapi pakai macam tu!
Pearl.
Tuan Crail tu lelaki?
Raja Pari-pari memang pelik.
Karakter mereka semua sangat kuat.
Tak sangka ketiga-tiganya akan berkumpul di sini.
Crail bodoh!
Sebab dia cakap benci lelaki,
jadi aku ingat boleh rapat kalau berpenampilan macam ni.
Kau suka sangat kat Pearl ke?
Tapi dia takkan suka kau setakat kau pakai baju perempuan.
Aku tahu.
Aku pun dah berusaha keras.
Tuan Crail.
Tiara.
Kita sebagai manusia
tak patut masuk campur urusan Raja Pari-pari.
Tapi...
Mesti ada salah faham kenapa dia dibenci.
Kesian kalau mereka terus bergaduh macam ni.
Lagipun, kalau Keith perasan, patutnya dia bagitahu!
Tapi, aku takkan mengalah.
Aku akan perlahan-lahan dekati Pearl macam biasa.
Oh, semoga berjaya.
Oh ya,
rasanya aku nak bagi Pearl hadiah.
Boleh kau teman aku pergi beli nanti?
Aku tak tahu hadiah apa yang sesuai untuk perempuan.
Kalau saya boleh bantu, dengan besar hati.
Cik Pearl.
Jangankan benci Tuan Crail,
aku yakin dia sebenarnya suka.
Cik Pearl tak suka ke sebab saya dan Tuan Crail
berseronok di majlis teh?
Betul!
Tak sangka Raja Pari-pari Laut datang sendiri.
Apa rancangan kamu?
Untuk apa majlis teh tu?
Err...
Cuba pikat Raja Pari-pari dengan kek sedap.
Mesti ada udang di sebalik batu.
Kalau macam tu, Cik Pearl nak ikut majlis teh juga?
Apa yang kau mengarut ni?
Aku takkan minum teh dengan kau!
Saya akan jemput Tuan Crail juga.
Tuan Crail pun teringin sangat nak jumpa Cik Pearl.
Kan aku dah cakap...
Mesti seronok.
Kau patut sedar diri nak ajak Raja Pari-pari minum teh sesuka hati!
Hari ni aku lepaskan kau,
tapi kalau ni melampau, aku takkan berdiam diri.
Cik Pearl, saya...
Diam!
Jangan bantah aku, Raja Pari-pari Laut!
Jangan dekati raja, jangan dekati Crail lagi!
Tuan Crail.
Maaf.
Kenapa?
Saya tak boleh ikut pilih hadiah untuk
Cik Pearl.
Kenapa?
Kamu tak suka?
Nak pilih hadiah untuk wanita yang disukai
janganlah ajak wanita lain tolong pilih.
Hati perempuan ni cuma nak hadiah
yang dipilih khas oleh orang tu je.
Dia mesti lagi gembira kalau Tuan Crail sendiri yang pilihkan.
Macam tu rupanya hati perempuan ya.
Kalau macam tu, biar aku pergi beli sendiri.
Terima kasih, Tiararose.
Tengah cari hadiah ke?
Ya, betul.
Aku ingat nak hadiah yang diperbuat daripada karang.
Warna apa yang cantik, ya?
Merah pun cantik,
tapi warna langit dan laut pun cantik juga.
Ni cantik.
Aku ambil ni.
Terima kasih banyak.
Agak-agak dia suka tak?
Wah, ni comel.
Ni macam sesuai je untuk Tiararose.
Alang-alang kami dah kawan baik.
Beli sedondon pun bagus juga.
Crail.
Gembira nampak.
No comments yet. Be the first to leave one.