The first 166 lines.
Menghilangkan kotoran ini sebenarnya "kimia."
Dengan menyesuaikan bahan pada setiap kotoran,
dan meletakkan pelarut mengikut urutan.
Tengok! Kita boleh hilangkan kotoran sampai bersih macam ini!
Hebat!
Saya nak tanya! Ubat untuk hilangkan kotoran itu beli di mana?
Kakak selalunya pesan daripada pembekal bahan yang datang seminggu sekali.
Nak tanya!
Kena tunggu orang itu datang dulukah?
Tak bolehkah beli melalui kedai dalam talian?
Er...
Kakak pernah dengar boleh beli.
Tapi, kakak tak berapa tahu pasal internet.
Er...
Kakak tak tahu internet, ya?
DOBI KINME
SELAMAT DATANG
TUNJUKKANLAH DAYA TARIKAN AWAK!
Terima kasih sebab luangkan masa kakak di tengah kesibukan hari ini.
Kami betul-betul tak mengganggukah?
Taklah.
Kebetulan kakak tengah ada masa lapang,
kakak gembira kalau boleh bantu kajian bebas
cuti musim panas kamu semua!
Nairo-chan, awak betul-betul rajin belajar, ya.
Ya! Nairo suka sangat belajar!
Penghantaran snek daripada nenek Nairo-chan ini.
Sedapnya!
Siput Shittaka.
Teksturnya rangup tapi kenyal, dan berkrim.
Selamat datang!
Selamat tengah hari! Sumiyaki-san!
Kinme-san. Terima kasih atas kerja awak selama ini.
Boleh tunggu sekejap?
Baik.
Maaf, Nairo-chan dan yang lain.
Pembekal bahan dah datang, jadi tunggu sekejap, ya.
Pembekal bahan?
Maaf! Sebab buat kamu menunggu!
Tak mengapa.
Saya bawakan katalog baharu.
Terima kasih macam biasa.
Stok plastik pelindung dah makin sikit, boleh saya pesan lagikah?
Baik. Saya faham.
Oh ya, Kinme-san.
Adakah kedai ini ada gunakan SNS atau SMS?
SN...
Maksudnya promosi melalui WEB.
Er... Web...
Sila tengok ini.
Ini ialah akaun FaceNote syarikat kami.
Selain ini, kami juga menyebarkan maklumat melalui laman web dan SMS.
SYARIKAT JUALAN KAMASU
Benda-benda begitu memang perlulah, ya?
Rasanya ia dah jadi satu kewajipan sekarang.
Dalam akhbar industri pun selalu dibincangkan.
Tapi sekarang dah jadi perkara biasa untuk dapatkan pelanggan baharu di internet.
Hanya dengan DM dan edar risalah cara lama,
keberkesanannya terhad.
Kalau tak silap, di kedai Kinme-san,
selain pakaian, produk kulit dan kain pun diterima, kan?
Ya.
Oh ya, tempoh hari, kamu terima tempahan tairyo-bata dan anak patung Jepun,
dan katanya dapat sambutan, kan?
Lebih kurang begitulah. Syukurlah.
Kinme-san, sebagai pemilik perniagaan sendiri
yang ada kemahiran menghilangkan kotoran dengan teliti dan cermat.
Tambahan pula, kamu sendiri ada keperibadian
serta wajah yang menawan.
Semua daya tarikan itu,
perlu dipromosikan secara aktif melalui media WEB!
Kalau daya tarikan kamu dipromosikan,
pasti akan menarik pelanggan baharu dengan sendirinya.
Tapi, saya kurang pandai pasal internet.
Baiklah! Itu serahkan pada Nairo!
Nairo-chan?
Nairo dan yang lain akan bantu pasal WEB.
Wah, bantuan yang comel, ya.
Saya Sumiyaki dari bahagian jualan.
Saya Kataguchi Nairo, tahun tiga Sekolah Rendah Kinomiya.
Saya kawan sekelasnya, Mebaru Kito.
Saya Kasago Tao.
Selamat berkenalan, ya.
Kejap, kamu semua nak bantu?
Ki-chan tahu sangat pasal internet,
jadi dia pasti boleh buatkan akaun SNS untuk Kinme-san.
Ya, kan?
Lepas itu...
Nairo akan ambil gambar Kakak Kinme masa bekerja,
dan jadi jurugambar peribadi kakak!
Eh? Tapi, takkanlah kakak nak susahkan Nairo-chan dan yang lain.
Taklah.
Bukankah itu idea yang agak bagus?
Kolaborasi budak sekolah rendah dengan kakak kedai dobi,
bunyinya agak baharu.
Modal pun tak banyak,
apa kata cuba dulu?
Waktu macam ini,
pelanggan yang datang bawa pakaian pun agak kurang.
Saya tak tahu sejauh mana keberkesanannya.
Tapi mungkin saya patut cuba.
Kalau kamu semua cakap dengan mak dan ayah kamu,
dan dapat kebenaran, bolehkah kakak minta tolong kamu semua?
- Ya! - Ya!
Tapi boleh tolong jangan masukkan muka kakak dalam gambar?
Baiklah!
Serahkan pada Nairo!
DOBI KINME
Saya akan ambil gambar kakak masa bekerja, ya!
Baik! Mohon tunjuk ajar, ya.
Kalau begitu, mari mulakan.
Aduhai, buat betul-betullah. Saya dah kata jangan ambil gambar muka.
Baiklah! Maaf.
Tunggu... Gambar macam ini tak perlulah.
Gambar di sebalik tabir ini wajib untuk SNS!
Em...
Kakak nak pergi ambil dan hantar barang sekarang,
jadi sesi gambar hari ini sampai sini dulu.
Ambil dan hantar!
Tak, sebaliknya ini peluang yang baik untuk ambil gambar!
Nairo pun nak ikut!
Kami tunggu di sini, ya.
Nairo ada idea bagus!
Bagus! Kakak Kinme!
Hebat sangat!
Betulkah gaya begini akan nampak bagus?
Ya! Di SNS, semua orang buat gaya begini!
Istana itu pun masuk dalam gambar, memang ngam!
Hari ini penat betul.
Kalau Nairo-chan dah mula bersemangat, memang tak boleh dihalang.
Selamat malam.
Eh? Kita jumpa lagilah!
Nairo-chan?
Tahan gaya itu sekejap.
Nairo nak sediakan kamera!
Janganlah ambil gambar masa saya mandi!
DOBI KINME
Nampak macam hasil kerja profesional, ya!
Ki-chan hebat, kan?
Pasal tulisan dan suntingan gambar,
itu sebab Nairo-chan dan Tao-chan yang buat dengan bagus.
Ini...
Ini ialah gambar kehidupan seharian kakak.
Benda macam ini penting sangat.
Yang tengah hilangkan kotoran ini kakak, ya?
Mestilah.
Cantiklah gambar ini. Hebatnya!
Er, jadi ini dah selesai, ya?
Kakak tak perlu buat apa-apa lagikah?
Sebaliknya, kita baru saja bermula.
Mula-mula, kita kena tambah pengikut.
Pengikut?
Di sini.
Ia macam jumlah peminat,
lagi banyak jumlahnya,
maknanya lagi ramai orang yang tengok akaun ini.
Tapi sekarang masih kosong.
Harap-harap ia akan bertambahlah.
Nairo dan yang lain akan selalu kemas kininya.
Ya, kan?
Terima kasih.
Tapi jangan paksa diri, ya.
- Baik! - Baik!
Em, Mak Cik Aji.
Ada apa?
Sebenarnya beberapa hari lepas,
No comments yet. Be the first to leave one.