Season 1

Release info

The Warrior Princess And The Barbaric King S01E09 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Hime Kishi wa Barbaroi no Yome - 09
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2026-06-04
Downloads: 14
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 174 lines.

Wah! Kita boleh petik!

Yang ini pun boleh dimakan?

Banyak sungguh!

Puteri Serafina, awak sudah terlalu selesa di sini!

Maaf, Puteri Serafina. Kejap.

Ada apa, Malcius?

Awak pernah kata mahu pulang ke Ildren suatu hari nanti.

Saya masih boleh pegang kata-kata awak itu, bukan?

Gawat.

Aduh, ini tandanya dia tidak mahu!

Walaupun pernikahan mengikut agama Komonera

tidak dianggap sah di negeri kita,

tetapi pertunangan ini terlalu buru-buru!

Ta... Tapi Kak Lesia kata...

Walaupun dia bekas puteri,

dia isteri Pemimpin Agung di sini! Jangan mudah percaya!

Bertenanglah, Malcius.

Sa... Saya tidak lupa kewajipan saya sebagai bangsawan...

Langsung tidak meyakinkan!

Ta... Tapi kata Kak Lesia,

saya juga harus mencari kebahagiaan sendiri.

Dan... saya mula setuju dengan kata-katanya...

Hasilnya awak bimbang begini?

Bi... Bimbang?

Saya tahu itu! Tapi tetap juga!

Saya mahu tahu kebahagiaan saya, sedangkan cuma kenal

pedang dan pahlawan sahaja.

Saya tidak faham! Langsung tidak faham!

Sampai berkata hal sedih begitu...

Tetapi, bagaimana mahu mengatakannya.

Pahlawan yang digelar Si Lavillant yang dingin itu

kelihatan seperti gadis kampung.

Mungkin juga begitu.

Bukan, malah selama ini cuma salah faham.

Dahulu saya cuma tahu tugas dan perang.

Hidup sebagai pahlawan berbekalkan bakat pedang.

Sejak kecil saya cuma fokus itu.

Jika begitu...

Jika saya fikir semula, mungkin saya terlalu memaksa diri.

Walaupun bagi awak, saya mungkin nampak seperti pahlawan yang sempurna.

Saya tidak menyalahkan awak.

Cuma...

Selepas ke sini, mengenali kehidupannya, dan bertemu orang-orangnya.

Saya sedar, betapa hebat pun saya memimpin Ekspedisi Timur,

di mata mereka, saya tetap penceroboh dari Barat.

Puteri Serafina...

Tentu, saya tidak menyesal bertarung tujuh tahun demi rakyat.

Selama ini saya yakin itu perkara yang benar.

Tetapi,

saya tidak pernah bayangkan,

orang di sini tidak menyalahkan saya.

Itukah yang membuatkan awak rasa bersalah?

Mungkinkah sebab itu awak mahu tinggalkan tanah air kita!

Tanah air.

Tanah Ildren yang gersang dan tandus.

Tujuh tahun Ekspedisi Timur membawa harapan,

tetapi ramai pahlawan kita gugur di tangan pejuang tanah ini.

Korban yang terkorban lebih ramai daripada jangkaan.

Tanah air atau rasa bersalah, kedua-duanya menyesakkan.

Sebentar, saya tidak boleh biarkan perbualan tadi.

Cersei.

Wajar jika awak berkata begitu.

Walaupun orang di sini diam sahaja,

ini bukan perkara mudah untuk dilupakan.

Saya sedar... saya layak dibenci.

Itu sudah tidak penting lagi sekarang.

Sama ada soal rasa bersalah atau tugas,

hakikatnya kalung itu masih berada di leher awak.

Sedangkan jika mahu ditanggalkan, ia sangat mudah.

Sebab itu, merisaukan hal begitu nampak agak lucu.

Risau atau tidak, perut tetap perlu diisi.

Bagi kami, menyediakan makanan jauh lebih penting.

Fikirkan semula, makanan di tanah ini benar-benar melimpah.

Diberkati hasil hutan dan tasik yang kaya rasa.

Malah ada raksasa setaraf naga

yang dagingnya boleh memberi makan ratusan orang.

Begitulah hutan di sini.

Hutannya luas, gunungnya juga terjal.

Mustahil orang di sini boleh bertani.

Tanpa menebang pokok, gandum tidak akan tumbuh.

Tetapi jika ditebang, kelamaan rahmatnya hilang.

Tujuh abad kami terus berebut wilayah.

Sepatutnya wilayah timur sudah meluas

dan tanahnya semakin subur.

Tetapi mengapa... tanahnya malah semakin gersang?

Sera?

Awak nampak seperti sedang memikirkan sesuatu.

Muka awak nampak seperti tupai.

Puteri Serafina! Ini air minuman!

Te... Terima kasih.

Awak tidak apa-apa?

Ya.

Masih terfikirkan hal tengah hari tadi?

Tadi saya merenungi erti Ekspedisi Timur bagi pahlawan dan bangsawan.

Tentang kami yang merebut tanah demi rakyat kami sendiri.

Saya tidak pasti jika itu tindakan yang benar.

Jika saya berkata begitu,

adakah pahlawan dan sukarelawan yang telah gugur

dan rakyat yang selamat akan membenci saya?

Sera.

Mahukah berbual di luar sebentar selepas makan?

Di sini atau di Barat,

tiga bulan berkembar ini tetap indah.

Ya. Sangat indah, bukan, Sera?

Ya.

Mengenai hal tadi,

saya keliru apa yang patut dilakukan selepas ini.

Antara pulang demi rakyat dan rakan seperjuangan,

atau mencari kebahagiaan sendiri.

Ia nampak sangat bertentangan.

Kalau begitu, begini sahaja.

Apa kata cuba berandai-andai dahulu?

Berandai-andai?

Tidak sangka awak berkata begitu.

Apa yang tidak sangkanya?

Malah soal impian, sayalah yang paling serius.

Kata pari-pari, tekad kuat untuk menjadi sesuatu

akan membuahkan hasil yang awak mahu.

Sebab itu, keraguan cuma akan meninggalkan penyesalan.

Jadi, cuba bayangkan masa depan

seperti apa yang sebenarnya awak inginkan.

Membayangkan...

Membayangkan, ya.

Andai saya berjaya lalu pulang ke tanah air.

Hore!

Mahu rakyat hidup makmur tanpa kelaparan.

Menamatkan sejarah Ekspedisi Timur.

Selepas itu, status bangsawan saya tidak lebih daripada banduan.

Dikurung di bilik selamanya.

Makin difikirkan, makin buntu.

Yah, untuk itu saya sudah bersedia.

Kemudian, ini pula berandai-andai...

Jika saya tinggalkan tugas sebagai pahlawan dan memilih Veor...

Dia agak kasar, tapi bukan orang bawahan.

Walaupun ilmu pedangnya kalah, tubuhnya sasa dan tangguh.

Tunggu, dia baru berusia lapan belas tahun.

Lama-kelamaan, dia pasti setanding.

Lagipun dia keturunan Kak Lesia.

Tidak terbayang pula.

Tapi, bagaimana jika kami punya anak?

Anak? Saya dan Veor punya anak!

Pasti akan lahir juga.

Eh? Macam menarik juga.

Tunggu, ini sudah berkhayal!

Aduh! Akhirnya tetap tidak boleh putuskan apa-apa!

Jadi awak bimbang, ya.

Eh?

Sebenarnya, saya sangka awak akan menolak.

Sebab itu saya gembira awak bimbang.

Maknanya, prinsip hidup

dan maruah awak sudah setanding

perasaan awak pada saya, bukan?

Maknanya, sudah memadai, bukan?

Awak ini...

Kata-kata awak tidak tekal.

Tadi larang ragu, sekarang suruh bimbang.

Hm? Itu kan pilihan awak.

Saya cuma mampu ada di sisi awak.

Tapi, begini sahaja...

Saya akan bantu buka dunia awak agar awak tidak gelisah lagi.

Itu dia!

Bagaimana jika kita mula rancang untuk pergi jauh?

Tuanku Sidius!

Saya Hilbein, pembawa pesanan dari wilayah timur.

Maaf laporan ini mengejut, ini masalah mendesak.

Masuklah.

Baik!

Terima kasih membawa khabar dari medan tempur.

Melihat awak sahaja, saya sudah dapat rasakan situasinya.

Serafina kalah, nampaknya.

Tuan!

Belum pasti. Mayatnya belum ditemui.

Beliau mungkin ditawan selepas menjadi barisan pertahanan terakhir.

Itu sama sahaja.

More Malay subtitles for The Warrior Princess and the Barbaric King

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left