Season 1

Release info

GHOST CONCERT Missing Songs S01E10 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Ghost Concert Missing Songs - 10
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-06-07
Downloads: 10
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Hei, awak tak apa-apa?

Saya baik-baik saja.

Indahnya langit malam ini.

Ya.

Namun, benarkah elok macam ini?

Sudah lebih sebulan sejak itu.

Kita melawat banyak tempat kerohanian dan kolam air panas.

Bagus juga begini.

Lagipun, kita tak tahu apa-apa yang akan berlaku.

Kita belum pulih sepenuhnya

kerana berada di dunia roh palsu untuk terlalu lama.

Begitu rupanya.

Namun, saya sangat merindui TERA.

Awak nak balik ke sana?

Mestilah.

Namun malangnya,

Raikaku dah tinggalkan tempat itu.

Eh?

Sebab itu hanyalah pangkalan sementara

selepas TERA dibubarkan.

Kita kehilangan tempat yang dapat kembali lagi.

Berapa banyak duit diperlukan untuk beli tempat itu?

Ia sepatutnya tak dapat dibeli.

Sebab tanah itu milik negara.

Jadi, apa yang patut kita lakukan selepas perjalanan ini tamat?

Saya masih dapat balik ke rumah nenek.

Raikaku akan sediakan tempat untuk kita.

Oh, saya amat bersyukur.

Siapa sebenarnya yang mencipta konsep hak milik?

Betul.

Hm!

Apa masalah awak?

Menggeramkan betul.

Saya yang fikirkannya.

Awak nampak sedang tipu.

Hei!

Bukankah awak patut kata "hm"?

Betul.

Hm!

Seria.

Jelas awak menyukainya.

Sungguh nostalgia.

Apa maksud awak?

Itu lawak yang disukai oleh pak cik yang tinggal berdekatan.

Sato atau Ito...

Nakamura, kan?

Namanya Sato.

Ah.

Jom makan!

Makan malam Krismas.

Hari ini Malam Krismas?

Ya.

Saya telah sediakan stoking.

Eh?

Rui, awak masih percaya Santa...

Percaya buat masa sekarang.

Awak nak menyinggung perasaan Sami?

Ini perkhidmatan keluarga.

Rui yang berikan perkhidmatan?

Entah kenapa, dia masih tipu kita tentang kewujudan Santa Klaus.

Semasa tinggal di TERA pada Malam Krismas dulu,

semua orang akan terima hadiah daripadanya.

Hadiah?

Hadiah terbaik mungkinlah gasing yang diperbuat daripada buah oak.

Mungkin juga buku nota yang diperbuat daripada daun kering.

Kotak pensel yang diperbuat daripada buluh?

Dia membuatnya sendiri?

Tempat ini

nampaknya sangat mahal.

Ya.

Encik Settei, awak ingat simpanan awak dapat menampung perjalanan macam ini?

Duit awak akan habis dalam setengah hari.

Seria.

Esok nak pergi tengok matahari terbit bersama?

Matahari terbit?

Baiklah.

Cepat pergi makan.

Itu tandas.

Adakah awak terlalu lapar?

Ya.

Ah, maaf.

Jom makan!

- Encik Settei, bilik awak di sini. - Jom makan!

Apa?

Lama tak jumpa, Yukihito.

Awak nampak lebih sihat sekarang.

Awak rupanya.

Awak tak pernah berubah.

Beraninya awak gunakan nada itu apabila cakap dengan abang sepupu.

Maafkan saya.

Baiklah, duduk dulu.

Baiklah.

Saya telah bantu awak apabila awak menyertai TERA.

Kaede pun telah membantu, kan?

Jadi?

Biarpun dibubarkan, teknik rahsia awak yang dipelajari di TERA sepatutnya tak dirampas.

Kenapa awak tahu?

Sebab Raikaku dapat menerima banyak maklumat.

Saya takkan suruh awak mewarisi Saionji.

Namun, awak harus bantu saya kali ini.

Apa?

Kembali untuk memimpin Raikaku.

Saya akan membimbing awak.

Makanan jadi tak sedap disebabkan awak.

Bukankah awak baru puas makan tadi?

Biarpun awak memimpin Raikaku

dan musnahkan MiucS,

objektif awak masih dapat diteruskan.

Apakah manfaatnya untuk awak?

Awak ingin membereskan kekacauan ini?

Musuh kita adalah sama.

Siapa?

Awak nak tahu?

Kalau begitu, kembalilah ke Raikaku.

Saya terpaksa menerima, betul?

Kalau begitu,

siapakah sebenarnya yang membawa Reika...

Odysseus.

Adakah...

Act-Pluto miliknya telah menguasai kira-kira 24 peratus dunia roh palsu.

Pemberontakan pakar teleportasi juga dihasut oleh Odysseus.

TERA yang dibentuk kerajaan telah ditewaskan oleh sebuah syarikat.

Seterusnya ialah lapan peratus milik SOJJC kami.

Kita mesti menghalang pengembangan Act-Pluto.

Awak ingin menjatuhkan Act-Pluto untuk memonopoli dunia roh palsu?

Ada sebabnya.

Odysseus ingin menggunakan MiucS untuk menganjurkan GHOST CONCERT.

Apa yang Odysseus mahu lakukan dengan itu?

Dia mahu mengumpulkan kuasa spiritual dan mengubahnya menjadi kekuatan.

Tetaplah demi tenaga juga?

Bukan itu saja.

Unsur kerohanian yang sekat emosi negatif akan disebarkan dalam aktiviti itu

untuk menjadikan manusia pengikut buta.

Menyekat kekuatan yang tak terkawal akibat emosi yang memuncak.

Asalnya itu program yang kamu ciptakan.

Jadi?

MiucS telah berkembang ke arah yang tak dijangka.

Ia memanipulasi emosi manusia dengan merampas nyanyian.

Apa maknanya?

Apa tujuannya?

Program itu sepatutnya menyekat penyebaran niat jahat melalui nyanyian.

Sebab itulah saya beri awak dan Reika dana dan masa ketika itu.

MiucS bertujuan untuk menyelamatkan manusia daripada kesedihan

serta mencipta sebuah utopia.

Kenapa ia nak berbuat demikian?

Saya akan terangkan ikut urutan.

Lama dulu,

ketunggalan teknologi telah jadi kenyataan.

AI telah mencapai tahap kecerdasan yang setara dengan manusia,

malah melampaui manusia.

Namun, semua itu bawah pengawasan manusia.

Manusia mengawal kuasa dan menguasai AI.

Ya.

Saya ada satu soalan.

Tanyalah.

Sekarang, AI sedang mengawal kuasa, betul?

Kalau begitu, manusia tak dapat menghalangnya, kan?

Biar saya beritahu satu rahsia tentang dunia ini.

Eh?

AI disekat oleh kuasa spiritual selama ini.

Secara tepatnya, ia disekat oleh ilmu sihir.

Hanya segelintir pengguna kuasa spiritual yang unik dapat mengawalnya.

Adakah Encik Settei juga...

Entahlah.

Saya tak pernah memegang jawatan sedemikian.

Kita sudah ketinggalan topik.

Manusia asalnya sudah berjaya mengawal AI.

Namun, kita membawa AI ke dunia roh palsu

tanpa mengetahui kesan tindakan ini.

Penyelidikan telah berjaya.

AI divisualkan melalui kuasa spiritual.

Ia dapat mengesan getaran jiwa manusia di dunia roh palsu.

Namun, niat jahat telah disertakan dalam nyanyian.

Saya benar-benar kecewa apabila melihat data itu.

Niat jahat itu tak dapat dialihkan.

Lagipun, niat baik dan jahat memang bersangkut paut.

Namun,

untuk mengelakkan niat jahat terus berkembang dan tersebar,

kami berjaya menyekatnya.

Adakah awak yang lakukannya?

Kami hanya mahu mencegah perang atau serangan pengganas berikutan muzik.

MiucS mula mengawal selia muzik selepas dirampas oleh Odysseus.

Maknanya, ketika itulah MiucS mula guna kuasa dunia roh palsu sebagai tenaga

untuk beroperasi secara autonomi?

Ya.

Namun, ia bukan setakat itu saja.

Adakah ia boleh dikatakan sebagai ketunggalan spiritual?

MiucS memiliki "hati" yang setara dengan manusia.

MiucS mempelajari manusia melalui nyanyian

hingga terbentuknya hati.

Cinta manusia memberikannya jiwa.

Jiwa.

MiucS sedang cuba melakukan perkara yang betul.

Maknanya, ia mewarisi kehendak saya dan Reika?

Ini hanya berlaku pada MiucS sekarang,

tapi ia akan tersebar ke AI lain.

Jika teruskan begini, dunia akan kucar-kacir.

Awak kata Odysseus dalang di sebalik tabir?

Saya tak tahu.

Namun, memang betul dia tak mengawalnya.

More Malay subtitles for GHOST CONCERT : missing Songs

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left