The first 152 lines.
STAR WARS VISIONS MEMPERSEMBAHKAN
Era Jedi dan Sith telah berakhir.
Mereka hampir lenyap sepenuhnya,
bersama dengan seni lama pembuatan senjata mereka,
lightsaber.
Seluruh galaksi kini huru-hara apabila para tuan perang mula bangkit.
Antaranya, Nawaam, seorang jeneral bertopeng yang bengis,
mencetuskan igauan ngeri setelah satu per satu planet ditawan dengan laju.
Di tengah kemelut ini, Margrave Juro cuba bangkitkan semula Jedi Order
demi mengembalikan keamanan dan keadilan dalam galaksi.
Bagaimana mereka jumpa kita walaupun dah banyak kali kita masuk hyperspace?
Pasti ada alat penjejak dalam kapal ini.
Mungkin mereka memasangnya sejak kali pertama kita bertembung.
Apa?
Episod 1: Ancaman Baharu
Lord Nawaam, saya hampir dapat kapal Margrave Juro.
Inilah harinya untuk saya hapuskan kumpulan tak guna itu
dan kembali bersama lightsaber mereka.
Musuh kita anggap diri mereka sebagai Jedi tanpa master.
Jangan sesekali leka, sentiasa berwaspada.
Saya, Gennoh, takkan sesekali tunduk kepada mana-mana Jedi.
Baiklah.
Kalau begitu, tunjukkan saya kuasa Sith terakhir.
Baiklah.
Master, navikomputer kapal ini dah rosak.
Bagaimana dengan sistem sandaran?
Itu pun rosak.
Kita tak boleh masuk hyperspace tanpa mereka.
Boleh awak baikinya, Kara?
Tak cukup masa. Kita takkan berjaya.
Baiklah. Ambil alih kawalan, Gramps.
Bersedia untuk buat lompatan sebaik sahaja kita dapat posisi yang sesuai.
Aduhai. Semberono betul awak, budak.
Apa koordinatnya?
Semua itu ada dalam kepala saya.
Kalau begitu, awak nak bawa kami ke mana?
Lompatlah sebanyak mana pun. Ia tetap sia-sia.
Saya dah dapat kamu.
Gramps, awak nampak apa yang saya nampak?
Buatlah sesuatu. Kita sedang disedut masuk ke lohong hitam itu.
Bertenang. Kapal selincah ini boleh keluar bila-bila masa.
Tak boleh kata yang sama dengan kapal besar buruk di belakang kita ini.
Tarikan graviti tinggi dikesan.
Navigasi dinyahaktifkan.
Mereka guna helah kotor…
Tindakan yang cukup bijak dan pantas.
Strategi yang baik, Gramps.
Sudahlah. Kita perlu keluar dari sini sekarang.
Kita akan mengalami sedikit gegaran.
Gramps, awak memang terbaik!
Awak betul. Kita dah keluar dari lohong hitam.
Baiklah, kita nak lompat ke mana pula?
Langkah terbaik untuk kita adalah menuju ke Makoma Ko.
Tetapkan haluan sekarang.
Baiklah.
Daya tujahan kita tak mencukupi.
Biar saya uruskannya.
Inilah dia Makoma Ko.
Ia diperintah seorang lelaki bernama Dunbai.
Satu ketika dulu, dia seorang Jedi.
Seorang Jedi, tak sangka betul.
Dunbai seorang yang terkenal.
Dia salah seorang saudagar terkaya di Outer Rim.
Susah untuk bayangkan yang dia dulu seorang Jedi.
Saya harap dia boleh bantu kita.
Maaf, Margrave, tapi saya tak boleh bantu awak.
Lord Dunbai, takkan awak
sanggup biarkan galaksi ini terus jatuh dalam kekacauan?
Tanggungjawab utama saya adalah melindungi tempat tinggal saya, Makoma Ko.
Itu pun dah cukup membebankan saya.
Apa ini?
Inilah pedang yang ditempa oleh Lah Zhima.
Sekali lagi saya tanya, boleh awak kembali berjuang sebagai seorang Jedi?
Awak takkan dapat kembalikan Jedi Order dengan jumlah sekecil ini.
Lagi pula, tiada master antara kamu.
Awak salah. Kami ada master. Master kami Margrave Juro.
Kalau kamu cukup kuat untuk lawan Nawaam,
saya pasti akan ada yang turut serta.
Ini satu peluang untuk menjadi obor harapan mereka.
Mungkin. Tapi mengumpulkan orang secara melulu takkan kembalikan Jedi.
Saya cuma harap kamu tak hancur luluh
jika kamu berkeras nak teruskan kerja semberono ini.
Walaupun saya meragui jika Nawaam ini mampu lakukannya.
Jangan padang rendah terhadap Nawaam.
Ketika ini, dia sedang kumpulkan armada,
tak lama lagi ia akan jadi armada terbesar di galaksi.
Pahlawan Nobuseri itu masalah kita.
Sekumpulan penyangak yang tak pernah tunduk kepada sesiapa,
kini menjadi pengikut setianya.
Awak rasa apa yang dia janjikan kepada mereka?
Ancaman Nawaam terletak di sebalik itu.
Awak cakap Dunbai dulu seorang Jedi.
Nampaknya sekarang, dia cuma saudagar yang tamak.
Adakah ini bermaksud dia takkan bantu kita?
Siapa budak perempuan ini?
Lah Kara. Anak perempuan Zhima.
Jadi, Zhima terselamat?
Ya. Namun dia telah diculik, kemungkinan besar atas arahan Nawaam.
Jadi awak mengembara bersama Margrave Juro untuk mencari ayah awak?
Awak memang berani.
Kami perlukan bantuan awak. Bantu kami.
Tanpa bantuan awak, saya takkan dapat jumpa ayah saya.
Maafkan saya, tapi macam yang saya cakap,
apa yang penting ialah melindungi planet ini dan penghuninya.
Jadi saya tak boleh bantu kamu.
Awak tak selamat dengan hanya berpeluk tubuh.
Saya pernah fikir begitu.
Sehinggalah mereka datang dan rampas segala yang penting.
Maaf, saya tak patut cakap begitu kepada awak.
Saya minta maaf sebab bercakap kasar tadi, Margrave Juro.
Tak mengapa.
Awak dah suarakan apa yang terbuku di hati saya.
Cuma ada satu perkara, Kara, panggil saya Juro sahaja, ingat?
Ya, Juro.
Nampaknya, awak dan kawan-kawan awak dah bawa masalah ke sini.
Kamu ingat kamu boleh terlepas dengan helah begitu?
Naif sekali, Jedi.
Bagaimana mereka jumpa kita?
Bukankah kita dah hancurkan alat penjejak?
Kita hancurkannya selepas kita sampai ke spaceport.
Bagaimana dia boleh terlepas dari tarikan graviti lohong hitam itu?
Malang bagi kita, tapi ia mengagumkan.
Boleh awak berhenti puji dia?
Maaf, tuan, kami terima transmisi masuk.
Daripada tentera Nawaam.
Saya Komander Gennoh dari tentera Nawaam.
Kami dimaklumkan awak menyembunyikan pemberontak Jedi itu.
Serahkan mereka kepada kami dengan segera.
Saya tak terima sebarang laporan tentang Jedi yang bersembunyi di planet ini.
Bukan begitu?
Adakah awak tak rasa malu?
Kalau mereka ada di sini pun,
saya tak mempunyai kewajipan untuk serahkan mereka kepada awak.
Ingin saya ingatkan yang Makoma Ko adalah kota yang merdeka.
Kami bukan di bawah penguasaan tentera Nawaam.
Kami juga tak terikat dengan mana-mana tuan perang lain.
Makhluk hina!
Awak nak ingkar perintah Jeneral Nawaam?
Apa pula niat kamu?
Mungkin kamu berniat untuk menceroboh kebebasan Makoma Ko.
Betulkah apa yang saya fikir dia sedang buat?
Nampak macam dia sedang bantu kita.
Tak kira betapa degil Dunbai sekalipun…
dia seorang yang berpegang teguh pada prinsip.
Kalau begitu, awak akan terkorban bersama rakan-rakan Jedi awak.
Kerahkan tentera darat,
bakar seluruh kota dan asap keluar semua Jedi.
Jangan lupa rampas lightsaber mereka.
Apa itu?
Mereka dah datang.
Mereka sedang mendarat!
Bersedia? Tarik mereka untuk mendekat.
No comments yet. Be the first to leave one.