The first 200 lines.
Boleh tolong ikut saya, Encik?
Boleh ikut saya, Encik?
Tangan di depan.
Letak tangan di belakang kepala.
Tangan di belakang dan pusing.
Buka mulut. Buka mulut.
Ada apa-apa yang disyaki, George?
Tak ada. Dia tak bahaya.
Okei. Mr. Khan, kami dah selesai.
Awak boleh pergi.
Kemas balik beg awak.
Dah pergi. Ia dah pergi.. Kapal terbang yang terakhir ke Washington Dc dah berlepas.
Kapal terbang American Airlines yang terakhir dah berlepas.
Kapal terbang yang seterusnya selepas tujuh jam dan lima minit.
United 59. United.. United 59.
Berlepas pada pukul 6.10 pagi. Tiket $366.. berharga $366.
Saya tak ada duit.
Saya kena ambil bas ke Washington DC sekarang.
Okei. Saya kena ambil bas Washington DC sekarang.
Kenapa awak nak pergi ke Washington DC?
Saya nak pergi jumpa Presiden Amerika Syarikat.
Kenapa? Dia kawan encik ke?
Oh, tak, tak, tak, tak. Dia bukan kawan aku. Tak, tak, tak.
Saya ada benda nak cakap dengan dia.
Ya ke? - Ya.
Macam mana ya, saya pun ada sesuatu nak beritahu presiden tu.
Okei. Okei. - Beritahu dia saya cakap, 'howdy' (hai).
'Howdy'? 'How..' Okei.
Pen?
J. Marshall.
John. - John.
John. - John. John Marshall cakap 'howdy'.
'Howdy'. Okei. 'Howdy'.
Ya. Okei. Okei. John Marshall cakap..
Tapi saya ada.. pesanan saya sendiri kepadanya.
Ya ke? Apa dia?
Awak tahu di mana Osama?
Oh, tidak, tidak, tidak, tidak. Bukan itu. tidak, tidak, tidak.
Jadi, apa pesanan En. Khan?
Aku nak cakap..
Nama saya Khan. Dan saya bukannya pengganas.
Bismillahirrahmaanirrahim..
Semoga Allah merahmati surat yang saya tulis kepada awak ni.
Buku yang berjudul 'Different Minds' mengatakan..
..orang seperti kita tidak boleh meluahkan perasaan dalam kata-kata.
Tapi kita boleh meluahkannya dengan tulisan .
Saya boleh tulis beribu-ribu kertas , berjuta-juta masa ayat..
'Saya sayang awak, Mandira.'
Tapi tidak sekalipun saya boleh mengatakannya.
Mungkin sebab itulah awak marahkan saya.
Saya sudah berjanji dengan awak yang saya akan jumpa presiden itu ..
..jadi, saya sekarang sedang berusaha.
Kalau sempat, saya akan tulis semua..
..yang tidak boleh saya katakan.
Dan dengan itu, awak akan mencintai saya lagi.
Ayah saya Dilawar Amanullah Khan bekerja..
..di bengkel kenderaan S.T. di Borivali.
Dia selalu membawa saya ke tempat kerja setiap hari.
Dan membiarkan saya bermain di dalam garaj.
Sejak hari itu, saya boleh membaiki banyak barang.
Yang peliknya, saya tak boleh menyembuhkan penyakit ayah.
Hei, ini tempat ayah awak?
Balik dan 'bunuh' masa awak.
'Bunuh'? 'Bunuh'?
Keluar sekarang! Keluar!
Tak guna! Bodoh! Rosak baju aku!
Ammi.. Ammi.. Ammi..
Zakir sedang tidur.
Apa ini?
'Bunuh masa.' - Kenapa basah ni?
'Bunuh masa.' Saya nak 'bunuh masa.' - Apa?
Abdul, pekerja bengkel suruh saya balik dan 'bunuh masa.'
Macam mana nak buat?
'Bunuh masa? '
Itu ke yang orang jahat tu cakap?
Okei. Mari mak ajar macam mana nak 'bunuh masa.'
Macam ni. Macam ni.
Ini caranya.
Awak boleh, Rizu.
Peluk mak.. sekali je?
Marilah. Marilah.
Mak saya, Razia Khan.
Lega mak rasa awak peluk mak.
Dia dari Jalalpur, UP.
Kerjanya menyulam kain.
Tiada seorang pun doktor yang boleh memberitahunya kenapa saya macam ni.
Tapi mak saya.. Dia tak pernah merasakannya perlu untuk mengetahuinya.
Saya tak tahu bagaimana, tetapi dia tahu macam mana nak ajar saya.
Seperti awak.
Bodoh! Mereka semua!!
Mereka semua sepatutnya ditembak dengan kejam!
Semua wanita dibunuhnya!
Binatang! Jahat! Bodoh!
Kamu semua dengan saya?
Jahat. Mereka semua.
Mereka semua sepatutnya ditembak dengan kejam!
Kan mak dah cakap jangan keluar.
Sekarang, mari kita makan.
Jahat. Mereka semua.
Mereka semua sepatutnya ditembak dengan kejam!
Jahat. Mereka semua.
Apa awak cakap?
Jahat. Mereka semua.
Mana awak dengar semua tu?
Mereka semua sepatutnya ditembak mati.
Senyap!
Jahat. Mereka semua.
Diam, Rizu.
Mari ikut mak. Mari.
Tengok ni.
Ini kamu. Rizvan. Siapa?
Rizvan. - Ya.
Dan orang ini sedang memegang sebatang kayu di tangannya.
Dan dia sedang memukul kamu.
Tak baik.. pukul orang tak baik. - Ya. Tak baik.
Sekarang, ini kamu lagi, Rizvan.
Dan orang ni pula ada gula-gula 'lollipop'.
Dan dia berikannya kepada awak.
Lollipop manis. Ianya benda baik.
Budak baik. - Budak baik.
Sekarang cakap dekat mak, mana satu orang Hindu dan mana satu orang Muslim?
Dua-dua nampak sama.
Bagus.
Ingat satu benda, nak.
Ada dua jenis orang dalam dunia ni.
Orang baik yang buat baik.
Dan orang jahat yang buat jahat.
Itulah yang membezakan manusia.
Tak ada sebab lain. Faham?
Apa yang kamu faham? Cakap kat mak. Cakap kat mak.
Orang baik. Orang jahat. Tak ada perbezaan lain .
Apa yang mak ajar tak diajar di mana-mana sekolah.
Mahupun di sekolah saya.
Cikgu Wadia tinggal di sekitar sini.
Beri mak peta tu.
Jalan cepat.
Rizu, apa yang kamu buat tu? Sudah, datang sini.
Kejap. Datang ni.
Hello. Saya Razia. Ini Rizu. Maksud saya Rizvan.
Banyak saya dengar pasal awak.
Yang awak ni seorang cendekiawan. Awak ada banyak ijazah.
B.A., M.A.
Apa-apalah!
Tapi orang cakap awak tak buat apa-apa. Sayangnya!
Rizu. Rizu saya pandai.
Jadi, saya fikir kalau awak setuju nak ajar dia di sini, di rumah awak.
Dengan cara itu, awak boleh luangkan masa awak juga, betul tak?
Mengarutlah!
En. Wadia. En. Wadia. Percayalah.
Rizu saya seorang budak yang pandai.
Rizu.. cakap dengan En. Wadia dalam bahasa Inggeris.
Cakap dalam bahasa Inggeris. Cepatlah.
Cakap sesuatu dalam bahasa Inggeris.
Wadia. Wadia.
Keluarga Wadia ialah keluarga Parsi yang datang dari Surat.
Launji Narsolaunji Wadia memulakan dinasti pembinaan kapal Wadia pada tahun 1736.
Selepas beliau memperoleh kontrak syarikat Hindia Timur Inggeris..
..untuk membina pelabuhan dan kapal di Bombay.
Wadia. Wadia.
'Lelaki yang berkuda itu menunggang kudanya..
..menuju ke arah rumah tumpangan yang buruk.'
'Lelaki yang berkuda itu menunggang kudanya menuju ke arah rumah tumpangan yang buruk.'
Mak.. Saya lapar. Jomlah balik. Saya lapar.
Mak cakap Cikgu Wadia seorang yang baik.
Orang baik yang buat baik.
Cikgu Wadia ajar saya banyak benda.
Tentang buku-buku. Dan juga tentang kehidupan.
Rizvan. Rizvan, jangan masuk sini.
Ada banyak air dalam ni. Baliklah! Baliklah!
En. Wadia. Awak sedang buat apa?
Keluarlah!
Pelajar awak ni hebat!
Apa yang sedang berlaku? Kenapa kamu semua sedang berteriak?
Rizvan, apa yang kamu sedang buat? Kan cikgu suruh balik.
Sangat bijak.
Kamu pam keluar air dalam ni.
Hebatnya. Bijak. Bijak.
Dia pelajar saya. Pelajar saya.
Awak fikir dia boleh baiki semua ni?
Awak kenal, En. Wadia?
Rizu saya buat sesuatu yang hebat dekat rumah dia.
Air naik sampai takat ni. - Mak!
Kejap!
Air naik sampai sini.
Rizu baiki motor.
Sekejap!
Dia letakkan motor dalam air, dan air itupun hilang!
Saya sendiri yang tengok.
Betul ke? - Ya.
Zakir.
Kamu menang piala, kan?
Mak sangat gembira.
Dan Rizu?
Rizu pun sangat gembira dengan kamu.
Kamu pun patut gembira juga.
Dia abang kamu, kan?
Budak baik. Sapu air mata tu.
Marilah.
kamu anak baik, kan?
Kamu anak baik, kan?
No comments yet. Be the first to leave one.