Episode #1.3

Episode #1.3

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

His and Hers 2026 S01E03 1080p WEBRip 10Bit DDP5 1 x265-NeoNoir
A Commentary by chargephoton88

Tags

webdl
Published on: 2026-08-16
Downloads: 0
Hearing Impaired: No
FPS: 24

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mereka mungkin cam wajah saya.

Mereka mungkin tahu nama saya.

Tapi mereka takkan kenal saya.

Dia tak telefon? Rambutnya didandan oleh profesional...

Siasatan pembunuhan Rachel Hopkins diteruskan.

Pihak berkuasa menyiasat kaitannya dengan Sekolah Perempuan St. Hilary,

institusi elit tempatan yang pernah dihadiri oleh Hopkins.

Kita berselindung di sebalik wajah yang kita tunjukkan kepada dunia.

Kawan baik Hopkins dan pengetua St. Hilary,

Helen Wang, enggan memberi ulasan.

Tapi manusia tak berubah.

Tak juga.

Terutamanya hati mereka.

Ya Tuhan. Teruknya.

- Kelakarnya awak. - Nak tahu apa saya benci?

- Pelajar baru. - Helen!

Tak, saya benci orang yang tiada keyakinan diri.

Pelik betul. Kakak dia seronok.

Mungkin dia makan perasaannya.

Banyaknya perasaan dia.

Mungkin dia kesunyian.

Mari ajak dia duduk sini?

Bawa dia ke meja kita. Saya nak pergi ambil Coke.

Mesti Rachel ada rancangan.

Catherine.

- Marilah duduk dengan kami. - Tak apalah...

Takkanlah mereka nak duduk dengan saya.

Kadangkala mereka baik juga.

Hai, Catherine.

- Itu buku apa? - Frankenstein karya Mary Shelley.

Baguslah.

Catherine Kelly!

Apa khabar?

Wah, saya suka rambut awak.

Apa rahsia awak?

- Mana ada rahsia. - Tak, ia lebih cantik...

Saya minta maaf. Nah, ambil saya punya.

- Tak apa. - Nah, ambillah.

- Saya tak perlukan minuman. - Minumlah.

- Rasanya pelik sikit. - Memang pun.

Air kencing.

Apa?

Dia minum air kencing saya!

Ya Tuhan!

- Saya tak tahu. - Alamak!

Alamak!

- Alamak! - Babai!

Ya Tuhan!

- Awak memang teruk. - Alamak!

Lexy bukannya pekerja jalanan yang gali parit atau pasang dinding!

Kerjanya cuma duduk di atas kerusi.

Terima kasih. Kamu boleh berhenti.

Jangan buat kami terburu-buru.

Karut. Cepatlah.

- Baiklah. - Gigi.

- Cantik. - Terima kasih.

Terima kasih, semua.

Okey, awak ada sidang media GBI

tentang tuduhan yang tidak dirujuk

oleh pejabat Pendakwa Raya.

Ia disebabkan reformasi polis yang mengarut itu.

Mula dengan Dahlonega, bukan?

Betul. Lapor dan tamatkan terus.

Tamatkan? Kenapa? Saya baru nak mula.

Apa lagi yang boleh dilaporkan tentangnya?

Walaupun dia ditikam banyak kali.

Okey, pandang saya.

Tarik nafas.

Tak perlu lebih-lebih. Asalkan semua berjalan lancar.

Saya rasa saya patut cakap sesuatu.

Beritahu Atlanta saya bercuti sekejap,

tapi saya dah kembali dan saya berterima kasih.

Saya suka. Baguslah.

Selepas itu telan air liur, macam rengkung awak tersekat.

Kita akan lihat reaksi penonton...

Selepas itu?

Siapa tahu?

Kepulangan ratu.

Aduhai.

Peras ugut. Kenapa pula?

AWAK TINGGALKAN J?

Merayu. Merayulah, Clyde.

Rasakan.

Si babi...

Rachel, pegang telur dia.

Awak suka, Clyde?

- Libas dia, Helen! - Awak suka?

Dapat pun!

Celaka! Tak guna!

Pak cik mencarut macam ibu.

Pak cik tahu. Maaf, ya.

Pak cik minta maaf.

Itu telefon siapa?

Apa? Ini telefon pak cik.

Ia merah jambu.

Ya, tapi lelaki pun ada telefon merah jambu.

Apa salahnya?

Pak cik tengok apa?

Dalam telefon ini?

Pak cik ada kerja sikit tadi.

- Ibu ajak makan malam. - Yakah?

Sekejap lagi pak cik turun.

- Ya. - Okey.

Siapa habiskan paha?

Kedai itu tersilap.

Tapi saya suka paha ayam.

Ibu pun sama. Awak yang bayar?

Tidak.

Awak tahu siapa lagi yang tak bayar? Ibu awak. Nah, sayang.

Meg, pergi tengok televisyen.

Saya nak jumpa Pak Cik Jack.

Pergi ke ruang tamu. Sekarang.

- Tapi... - Ikut cakap ibu.

Hei, janganlah marah.

Tak apa. Pergi tengok Love Island.

Tengok Sesame Street.

Rancangan itu dah tak ditayangkan.

- Apa masalah awak? - Apa yang berlaku?

Hei, awak tak tahu semua masalah yang abang hadapi di tempat kerja.

- Boleh awak duduk dan makan? - Ya, saya percaya.

- Cepatlah buka televisyen. - Bertenanglah. Apa masalah awak?

Apa kena dengan awak?

Rachel kawan saya.

Betulkah? Bila kali terakhir kamu jumpa?

Dua puluh tahun lalu? Kawan konon.

- Minggu lepas di Shell. - Yakah?

Dia sapa saya. Kenapa agaknya?

Dia kawan awak. Mesti awak tahu.

- Ada apa-apa berlaku? - Tidak.

Abang meniduri dia?

Ya Tuhan. Abang meniduri dia.

Hei. Hei, dengar sini.

Semua itu urusan abang, okey?

Hidup abang, urusan abang. Faham tak?

Abang bersama dia pada malam dia mati?

- Abang sibuk. - Yakah?

- Abang sibuk. Itu saja. - Buat apa?

- Abang detektif Daerah Lumpkin. - Berhenti. Sudahlah.

Saya ajak abang pindah sini selepas isteri abang hilang,

tapi untuk beberapa minggu, bukan setahun.

Abang menyusahkan awak?

- Sebab bayar bil? - Okey.

Sebab beli barang?

Bawa Meg ke mana saja dia nak pergi? Abang cuba nak faham.

- Meg, naik atas. - Jangan.

- Pergi bilik pak cik. - Pergi bilik awak.

Dengar cakap ibu!

- Ibu hebat. - Tak guna.

Tinggalkan Meg sendirian.

Abang boleh pindah keluar.

Awak boleh sambung jual barang di eBay.

Eh, lupa pula. Awak dapat nafkah anak.

Oh, tidak. Abang silap. Awak tak tahu siapa ayahnya.

- Abang bunuh Rachel? - Berani awak tuduh abang?

Berterus-teranglah, abang.

Abang detektif. Abang awak sendiri.

Awak fikir abang mampu bunuh dia?

Awak fikir begitu?

Kenapa abang ambil sampel DNA Meg?

Main detektif?

- Betulkah? - Sudahlah.

Abang ingat saya tak sedar

abang saya yang kesedihan mula balik lambat

tiga malam seminggu dan nampak gembira.

Kemudian Rachel dibunuh.

Abang jadi pemarah dan balik berbau minyak wangi.

Bukan minyak wangi murahan, tapi minyak wangi mahal.

Sama dengan minyak wangi yang Rachel pakai minggu lepas.

- Okey! - Mari kita main detektif, abang.

Abang bersama dia atau tidak?

- Ya. - Okey, dan?

- Kami berasmara. Itu yang awak... - Di mana?

Dalam trak.

Di Dahlonega, bodoh.

Dalam hutan, Zoe. Kami berasmara dalam hutan.

Selepas itu abang pergi. Abang balik.

- Abang pun tak tahu. - Polis lain tahu?

- Tidak. - Kenapa?

Mereka akan pandang abang begini. Zoe, apa yang...

Abang tak salah.

- Pandang mata saya dan beritahu saya. - Zoe.

Tolonglah, abang...

Abang tak sakiti dia.

Tidak.

- Hai. - Hai.

Dua sampel untuk diproses dalam kes Rachel Hopkins.

Okey. Bawa ke sini.

- Hebatnya kerja kamu. - Ya. Okey...

Saya dah kumpul bahan genetik untuk kedua-dua sampel.

Satu milik Clyde Duffie dan satu lagi milik saya.

Dia dah jumpa?

Maaf?

Rakan awak.

Cincin kahwinnya.

Dia tanya saya kelmarin. Dia kata ia tercicir di sini.

Tidak.

Rasanya tidak.

Sayang sekali. Biar saya proses ini.

Atlanta mesti akan terkejut apabila mereka nampak awak,

sebab awak hebat.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left