The first 200 lines.
Sila ambil tiket anda.
Ikut papan tanda di dalam…
- Penghantaran. - Terima kasih.
Silakan.
Kono! Kono!
Maaf, kereta api tak jalan.
- Tetamu dah sampai? - Dia dah tunggu.
Sini.
- Cepat bersolek. - Tak payahlah.
Tak boleh.
Saya wartawan. Tak apa.
Temu bual dipendekkan, saya jadi kelam-kabut.
Hati-hati!
Selepas pengumuman, kita ada segmen Jumaat bersama Kono.
TERKINI BERSAMA KONO KYOKO
Satu minit lagi.
- Selamat pagi. - Pagi.
- Di sini saja. - Saya pegang.
Habislah.
Habislah kita. Habis…
- Sepuluh saat! - Penghantaran.
Lapan, tujuh, enam…
Lima saat lagi.
Empat, tiga…
BUKA SEGERA
Sekarang kita dengar pendapat pakar pelbagai bidang
dengan wartawan kita, Kono Kyoko.
Terkini Bersama Kono Kyoko.
Selamat pagi. Saya Kono Kyoko.
- Segmen bermula. - Saya rasa semua orang
sudah mendengar berita tentang penjanaan kuasa biojisim.
Apakah ia sebenarnya?
Hari ini, saya bersama seorang pakar…
Okey, nama.
…yang menemukan kaedah baru untuk penjanaan kuasa biojisim,
Profesor Emeritus Sano Kyugo dari Universiti Teito.
- Terima kasih sudi datang. - Okey.
Sama-sama.
Ia kini menjadi tumpuan atas faktor alam sekitar,
tapi apa sebenarnya penjanaan kuasa biojisim?
Perkataan "biojisim" ialah gabungan "bio", merujuk kepada sumber biologi,
dan "jisim" yang merujuk kepada kuantiti.
Sumber organik yang berasal daripada tumbuhan dan haiwan.
Sisa makanan dari rumah
dan kumbahan dari pembetung bandar boleh dibakar terus sebagai bahan api
atau diubah menjadi biojisim untuk penjanaan kuasa.
Jadi, ia cara untuk menjana kuasa menggunakan sisa bandar.
Ya, betul.
Sebelum ini, pelupusan sisa bandar memerlukan kos yang tinggi,
tetapi dengan penggunaan sisa sebagai bahan api,
setiap pusat akan meraih penjimatan tahunan
sebanyak 300 juta yen.
Namun begitu, untuk melakukannya dengan betul,
kita perlu mewujudkan sistem kutipan di peringkat kerajaan tempatan
untuk sisa makanan dan bahan buangan.
Tugas ini terlalu berat bagi kerajaan tempatan.
Projek ini patut dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
Nampaknya ia akan mengambil masa.
Profesor ada rancangan yang kukuh?
Projek ini melibatkan 300 juta yen…
Profesor?
Apa? Kenapa?
- Apa jadi? - Apa hal?
- Tunggu apa? Hentikan siaran! - Dia terapung.
HUMAN VAPOR
Selamat pagi!
Hei.
- Kulit telur. - Seminggu cuti tanpa izin.
Kau tahu kau menyusahkan orang?
Saya kemalangan.
Saya dah telefon.
- Saya sakit, tak boleh bergerak. - Aku tak peduli!
- Aku potong gaji. - Apa? Apa bos cakap?
Hoi. Guna bahasa Jepun.
Cakap bahasa Jepun!
Aku pecat kau nanti.
Kau pendatang haram, kau akan dihantar balik ke negara kau.
Maaf mengganggu!
Kenapa?
- Ada benda pelik dalam makanan? - Taklah. Sedap.
Terima kasih.
Tapi,
saya tak boleh bayar.
Apa?
Nampaknya encik tak nak bayar gaji dia.
Saya pun tak payah bayarlah.
Palm?
Palm.
Palm!
Ya?
Kau kenal dia?
Saya tak kenal dia.
Ini bukan urusan kau.
Kau tak payah masuk campur.
Macam manalah encik masih berniaga?
Terang-terang encik langgar undang-undang buruh.
Bahan mentah menyalahi peraturan keselamatan makanan.
Encik letak meja di luar juga.
Ada permit untuk guna jalan awam?
Celaka…
Hei!
Kau keluar sekarang.
Sakitlah, sial.
Maaf…
Maaf, siapa nama tadi?
Palm, betul tak?
Palm?
Hei, Okamoto.
Tuan? Ada apa?
Kamu di mana?
Saya makan di luar.
Pergi ke tempat kejadian cepat.
Apa?
Saya digantung kerja, bukan?
Saya diarahkan untuk tugaskan kamu ke Divisyen Siasatan Pertama hari ini.
Pergi ke JNT sekarang.
JNT?
Terima kasih.
Dia kata dia akan bayar gaji.
Kamu patut cari tempat kerja yang lebih elok.
Tak ada orang nak upah saya.
Jangan buat andaian.
Kalau itu andaian kamu, tiada apa yang akan berubah.
Semoga berjaya.
Berundur. Hei, kamu. Berundur!
Saya di hadapan ibu pejabat JNT.
Dilarang masuk.
Tolong berundur.
- Maaf, dilarang masuk. - Tak apa…
Okamoto.
Kamu lambat.
Minta maaf kena tunggu.
Sudah tiga bulan, tuan.
Tahniah dapat kembali bekerja.
Kes bunuhkah?
Sebenarnya,
susah nak cakap…
Apa jadah…
Apa jadi di sini?
Sano Kyugo ialah profesor kejuruteraan tenaga alam sekitar.
Ia terjadi semasa rancangan pagi.
Asap apa itu?
Ia tak disiarkan, betul?
Ia siaran langsung, jadi…
Biar betul?
Kyoko?
Malangnya, Kono Kyoko yang menemubual Profesor Sano.
Mana dia sekarang?
Forensik dah kumpul bukti, jadi dia berehat di kafeteria.
Tuan nak cakap dengan dia?
Jangan cakap benda tak perlu.
Tak payahlah terlibat dengan wartawan itu lagi.
Selamat sejahtera, tuan.
Maaf mengganggu.
Okamoto dari Polis Metro.
Boleh saya cakap dengan Cik Kono sekejap?
Awak okey?
Kenji…
Awak dah bertugas semula.
Jadi, awak yang akan mengetuai kes ini?
Ya, boleh dikatakan begitu.
Ini kes besar, ramai detektif lain terlibat sama.
Baiklah.
Sebelum kejadian,
ada apa-apa yang pelik tentang Profesor Sano?
Tak ada apa-apa pun.
Macam dalam siaran.
Cik!
Pengarah adakan mesyuarat tergempar untuk ketua wartawan.
Baiklah.
Saya dah jawab. Boleh saya pergi?
Tuan dengar tak?
Kono dah jadi ketua wartawan.
Dia dinaikkan pangkat.
Tuan pula digantung kerja.
Licik betul dia.
Dari mana kita nak mula?
Berita tergempar.
Sekitar pukul 10 pagi di studio JNT, Prof. Emeritus Sano dari Universiti Teito
meninggal dunia selepas terapung dan meletup.
Tuan Pengarah!
Hei.
Ya, okey.
Kotak ini dihantar ke jabatan berita pagi tadi.
Tuan tak mahu buka?
Entahlah. Nampak mencurigakan.
- Jangan! - Kyoko!
Hati-hati.
Tak berbahayakah?
Kosong.
Ada kod QR.
Mungkin kita patut imbas.
Nanti.
Kalau ia dihantar oleh penyerang itu,
bukankah kita patut serah untuk siasatan?
Kalau ini berita eksklusif?
Lapor kepada polis atau siar dalam berita…
Kita tak boleh tentukan selagi kita tak tahu.
Dah keluar.
Saya sambung ke skrin.
No comments yet. Be the first to leave one.