Kill It

Kill It (킬잇)

Download Malay Subtitle

Release info

킬잇 Kill It E04-NEXT-VIU
A Commentary by King_2

Tags

other
Published on: 2020-07-17
Downloads: 44
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua watak, organisasi, tempat, kes, dan kejadian...)

Hei, ke arah ini. Pergi ke arah ini.

Masukkan mereka ke dalam ambulans dengan segera.

Hyeon Jin.

Hei.

- Awak sudah cari di seluruh tempat? - Ya.

Mereka memang tidak guna.

Jangan biarkan sesiapa keluar.

Apakah ini?

Apakah ini?

Kenapa mereka semua bergelimpangan di sini?

Maaf.

Ada sekumpulan samseng di tingkat atas.

Saya...

Ya, saya yang uruskan mereka.

Hantarkan orang. Mereka perlukan bantuan.

Di sini. Naik ke sini.

Baik.

Samseng tidak berguna.

Saya tahu awak ada pistol di belakang awak.

Buangkannya ke arah ini dan angkat tangan awak.

Saya tidak fikir tangan saya akan bergerak ikut kemahuan saya.

Jangan risau.

Tangan saya akan bergerak lebih cepat.

Lebih cepat daripada awak.

Siapa awak?

Tunjukkan wajah awak jika awak tidak mahu salah faham.

Hyeon Jin.

Hantar beberapa pegawai ke seberang pangsapuri.

Cari setiap bangunan secepat mungkin.

Saya telah menunggu dua tahun untuk saat ini.

Saya juga sama.

Tidak mengapa.

Lihat di sini.

Lihat di sini.

Lihat di sini.

Awak tidak apa-apa?

Awak baik-baik sahaja.

Dia baik-baik sahaja.

Ia satu serbuan lengkap yang jarang berlaku zaman ini.

Kita kehilangan Karimov. Ia bukan serbuan lengkap.

Semua laluan udara dan laut disekat. Kita akan tangkap dia nanti.

Kita akan menangkapnya.

Siapa lelaki yang pukul Sung Ho?

- Dia ahli Geng Terowong atau mafia? - Kami masih belum tahu.

Tangkap dia, dan kita akan tahu.

Apa kata awak ambil ini?

Terima kasih.

Awak ada jumpa apa-apa?

Ia berlaku di lorong belakang, jadi tidak ada CCTV.

Saya ambil kotak hitam dari kereta di tempat kemalangan. Lihatlah.

Dia langgar dinding untuk elak dari kanak-kanak itu, bukan?

Ya. Saya juga telah menyemak kesan tergelincir.

Awak dapat keterangan dari pemandu van?

Karimov mencuri van itu.

Tapi seorang lelaki menaikinya selepas itu.

Lelaki itu.

Bagaimana dengan Karimov?

Saya fikir dia melarikan diri sebelum dirakam oleh kotak hitam.

Seorang lelaki larikan diri dari van yang bergerak laju.

Seorang lagi sengaja mengubah arah untuk menyelamatkan kanak-kanak.

Dia pastinya bukan mafia.

Saya tahu. Tapi dia juga bukan ahli Geng Terowong.

Mungkin dia menjadi wira seorang diri.

Sung Ho juga tidak dapat melihat wajahnya, bukan?

Sung Ho, sebelum awak pengsan,

awak ingat apa-apa tentang lelaki yang memukul awak?

Seperti sarung tangan memanjat, contohnya.

Kenapa awak berbisik?

Katakan sahaja dengan kuat dan jelas!

Biar ia disiarkan dalam berita, dan awak juga boleh di temu bual.

Seluruh dunia perlu tahu...

yang saya, Park Sung Ho, pengsan di tempat kejadian.

- Maaf jika awak tersinggung. - Tidak.

Kenapa saya mahu tersinggung?

Tidak. Ini semua salah saya kerana kehilangan suspek dan pengsan.

Saya tidak dapat naik pangkat, dan sentiasa dipukul oleh seseorang.

Itu semua salah saya, bukan?

Ia sangat teruk, saya tidak boleh menerimanya lagi!

Ia sangat teruk. Oh Tuhan.

Oh Tuhan. Dia selalu bercakap tentang naik pangkat.

Dia yang meletihkan diri sendiri.

Saya akan pergi dan pujuk dia.

Sung Ho!

Apakah itu?

Pergi!

Oh Tuhan, janganlah ketawa.

Tolong jangan ketawa.

Kenapa saya beli ini untuk menderita?

Pergi!

Saya putus asa.

Saya tidak fikir ini sesuai untuk saya.

- Helo? - Di mana kawan awak?

Siapa?

- Siapa maksud awak? - Kawan awak...

yang membunuh bos kami di Busan dan melarikan diri.

Oh Tuhan, dia masih di Korea?

Agaknya dia tinggal lebih lama di sini.

Tapi kenapa saya patut jadi kawan dia?

Saya yang beritahu awak tempat persembunyiannya. Awak lupa?

Berhenti mengarut dan hantarkan saya alamat dia.

Bagaimana saya mahu tahu? Saya di pihak awak!

Betul? Jadi, saya akan buat awak ingat tidak lama lagi.

Helo?

Si tidak guna yang biadab.

- Helo? - Laluan penyeludupan Karimov.

Bagaimana saya mahu tahu? Siapakah saya, mafia?

Saya akan bercuti buat sementara, jadi ingatlah itu.

Apa pun, ini semua salah awak!

Awak pembunuh jenis apa, ditangkap di merata tempat?

Cari laluan penyeludupan dia dan hubungi saya.

Helo?

Mereka selalu tamatkan panggilan apabila selesai bercakap.

Saya bukannya pakar mengintip!

Kita perlu robohkan pintu.

Oh Tuhan.

Cari di dalam.

Apakah ini?

Siapa awak?

Apa yang awak buat...

di rumah saya, berpakaian seperti itu?

Awak sudah hilang akal?

Awak mahu mati?

Awak sudah hilang akal?

Ya, tuan. Saya akan beri telefon kepada dia.

Helo.

Awak nampak seperti sedang tanggung beban yang sangat besar.

Kenapa?

Saya ada buat apa-apa salah?

Wanita yang tinggal di tingkat empat.

Awak boleh buat dia berpindah?

Tiba-tiba? Awak tidak dengar apa yang dia cakap hari itu?

"Jika awak mahu, saya akan jumpa awak di mahkamah."

Saya akan bayar denda yang dikenakan.

Apa yang tidak kena? Ada sesuatu yang telah berlaku?

Saya cuma rasa tidak selesa.

Jika awak rasa tidak selesa, apa kata awak sewa itu juga?

Ia situasi menang-menang untuk kita berdua.

Pergi naik atas.

Awak selalu suruh saya naik atas.

- Awak ada jumpa apa-apa? - Belum lagi.

Sung Ho cakap yang...

dia telah periksa semua klip CCTV di Balai Polis Incheon,

tapi dia seperti hantu. Dia langsung tiada dalam rakaman CCTV itu.

Dia tidak akan berpindah ke tempat lain.

Ahlinya semua telah ditangkap dan perniagaannya telah musnah.

Ia jadi tempat yang paling sesuai untuk sembunyikan diri.

Ya. Saya telah ketatkan pemeriksaan di pelabuhan.

Fokus pada laluan air.

Mustahil dia boleh guna pengangkutan secara sah dengan seorang mangsa.

Pasti ada laluan yang dia telah gunakan selama ini.

Bagaimana pula dengan kes kartrij? Ada apa-apa berita dari forensik?

Tidak, belum lagi.

- Baik. - Selamat tinggal.

Ia bukan Geng Terowong,

ataupun kumpulan mafia.

Siapa dia sebenarnya?

Wakil Rakyat Seo,

awak lakukan tugas yang bagus dengan meluluskan undang-undang itu.

Itu bukannya apa-apa.

Parti kami hanya berkhidmat untuk negara ini.

Saya perlu tahu kenapa Bioteknologi penting untuk masa depan kita,

terima kasih untuk peluang ini.

Disebabkan undang-undang itu telah diluluskan,

harga saham Seahan FT Bio sedang meningkat...

dengan kadar ribuan setiap saat.

Kemudian, disenaraikan di seksyen pelaburan yang berbahaya.

Melihatnya sahaja telah buat bulu roma saya meremang.

Apa-apapun, tahniah saya ucapkan!

Saya bukannya buat apa-apa.

Saya cuma kumpulkan beberapa orang saya.

Awak jalankan kajian di hospital,

dan awak telah beri pertolongan.

Itu bukan perkara besar.

Namun begitu, tuan.

Tentang kejadian yang melibatkan Yoo Dae Heon,

awak tidak rasa yang ia mencurigakan?

Mereka sudah tangkap suspek yang terlibat.

Tepat sekali.

Kim Jong Sik ialah seorang penagih dadah.

Tapi penagih dadah jenis apa yang pergi mendaki?

Gunung Bukin sukar untuk didaki walaupun dengan fikiran yang jelas.

Ramai orang cakap yang...

suspek yang ditangkap sebenarnya diperangkap oleh suspek sebenar,

dan dalang yang sebenar berada di tempat lain.

Wakil Rakyat Seo.

Buat seseorang yang berkhidmat untuk negara,

awak lebih percayakan khabar angin palsu...

berbanding dengan kenyataan daripada pihak polis.

Sebenarnya...

- Saya cuma bergurau... - Wakil Rakyat Seo.

Tolong sedar!

Awak rasa siapa yang suka lawak seperti itu di sini?

Ada apa-apa yang saya perlu tahu?

Kami juga tidak tahu apa-apa!

Jika ada apa-apa,

pasti pihak polis sudah umumkannya.

Sudah tentu.

Ya.

Kami sudah temui anak perempuan pemilik Makanan Ibu Sentiasa.

More Malay subtitles for Kill It

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left