The first 151 lines.
POKOK PAIN OMIYA
Selamat pagi.
Eh, apa itu?
- Eh? Awak tak tahukah? - Saya tak tahulah.
SELAMAT DATANG
KESUKARAN TAHAP TINGGI!
Alahai, malang betul nasib kamu, ya.
Maafkan saya.
Bumbung teres itu pun dah rosak.
Alahai, ini bukan salah kamu pun.
Walaupun begitu,
kos baik pulihnya mak cik akan masukkan dalam sewa kamu, ya.
Alahai, mak cik bergurau saja.
Nah, ini. Tolong lakukannya lagi, ya.
Baiklah!
Saya terima, ya.
Padahal ada kedai yang lebih murah dan cepat dari kedai kamu.
Sebenarnya mak cik tahu banyak kedai begitu, tapi...
Alahai, mak cik bergurau saja, ya.
Dia selalu macam ini, ya.
Tapi, disebabkan kebaikan Mak Cik Aji,
aku dapat sewa tempat ini dengan harga yang sangat murah.
Maaf, Kinme-san.
Ada sesuatu yang saya nak minta tolong awak.
Eh, Yagara-san? Ada apa?
Bukankah ini waktu awak kerja?
Ada apa-apa terjadi di kedai awakkah?
Sebenarnya, tempoh hari masa hujan lebat,
pokok di halaman belakang patah disambar petir.
Eh? Betulkah?
Susahlah kalau begitu!
Memang teruk hari itu, ya.
Sebab pangsapuri buruk saya terputus bekalan elektrik,
jadi mandian awam tak boleh digunakan.
Itu mesti menyusahkan, ya.
Em, jadi apa yang awak nak minta tolong?
Oh, yalah.
Tengok ini.
I... Itu, kan!
Ya, itu dakwat.
Ia tak sengaja terkena.
Saya terus lap dengan tisu.
Tapi nampaknya langsung tak berkesan.
Di tangan kiri awak pun terkena juga, ya.
Mungkin tangan awak tergesel pada skirt.
Eh? Biar betul?
Aduhai...
Entah kenapa, saya asyik malang saja sejak pagi ini.
Baru saja awal bulan September.
Ini...
Agak-agak bila kesan ini terkena baju awak?
Yalah...
Dari pagi tadi, jadi...
Mungkin dah lebih kurang tiga jam.
Saya kena uruskan sekarang juga!
Menghilangkan kesan dakwat ini berlumba dengan masa.
Berdasarkan pengalaman peribadi saya,
berbanding dakwat sotong, atau lebih tepatnya...
Dakwat sotong pun susah juga, tapi...
Antara semua jenis kesan, dakwat adalah kesukaran tahap tinggi!
DAKWAT, KESUKARAN TAHAP TINGGI, KINME WAKANA
Kesan dan kotoran ada beberapa jenis!
Dah lama tak dengar ceramah awak.
Secara kasarnya, ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Kesan larut air ialah kotoran yang mudah larut dalam air.
Kesan larut minyak ialah kotoran yang mudah larut dalam minyak dan sebagainya.
Selain itu, ada kotoran yang tak larut dalam air dan minyak,
yang dipanggil kesan tak larut.
Dan contoh utamanya ialah dakwat.
Kesan ini sangat susah dihilangkan sendiri di rumah.
Oh, begitu rupanya.
Terutamanya dakwat,
makin lama dibiarkan, makin susah nak dihilangkan.
Oleh sebab itu, saya kena beritahu awak dari awal,
mungkin dakwatnya tak dapat dihilangkan sepenuhnya,
dan ada risiko kesannya masih tertinggal sedikit.
Kalau itu terjadi, saya takkan ambil bayaran,
dan akan pulangkan semula pakaian awak.
Apa keputusan awak?
Apa yang awak cakap ini?
Mestilah saya serahkan pada awak.
Kenapa?
Buka baju di sini agak...
Sebab ada orang lain...
Tak apa, jangan risau.
Saya dah bawa baju ganti.
Awak kena uruskan sekarang juga, kan?
Ya... Yagara-san! Jangan!
Mari ganti baju di dalam kedai.
Oh, begitu?
Kalau begitu, saya terima, ya.
Baiklah, saya serahkan pada awak, Kinme-san.
Ya.
Serahkan pada Kinme.
Em, maafkan saya.
Ah, ya.
Kerja pembersihan pokok tumbang dah selesai.
Terima kasih atas kerja keras kamu!
Ya.
Dua atau tiga kali cucian saja langsung tak cukup.
Aku akan cuba guna itu juga.
Sebab dakwat tak boleh hilang dengan tindak balas kimia.
Jadi aku kena buat ia melekat pada bahan lain.
Dan ulang berkali-kali.
Sedikit demi sedikit.
Jumpa lagi, Cikgu.
Ya, jumpa lagi.
Hati-hati di jalan, ya.
Maaf, ya.
Padahal awak tak perlu susah-susah datang ke tempat kerja saya.
Sebab awak nampak sibuk dengan semester baharu.
Maaf menyusahkan awak.
Tak apa.
Wah, dah bersihlah!
Hebat! Hebat! Terima kasih!
Em...
Saya betul-betul minta maaf!
Dakwat masih tertinggal sedikit pada sebahagian skirt awak.
Kedai kami tak dapat menghilangkannya.
Eh? Di mana?
Oh, di sini?
Kalau begini saja langsung tak nampak, jadi tak apalah.
Tak payah risau.
Jadi, berapa harganya?
Tak perlu bayar.
Ini kerja yang tak dapat saya hilangkan kesan sepenuhnya.
Jadi saya tak boleh terima bayaran.
Apa yang awak cakap ini?
Saya tak merungut pun.
Tak boleh.
Ini dah 99% bersihlah.
Tak boleh.
Awak ini degil juga, ya.
Kalau begitu,
apa kata saya bawakan snek manis lagi masa awak bekerja?
Terima kasih.
Cikgu!
Saya dah siap lukis mentadak!
KATAGUCHI NAIRO
Tengoklah ini!
Eh? Kakak Kinme?
Selamat tengah hari.
Eh? Eh, apa?
Yagara-san dan Nairo-chan saling kenalkah?
Dia guru kelas saya.
Dia murid dalam kelas saya.
Kataguchi-san,
dari kelas pagi tadi, dah berapa helai awak bawa ke sini?
Ini yang kelima.
Dah yang kelima rupanya.
Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.