The first 200 lines.
Ya… kadang-kadang aku lebih suka haiwan daripada manusia.
Terutama anjing. Anjing memang terbaik.
Setiap kali kau masuk pintu…
mereka sambut kau macam setahun tak jumpa.
Benda baik tentang anjing…
ada macam-macam jenis anjing untuk macam-macam jenis orang.
Macam pit bull.
Anjing kepada segala anjing.
Pit bull boleh jadi sahabat terbaik orang yang betul…
dan musuh paling teruk terhadap orang yang salah.
Kalau nak bagi aku anjing, bagilah aku pit bull. Bagi aku…
“Raoull.” Betul, Omar? Bagi aku Raoull.
Aku benci Raoull! Diamlah, tak guna!
Anjing sial itu tak tahu bila nak tutup mulut!
Benci Raoull.
Farley silap susun senarai.
Ya, aku faham, Omar. Aku pernah ada anjing macam itu. Seekor poodle.
Malangnya, ia tidak menyalak. Ia terkencing atas lantai.
Aku benci anjing itu.
Tapi kalau aku tengah murung…
ia akan letak kepala di atas riba aku…
pandang aku dengan mata besarnya itu…
dan walaupun aku rasa aku benci anjing tu…
aku sebenarnya sayangkan ia.
Macam itu la, kan Omar? Rasa benci tapi sayang.
Tak mahu sembang lagi!
Aku tak boleh tunggu lagi, faham?! Aku nak isteri aku!
Aku nak dia naik sini.
Atau aku bunuh anak perempuan kami.
- Omar, dengar cakap aku. - Jangan bercakap lagi.
Aku nak perempuan itu, atau budak ini aku bunuh!
Omar, aku buat sehabis baik di sini, kawan.
Aku takkan cederakan dia.
Aku cuma nak dia tengok aku tembak kepala aku sendiri.
Aku nak dia ingat benda itu…
masa dia curang dengan lelaki gemuk itu.
Roman dah hilang kawalan ke atas dia.
Kalau dia bunuh diri, budak itu mungkin dibunuh sekali. Kita kena serbu.
Bagi Danny satu minit lagi. Belum lagi. Dia pernah keluar daripada situasi lebih teruk.
Satu minit lagi, budak itu akan mati.
Unit 1, sedia untuk masuk. Semua unit bersedia untuk pencerobohan penuh.
Undur! Undur!
Kau dah hilang dia. Masuk sekarang.
Beck fikir kau gagal. Frost dah beri lampu hijau.
Itu bukan langkah betul. Omar masih tegang.
Dia sempat tembak kalau mereka pecah masuk.
Dengar, Nate, aku masih boleh bercakap dengan dia. Aku cuma perlukan masa.
- HBT 1, perunding minta masa. - Negatif. Pasukan dalam posisi.
Persetankan. Aku masuk.
Tidak. Jangan. Jangan buat benda bodoh ini. Kau akan bagi dia tebusan baru.
Kau tahu cara lain untuk alihkan pistol dari kepala budak tu?
- Perunding masuk zon maut. - Pastikan dia tak ditembak.
Anggota kita akan hilang fokus kalau dia ada dalam tu.
Ini Frost. Semua bertenang.
Omar bekas Marin, betul? - Ya.
- Kita ada peluang? - Bilik tidur, tapi sasaran jauh.
Dia akan mendekat. Suruh Eagle dan Palermo ke tingkap bilik itu.
Beritahu mereka tunggu isyarat aku dan rebahkan lelaki tak guna itu.
Hellman, Allen, Argento.
Bila aku dah selamat, masuk dan selamatkan budak tu.
Hei, Omar.
Baru dapat berita. Isteri kau dah sampai.
- Isteri? - Diamlah.
Aku dah diberi kebenaran untuk buat pertukaran.
Aku kena masuk, tengok sekeliling…
pastikan tiada tebusan lain dan tiada kejutan.
Pergi jahanamlah kau!
Aku nak jumpa dia dulu.
Omar, aku kena periksa dulu. Lepas tu aku bawa isteri kau masuk, kita keluarkan budak tu, okey?
- Kalau kau menipu? - Tembaklah aku!
Okey! Adil!
Perlahan-lahan!
Kau periksa. Lepas tu aku dapat isteri aku, atau kau mati!
Palermo, Eagle, sasaran jelas.
- Okey? Kita mula. - Sedia.
Gerak perlahan. Ini bukan tentang aku atau kau…
tapi aku akan jatuhkan kau juga.
Dia dah masuk. Kita kena teruskan sekarang.
Unit 1, kekal di posisi.
Kuncikan.
Angin sepoi-sepoi.
Hari ni elok keluar, kan? Tak sejuk. Sejuk-sejuk nyaman.
Sayang sekali kita terperangkap di sini.
Kau dah tengok semua. Tak ada kejutan. Jom buat.
Aku kena tengok bilik-bilik bawah tu. Pastikan tak ada sesiapa.
Okey. Gerak.
Bola sepak Amerika?
Hari ni memang sesuai.
Aku tak pernah ketinggalan perlawanan di laman sendiri Bears sejak keluar dari Kor Marin.
Lagipun Kor Marin dulu pasukan menang, betul tak?
Oh ya? Kau pernah masuk?
Ya. Satu tour operasi , tahun 1973.
Semper fi (motto Kor Marin untuk Taat Setia Selalu). Aku dua buat tour operasi . 1968 dan 1969.
Hoo-rah , Omar!
Hoorah!
Jarang jumpa Marin sekarang. Semua masuk Tentera Laut.
Aku nampak suspek.
Nampak? Tak ada apa-apa di sini, leftenan. Sekarang kita buat pertukaran.
- Jangan gelabah. - Kita ada kiraan satu .
Macam aku cakap, kena periksa semua.
Omar. Seorang Marin dan seorang kelasi dalam tandas, tengah kencing.
Lelaki Marin itu nak keluar tanpa membasuh tangan.
Kelasi kata: "Dalam Marin,
kami diajar basuh tangan."
Marin berpaling dan jawab:
kami diajar untuk tak kencing atas tangan."
- Tiarap! Tiarap! - Gerak! Gerak!
- HT (penawan tebusan) tumbang! - Diterima.
Kau okey, kawan?
Kau tak apa-apa?
Ya.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Itu dia! Itu dia!
Ya! Jomlah! Turun sikit, rileks, goyangkan badan!
Ayuh! Buat, buat, buat!
Kau ni jenis kampung betul.
Hah, lengkap dah apa yang aku tengok malam ini.
Okey, yang mana satu paling menyedihkan di sini?
- Kau okey, kawan? - Kurang sikit.
- Aku nak cakap sikit dengan kau. Boleh? - Boleh.
Hei! Tutup muzik!
Cuba teka siapa masuk berita...lagi.
Selepas enam jam, perunding tebusan Danny Roman mempertaruhkan nyawanya sendiri...
dengan melucutkan senjata suspek bagi menamatkan kebuntuan.
Leftenan Roman, nampaknya tuan selamatkan keadaan sekali lagi.
Tidak. Ini usaha satu pasukan. Saya cuma bercakap dengan dia.
Dia ada cakap apa-apa?
Dia cuma nak tumpang popular!
Aku hampir nak gantung kau sebab hal ini.
Tapi sebab benda ini takkan berulang, kali ini aku lepaskan.
Ah, cakap saja lebih.
Danny, luar rekod, hasil kerja kau ini memang berani.
Sekali lagi, tahniah.
Terima kasih, tuan. Tahniah juga.
- Terima kasih. - Parti yang hebat.
Kau betul-betul bekas Marin?
Bukan. Aku Tentera. Dan aku memang tak suka anjing.
Walau apa pun yang jadi hari ini, kau dah letakkan anggota-anggota dalam bahaya.
Kalau kau jadi tebusan, semua rancangan boleh hancur.
Tapi semua selamat, Beck. Termasuk kau.
Dua puluh ribu polis di Chicago. Tak bolehkah ambil giliran sikit?
Aku nak benarkan Nate masuk tadi...
tapi aku tau Linda mesti naik angin.
Nate lebih bijak daripada ini, kan Nate?
Ya. Aku terlalu bijak. Kadang-kadang sampai menyusahkan diri sendiri.
Kau ada masa sikit? Aku perlu cakap. Penting.
Sekejap saja, aku janji. Sekejap saja.
Teruskan. Ceritalah rahsia kau.
Baru-baru ini, seseorang telah mendekati aku.
Dia tahu siapa yang mengambil wang daripada dana hilang upaya.
Apa?!
– Hampir 2 juta dolar hilang. – Ya, saya tahu.
Menurutnya, kita kenal orang yang mengambil wang itu. Polis.
Pegawai dari balai kita sendiri. Orang yang kita anggap kawan…
mencuri wang kita sendiri.
Aku mahu beritahu kau lebih awal, tetapi ini peluang pertama aku.
Siapa yang beritahu kau?
Aku tak boleh beritahu…
tetapi orang ini tahu apa yang dia katakan.
Dia berpengalaman, pernah mengendalikan kes sebegini.
Jadi kenapa dia tidak pergi ke Hal Ehwal Dalam Negeri?
Sebab dia percaya Hal Ehwal Dalam Negeri terlibat.
Dia dengar nama Niebaum disebut. Dia tak tahu apa yang patut dibuat.
Mereka tawarkan untuk ‘membeli’ dia
– Dan? – Dia kata dia akan fikirkan.
Kami satu akademi, pernah bertugas bersama di Area 6, jadi dia percayakan saya.
Orang ini…
Dan, orang ini benar-benar ketakutan.
Bila kau tahu semua ini?
Sebahagian besar semalam, tapi…
aku dah siasat perkara ini selama beberapa minggu.
Aku fikir dengan kau berada dalam lembaga, mungkin kau dengar sesuatu.
Tidak.
Aku tak dengar apa-apa.
Audit memang dibuat, tetapi tak membuktikan apa-apa.
Ya.
Jika seseorang mencuri wang kita, kita mesti cari siapa pelakunya.
Kau beritahu pemberi maklumat itu—
– Alamak. – Ya Tuhan!
Pegawai Bald.
Kamu berdua buat apa dalam ni?
Hampir saja, sebelum kau muncul.
Aku tahu kamu berdua rakan setugas, tapi semua orang cari kamu.
Jangan suluh lampu ke sini, pegawai.
Tak bolehkah seseorang pegang tangan rakan setugasnya?
Aku biarkan kamu berdua.
– Lap mulut kau. – Tolong belikan aku minuman.
Ya Tuhan.
– Kita sambung nanti. – Baik.
Dan… jangan beritahu Linda
Tak guna.
Saya tak suka idea membaiki rumah ini seorang diri, Danny.
Dengan apa yang awak buat sekarang…
Tidak, sayang. Itu memang tugas saya.
Bukan soal tugas.
Kalau tugas, saya boleh terima. Cara awak melakukannya, itu masalahnya.
– Seperti hari ini. – Saya okey.
Kali ini.
Saya cintakan awak kerana awak sanggup buat perkara gila.
Cuma saya harap awak mula membezakan antara berani dan bodoh.
No comments yet. Be the first to leave one.