Episode #1.5

Episode #1.5

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

His and Hers 2026 S01E05 1080p WEBRip 10Bit DDP5 1 x265-NeoNoir
A Commentary by chargephoton88

Tags

webdl
Published on: 2026-08-16
Downloads: 0
Hearing Impaired: No
FPS: 24

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya balik dulu.

Mereka kata kemarahan menyakiti orang yang merasainya.

Tapi aku tak setuju.

Kemarahan mengejutkan aku pada waktu pagi.

Kau boleh biar ia musnahkan kau,

atau kau boleh gunakannya sebaiknya.

Ia bergantung kepada cara kau guna kemarahan itu...

dan sasaran kau.

- Rosakkan Krismas dengan perangai buruk... - Tidak.

Encik, kami tak sembunyikan bukti yang St. Hilary ialah kultus syaitan.

- Abang ipar awak pembunuhnya? - Cik Hopkins di Tastee-Freez?

- Jack, tunggu. Ini petunjuk. - Aduhai.

- Encik. - Tidak...

Kita semakin hampir dengan mana-mana suspek?

Datuk bandar risau selepas malam tadi.

- Clyde Duffie. - Tak guna.

Saya tak mahu awak dekati dia.

Dia ada rahsia.

Ganjaran itu bertujuan untuk menutup sesuatu.

- Itulah niatnya. - Mana awak tahu?

Saya ada petunjuk.

Betulkah, Jack?

Ya, jika dia maksudkan Clyde Duffie.

Buku tahunan St. Hilary, 2004. Ada empat sekawan.

Rachel Hopkins, Helen Wang, Zoe Harper, Anna Andrews.

Mereka kawan. Perhatikan pergelangan tangan mereka.

Itu apa benda?

Gelang persahabatan buatan tangan, sama seperti ini.

Ditemui selepas kematian.

Terikat di lidah kedua-dua mangsa.

Apa maksudnya?

Saya rasa mereka jadi musuh. Persoalannya, kenapa?

Persaingan remaja.

Pertikaian sekolah dari 20 tahun lalu.

Itu yang awak syak?

Ya, saya syak persaingan. Saya tahu ada kaitan.

Saya nak mulakan soal siasat.

- Siapa? - Cik Andrews.

Anna, isteri Jack?

- Ya. - Priya, tunggu dulu.

Tuan, Clyde Duffie ialah suspek kita. Dia suspek utama, okey?

- Saya detektif kes ini. - Saya sangka kamu bekerjasama.

- Saya pun sama. - Ini hasil siasatan saya.

Saya baru berbual dengan bos Cik Andrews pagi tadi.

Dia kata Cik Andrews ambil cuti selama setahun,

dan tiada sesiapa dapat hubungi dia.

Tiga hari lalu, dia tiba-tiba muncul di stesen

dan berkeras nak melaporkan pembunuhan Hopkins.

Berkeras, ya? Ada orang guna perkataan itu?

Dua rakan sekolahnya 20 tahun lalu dibunuh.

Tentu ada kaitan. Saya nak tahu sebabnya.

Ramai gadis bersekolah dengan Rachel dan Helen.

Itu sekolah perempuan.

Betul katanya. Kenapa bukan Zoe?

Maaf, Jack.

Tapi Zoe pun boleh jadi suspek, sama macam Anna.

Mengarut.

Suspek utama kita ialah Clyde Duffie, okey?

Apa semua ini? Awak buat teori sendiri?

- Bertenang, Jack. - Mana boleh.

Dia masuk dengan kisah dongengnya dan semua orang percaya.

Ini sangat berbahaya.

Anna dan Zoe bukan suspek, faham?

Awak cuma datang membawa buku tahunan.

Gambar buku tahunan.

Kenapa kita kena anggap pembunuhnya ada dalam gambar itu?

"Penipu."

Helen Wang kenal pembunuhnya. Ada persamaan.

Seperti Rachel, tiada luka bela diri

atau tanda pergelutan.

Pembunuh itu tahu Helen Wang ada di St. Hilary.

Dia tahu cara masuk tanpa bunyikan penggera,

atau pecahkan tingkap.

Siapa lagi tahu caranya? Siapa pernah buat? Seorang pelajar.

Ada beribu-ribu pelajar di sana.

Sesiapa pun boleh tahu.

Tapi siapa pecahkan pintu untuk masuk ke tempat kejadian?

Siapa berbual dengan mangsa pada hari dia dibunuh?

Mendakwa menerima jemputan, walaupun dakwaan itu palsu.

Siapa pakai gelang persahabatan yang sama seperti yang ditemui dalam mulut mangsa?

Tanya diri kamu sendiri.

Siapa yang kembali bekerja selepas setahun hilang,

disebabkan penemuan pembunuh bersiri?

Di sebuah bandar yang merupakan kampung halamannya.

Kemajuan kerjaya? Itu motivasinya? Macam pernah dengar.

- Awak nak jawatan saya? - Awak dengar tak?

- Saya tahu ini sukar. - Sukar?

- Sudahlah. - Dengar.

- Tunggu. - Apa?

Ikut petunjuk yang kita ada dulu.

Saya setuju. Mengarut betul.

Cakap tak guna otak.

Pergilah temu bual Cik Andrews.

Awak ada 48 jam. Selepas itu, saya akan hantar polis.

Tak guna.

Hei, Duffie.

Boleh kita berbual sekejap?

Saya nak tunjuk sesuatu.

Mungkin awak boleh jelaskan. Ini apa benda?

- Mana awak dapat? - Pentingkah?

Peguam saya akan fikir begitu.

Itu apa benda?

Ia pengasfiksiaan autoerotik. Kenapa?

Boleh ulang?

Tak, selalunya sekali saja.

Okey, awak nak teruskan lakonan? Awak nak tahu apa akibatnya?

Lakonan apa awak maksudkan?

Suami yang bersedih. Saya langsung tak percaya.

Isteri awak?

Isteri awak memalukan awak.

Dia berasmara dengan semua orang.

Dia buat di bandar. Dia buat di luar bandar.

Dia langgar peraturan yang awak tetapkan.

Awak benci dia.

Awak tak cintakan dia. Awak benci dia.

Kemudian dia mahukan duit awak.

Dia minta elaun tambahan?

Awak menolak, jadi dia ugut nak sebarkan video ini?

Adakah itu sebabnya?

Dia jatuhkan maruah awak, Clyde.

Dia hina kelelakian awak. Sekarang dia mahukan duit awak.

Dia mampu ugut awak.

Dia tahu orang beragama di Georgia Utara

tentu takkan beli piza

yang dibuat oleh lelaki miang dalam video itu.

Lelaki yang diikat dengan... Apa benda? Bola dalam mulut?

Pertama sekali, tanggapan awak tentang pengguna Amerika salah.

Bagaimana awak buat kesimpulan itu daripada video lima saat?

Begini, Clyde.

Dengar cakap saya. Awak tak boleh larikan diri.

Awak bunuh isteri awak.

Kemudian awak bawa anjing keluar untuk rahsiakan jenayah itu.

Awak hampir berjaya.

Tapi awak sedar, "Saya tak jumpa telefon dia."

Awak telefon berulang kali, walaupun saya dah larang.

Sehingga baterinya habis.

Awak bersihkan bukti di pakaian dan kasut.

Awak hampir berjaya.

Tapi awak teringat Helen Wang tahu semuanya, bukan?

Saya ada perbualan kamu.

Ada rekod telefon.

Awak telefon dia selepas kami balik. Awak nak ugut dia?

Takutkan dia?

Mungkin awak nak ingatkan dia yang dia pengetua St. Hilary?

"Awak tak mahu terlibat dalam kes ugutan, bukan?"

Video seks yang teruk.

Awak berjaya perangkap dia. Dia berada dalam kawalan awak.

Tapi tiba-tiba dia berubah fikiran.

Dia nak buat perkara yang betul.

Dia telefon syerif. Dia atur janji temu.

Tapi awak sempat bunuh dia dulu.

Awak memang binatang.

Binatang, En. Duffie.

Pandang saya dan nafikan dakwaan saya.

Awak tahu semuanya, detektif.

Ya, saya tak suka isteri saya.

Dia perempuan jalang jahanam yang sangat suka berbelanja.

Saya tawarkan duit ganjaran sebab itu strategi yang bagus.

Saya cuba matikan telefon

supaya video itu takkan tersebar.

Rachel bersalah kerana mengugut. Helen pula rakan subahatnya.

Tapi bukan saya yang diugut.

Mengarut.

Sudahlah. Saya dah baca perbualan mereka.

"C" untuk Clyde. "Peras ugut" pun ada.

Jangan tipu saya.

Ramai lagi orang bernama C.

- En. Duffie, awak ditahan. - Mana boleh.

Apa maksud awak? Tolong ikut saya.

En. Duffie, keluar dari rumah dan ikut saya sekarang.

Saya mungkin tahu pembunuhnya.

Dengar sini.

Saya rasa dia seseorang yang takkan disyaki. Orang tempatan.

Mungkin orang yang langsung tak dijangka.

Saya tak tahu siapa orangnya.

Tapi tiba-tiba saya nampak video daripada telefon Rachel itu.

Awak rasa siapa orangnya, J?

Tolong ikut saya. Awak sudah ditahan.

Tak nak. Saya nak pergi jumpa syerif untuk selesaikan masalah ini.

Awak patut jumpa saya, bukan syerif.

Saya ketua penyiasat dalam kes ini.

Awak tiduri Rachel. Sekarang awak akan ditidurkan.

En. Duffie, jangan masuk kereta.

Jangan masuk kereta itu.

Dengar sini.

Carilah peguam yang hebat sebab awak tentu perlukannya.

Apa saya cakap tadi? Jangan masuk!

Hei!

Tak guna.

Dia tiada di tempat penginapannya.

Dia akan turun sekejap lagi.

Hati-hati. Panas.

- Terima kasih. - Sama-sama.

Cantiknya rumah awak.

Awak dah lama tinggal di Dahlonega?

Sejak tahun 1979. Saya tinggal dengan Sam selepas berkahwin.

Jadi, apa pendapat awak?

Tentang apa?

Semua pembunuhan ini.

Saya tak setuju.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left