Release info

The Innocent Man Nice Guy EP09-WITH Frosub
A Commentary by frosub
FROSUB FRO-SUB.BLOGSPOT.COM

Tags

other
Published on: 2016-02-29
Downloads: 19
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kita patut datang bersama. Kenapa awak datang seorang diri?

Saya tiba-tiba ingin melihat laut.

Terima kasih untuk baju dan kasut ini.

Macam mana awak tahu saiz saya?

Awak tentunya seorang kaki perempuan.

Lebih kurang.

Ianya lebih cantik dari gambar, bukan?

Saya tak tahu ada tempat yang secantik ini di Korea.

Ini bukan kali pertama awak ke sini, betul?

Ini kali pertama bagi saya.

Saya sepatutnya datang ke sini dengan seseorang dulu, tapi kami tak datang.

Siapa?

Seseorang yang saya pernah cintai.

Siapa orang itu?

Han Jaehee.

Dah berapa lama awak tahu tentang Jaehee dan saya?

Adakah ianya penting?

Kenapa awak tak tunjukkan?

Kerana saya tak nak kehilangan awak.

Awak tentu dah tahu kenapa saya mendekati awak.

Ianya tak penting.

Perasaan awak tak penting, tapi perasaan saya penting.

Saya hanya mahu memiliki awak.

Awak nak tidur dengan saya?

Kenapa awak tak pernah ajak saya tidur dengan awak?

Saya mahukan Han Jaehee, bukan awak.

Kalau awak masih tidak berputus asa dengan saya

dan kalau awak rasa kita masih ada peluang,

saya boleh ubah fikiran.

Kalau awak bukan seorang yang menyerahkan segala demi seorang lelaki

tapi pewaris Kumpulan Tae San, saya boleh ubah fikiran saya.

Sanggupkah awak buat begitu?

Jika begitu saya akan mempertimbangkannya dengan serius.

Saya ada soalan.

Adakah semua yang awak katakan dan lakukan telah dirancang?

Mungkin.

Termasuk mendapatkan anak patung untuk saya di curam itu?

Mungkin.

Adakah awak bodoh?

Satu tersilap langkah awak boleh mati.

Awak sanggup ambil risiko itu untuk memikat seorang perempuan?

Jika awak mati, kehidupan awak berakhir. Awak boleh lupakan Han Jaehee.

Awak tak masuk akal.

Kenapa awak menipu?

Kang Maru yang saya kenal.

Dia bukanlah orang yang di hadapan saya sekarang.

Sebab itu saya lepaskan segalanya dan datang pada awak seperti orang gila.

Mari kita larikan diri.

Kalau kita tak boleh tinggal di sini, mari pergi ke negara lain.

Saya akan pergi ke mana saja yang awak mahu.

Kita boleh pergi ke suatu tempat yang tiada siapa kenal kita.

Sebab itu awak jatuh hati pada saya.

Awak nampak saya berpura-pura mempertaruhkan nyawa saya demi awak.

Sebab itulah...

Awak panas baran, tak mempercayai orang dan angkuh.

Tapi awak jatuh hati dengan saya begitu mudah.

Awak rasa ada apa-apa yang boleh saya buat untuk dapatkan Jaehee semula?

Episod 9

Helo?

Langkah pertama untuk pesanan awak telah selesai.

Keluarga saya. Emak, ayah, saya, adik saya.

Bolehkah awak mempertimbangkannya semula?

Esok hari jadi Eungi, betul?

Ya.

Ke mana awak pergi?

Awak patut hubungi saya.

Apa terjadi pada muka awak?

Ke mana awak pergi? Apa awak dah buat?

Han Jaehee!

Penipuan Akaun Taesan Securities

Dana luar negara Taesan Elektronik

Apa...

Kenapa awak ada semua ini?

Ianya salinan yang saya simpan jika terjadi sesuatu.

Saya tak pernah sangka saya terpaksa menggunakannya.

Awak...

Awak...

Saya pertaruhkan nyawa saya untuk selamatkan awak.

Saya dah musnahkan hidup lelaki yang saya cintai.

Han Jaehee... tergamak awak?

Tergamak awak buat begini pada saya?

Awak tak pernah percayakan saya.

Awak selalu mencurigai saya.

Kenapa?

Adakah kerana parut yang ditinggalkan isteri pertama awak?

Awak hanya cintakan seseorang.

Saya tahu isteri pertama awak adalah satu-satunya yang awak cintai.

Ianya tak penting.

Saya juga mencintai orang lain.

Bahagikan harta kamu sama rata antara Eunseok dan Eungi.

Jika awak buat begitu, saya akan lepaskan semua yang awak dah beri saya.

Saya akan tinggalkan rumah ini.

Saya sedia menerima apa saja hukuman kerana mengkhianati awak.

Tolonglah.

Tolonglah, kali ini saja.

Eunseok juga anak awak!

Tuan! Tuan!

Tuan.

Tuan.

Sedarlah. Tuan!

Apa yang awak buat?

En. An.

Dia memang akan mati.

Cuma ianya berlaku beberapa bulan lebih awal.

Dia ada kuasa, kemasyhuran dan kekayaan yang orang lain tak berani impikan.

Tentu dia tak ada apa-apa yang nak dikesalkan lagi.

Awak gila.

Tolong!

Awak yang minta bantuan.

Awak kata awak nak tinggal di sini untuk tempoh yang lama.

Awak kata awak tak nak kembali semula ke kehidupan yang teruk.

Awak minta bantuan saya.

Kita tiada pilihan lain.

Fikirkan tentang orang yang awak perlu lindungi sekarang.

Bagi saya, orang itu adalah awak.

Bagi awak adalah Eunseok. Fikirkan tentang Eunseok saja.

Presiden meninggal dunia. Hubungi saya semula.

Presiden Seo Jeonggyu dari Kumpulan Taesan telah meninggal dunia hari ini.

Mendiang menerajui kumpulan ini selama 30 tahun, sejak kematian ayahnya.

Mendiang telah membawa kumpulan ini ke arah pembangunan.

Walaupun dah jatuh sakit, mendiang masih tetap terlibat dalam pentadbiran.

Isterinya, Pn. Han Jaehee, seorang anak lelaki dan anak perempuan, selamat.

Ini berita yang baru diperolehi.

Anak mendiang Presiden Seo, Seo Eungi cedera dalam satu kemalangan.

Kemalangan itu berlaku di terowong daerah Gangwon.

Kereta Seo Eungi telah memasuki laluan lain dan menyebabkan pelanggaran.

Pemandu kenderaan yang dirempuh juga berada dalam keadaan kritikal.

Seo Eungi merupakan satu-satunya anak perempuan presiden Seo Jeonggyu.

Dia adalah calon pewaris yang akan mengambil alih Kumpulan Taesan.

Perlukah saya hantar Tuan Muda pulang?

Tidak.

Abang Tuan Muda dan isterinya sedang menunggu Tuan Muda.

Tak mungkin.

Tuan Muda.

Mereka mungkin takut saya kembali memandangkan ayah dah meninggal.

Saya boleh nampak.

Saya dengar abang saya bukan setakat boneka ayah saya.

Dia lebih teruk dari mendiang ayah saya.

Kenapa dia hidup seperti itu?

Tidakkah dia takut kesannnya nanti?

Bukannya dia boleh bawa duit bersama semasa dia mati.

Terima kasih.

Dia cantik.

Awak belum jumpa dia lagi?

Belum.

Saya dapat tahu dari berita, dia hilang semasa di hospital.

Sudah berapa lama dia hilang?

Sudah 12 bulan.

Mungkin dia sudah mati.

Kalau tiada berita dari dia dalam setahun, mungkinkah dia dah mati?

Siapa yang akan ambil alih Kumpulan Taesan jika dia tak kembali?

En. Park.

Junha.

Bagaimana dengan keadaan Presiden?

Dia belum mati, betul?

Laluan yang sedang kita lalui tiada bezanya.

Saya tanya sama ada Presiden sudah mati atau belum!

Saya dah rekodkan segalanya.

Saya nak ke balai polis sekarang.

Pergilah.

Pergilah ke balai polis.

Ada sesuatu yang awak perlu bawa ke balai polis.

Bawa itu juga bersama awak.

Ianya bukti yang menunjukkan ayah awak merancang kemalangan yang menyebabkan

ibu Eungi terbunuh.

Awak tipu.

Saya tahu awak terdesak, tapi tergamak awak kata begitu?

Ayah awak buat perkara sebegitu.

Saya diberitahu kerana dia percayakan saya.

Tiada cara lain untuk menghalangnya.

Puan telah mengugut Presiden dan mengatakan akan membawa Eungi pergi.

Tak mungkin.

Tak mungkin.

Saya akan serahkan bukti ini kepada Eungi.

Saya yakin dia cukup bijak untuk mengetahui apa maksudnya.

Bagaimana perasaannya bila dapat tahu ayahnya menyebabkan kematian ibunya?

Saya dah bercakap dengan orang hubungan untuk bidaan pasaraya bebas cukai.

Siapa pesaingnya?

Kumpulan Mirae dan Kumpulan Jinseon.

Nampaknya Puan Jo dari Bahagian Pasaraya Mirae ada di sini.

Itu isteri Presiden Kumpulan Mirae.

Presiden Jo.

Siapa awak?

Saya Han Jaehee, Presiden Kumpulan Taesan.

Oh, Taesan.

Saya dengar ada Presiden baru.

Gembira bertemu awak.

Saya mengharapkan bantuan daripada awak.

Saya dengar Presiden Kumpulan Taesan seorang yang cantik.

Saya rasa khabar angin itu benar.

Puan terlalu memuji saya. Saya bertuah dapat bertemu Puan.

Saya dengar Taesan membida pemilikan pasaraya bebas cukai itu.

Mari bertanding secara adil.

Sudah tentu.

Baru-baru ini awak memohon keahlian VVIP di hotel kami, betul?

Ya.

Saya beri arahan untuk menolak permohonan awak.

Jika seseorang yang tiada kelas seperti awak menjadi ahli,

ahli kelab yang lain tak akan senang hati.

Apa maksud Puan?

The Innocent Man (Nice Guy / Sesang Eodiedo Eobneun Chakhan Namja / 세상 어디에도 없는 착한남) subtitles in other languages

More Malay subtitles for The Innocent Man (Nice Guy / Sesang Eodiedo Eobneun Chakhan Namja / 세상 어디에도 없는 착한남)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left