Season 1

Release info

Frieren Beyond Journeys End S01E33 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Sousou no Frieren - 05
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-02-13
Downloads: 36
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 177 lines.

(29 tahun selepas pemergian Himmel. Di daratan tinggi utara, Kawasan Bier)

Tidak sangka ada bandar di dataran tinggi utara juga.

Banyak kedai arak.

Ini adalah satu-satunya kawasan jelapang di dataran tinggi utara.

Aktiviti pembuatan arak memang popular di sini sejak dahulu.

Bos Fass yang cakap begitu.

Katanya dia hampir jumpa Boshaft.

Benarkah?

Apa itu Boshaft?

Saya pernah dengar daripada Heiter.

Ia adalah nama arak ternama yang terbaik yang di hadiahkan kepada

raja sebuah empayar yang dahulunya menakluki majoriti benua ini.

Dia menangis tidak dapat minumnya disebabkan Frieren-sama.

Ada sebab-sebab tertentu.

Saya tak nak lama di bandar ini.

-Frieren. -Selepas selesai beli barang kita berge—

Frieren rupanya.

Sudah 100 tahun tidak berjumpa.

80 tahun saja, Fass.

Terlalu cerewetlah.

Tak macam awak pula.

Ada muka baru.

Mana abang yang suka minum arak itu?

Heiter sudah mati.

Mati yang tenang.

Begitukah.

Saya terlambat sedikit nampaknya.

Saya sudah tahu keberadaan arak diraja, Boshaft.

Sudikah awak tolong saya?

Awak boleh menggunakan magis, bukan?

Apa kaitan antara Boshaft dan magis?

Awak akan tahu nanti.

Di sini.

Ini...

Terowong?

Saya galinya sendirian.

Dwarf sentiasa dikaitkan dengan pelombong.

Tapi saya dibesarkan di bandar.

Saya belajar semua ini dari awal.

Ini semua demi arah ternama yang terbaik.

Siapa pakcik itu?

Dia adalah Fass.

Penggemar arak tegar.

Dia tidak berhenti mencari Boshaft lebih 200 tahun.

Semasa pertemuan sebelum ini pun dia minta bantuan kami,

tapi disebabkan kami dalam perjalanan menewaskan raja Setan,

kami menolaknya.

Boshaft!

Lepaskannya.

Susah betul nak bawa Heiter pergi.

Kenapa awak gali terowong

untuk mencari arak?

Sejak awal lagi ada legenda yang mengatakan bahawa di bawah sini

tertanam peninggalan tempat simpanan Boshaft.

Dan 200 tahun lalu,

saya menjadi lebih yakin

apabila terjumpa batu bersurat ini.

Ini bahasa Elf purba.

Ini adalah manuskrip yang mengangkat Boshaft sebagai arak ternama yang terbaik.

Milliarde

Adakah ini penulis manuskrip ini?

Pandainya awak.

Mampu membaca bahasa elf purba semuda ini.

Saya diajar oleh Frieren sejak kecil.

Majoriti buku magis ditulis dalam bahasa Elf purba,

susah jika awak tidak boleh membacanya.

Saya sudah agak Milliarde rupanya.

Sejak jumpa manuskrip ini,

saya mula mencurahkan jiwa demi Boshaft.

Akhirnya ia berada sangat dekat dengan saya.

Awak sudah jumpa peninggalan itu?

Ya.

Saya berjaya sampai ke tempat peninggalan.

Seperti yang lihat,

pintu bilik ini tidak boleh dibuka.

Pendinding yang kuat dipasang untuk menyimpan arak itu.

Tapi awak pasti mampu pecahkannya.

Mustahil.

Mana mungkin tak mustahil.

Ia mengambil masa untuk pecahkannya

Budak-budak itu tidak suka.

Saya akan berikan ganjaran.

Adakah buku magis?

Duit!

20 keping syiling emas Reich.

Kalau begitu, tak perlu cakap apa-apa lagi.

Saya merayu, Frieren.

Minum Boshaft adalah impian saya.

Saya sudah mencari lebih 200 tahun.

Saya tak nak.

Frieren-sama, apa salahnya tolong dia.

Betul itu.

Kesian pada pakcik Fass.

Kenapa ini, geli pula rasanya.

Sedangkan biasanya awak berdua membantah.

Frieren-sama, 20 keping emas, itu perbelanjaan perjalanan.

Nilainya sangat banyak.

Kita tidak akan kesempitan wang untuk seketika.

Tapi ia mungkin mengambil masa 3 bulan untuk pecahkannya.

Sekejap saja.

Kami terima.

Saya tak nak peduli jika apa-apa berlaku nanti.

Pemecahan pendinding hampir selesai.

Mungkin esok akan selesai.

Muramnya muka awak.

Betul itu.

Boshaft itu tidak sedap pun.

Tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa diri.

Tapi manuskrip itu tertulis...

Dalam kalangan Elf juga

terdapat segelintir yang suka isi masa dengan perkara sia-sia.

Milliarde, awak selalu termenung dan tidak lakukan apa-apa.

Dalam jangka hayat panjang kita sebagai Elf,

kita sering mengejar sesuatu.

Awak rasa apa sebabnya?

Sebab apa?

Supaya tidak jadi seperti saya.

Frieren,

awak boleh bayangkan perasaan apabila tahu benda yang cari

dengan seluruh jiwa awak adalah tidak bernilai dan hanyalah sampah?

Tak boleh.

Itu berkaitan siapa?

Saya.

Diri saya yang dahulu.

Arak ini memang tidak sedap.

Boshaft.

Arak murah paling teruk yang diedarkan semasa majlis pertabalan.

Sebelum saya datang ke kampung ini

saya ini masa lapang dengan menulis manuskrip.

Saya tulis "Boshaft adalah arak ternama yang terbaik".

Apa tujuan awak tulis itu?

Tiada tujuan.

Akhirnya masa ini tiba.

Keadaan penyimpaannya juga baik.

Tidak sangka hari saya dapat minumnya akan tiba.

Mari raikannya.

Awak semua pun minum juga.

Ini...

Frieren.

Kenapa awak menolak untuk mencari Boshaft?

Heiter, awak suka arak bukan?

Sudah tentu.

Awak mengaku saja, dasar pendeta rosak.

Jika arak yang awak cari dengan sepenuh jiwa

sangat tidak sedap, apa awak akan lakukan?

Tentang itu...

Saya akan ketawa terbahak-bahak.

Ia arak yang tidak sedap bukan?

Jika begitu, semua perlu nikmatinya bersama.

Bagaimana saya nak cakap...

Tak sedap.

Lebih teruk daripada semua arak yang saya pernah minum.

Kenapa awak tengok saja?

Stark cuba minum juga.

Tak nak. Tak sedap, bukan?

Minum saja.

Tak sedap.

Ini memang tak sedap.

Saya ada arak sebanyak ini.

Mari heret seluruh kampung bersama.

Frieren,

walaupun pengakhiran tidak seperti saya harapkan,

ini malam paling seronok dalam hidup saya.

Saya gembira awak semua berada di sini.

Arak memang kena diminum dengan gembira.

(29 tahun selepas pemergian Himmel. Di daratan tinggi utara, Wilayah Syarikat Norm)

Ini roti untuk awak, Stark-sama.

Awak dengar tadi itu?

Roti ini berbunyi hentakan.

Itu bukan bunyi yang makanan patut hasilkan.

Sepanjang minggu ini,

kita makan roti keras ini saja.

Jangan merungut.

Dataran tinggi utara adalah kawasan yang

tidak subur kecuali kawasan jelapang di Bier.

Sekarang aliran logistik bahan juga tiada,

sekurang-kurangnya ini makanan utama kita semasa berkhemah.

More Malay subtitles for Frieren: Beyond Journey's End

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left