The first 200 lines.
Bagaimana rasanya?
Kita patut jujur dengan diri sendiri dan apa kita rasa.
Kita berdua dah banyak berbalas pendapat.
Kita nampak perkahwinan itu?
Tapi ia saat di mana kita tak berbual tentang masa depan,
bagaimana kita nak ia berakhir, perasaan kita, mana yang lebih baik.
Itu tak dapat diterima dalam hubungan sepanjang hayat.
Kita tak boleh tutup mata untuk semuanya juga,
"Ayuh berlakon macam kawan dan ia pasti okey."
Itu tak cukup untuk mampu berkahwin.
Tak, saya cakap cinta itu satu keputusan.
Tapi kita perlu ada perasaan tertentu untuk pasangan kita
untuk mampu buat keputusan mencintai mereka sedalamnya.
Waktu kita di pod sangat hebat. Seperti saya cakap,
awak buat saya rasa dicintai yang lama saya tak alami.
Awak tahu, tiga tahun saya kesunyian.
Saya faham maksud awak,
tapi kita tak boleh jadi seperti di pod, tak kira banyak mana kita cuba.
Sebab kita tak ada rasa cinta antara satu sama lain yang diperlukan.
Saya sedar kita cuma suka satu sama lain sebagai insan.
Itu tak beri saya keyakinan untuk berkahwin.
Sebab itu tak ada gunanya untuk kita teruskan juga
dan cuba lagi apabila kita berdua tahu yang…
tak ada… Cinta itu tak wujud.
Sudah tentu ia menyedihkan. Ia sangat sedih kita…
Kita berdua ke sini untuk cari pasangan hidup.
Sejujurnya, saya tak tahu nak cakap apa lagi.
Saya akan ingat semua perkara positif.
Saya nak ke bilik air.
Pergilah.
Ia sangat sedih saya dan Lars-Erik buat keputusan tak nak teruskan lagi.
Benar-benar menyedihkan.
Tapi saya juga lega, sebab dalam hati saya,
saya tahu kami tak sesuai untuk satu sama lain.
Untuk seketika saya fikir saya dah bertemu…
KAUNSELOR BELIA
…jodoh saya.
Jadi ia… sangat menyedihkan.
Tapi ada satu kitab dalam Bible, Kitab Job.
Dia hilang semua miliknya.
Sepanjang ujian itu, dia tetap percaya yang Tuhan itu baik.
Akhirnya dia dapat balik segalanya dan lebih lagi.
Saya harap nasib saya juga begitu.
Saya tetap berharap mungkin ada seseorang di luar sana untuk saya.
SWEDEN
Berminggu kita tinggal di sini.
- Ya, kini kita nak balik. - Gila.
Atau kita berkahwin dulu, kemudian kita balik ke rumah.
Kemudian kita balik.
Dah, itu semuanya.
Jangan lupa cincin.
Cincin perkahwinan… Itu dia.
Siap.
Ini ujian terakhir.
- Kemudian selesai dan tamat. - Tak, tapi…
Tak, apa? Kemudian awak dah tamatkan permainan, saya rasa.
Tapi, apa jadi kemudian?
Kemudian kita bersama, gembira dan nikmati hidup bahagia.
Kita tak tahu apa jadi selepas Mario selamatkan tuan puteri.
Tak, tapi mereka mungkin hidup bahagia selamanya. Memang klise, bukan?
- Ya. - Ya.
Saya harap begitu.
Apa yang awak paling nantikan di parti bujang nanti?
Saya cuma nak jumpa kawan-kawan saya.
Tapi sebaik di sana mungkin ia akan rasa macam parti bujang.
Saya dah banyak fikir tentang semua perkara.
Saya yakin dia akan berbual lebih lanjut tentang perasaan sebenar dia
dan jika saya insan tepat untuk dia.
Adakah dia sanggup ambil langkah besar ini?
- Dah ada semua barang awak? - Ya.
Tapi pada masa sama saya yakin kami saling mencintai.
Saya sayang dia. Dia pun sayang saya.
Saya…
Sudah tentu dia akan rasa cemas.
Dia berlagak kuat tapi saya boleh nampak.
Ayuh. Cepat sikit.
Alamak.
Jumpa lagi.
Jumpa lagi. Jaga diri.
- Seronok dapat kenal awak. - Sama.
- Masa kita dah tamat. - Ini cincin awak.
- Saya akan rindu awak. - Ya, tolong rindu.
Jumpa lagi. Saya pergi dulu.
- Jumpa lagi. - Ya.
SATU HARI MENUJU PERKAHWINAN
Ayuh buat mereka malu sebanyak mungkin.
- Ya! - Ya, bagus.
Hei, habiskan.
Ayuh, semua.
Hari ini kami akan meraikan Angie.
Ini hari terakhir dia sebagai wanita bujang. Ia memang gila.
BAKAL PENGANTIN
Ada orang datang. Siapa itu?
Tak…
- Itu Ibbe dan Aron? - Ya! Awak tak nampak?
Tahniah!
Terima kasih.
Angie, awak akan tempuh perkara hebat. Maksud saya, kamu berdua.
Kamu dah sedia untuk kami semua jaga kamu berdua malam ini?
Saya tak pasti jika dah sedia.
PENGANTIN
BAKAL PENGANTIN
Ini parti bujang saya. Ia tak masuk akal.
- Ya, pegang dada dia. - Pegang dada dia.
Beritahu kami secara jujur,
apa awak takutkan? Apa rasa bagus? Apa yang kurang bagus?
Ini kawan-kawan baik awak.
Kami ada turun dan naik. Itu saya tak nafikan.
Abaikan saja.
Awak ambil bahagia dalam eksperimen. Itu sebahagian proses.
Bagaimana saya nak cakap…
Tak, jangan fikir tentang itu. Jangan.
Apa perasaan jujur awak? Apa awak rasa agak sukar?
Ketidakpastian.
Saya rasa ia mungkin benar-benar cuma…
Tak, tiada apa tentang dia
yang saya rasa ada masalah atau sebagainya.
- Tak. - Saya tak rasa begitu.
Sebab dia sangat…
Dialah segalanya yang jauh di sudut hati, saya tahu saya mahukan,
yang saya sendiri tak faham. Itu saya perlukan.
Tapi pada masa sama, seperti saya cakap di telefon…
- Ya. - Saya agak…
- Dia sangat tenang. - Tenang.
Saya ini pelik, gila-gila dan agak…
Saya tak mampu meluahkan itu atau buat…
- Awak ada kami. - Ya, itu awak cakap.
"Awak ada kawan-kawan awak." Memang betul.
Sebab saya tak patut…
Dia ditakdirkan jadi suami dan ayah kepada anak-anak saya.
Tepat sekali.
Tiba-tiba kita dapat lelaki yang lemah lembut yang kita perlu.
Ya dan kami jatuh cinta dengan personaliti kami
sebelum saya kenal tingkah laku atau rupa dia.
- Penampilan dia. Ia sangat gila. - Ya.
Saya rasa Aron dan Angie memang ditakdirkan bersama.
Saya percaya. Dia melangkaui semua jangkaan saya.
Saya terharu apabila sebut tentangnya. Saya hampir nak menangis.
- Awak hamil? - Tak, saya cuma sensitif
apabila cakap tentang awak.
Aron bawa aman dan harmoni.
Saya, Angie dan semua dalam kumpulan kami perlukan itu.
- Aron ada parti bujang hari ini? - Ya.
- Ya? - Angie dah temukan jodohnya.
Sebelum ini dia pilih lelaki bersemangat, sama naik macam dia.
Itu memang pertembungan terus, tak akan menjadi.
Ini sangat sempurna. Seseorang yang tenang, stabil dan mendalam.
Serta tak mengarut. Ia sempurna untuk Angie.
Aron akan jadi guru kepada Angie, mungkin.
Bot tak guna!
Saya ucap selamat untuk Ibbe dan Aron.
- Selamat. - Selamat.
Bakal berkahwin, saya rasa.
Hebat kamu semua ada di sini.
Awak ada rasa ragu-ragu beberapa minggu akhir ini?
Tak juga, tiada keraguan besar.
Sudah tentu ia agak… Semua bergerak sangat cepat dan…
Lebih kurang macam saya ikut jalan yang dah ditetapkan, tapi…
Atau mungkin ia sangat lancar awak tiada masa untuk bermuhasabah?
Ia sangat lancar tapi kami belum berdepan banyak masalah
dan kami tahu pasti akan ada masalah.
Kamu pernah bertengkar?
- Tak serius, cuma gaduh kecil. - Okey.
Tapi ada perkara kami boleh selesaikan dalam sejam atau lebih.
- Kamu pun tak bertengkar, Aron? - Kami pernah.
Kami ada bertengkar sikit dan ia rasa bagus.
Okey.
Sebab saya tahu kami boleh laluinya dan berkomunikasi.
Ia terasa seperti kami semakin kuat selepas bergaduh atau bertengkar.
Perjalanan tak selalu lancar, tapi kena cuba hadapi emosi dengan logik
dan cuba untuk saling memahami.
Dia akan cuba tarik saya balik ke realiti. Tiada siapa pernah lakukan.
Dia kata, "buat begini," "pakai baju ini."
Saya suka, sebab tak pernah alaminya.
- Itu sesuatu yang baru? - Ya, sangat baru bagi saya.
Serta cara dia buat saya rasa.
Dia buat saya rasa layak dicintai yang saya tak pernah saya alami.
Jadi ia sangat bagus.
Saya tak pernah dengar dia cerita tentang gadis seperti itu.
Saya pun sama.
Selamat.
Kita perlu alkohol lagi, betul? Ini tak cukup.
Di mana ciuman pertama kamu?
Di mana kamu kali pertama berasmara?
Di Corfu.
Apa dia cakap? Apa yang dia tak nak apabila muncul dalam rancangan ini?
Dia tak nak ahli muzik.
- Dia… - Apa alasan dia?
Dia pernah bercinta dengan ahli muzik dan tak nak lakukan lagi.
- Sekarang kita di sini. - Ya dan dia nak…
Dia nak pindah ke Stockholm, betul?
- Tepat sekali. - Dia dari mana?
- Jönköping. - Ya.
Tranås, tinggal di Jönköping. Nak pindah ke Stockholm.
- Okey. - Ya.
- Ibbe dah jumpa dia. - Betul?
Dia tak nak pindah ke Stockholm atau kenal ahli muzik.
- Tindik hidung pula? - Ya, saya dah tak pakai.
- Betul? - Saya tak perasan.
Saya terfikir ada sesuatu yang…
No comments yet. Be the first to leave one.